March 13, 2006

Over-protectiveness

"Mama, angah ada kat rumah Nad, tido sini mlm ni boleh?"

"Mama, Kak Long nak pi tgk wayang dgn kawan2 kat Mid Valley"

"Mama, kat kolej ada concert, Kak Long nak pi tgk boleh?"

"Mama, Ayin nak pi pekan dgn kawan2, OK ka?"

Ni semua satu kebiasaan bagi aku dan anak-anak. Diorang kami latih untuk mintak permission untuk ke mana-mana. Jadi diorang selalu sms masa aku kat ofis.

Over protective ke aku ni?

Rasanya tak pulak sebab, yang kami buat ni adalah untuk keselamatan diorang jugak. Walau diorang tak bersama kami macam Kak Long tu, harus dia beritahu jugak aktiviti dia. Tak mau dia terlalu bebas tanpa batasan. Tak mau jugak dia terlalu terkongkong hingga dia tak tahu nak ambik tindakan bila ada emergency.

Aku dan hubby tak mengongkong sangat, cuma kami nak diorang beritahu dan jujur dengan tindak tanduk diorang. Berkali2 kami terangkan apa sebab kami buat macam tu. Demi keselamatan diorang jugak. And our peace of mind. Selama ni, Alhamdulillah, diorang ni mendengar kata.

Bab yang tu satu.

Bab kalau kat rumah tu pun satu jugak. Macam kisah si Nisha kat bawah ni.

Recently, I have a cousin ( by marriage), minta tlg nak pegi interview. BTW, She is a recent graduate from a local U( so not that younglah) Memanglah dia tak biasa dgn KL, but I didn't expect her to be so dependent. I had expected to send her to the interview tapi I totally didn't expect to wait for her and send her back to our home. I asked her, lepas interview nanti reti tak balik sendiri, sebab both my hubby and I had important meetings that day. Otherwise, she had to wait for us after either one of us finish worklah. I was prepared to pay for the taxi fare. She became very quiet and said ' tak pe, tunggu sampai habis keje pun tak pe'. That would be until 5 pm at least - her interview was at 9a.m. Ok fine. So, pikir2 punya pikir I told my hubby, since my office is nearer to the interview place, I'll pick her up during lunch break and send her home. She finished interview at 10am, so she had to wait for me until 1pm. Anyway, to cut the story short, I forgot my house key, so I had to bring her to my off, and waited for me until I finished work. Since dia nak balik kg ikut kami that weekend, her parents suruh dia stay with us until w/end. That nite I told her, ' esok tengahari, kak tak sempat nak balik rumah, ofis jauh jugak, so kalau nak makan masaklah apa yang ada.' buatlah mcm rumah sendiri, kalau susah, masak je lah sardin ke'. She became quite again. I asked her'pandai masak tak?' dia jawab. ' tak reti, tak biasa masak' 'Takkan masak telur atau sardin tak reti' I asked her..' Tak .. emak tak pernah lepaskan dia masak sendiri'. Later, when I discussed w my hubby abt that conversation, we were not suprised because the way she was brought up - too protective parents, everything was prepared for her, nak ke mana-mana berhantar. Nak buat apa2 semua kena tanya emak. I wonder, how she gonna survive in this cruel world later..will the parents be there all the time? If not, will she expect people like us ( her relatives) to be there always for her?

What do you think AuntyN?

Nisha

Hubby selalu tegur aku. Apa pasal aku tak ajak anak-anak masa nak masak. Ajarkan macam mana nak masak, nanti diorang tak kekok. Memanglah betul cakap hubby tu. Tapi kadang-kadang aku malas nak ajak diorang sebab, budak2 ni, nak tengok TV sambil buat kerja, dah tu lambat pulak nak sampai ke dapur tu. Lepas satu kena arah satu lagi. Kalau aku buat sendiri cepat saja habis nya. Walau macammana pun, ada jugak sesekali aku ajak diorang buat kerja dapur. Ada jugak time yang diorang kena goreng telur sendiri, masak air, buat maggi mee sendiri, masak sup campbell, goreng nugget, keropok sendiri. Itu semua aku train jugak sikit-sikit. Masa aku ada kat dapur diorang buat sambil tanya itu ini. Siang dan bersihkan ikan dan sayur pun aku ajar sikit-sikit. Boleh lah kalau nak survive masa aku tak de kat rumah tu. Selain dari tu spare jugak sedikit duit untuk diorang kalau malas nak masak sendiri. Kalau diorang cuti, aku tak payah masakkan nasi pepagi hari sebelum ke ofis, bab tu diorang je yang buat. Tapi makanan sentiasa ada. Aku pun tak berapa nak risau kalau diorang nak makan kat rumah atau nak beli saja kat warung-warung tu. But almost always, diorang tak beli pun. Makan saja apa food yang ada kat rumah.

