March 15, 2006

Perihal Rumah Tangga

Malas benar rasanya nak update. Tak baik lah kan. Dah naik basi dah entry yang dulu agaknya ye. Kalau biskut kering tu kira macam dah lemau dah tu. Nak cicah air kopi pun dah tak sedap. Tapi aku tengok ramai yang bagi komen panjang-panjang, bernas-bernas pulak tu. Banyak pengajaran tu. Tapi kesian jugaklah kat sesetengah orang tu, topik macam tu tak boleh nak komen. Aku harap yang mana rasa tak relevan nak komen tu ambik jugaklah ikhtibar sikit sebanyak tu. Mana tahu satu hari berada dalam situasi yang sama. Boleh teringat, oh ye dulu ada entry kat blog AuntyN pasal topik ni kan :-)

Ni lagi satu topik yang ada sesetengah dari pengunjung blog aku tak akan dapat komen. Namun begitu aku harap ramai yang akan komen dan beri pandangan. Walaupun aku sudah lebih 20 tahun berkahwin tapi masih ada ruang untuk aku pelajari selok belok rumah tangga. Kita tidak harus berenti belajar selagi usia di kandung badan. Lagi pun cabaran di zaman aku dulu mungkin agak berbeza dari sekarang. Terutama, bagi couple-couple yang muda-muda yang baru menjengah kehidupan berumah tangga, atau yang dalam perancangan untuk memulakan hidup berumah tangga. Sama-sama kita beri petunjuk dan jalan supaya InsyaAllah setiap dari kita dapat menjalani hidup berumahtangga dengan sebaik mungkin.

Fuiyooo, macam khutbah Jumaat pulak atau pun ceramah munakahat pulak jadinya :-)

Sebenarnya, aku terima e-mail dari salah seorang yang akan mendirikan rumahtangga pada akhir bulan April nanti. Dah lama aku dok skodeng blog diorang dua sejoli ni sejak diorang di overseas lagi. Bila dah balik tu dah tunang, kini menghitung hari nak diijabkabulkan. Aku ingat lagi dulu 2, 3 bulan sebelum aku kahwin, boss aku ada tanya apa perasaan aku, aku jawab aku confius, aku takut, aku rasa macam nak cancel saja, tak nak kawin hehe. Nasib baik aku jadi kawin, kalau tidak sure mamu tu frust menonggeng kan (eleh, orang lelaki kejap je frust tu kan
:-), sure cepat je cari ganti ye tak? )).

E-mail tu macam ni. Word for word, aku cuma tukar nama diorang je.

sbenarnye saya just nak tanya la sket psl rumah tangga ni, esp sbb saya ni suami, the ketua keluarga..saya nak tanya psl life just lps kawen ni..bile kami (saya dan bakal isteri saya) kire2 budget, our financial mcm cukup2 sgt je..kalo tibe2 terkehel tgh jln maybe susah la...bile list down tgk mcm byk sgt mende nak kene byr or settlekan..sewa umah, duit kete petrol bills, belanja itu ini..risau gak kami takut2 tak mampu..so cam mane ek aunty n?

Aku ada balas tapi entah pasal apa bounce pulak reply tu. So aku cakap nak buat entry je lah so that lebih ramai yang boleh bagi pendapat.

Sebenarnya, I am not the best person to be answering this e-mail. Aku bukan pakar dalam perihal rumah tangga ni. Cuma pengalaman dari 20 tahun dan jugak, belajar dari tengok keluarga, kawan-kawan, baca-baca sana sini sikit, baca blog-blog orang boleh tambahkan pengetahuan. Sikit-sikit petua untuk anak-anak muda ini dan mungkin juga anak-anak aku nanti.

