May 05, 2006

Kisah dan Tauladan 4 (Siri Akhir)

Setelah kematian Mak Jah, Fazli telah berjumpa dengan adik-beradiknya. Dia memberitahu mereka yang dia ingin membesarkan perniagaan dia dan ingin mengusahakan tanah peninggalan arwah ibu-bapa mereka sebanyak 25 ekar itu. Dia menunjukkan kertas kerja yang di buatnya. Beriya-iya dia cuba mempengaruhi adik-beradiknya. Begitu manis kata janji dia untuk mengembalikan keuntungan kepada mereka. Terbayang agaknya dia lubuk hati masing-masing kereta mewah yang menjalar di halaman, rumah banglo tersergam indah dan wang beribu dalam bank masing-masing. Termakan jugak pujukan Fazli tu.

Namun untuk mencari ketelusan dalam apa yang Fazli akan jalankan itu, adik beradik mendesak supaya perniagaan dijalankan sebagai perniagaan keluarga. Walaupun Fazli yang mengurus, tapi perjalanan perniagaan perlu di beritahu kepada adik-beradik. Fazli meminta persetujuan dari adik beradiknya untuk menjadikan geran tanah sebagai cagaran untuk mendapat pinjaman dari bank sebagai modal. Selepas bermesyuarat sesama sendiri, mereka memberi persetujuan. Namun begitu Farid yang terdekat dengan Fazli diamanahkan untuk memantau perniagaan Fazli.

Dua tahun berlalu, tiada apa-apa hasil yang diperolehi dari Fazli. Walau pinjaman bank sudah diperolehi, dia masih lagi mencari sumber pinjaman dari adik beradiknya. Farid jugak terpaksa mengambil personal loan untuk Fazli. Kakak-kakak pun di desak meminjam dari anak-anak mereka yang sudah bekerja. Masa hendak meminjam, mulut manis berbagai janji. Bila di minta membayar balik, hilang lesap tak dapat dihubungi. Habis ikhtiar, dia meminta barang kemas arwah ibu untuk digadaikan. Janji Fazli kepada Farid yang dia akan membayar ansuran pinjaman tinggal janji kosong. Farid terpaksa sendiri menanggung hutang tersebut, melalui potongan gaji setiap bulan. Tersepit Farid diantara adik kandung dan keluarga sendiri.

Farid terus mendesak Fazli memberikan akaun perniagaan kepadanya untuk disemak. Namun berbagai alasan yang di berikan oleh Fazli kepada Farid dari mengelakkan diri dari Farid. Bila Farid terus mendesak, mulalah Fazli menjadi berang dan melemparkan kata-kata kesat kepada abangnya. Habis semua budi yang ditabur oleh Farid dilupai oleh Fazli. Putus sekali lagi silaturrahim dua beradik itu. Farid sekali merasakecewa dengan sikap adiknya. Luka lama kini berdarah kembali. Farid sudah nekad untuk tidak lagi masuk campur urusan adiknya. Dia hanya mahukan hutangnya dibayar balik dan selepas itu katanya dia sudah tidak akan ambil tahu lagi perihal Fazli. Cukup sudah dua kali dia dinista dan di cerca oleh Fazli. Walau dia seorang abang, Fazli langsung tidak menghormati dia sebagai abang kandungnya.

Tak sampai sebulan selepas kejadian perang mulut antara Farid dan Fazli, suatu hari Fazli datang berjumpa Farid, di pejabat Farid. Dia menangis, meminta ampun dari abangnya. Farid yang sudah kecewa dengan sikap Fazli, pada mulanya tidak melayan kerenah Fazli. Dia terus memulangkan "paku buah keras" kepada Fazli. Dari itu barulah terbongkar cerita perniagaan Fazli yang tak menjadi, hutang dia pada along-along dan kepada Mr Lai. Fazli sudah menjadi buntu dan takut kerana setiap hari dia diburu oleh kuncu-kuncu along untuk meminta hutang dari dia. Kerana sudah tersepit dia terpaksa meminta tolong dari abangnya Farid.

