Sepanjang yang aku ingat sejak aku pindah ke rumah aku sekarang ni (dari rumah MIL) ada seorang wanita yang menjual nasi lemak depan mesjid. Aku duduk sini dah hampir 14 tahun dah. Masa kami pindah Kak Long baru masuk tadika. Aku tak ada maid, anak 3 orang. Kak Long nak dihantar ke tadika, angah nak kena tinggal dengan maktok. Ayin yang masih bayi, aku hantar kepada seorang jiran sekampung untuk dijaga dengan upah yang tak seberapa.
Rutin aku setiap pagi, selepas mandi dan bersiap pakai uniform kerja (kerja kilang jadi kami pakai uniform), bersihkan dan siapkan Ayin, Kak Long siap pakai baju sekolah tadika. Keluar semua sekali Kak Long, Angah, dan aku mendukong baby Ayin, kuncii rumah dan hantarkan Ayin ke rumah penjaga dia. Lepas tu balik rumah masukkan Kak Long dan angah dalam kereta, hantar Kak Long ke tadika, kemudian angah ke rumah mak terus ke tempat kerja. Nanti tok ayah (my father) akan ambik Kak Long dari sekolah tadika.
Setiap pagi, kami akan berjumpa dengan Habibah (bukan nama sebenar) penjual nasi lemak. Lepas subuh dia sudah menjual mula menjual nasi lemaknya. Kadang-kadang kami beli jugak. Dulu-dulu aku tengok dia akan menjual nasi lemaknya hanya bersuluhkan lampu gasolin. Pakaian nya kemas, siap bersolek serba sikit. Semakin hari semakin laris perniagaannya. Hingga sekarang dia masih lagi berniaga di tempat yang sama. Namun sekarang dia sudah mampu memandu sebuah kereta Proton Saga. Lampu gasolin yang dulunya menjadi penyuluh semasa hari belum terang sudah di tukar kepada cahaya lampu kereta proton saganya. Dia ada suami yang punya kerja tetap, namun dia tetap gigih untuk menambah pendapatan keluarga. Setiap hari aku tengok pelanggan tidak pernah putus. Rasanya dia telah berjaya dengan matlamat dia menambah pendapatan keluarganya itu.
Selalunya kalau kita melihat gerai burger, anak-anak muda lelakilah yang menjualnya. Namun tak berapa jauh dari rumah aku, ada seorang ibu muda yang membuka gerai burger di depan rumahnya. Rasa burger yang dia jual tu, mengalahkan resipi anak-anak muda yang lain. Kami sekeluarga memang selalu beli burger dari dia. sejak sekian lama, kami membeli dari dia, rasanya sentiasa konsisten. Kalau nak tukar selera dari nasi saja sepanjang minggu tu, kami beli burger dari dia saja. Hubby boleh cakap burger yang lain tak sesedap burger dari gerai Mariah (juga bukan nama sebenar).
Mariah juga punya suami yang punya kerja tetap. Anak-anak sekarang ada yang sudah bekerja. Aku memang selalu bersembang dengan dia kalau aku membeli burger dia tu. Memang kami dah kenal lama, dia pun tahu selera anak-anak aku terutama si Syia. Sebab Syia selalu tak nak burger, dia mahu egg banjo saja. Lepas tu kalau dia pergi dengan hubby , Syia akan selalu duduk atas riba hubby. Sekarang Syia dah besar, dah malu nak duduk atas riba baba kalau temankan baba beli burger.
Mariah, kalau kita tengok memang dia bergaya habis, semasa menjual burger. Siap dengan kain ketat, blouse sendat dan bertudung kemas. Solekan pun rapi. Jadi, oleh kerana kemas dan bersih ditambah dengan resipi yang sedap, maka gerainya laris. Walau ada dua, tiga gerai yang berhampiran tapi aku rasa gerai dia yang paling laris. Lagipun dia tak lokek dengan bahan-bahan yang ditambah diantara roti dan daging burger tu. Bahan-bahan yang dia guna semuanya berkualiti belaka. Siap dengan bawang yang digoreng dengan kicap cair dan perisa Maggi, dan Mayonaise yang berlebihan. Katanya ada yang pelanggan tetap dia datang dari Alor Star. Anak muda ni selalu datang dari Alor Star melepak di rumah kawan dia di situ, sebelum berangkat balik ke Alor Star akan singgah membeli burger dari Mariah. Ada jugak anak-anak jiran yang menjalani latihan PLKN memesan dari ibubapa mereka untuk bawak burger dari Mariah. Siap disuruh ibu membeli pada malam sebelumnya dan di simpan dalam fridge lagi tu. MasyaAllah.