1. Financial Planning

Aku dulu mula kawin pun takpandai rancang dan plan kewangan. Dulu mana ada financial planning macam sekarang. Tapi yang penting, kita jimat cermat. Kalau duduk rumah asing dari parents, since 2 orang aje tak payah cari yang besar-besar. Cari yang kecik pun tak per. Tak payah dok segan kalau rumah tu mula2 kosong cuma ada yang basic furniture saja. Kalau tak perlu sofa mofa semua tu duduk tengok TV atas lantai je pun OK. Jangan dok gahirah nak berhutang hanya untuk berlagak sana sini.
Perbelanjaan kena share lah sebab dua-dua kerja. Dulu masa mula kawin aku pun ego jugak. I was of the idea that suami kena provide semua untuk aku. Bila dah kaji balik, mana lah nak mampu dia sorang nak keluarkan semua belanja. Jadi aku pun gunakan wang gaji untuk keluarga.
Walau macam mana sempit pun cuba put aside some money sebagai simpanan. Memang susah untuk aku nak menabung jadi aku beli lah trust fund ke apa ka. Kalau simpan dalam bank tu, biar yang tak ada ATM card, yang susah nak pergi bank nak ambik tu. Jadi hanya di keluarkan bila betul-betul terdesak saja.

2. Kepercayaan (Trust)

Next to love, aku rasa trust yang paling penting. Aku tak pernah sehingga hari ini dok telefon checking on him. Dia pun sama. Bila kami keluar bekerja, kami saling mempercayai. Kadang-kadang dia akan kena ke outstation atau dia bagi tumpang kawan-kawan perempuan dia sama-sama ke tempat kerja. Dia yang akan bagi tahu aku. Aku tak tanya pun. Aku yakin (sehingga sekarang ini) yang dia boleh dipercayai. Jadi, aku tak perlu stress tentang itu. Senang aku nak bekerja tanpa gangguan. Dia pun begitu.

3. Commitment

Rasanya apa yang buat kami (aku dan hubby) untuk boleh saling percaya ialah komitment kami terhadap perkahwinan kami. Kami tak mahu perkahwinan kami ni tidak bahagia. Jadi kami komitted terhadap satu sama lain. Kerana itu InsyaAllah kami akan sentiasa menjaga keharmonian perhubungan kami. Walau berjauhan kami akan menjaga hati masing-masing.

4. Berpada-pada dalam semua hal

Kalau kita sayangkan sesorang kita jangan "strangle" orang itu dengan kasih sayang yang melampau. Adakala partner kita ingin nak bersama kawan-kawan. Biarkan lah. Asyik berkepit selalu pun rimas jugak kan. Kena lah ada "life" outside the marriage as well. Macam dulu, my SIL, di awal perkahwinan punya lah "berkepit" suami isteri. Suami "mengajar" isteri menjadi dependent kepada dia, sehingga isteri nak pergi bank ambik duit gaji sendiri pun tak reti. Last-last suami membuka cawangan baru, selepas suami menjadi arwah, baru SIL berani buat itu ini dengan sendiri. Boleh lah pulak tu.

5. Nasihat Datuk Dr Fadhilah Kamsah

Katanya, selalu berubah, maksudnya kepada kebaikan. Menilai apa yang tak elok dan berubah pada yang lebih elok dalam perhubungan suami isteri.

Jadilah pasangan yang romantis yang selalu memberi khidmat kepada pasangan masing-masing
Be proud of what you do (esp. full time housewife)

Banyak lagi lah kalau aku nak sebut. Aku harap ada banyak lagi panduan yang dapat diberikan kepada pasangan ini dan juga pasangan yang se waktu dengan nya hehehe.



31 comments:

Zack said...

As'kum Kak! Lompat dr blog kak Queen.

Wah, bagusnya tips! Kalau ada lagi, sudi2 la kongsi...

Anonymous said...

mami,
hat last sekali tu, saya ucapkan terima kasih sbb mami includekan sekali...and terima kasih for this entry...

Mutiara said...

Well, macam ramai kawan2 bloggers tau yg AM kawin in my 40's. Banyak sbb yg tak kawin awal tu. Tengok kawan2 yg kawin tu bahagia sekejap saja. So, takut nak jump into it. Bukan short of calon. Tengok kawan yg ceria bermain tennis dgn AM, tapi bila engaged, bakal suami tak mau dia main tennis/bersukan sbb nanti ramai mata lain yg dok 'enjoy' tunang dia. Ni si lelaki yg kenai tunang dia atas tennis court.
Financial independence is vital. Ada seperate accounts utk rasa independent financially. Kad kredit tu guna masa emergency,jangan sedap swiping saja.
Macam kata AN tu, perbelanjaan tu jangan membazir.
kenduri tu biar kecil2 jangan nanti dah beranak 3 hutang kenduri tu tak habis lagi
Untuk keharmonian tu, listen to each other. jangan dok pendap apa yg rasa tak kena sbb nanti terlambat.
Go to bed with a smile and tell each other "I love you", sbb mana tau mati tak dan nak kata I love you.
Say thank you and mean it even though masakan isteri/suami tak seberapa. appreciate the time and energy to cook the meal.
I know that org melayu sangatlah kedekut nak show appreciation and love. They expect the other party to know. why not say it out front.
Give each other some space.
Love and cherish each other...
Ni saja my contribution to pengantin baru

demonsinme said...