Agaknya kerana aku dulu pun independent jugak, jadi aku tak kekok untuk treat anak-anak macam ni. Masa sekolah rendah, arwah ayah bagi duit belanja untuk seminggu kat kami. Aku kena naik bas pergi sekolah, tambang 5 sen satu perjalanan, duit belanja 1 hari 20 sen saja. Jadi 5 hari sekolah aku dapat RM1.50 macam tu di awal minggu. Kena pandai sendiri. Lepas tu aku ke sekolah berasrama penuh. Semua hal kena decide sendiri. Keluarga langsung tak dapat datang jenguk sebab jauh sangat. Duit poket aku RM15 saja sebulan, itupun ayah suruh kakak aku yang hantar. Tak kan aku nak mintak lebih-lebih sebab dia pun kerja kerani bank saja kat PJ masa tu. Dari situ aku belajar berdikari. Mak dan ayah pun tak lah mengongkong sangat, cuma kalau aku nak keluar ke pekanmasa cuti aku kena lah bagi alasan yang "kukuh". Sekarang ni lebih banyak cobaan, banyak gejala-gejala yang boleh merosakkan. Ibu bapa mungkin ter-over protect anak-anak kerana gejala-gejala tu. Asyik dok baca, kes-kes ragut, culik r*g*l dan bunuh yang buatkan ibu-bapa takut nak lepaskan anak-anak bebas begitu saja.

Pada aku dan hubby, mungkin kami beruntung sebab persekitaran kami agak selamat. Namun tak lah boleh kami leka kan. Kena jugak kami beri kebebasan yang terhad kepada anak-anak kerana kami tak mau mereka terlalu dependent kepada kami. Dan kami jugak tak mahu mereka terlalu bebas, hingga tidakdapat di bendung. InsyaAllah, berkat doa, tawakal dan didikan anak-anak kami tak lah menjadi orang-orang yang dapat membuat keputusan apabila mereka perlu membuat keputusan yang sewajarnya. Perasaan malu tetap ada, tapi, mesti jugak kena buat bila keadaan memerlukan.

24 comments:

sue said...

auntyn,
zaman skrg ni bukan anak perempuan je kena risau, yg lelaki pun kena tengokkan juga...kalau girl asyik keluar dgn her female friend pun kena waspada juga..skrg zaman tunggang terbalik..

Anonymous said...

personally, im very accustomed to texting my parents esp my mum of my whereabouts too. i never felt that my parents are too restrictive or protective. i just feel safer doing so. i guess they believe in moderation and we know our limits too.

we were trained to pepandai sendiri too. dapat monthly allowance, so gunakan lah secara bijak to sustain u for the whole month.

i guess.. sbg parents mahupun anak bersyukur lah dgn who we r n what we have at this point. mudahan our family sentiasa dilindungiNYA.

p/s: rindu nak menyembang tapi tiada jodoh nampaknya kite nieh.. =)

Anonymous said...

bab pergi ke mana-mana kena minta izin ibubapa.. itu wajib bukan overprotective namanya.. terutama bila duduk dengan kita.Yangtulaa kita dok semai kat anak-2 supaaya besar nanti dia hidup respect kita as ibubapa. Kalau nak berjalan jangan sorang-sorang tapi reramai dan kita tau dengan siapa dia berjalan..

Bab memasaktu I echoed your hubby. Tapi hati dan perasaantu rasa macam AN lembabnyalah budak ni buat kerja.. besok nak ajar dia masak kari.. he..he..

Walau macammana pun Kalau dah kita ajar dia independent.. insyaAllah baba memasakni bila dah kawin.. yang tak pandai pun jadi pandai..

Anonymous said...