Memang pada mulanya Farid tidak lagi mahu menolong adiknya. Dia telak serik dan takut nanti seperti melepas anjing tersepit. Semasa susah Fazli mencari Farid dengan muka yang sedih, mengalahkan primadona air mata Neng Fatimah, bila dia senang mulalah Fazli lupa daratan kembali. Tapi bak kata orang air di cincang tak kan putus, terpaksa sekali lagi Farid memanggil adik-beradiknya untuk bermensyuarat untuk cuba menyelesaikan masalah Fazli. Terkejut semua adik-beradik Farid mendengar cerita mengenai Fazli. Terkejut mereka mendengar jumlah hutang Fazli pada along-along, yang duit bunganya saja pun sampai mati pun tak habis dibayar.

Mr Lai pun juga cuba menolong. Dia marah dengan sikap Fazli yang telah menyusahkan adik beradiknya sebegitu rupa. Dia pun sanggup untuk memberi pinjaman kepada Farid dan adik-beradik untuk cuba membayar balik pinjaman yang Fazli buat dari along-along. Marah jugak Mr Lai kerana Fazli masih tidak mahu menceritakan segala-galanya kepada adik beradiknya. Banyak yang Mr lai tahu, tetapi Fazli walaupun dalam kesusahan masih banyak menyembunyikan hakikat dari Farid dan adik-beradik yang lain.

Mr Lai : En Farid, wa tak tau lah lu punya adik ni. Dia tak nak cakap betul-betul. Wa mau tolong pun dia tak mau cakap betul-betul. Dia cakap tipu, ini hari cakap banyak ni, esok ada tambah lagi. Wa sudah bagi dia RM30 ribu, pasti sudah habis hutang along. Hari ni cakap ada lagi banyak. Mana yang betul ni Fazli?

Farid : Apalah kau ni Fazli? Kau buat apa dengan duit banyak macam tu? Kalau buat bisnez, mana resit semua tu? Orang buat busnez, 5 sen pun kena simpan resit. Dari dulu aku dah mintak, kau asyik lari dari aku je. Sekarang apa dah jadi? Sapa yang susah? Kalau kau sorang yang susah tak kacau kami tak apa jugaklah.

Leter Farid pada adiknya. Terdiam saja Fazli. Buat muka monyok saja dia sepanjang masa tu. Raut muka sedih saja, badan pun sudah susut mengenangkan perihal hutang-hutang yang tak terbayar tu.

Mr Lai : En Farid, wa sudah tak percaya sama Fazli, dia hutang sama saya tak bayar sudah dekat RM300,000. Wa kasi dia barang berniaga, sebab kalau wa tak tolong, semua hangus habis. Kalau boleh, lu ambik alih ini biznes. Kita buat sama-sama. Wa tolong sama lu, bayar sikit-sikt balik wa punya hutang. Kalau buat elok-elok lu boleh untung RM20 ribu sebulan. Tapi wa tak tau mana ini Fazli pergi "buang" itu duit.

Farid : Nantilah Mr Lai, kita bincang adik beradik dulu. Nanti kita cakap sama lu. Kita mintak tempoh sama lu sekejap OK. Terimakasih banyak lu mau tolong wa punya adik yang tak guna ni.

Mr Lai : Fazli, Lu buat ini macam, tak baik tau. Bukan lu satu orang susah. Semua adik beradik lu sudah susah. Ini macam, kalau bagi sama lu itu twin tower KLCC pun pun boleh roboh habis. Haiyoo.....

Mr Lai : Kalau dia adik wa, sudah lama wa kasi penendang sama dia tau En Farid.

Mr Lai yang tak tahan marahkan Fazli membebel-bebel.

Setelah didesak bertalu-talu barulah Fazli menceritakan semua keadaan biznes dia yang rugi dan mengapa dia boleh terjebak meminjam dari along-along tu. Untuk membayar wang along-along yang memburu dia setiap hari dia jugak terpaksa meminjam kepada adik-beradik, sanak-saudara, ipar-duai dan kawan-kawan. Semua kawan-kawan sudah menjadi lawan, suadra mara pun dah tak mau mengaku saudara. Yang tinggal adik beradik saja lagi yang tak sampai hati nak biarkan dia jadi lebih teruk. Sebab itu dia terpaksa meminta ampun dari Farid selepas dia bergaduh dengan Farid sebulan yang lalu.