Dari pandangan aku, berkat kegigihan Mariah, kini rumah teres sudah diubahsuai. Bilik tidor depan pun sudah dibesarkan, siap beraircond lagi. Perabot rumah pun nampak canggih sekarang ni. Itulah kan, kalau kita rajin, InsyaAllah rezeki datang melimpah.
Aku kagumi dua orang ibu muda ni. Aku yang sejak graduate asyik makan gaji saja. Takut nak mula berniaga kerana bermacam sebab. Tak pandai nak mula berniaga, takut nanti rugi, Malu pada orang jiran-jiran, sebab aku ni kan berpelajaran tinggi tak kan nak berniaga kecil-kecil macam diorang tu kan? Kalau nak berniaga kenalah buka biznes yang bermodal beribu-ribu, ye tak? Banyak sungguh alasan aku ni kan?. Namun aku rasa, kalau keadaan menjadi terdesak, aku juga akan sanggup berjaja nasi lemak dan kuih-muih di depan rumah.
Kakak ipar aku pandai masak. Hubby selalu cakap kalau kakak dia masak mee segera pun sedap. Tapi sejak kematian suami, dan sudah bersara ni, kesempitan hidup masih ketara. Hidup hanya dengan duit pencen, nak menyara anak bongsu dia IPTA, anak sulong yang bujang tidak bekerja (bukan salah anak dia ni, aku lebih salahkan SILL dari anaknya tu), tambahan pulak rumah di Lembah Kelang. Kami kat kampung kos kehidupan tak berapa tinggi, namun kadang-kadang kala tergelincir jugak. Aku pernah cakap dengan hubby, kalau aku jadi SIL, aku akan buat kuih-kuih berniaga depan rumah aku pagi petang. Aku rasa boleh laris perniagaan kecilan macam tu. Kalau kat kampung aku ni yang setiap ceruk ada gerai, yang menjual bermacam kuih-muih pun boleh servive dan masih bertahan, apatah lagi kawasan taman rumah SIL tu. InsyaAllah kalau sedap, sentiasa konsisten kualiti, dan kita tak lokek kepada pelanggan, aku rasa SIL boleh suppliment wang pencen dia. Kurang-kurang lepas duit belanja dapur setiap bulan atau installment rumah. Sayangnya, SIL ni pemalu sangat orangnya. Dia malu untuk menjadi penjaja.
Bukan setakat Mariah dan Habibah saja ibu-ibu muda yang berniaga di kawasan aku ni. Ada lagi dua tiga orang yang berniaga di sini. Aku suka tengok diorang berjaya. Aku jugak yang hanya menjadi pembeli tetap mereka tu. Entah bila lah agaknya aku boleh menjadi seperti diorang tu aku pun tak tahu. Kalau nak kata tak ada kemudahan banyak sekali. Yang penting aku kena ubah mindset aku dulu. Ubah paradigm shift aku dulu. Bila? Entah lah.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
Betul sangat tu, selagi belum terdesak kita akan sentiasa menjadi pemerhati jer. Dah memang mentaliti tunggu dan lihat kan! Walau banyak mana pun kita lihat kejayaan orang lain, tapi macam kita tetap tak boleh 'melihat' potensi kerjaya meniaga tu. Kerja sendiri macam tu banyak cabarannya, anak melayu kan anak2 manja.. takut cabaran (walaupun kita selalu melenting bila kena cabar)... iye ke?
Onde2 : Happy Mother's day to you too. hugs back
anon : Nak kena "de-manjakan" diri kita pulak lah no?