Acik N,

Lagi skali keme mintak ampun, keme yang bujang ni ngongsi sikit...

"Silapnya pasangan bila berkahwin bila menganggap yang satu ketua mutlak yang satu lagi pengikut mutlak. TAPI, jika kedu-duanya tahu dan mengerti, yang ketua kadangkala boleh turun takhta dan yang mengikut boleh dijulang, apa pun masalah baik wang mahu sifat yang kurang boleh diperbaiki"

Moralnya, paham-paham sendiri jek la.

Anonymous said...

saya insyaAllah akan selalu ingat yang saya ialah cermin kepada isteri saya.

AzFiqs said...

a'kum aunty N..thank you so much for the tips..insyaallah akan dipraktik kan..sbenarnye sayela org yg bertanyakan aunty n tu..hehe..tq jugak dekat org2 lain kasi personal opinion and tips..i really appreciate them much!tlg doakan saya ye..tq!

AzFiqs said...

oh lupe..kalo free visitla my blog ek..i would appreciate so much if you can leave any comments,opinions,tips even share your experience with me about married life...takut jugak sbenarnye ni nak menempuh alam rumah tangga..tapi saya selalu ingat dr fadzilah kamsah ckp, 'kita tak pernah tersilap memilih pasangan tetapi kita yg sering menjadi pasangan yg salah'..

Anonymous said...

auntyN, i agree with demonsinme..
bottom line is, both parties need to compromise on a lot of things. bak kata mak saya, "masa bercinta, buka mata luas2, tengok apa yang tak kena dengan dia. bila dah duduk sebumbung, kena tutup sebelah mata, jangan cepat melatah dengan kekurangan dia."
just to share my 2 cents thoughts..

nef

Anonymous said...

Saya rasa ada satu lagi perkara yang agak penting juga, yang mungkin AuntyN tak sebut atau lupa sebut..
- Sentiasa anggap atau fikir yang keluarga suami/isteri sama seperti keluarga kita. Jangan berkira -keluarga aku, adik beradik aku mesti dapat lebih. Ini adalah antara sebab yg paling utama kenapa perkahwinan tidak bahagia - Anggaplah, sayangilah, dan bahagiakanlah ibu atau ayah mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri. Insyaallah, perkahwinan kita akan di berkati.
Sebagai manusia biasa, sekali sekala akan timbul perasaan cemburu bila kita lihat pasangan kita mungkin melebihkan keluarganya tetapi bila kita anggap keluarga dia pun keluarga kita juga, perasaan itu akan hilang.

Nisha

aNIe said...

Kak N...memang banyak perkara yang kalau kita nak tulis...yang kak N bagi tu kira basic lah tu...dan lady paling setuju...sentiasa berubah seperti kata Dr. Fazilah Kamsah...berubah untuk yang lebih baik...

Dan satu lagi kita suami isteri kenelah membuka minda kita untuk menerima teguran tak kiralah dari pihak isteri atau suami...jangan meletakkan ego pada tahap yang tinggi hingga tak boleh menerima teguran walaupun apa yang kita lakukan itu silap...dan jangan menganggap teguran tersebut sebagai sesuatu yang negatif...
kerana manusia yang tidak mahu menerima teguran dan nasihat orang tak akan berubah menjadi manusia yang baik sehingga ke tua...

AuntieYan said...

He..! he!...boleh jadi penceramah bagi kursus perkahwinan.:-)...hip!hip!...horey!!!! :-)

Queen Of The House said...

Auntyn, we are reading some vey good tips here. Maybe I can add just one:

Don't go into marriage expecting to change your partner or expecting your partner will change for you. Bila itu tak terjadi, dua-dua rasa tak puas hati. The best thing is to accept your partner as he/she is and each partner should adapt and complement the other (of course perkara2 kecil yang tak elok tu, cubalah tegur dengan baik).