I have a friend. She is 35. Not married. What always come from her mouth is, lucky mar ada husband nak buat itu ini. And I get little bit p***ed sbb before I got married pon, I can do what supposedly my husband can do for me now.
Her parents were so protective of her, since she was their only daughter. Not talking about masak2 la, tapi about being independent ni. Nak tukar spare type pon tak gheti, minyak hitam apatah lagi kan? My mom used to say to me, kalau tak gheti and taknak belajaq buat benda tu, takyah drive. Senang crita...

AuntyN said...

traveller : sama je anak lelaki ke perempuan, dua2 kena tgk. AN ada anak pompuan tu yg asyik buat example anak pompuan.

fatihah : bila nak sembanag ni.

easylady : memang lerr, kalau nak tunggu diorang siap buat sesuatu, isyy leceh yg amat :-)

anon : walau ada husband certain things kena belajar buat sendiri tu. Asyik nak harap husband buat, kadang2 tak menjadi jugak hehe.

aNIe said...

Kak N...lady ni mcm kak N jugak...anak2 dua orang yang besar2 duduk sendiri di kolej...tapi lady akan call tiap2 hari...memastikan mereka okay..& mereka kalau nak kemana2 especially yang perempuan tu akan beritau kemana dia nak pergi..samada melalui call atau sms...bagi lady tu bukan over-protective.

Kesian jugakkan budak tu dah 20+ thn pun masih belum pandai memasak...alhamdullillah lady ni...anak yang pompuan & laki tu kalau di tinggalkan sudah pandai masak & buat aper yang patut...memang sejak dari sekolah lah dah pandai masak...jadi kalau lady terpaksa meninggalkan mereka kerana ada hal untuk kemana-mana tak perlu menyiapkan makan untuk mereka...tapi walau macamaner pun tak pernah lupa meninggalkan berbagi-bagai pesan...

demonsinme said...

Acik N,

Sedangkan ayam kerdil pun mengganeh bile anok die kena seghogah inikan pulak manusia.

Acik N tak over protective, Acik N sayangkan anak2 tersangat. Kalo ape-ape jadie lagi nahaih.

But, kalo nak kughang kan "ambience over protectiveness" nun, Acik N try le bawok mesyorat ngan anak2 - ni keme bace kat dalam buku parenting.

P/s - Mintak ampon Acik N, bukan nak ngajo (keme bujang lagi tidak beranak) tapi cume nak syer ape yang keme bace.

AuntyN said...

Lady : sama lah kita nampaknya.

Deme : apa yang perlu diampunkan tu? Betul lah apa yang deme cakap tu. Semua pandangan yang baik tu kita terima dengan baik walau datangnya dari yg belum beranak :-). InsyaAllah pasal mesyaurat anak beranak tu memang kami dok buat jugak bila perlu tu.

Queen Of The House said...

Auntyn, memanglah sekarang ni parents should be more careful, but not to the extend of being over-protective and too accommodating. I have anak2 buah yang dah besar panjang nak buat Milo pun kena suruh orang gaji. Ada yang dah 12/13 tahun, nak pakai socks pun 'sua' saja kaki kat orang gaji. That is too much.

My husband selalu pesan bila masuk dapur tu, ajak-ajaklah the girls (and boys too) sekali, tunjuk ajar serba sikit. Tapi memanglah, kadang2 buat kerja sorang2 lagi cepat and at times I will shoo then out sebab nak masak cepat2. But alhamdulillah takat masak yang senang-senang tu, both my girls dah boleh buat. My 8 yr old boy pula, I will let him do easier stuff, like masak soup Campbell or Maggi mee dalam microwave. OK lah tu, kan?

My kids tak berani lagi pergi kedai sendiri walaupun dekat aje, and I am fine with that.

tee said...

auntyn,

saya lak, klau bab masuk dapur ni memang penyegan sikit. lagipun abah tu cerewet makannya, nakkan mak aje yg masak. so, w/pun saya tak g boarding school, rasenya mak aje yg dok masak, kite tolong bab kupas2 @ tumbuk bwg aje.

bila da kerja kat negeri lain dan dok rmh sewa, barula minat memasak tu dtg sendiri dan ianya berkekalan sampaila la ni... dan alhamdulillah takat nak masak nasi dagang tu bolela (em em promote ni.. opps, klady i still owe u resepi gulai ikan tue, nanti kite bagi yek) dan minat tu makin bertambah bila kawin ngan hubby yg se-negeri.

kesimpulannya,(cewah mcm esei lak), minat tu akan timbul slow n steady selari ngan usia... :)

Sya said...

kak N... my son boleh masak, bukan sebab sya suruh tapi minat dia .. buku resepi kat rumaht u dia ajer yg guna.. so anak2 kalau tinggal sendirian kat rumahvtakkan berlapar, tapi to get good food I will cook in the morning.