N: Kita tabik lah kat wanita-wanita yang berjaya tu. KY pun dok berangan sajalah nak buat tu nak buat nih...tapi dok macam tu jugak tak mulakan pun....ada buat jual barang sikit, rasa malu la pulak nak promote...dok guna sendiri je...mungkin sebab kita ada pendapatan tetap tu yang dok tangguh-tangguh.Hemmm...habis camno???
angan2 nak meniaga memang ada... buka gerai nasi campur pun ok... ntah bila bleh tercapai :) rasa macam bila dah lama keja, sebulan bulan posa nak cuti meniaga kat pasar Ramadhan :)
ala auntyn kalau bukan bisnes rendang delivery masa raya pun sure boleh kaya...tak payah kerja dah.
Kak Yan : samalah kita ni, jadi member MLM berlambak2 tapi cuma nak pakai sendiri dari from discount je tu :-)
Alinlai : bukak lah, habaq mai, kalau dekat boleh AN pi borong (tapi duduk KK kan? hmmmmm?
nazrah : OK jadi siap, this time raya siap I ambik tempahan no. Berapa kilo nak tu? hehehe
unrelated comment :
aunty, kenal blogger Emy aka E kan? she past away early this morning. am still trying to reach her friends/family. al-fatihah.
AuntyN..itulah pengorbanan ibu. Talking about berniaga lebih baik dari makan gaji, I tried but I think I am not the kind of person for berniaga barang. Cepat kesian kat orang. Lepas tu end-up bagi free. Semua kita ada talent masing2. Recognised our talent would be the best way to life our life.My 1 cent thougth...
Out of topic..dok teringat Char Keow teow lagiii..hehehe
Al Fatihah kepada Emy yang dah pergi.Semuga ditempatkan kedalam golongan orang beriman. Amen
muahahah...MR pun ada masalah macam auntyn jugak tak confident nak berniaga...takut rugi!!
auntyN, cuti sebulan tu kat BM la he he he...meniaga kat pasar ramadhan sebelah masjid kubang semang best tu...(angan2 ...ha ha ha...)
fatihah : I knew Emy and I knew about her death. Alfatihah untuk Emy semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. I spoke to her once before. So very sad. Dhe was only 29 years old.
Anggerik : Tu yg jadi masalah tu, kita tak ada biznes sense langsung :-)
MR : Kita ni makin gaji sampai pencen lah no...
Alinlai : Nak meniaga apa tu?
Jual benda2 simple je nasi campur pun ok tengok orang masak lebih kurang je tu pun jalan...jeles kadang2 tu :)
kak N.. kat KL ni masak tak sedap pun boleh laku dan bisnes masih jalan
auntyN, saya becita-cita dr dulu nak buke kedai dobi...i love the smell of clean clothes..tak tau la kenapa..tapi haranpan tinggal harapan..sbb aper..mind set tak tukar2 lagi..takut takder gaji fix. ntah laa..harap2la one day it will materialised..
"Lepas tu kalau dia pergi dengan hubby , Syia akan selalu duduk atas riba hubby. Sekarang Syia dah besar, dah malu nak duduk atas riba baba kalau temankan baba beli burger."
Mebbe in the next 10 years Pipa is doing the same thing toooo. :-)
alinlai : Juai nasik campur tak simple lah tu. Nak kena macam2 jenis lauk tu, tak kan nak bagi standard 1 atau 2 jenis lauk saja.
Sya : Itu lah kan, tak sedap tapi masih boleh bertahan. Senang nak buat duit tu kan?
UBA : Samalah kita ni, macam2 idea ada dalam kepala,tapi takut. Hais tu cam na nak jadi bisneswoman no..
Tj : Enjoy their time with them, cherish the love you have for them. The memory will last forever.
First steptu yang susah.Bila dah mula ok.Berniaga makanan kalau masak dah sedap pelanggan mesti datang. tambah kalau pandai layan customer.
Kalau buka restoran war-warkanlah kat kami insyaallah dari KL kami terbang ke penang bagi sokongan.
easylady : ni dah mai komen ni, dah habis pantang lah ni *wink* Sure ada orang suka tu hehehe.