MA said...

Maybe I am not the right person to comment - sebab ada rekod ke-kantoi-an dalam r/tangga ! Hehehe...

Anyway, among many good tips that I came across are :

1. A perfect husband/wife is one who does not expect a perfect wife/husband.

2. Look at your partner's bad side (habits, temper, family situation etc) - can you live with it ? Do not worry about his good sides, it will always be there. You may need to tolerate (or even accept) his bad sides/parts because old habits die hard.

3. Bertolak ansur. Ni selalu org tua2 ckp, tapi ramai yang kurang jelas UNTIL the aftermath. Kalau sorang naik hantu - sorang kena senyap. Kena cool down...walaupun dalam hati memang rasa nak bagi bola spike balik (sapa main volleyball tahu lah term ini). Apa yang berlaku masing2 will try to beat each other down. Sampai kalah. Then by then, many things dah too late, many angry words are spoken - which will only contribute to irreversible damages.

Yang paling penting - to me ialah dua-dua belah pihak mesti berusaha to make it work. Any relationship will not stand on its own. Macam pokok bunga, kalau dibiar tak bersiram, berbaja - akan kering layu.

(Ewah, kemain lagi aku ekk..)

Good luck to sapa2 yang nak naik pelamin tu. Your bujang problems are over , but your married *problems* are just beginning ;-)

Fara said...

saya baru setahun jagung berada di alam rumahtangga AN, boleh ke bagi tips ye? tapi... ini tips dari emak saya ..

"wajib akan ada salah faham dalam rumahtangga, resam tu. Tapi walau mcm mana kita tengah ada krisis dengan pasangan kita, Jgn tunjuk muka monyok kat parents, dan anak-anak."

simple, tapi meaningful.

AuntyN said...

Terimakasih, terimakasih. Bagus2 semua tips yang di tambah ni. Sila kan lebih banyak lebih meriah.

AzFiqs said...

wah..byk tips..tq aunty N sbb open this issue to public..mcm2 pendapat n tips yg berguna..tq so much to all of you..share2 la lagi ek...byk lagi yg nak kene saya blaja...

AzFiqs said...

alamak!!terbyk lak similar post!!aunty n!!!so sorry!!tlg delete ek..

AuntyN said...

Fiqs : sabar, sabar, tak payah dok kalut, hehehe

Arena said...

Asm,

To me marriage is hard work. Tak leh expect akan sentiasa happy just because we love each other. The husband jgn rule with kuku besi, and the wife tak leh expect to become the princess. It doesn't work that way.

hard work means, bermanis muka walaupun u letih nak giler. hard work means menahan marah walaupun tensen supaya tak cakap yg bukan2 dan menyesal kemudian hari. hard work means always cuba untuk gembirakan hati pasangan tanpa mengharap balasan. Insyallah spouse pon akan bahagiakan kita.

Antara yg terpenting, tak kira besar mana pangkat seorang isteri, or how equal u are semasa berkawan, bercouple bila dah berkahwin perlu ingat sentiasa kita adalah isteri, dan bahagia seorang isteri jika suami redha dan doakan kita. kena taat dan hormat keluarga suami. Insyallah balasan pahala dan ketenangan hati akan kita dapat.

Suami pulak, kalau isteri bekerja untk bantu ekonomi rumahtangga, bantulah dekat rumah, isteri pon reti penat jugak. Doakan isteri. Dan sesama bimbing ke arah kebaikan.

Tentang ekonomi, bersusah dahululah. Rumah simole2 cukup. Arena pon baru jek beli sofa. Lepas 2 tahun1/2 kawen.kekekke sebelum tu terbaring jela depan TV.. hehehe..

eh panjang noo laks..

Bergen said...

I just need to comment something, so here it goes:

Selamat berkahwin.

Anonymous said...

kak N,

saya dulu, masa mula-mula duduk sendiri. Menyewa. tv 14 inci atas rak kecik. duduk atas tikar getah.Beli bantal besar banyak-banyak.

Bahagia.