I have a friend, masa we all sumer kat UKM dan dah boleh masak dia seorang nasi pun tak tau nak masak. Luckily he got a hubby that can really cook.. so now bila nak masak dia jadi assistant somi lak

MA said...

I told my kids that ours is an equal opportunity kitchen and that Bibik works for me, and not them.

Alhamdulillah, my son Abang boleh lah setakat nak masak pasta, masak maggi, Kakak boleh masak nasi, Adik letak frozen pizza dalam microwave - so nobody will drop dead from hunger.

Susah-susah pun, depa boleh gi tapau nasi ayam from the kedai depan rumah :-)

On going out, nobody is allowed out (except to school) without adult supervision. Nak ke kedai, kena berteman walaupun kedai dekat. But bila dah besar2 ni, kadang2 I let them ke kedai, just to give them the experience and exposure to have good judgment.

Kalau ikutkan hati, memang nak kurung jer anak2 dalam rumah supaya tak terdedah kepada bahaya - tapi life has to go on kan ? Kena bagi guidance dan exercise adequate control supa depa tak ler terlepas laku langsung.

Ish...susah gak jadi mak bapak ni !

Anonymous said...

An,

I think what you had trained your girls to do is norm... but there are cases where the parents coddle their kids too much.

In my case, I have a problem with my step-kids, who live with their maternal grandmother (Their mum and step-dad lives with their maternal grandmother). The maternal grandmother has always done EVERYTHING for her kids, and NOW she does everything for her grandkids... the problem is when we have them during the weekends dulu, nak suruh angkat pinggan makan pun susah, but they are learning slowly... sekarang lepas makan, tolong angkat and tolong cuci sekali, but we've been told kat rumah Nenek dia "ada mak cih munah"...

Funny how parents do things for their kids... the maternal grandmother was also the one to "minta my husband ceraikan anak dia" (indeed shocking) and to think anak dia bukan calang-2 org.... ONCOLOGIST lagi...

AMZA - being the evil step-mum cos every week mesti ada lesson for my kids to be independant

Kopi Suam said...

Aunty N,
hmm masa saya dulu memang sekolah rendah lagi dah kena belajar masak. Kalau tak silap since darjah 4 dah masuk dapur tapi oklah jugak sebenarnya..

Tapi sekarang ni zaman senang..malas masak kedai banyak kan

Cuma over protective tu yang payah nak komen sikit..zaman sekarang ni faham-faham aje la. Zaman saya dulu semua kena decide sendiri.

Anonymous said...

I have a protective mom and dad in terms of going outdoor.

Rasa lagi suka tinggal asrama sebab bebas.Selalu frust masa zaman adolescent and pre-adult.Apa yg kawan boleh buat saya masih tak reti. I felt stupid and left behind.Selalu nangis selalu argue dgn parents.Pass driving license tapi tak dibenarkan drive for years.Bila org tanya malu nak ngaku ada lesen sbb terasa bodoh.Pastu argue lagi..umur 24 baru dpt drive.Kwn2 sume dah merata pergi, dah jadi pro-driver dan temui bnyk opportunity selain travel timba pengalaman.
Bila dah start earning masih tak boleh keluar malam.Org muda needs it, not that im into social ills neither any of my friends.Keluar curi-curi pastu balik mesti kena marah kawkaw sbb kalau mintak permission pun kena interrogate sampai rasa takde mood nak pergi.Kalau dapat permission pun mcm tak ikhlas je kasi..bila pergi rasa mcm derhaka sikit.Kalau call to inform dorang my whereabouts dorg akan buat suara tak suka...saya konfius gila.Kawan2 pun tak berapa suka nak libatkan saya cos Im such a hassle.Tido rumah sedara mara pun tak boleh kalau dorg takde sekali. Rumah tok nenek pun tak boleh overnight.

Resultnya saya tak dpt persue minat dan cita-cita saya sepenuhnya sbb terperap bawah ketiak keluarga atau pun di rumah.Sib baik saya ni ada inisiatif sendiri kalau tak mmg lemah otak la tunggu dan lihat aje.Skrg dah kawin rasa lega gila!!