Jadi siap, kalau AN bukak restoren pasti lah cari bloggers dan blog readers bagi sokongan.
masak banyak jenis lauk tapi sikit2...biaq ada banyak pilihan... bukan la 3 jenis lauk je ke ke ke buang karan plak
auntyN, bagi la chan kat depa tu nak meniaga, sat gi auntyN turun pdg bukak gerai habih la pelanggan depa lari mai kat auntyN, kesian kat depa..heheheh
N
masa hayatnya masih ada arwah my mother, nak berniaga nasik dengan van sbb dia tengok lunch time punya crowd kat Chai leng park cukup memberasangkan. My youngest sister pun nak joinjugak, tapi tiba2 she got ill, so terkandas cita tu. Now my youngest sister jualan apam manis and apam pisang dekat rumah dia (pekedai kopi mai ambik kat rumah)to supplement her husband's income. So, kalau nak mula meniaga nih..berniaga makanan yg selalu berjaya.
alinlai : InsyaAllah semoga berjaya. Habaq mai no bila dah bukak tu :-) Kita boleh pi test rasa...
AhNi : HAHAHA, ni dah bagi chance lama dah ni, sampai naik juling bijik mata dah ni hehehe. Betui ka semua serbu mai gerai AN, kut tak sampai sebulan dah kena tutup kedai...:-)
Kak M : Betui, kalau meniaga makanan senang dapat pelanggan. Tapi kena jugak cari the niche market no? So that org dok teringat sbb something different.
akum,
aunty, kat mana burger mariah dgn nasi lemak habibah tu. teringin jugak nak rasa dah aunty kata sedap. hehe :). kalau blk kg sy selalu p pasar mlm padang ibu tu, dekat ka dgn kedai burger tu?
-selendangbiru-
AN
Saya pernah form satu syarikat bersama rakan2 buat pembinaan makmal komputer sekolah. Sehingga kini dah 4 tahun masih tak dapat bayaran dari kementerian. Kerugian wallllaaaa. Memang banyak pasal buat tujuh buah bangunan.
Tapi hati tak serik serik nak meniaga.
Kena berusaha lebih lagi dan cari modal bisnes lain pulak. Janji masyukkkkk.
Nak suruh Arc jadi macam pompuan/wanita kat neighbourhood AN la. hehehehehehe
AN,
rasanya mmg betul, kalau tak terdesak, kita takkan buat. as for me, dah cuba memacam jenis perniagaan sejak 3 tahun lepas, rasa cam ada talent, tapi tak confident.
Early this year, i 'have to' berniaga,sebab contract dengan company lama dah tamat, and u know what, kalau la tahu berniaga ni best, takde la saya buang masa keje 3 tahun tak dapat apa-apa.
dan Rasullullah pun pernah berkata, 9/10 dari pendapatan adalah dari perniagaan. baru nak masuk 3 bulan, saya mula mendapat hasilnya. Alhamdulillah, setiap kejadian ada hikmahnya, saya redha dan saya bersyukur dengan apa yg saya lalui sekarang.
SB : Waalikumussalam, kalau nak tau betui-betui lokasi tu, hantaq email kat AN, nanti habaq tang mana tu. :-)
Budak : Usaha tangga kejayaan. Mai lah suruh Arc duduk kampung ni. Tapi tahan ke you Arc tak ada di sisi hehehe
nohachomel : memang berniaga tu best. Antara rajin dengan malas, takut dengan berani je tu. Kalau boleh tukar mindset InsyaAllah berjaya. Cerita sikitlah kat kami semua macam mana jalan noha menuju puncak tu? Macam AF lah pulak hehehe
AN,
saya masih menuju jalan ke puncak, takde lagi yg nak dibanggakan, kena kerja keras untuk buktikan jalan yg saya pilih adalah jalan yang terbaik
tapi apa yg AN cakap mmg betul, kena berani especially mindsetting, ye la, kalau belum apa2, belum mula pun dah takut, mmg GAGAL la jawabnya
insyaAllah, satu hari nanti, mmg saya nak cerita pengalaman2 yg sgt berharga yang saya dapat dari berniaga ni, cuma sekarang ni masa je tak mengizinkan, saya kena buat marketing all out, and work like a mad dog, supaya by next year, saya bole releks sket.
noha : terimakasih. AN tunggu cerita kejayaan noha untuk jadi ikhtibar. All the Best to you.
to aunty..
saja mai jengok blog...lama tak mai..kita punya blog pun tak update ..top top dah setahun...
selamat berblog..berbelog..kot ekekek
halim hashim : awat tak update blog. Terimakasih dok mai jenguk2.:-)
Excellent, love it! »
Where did you find it? Interesting read » »
Post a Comment