Ely said...

bab financial nih sering di lupakan terutama sekali time tgh bertunang. dah kawin barulah tau eh samada partner kita tuh kaki joli atau pelokek atau penjimat kan? time tuh nak gostan pun tak boleh hehehe.

tapikan bab financial lah bab yang paling penting di alam rumahtangga nih.

u have to have savings for the rainy day. lebih baik guan duit sendiri waktu kecemasan dari berhutang kan?

trust...memang mesti ada trust. kalau takder trust boleh jadi problem besar.pun kalau satu impulsive spender (like me) yang lagi satu mesti tukang tahan (like my husband).

cutting corners from extra expenses pun sesuatu yang diharuskan. put bills together mcm cellphone bills, put into same account, same goes with insurance bills too.

maka itulah saya serahkan semua hal financial nih kepada sang suami. i work and earn money, just tell me how much i can spend this month hehehe.

and like other bloggers say...SELAMAT BERKAHWIN.

Admin said...

hi aunty....klu saya yg no.4 tuh letak no.1 sbb klu dua2 komited apa saja boleh diatasi...anyway setuju ngan aunty...saya n husband pun 50-50.

edrina said...

sikit je nk tmbh..ni apa yg org tua2 pesan..kalau bergaduh mcm mana sekalipun dgn pasangan. Jgn berpisah katil/bilik. Atleast kalau still tidur sama perhubungan kembali normal tak memakan masa yg lama.

sue said...

dalam siri 'The Nanny' tu,Nanny Fine ada cakap:' treat your man like a kite, lepaskan dia..pastu tarik balik sikit..lepas lagi, tarik balik..'give him/her some freedom.

Kopi Suam said...

Tips dari saya:
Terima pasangan anda seadanya. Sebab perkahwinan adalah satu proses lengkap melengkapi antara satu sama lain :)

Sentiasa give and take antara satu sama lain.

Beri ruang dan peluang kepada pasangan anda. Peluang untuk berubah atau ruang untuk dia bersendiri.

Selamat melayar bahtera. Welcome to the the real world :)

AuntyN said...

Terimakassih kepada semua yang telah memberi tips yang amat berguna. Di harap semua pasangan yang akan mnempuh kehidupan baru sebagai suami isteri mendapat manafaat dari tips-tips yang telah diberikan.

Satu lagi yang aku nak tambah :

Doakan dan ampunkan segala dosa dan kesalahan suami/isteri kita sentiasa, sekiranya ajal menjemput kita, sekurang2nya dosa mereka telah terampun. Rasanya itulah kasih sayang yang paling besar terhadap suami/isteri kita.

Anonymous said...

Saya ada problem, hubby nak pinjam duit bukan sikit banyak 20K macam mana? nak bagi ker? sedangkan saya tau dia susah nak bayar balik duit tuh...
Saya cuma suruh dia come out with the repayment plan, sebulan berapa dia boleh bayar tuh pun dia tak mau.. sampai merajuk.. dah 3 hari tak cakap, malas la nak layan..
bukannya saya tak nak tolong tapi, just come out with the plan so i know that he will commit with that...

kekadang pasal duit boleh buat rumahtangga porak peranda. pening kepala dibuatnya.

AuntyN said...

saya : nak advise pun tak reti sebenarnya. Sebab ini saya sendiri kena decise nak bagi ke tak. Cuma hubby nak pinjam tu ada adakah untuk tujuan bermanafaat tu? Semua kena ambik kira tu kan? InsyaAllah boleh diselesaikan tu dengan aman.

Anonymous said...

AuntyN tolong delete comment saya kat atas thanks

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya pun tidaklah ada pengalaman dalam hal rumahtangga ni. Tapi dari pemerhatian saya, apa yang saya lihat setiap pasangan akan mempersiapkan sebaik mungkin persiapan sebelum menjelang hari diijabkabulkan. Tetapi dalam semua persiapan tu, persiapan dari segi ilmu agama yamg mencukupi pasti tertinggal.Walaupun tak semua tapi majoritinya macam tulah. Antyn setuju tak dengan saya? Nanti dah beranak pinak, bila anak tak nak dengar cakap baru kita nampak betapa penting peranan ilmu agama itu. Jadi, kepada yang nak kahwin tu, persiapkanlah diri dengan ilmu agama yang mencukupi.

http://perkahwinansempurna.blogspot.com