Nazrah Leopolis said...

kak n ni mesti la buat rules gitu kan..bunga2 banyak kat taman...

anyway, kalau ada sayang ada hormat, ada takut pada Allah, insyaAllah selamat.

AuntyN said...

terimakasih kepada semua yang memberi komen kat sini. Semuanya bernas2.Aku sampai tak tahu apa nak jawab. Yang baik kita buat reladan dan yang kurang baik kita buat sempadan OK.

Anonymous said...

AuntyN,
Alamak, komen saya telah menjadi topic rupanya... Baru sempat masuk rumah you hari ni. Actually, I tak habis cerita hari tu, panjang sgt. Yang buat saya lebih berfikir pasal issue ini sebenarnya apa yang saya lihat seterusnya. This cousin actually got the job offer the next week. So, she asked me how? I asked her back, you fikir mcmana, nak ambik ke, it is up to you. Actually I know that she wants me to plan for her, mcmana nak pegi keje semua tulah. So , I told her frankly, now both my husband and I had to take separate cars, because of the distance of our workplaces. And we definitely can't accomodate her (send & fetch her) because her workplace is so out of bound. So, I told her she can stay at my place but she has to think of her own transportation.My husband suggested that dia minta delay report duty so that boleh recce jln dan transport.
What happenened next to yg buat kami geram tu. Pendek cerita, Sunday her family came, ( mother, father and sister)untuk teman kan dia pergi kerja - utk recce jln. Pagi, my hubby send them sbb kesian dgn mak dia, lepas dia masuk kerja, her family pun recce bus nak ke rumah kami, and then back to her workplace. Her mom ada gout so, kaki tak boleh nak jln sgt. FYI, they waited for her the whole day sampai habis keje, then balik sama2 ke rumah kami. the next day mcm tu jugak. Sampai rumah, abt pukul 8 mlm. I just can't look at her after that. I can't describe my feelings tapi wonder apa lah yang dia fikir..

FYI - after 3 days she decided the job is not for her.. tak sesuai..
Entahlah, I am still actually affected by this whole episode, although she is not my cousin, but I am a family, I pity her mom, pity her jugak but I wonder what I could have done.

Anyway, I think you did right with your kids. Being protective is alright, as long as your kid tak jadi too dependent. Allow them to think for themselves, we give them guidance.I don't have my own kids tapi ramai anak sedara, so I practiced my skills with them.

Nisha
P/S sorrylah sekali tulis mesti panjang2.

Anonymous said...

hi auntyN..
this is my own opinion laa.. actually nana 8 years dok kat hostel.. then abis belaja.. keja kat jb.. also tak dok ngan family.. baru beberapa bulan keja dah sibuk nak kawen.. mmg sepanjang masa belajar.. wpun jauh.. tetap inform mak nak gi mana.. ada test ke.. peksa ke.. bukan apa.. just utk info n 'berkat' from mak.. so far.. nana lebih exposed to outside world compare to my sis.. n i kawen dulu.. baru dia.. masa kawen mmg laa.. masak nasik pun tak reti.. hubby yg ajar.. hmm.. 1st 3 month.. macam nak nangis setiap kali nak masak.. ehheh.. 1st time goreng mihun.. rencah tak bercampur ngan mee.. nasib baik mihun tu lembut.. so far.. i'm so lucky to have husband yg makan whatever i masak.. then from there inisiatif sendiri utk try masak.. sekarang dah 10 yrs kawen.. anak pun nak masuk 5.. kalau ada resepi mesti nak cuba.. esp cake.. n lauk pauk.. biskut sekali sekala.. my mak pesan.. kalau ada anak dara.. mesti train sket2.. kalau tak mesti jadik macam nana laa.. ehhehe.. so sekarang ni.. kalau belajar apaper from MIL.. mesti alter sendiri.. so far so good..

Anonymous said...

Keep up the good work
» » »

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
Aqua data filter

Anonymous said...

best regards, nice info http://www.car-covers-7.info/bestbuycaralarms.html Vitamin cases 1 order ultram what is fioricet ptsd topamax 58 gmc pick up Battlefield 2 radeon graphics card problems C 516864 all handhelds pdas 5 celebrex class action law suit oxycontin 100mgs Quit smoking com rhinoplasty+ Spa skin care products Triad 2 car alarms

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »

Anonymous said...

Best regards from NY! »