Untuk menyelamatkan Fazli, adik-beradikFarid mengambil keputusan untuk menjual sahaja sebahagian dari tanah yang ada. Terkilan dia kerana terpaksa berbuat demikian. Farid sangat sayangkan tanah pusaka tu, tapi apa nak buat mungkin bukan rezeki dia dan adik-beradik dia tu. Selepas ditolak hutang piutang pada bank, pada along-along dan Mr Lai. Biznes Fazli diambik alih oleh Farid. Nasib baik Farid baru sahaja berpencen, dapat mengendalikan perniagaan tersebut. Dia berusaha untuk menjayakan tanah pusaka peninggalan ibubapa untuk mendapat sedikit faedah untuk adik beradik dia. Fazli terus menjadi pekerja dengan Farid untuk menyara kehidupan keluarganya. Harap-harap timbul sesalan dihati Fazli, dan dia akan mengenang budi adik-beradik dia terutama abangnya Farid yang telah banyak menolong dia.

Sekian.

Ha? macam mana? boleh ke drama ni menjadi script drama kisah masyarakat? Kalau nak ikut imaginasi aku, banyak lagi adegan-adegan yang dramatik yang boleh diselitkan ni, tapi aku takut nanti jadi terlalu panjang dan boring pulak. Apa-apa pun ambil yang baik, buangkan yang tak baik.

Selamat membaca.

18 comments:

Alinlai said...

Bravo...t.a.m.a.t juga akhirnya, harapnya fazli takkan mengulang sejarah yang sama lagi. Boleh laku citer ni untuk slot cerekarama atau kat astro ria.

MA said...

*tulis nama kat buku kedatangan tapi kena duduk baris depan sebab datang awal*

Anonymous said...

ok gak plot story ni auntyn, tapi ending cam tergesa2, tak dramatik. Kalau utk slot cerekerama tv3 tuh kan, selalu cerita masyarakat camni, ending dia ntahapa-hapa ntah. Anyway, congrates auntyn. Sok2 kami singgah lagik nak tgk update noo...

AuntyN said...

alinlai : thanks kerana setia membaca. InsyaAllah, nak kena belajar cara tulis script dgn betul dulu.

MA : Awai hari ni? Bagus, bagus.(sambil tanda kedatangan)

keladi_tua : terimakasih kerana membaca dan komen. Kalau nak jual script tak leh lah nak bagi preview banyak2 (read :dah naik MALAS)

Anonymous said...

Sungguh memberi pengajaran dengan cerita cerita sedemikian kerana ianya datang drpd AuntyN sendiri. Kalaulah ada pengarah drama yang membaca cerita ni diharap, boleh contact AuntyN. I like all the details of the story and way you write it. Take care

AuntyN said...

youknowme : Do I REALLY know you? *garu kepala tak gatal hehehe*.

NONIE AZIZ said...

boleh bagi kat penerbit drama ni aunty N...bravo...terus asahkanlah bidang penulisan anda...hehehehhe...

Anonymous said...

rasa mcm citer betoi jer ni..berdasarkan pengalaman kak N kan..hmm..tak pe lah..thanks kerana berkongsi cerita. Kena tukar tajuk tuh..kena bubuh..KIsah BEnar..hehe

Anonymous said...

happy ending, walaupun banyak benda yang terkorban/dikorban.

not bad at all for the first attempt, AuntyN! :)

AuntyN said...

MR : Thanks for the semangat. Kalau nanti tgk kat TV ada cerita ni tengok sekali penulis scriptnya ye. *amboi mula dah berangan tu hehehe*

anon : Kenapa? Tak Percaya ini fiction? Tajuk Kisah Benar tu tak glemer macam terlalu biasa. Kena lah bagi tajuk yanglebih commersial :-)

CD : I like happy ending. Would like to see positive and happy ending in live. Kena try sad ending pulak kut?

Anonymous said...

very nice... tima kaseh seronok saya membaca mami... bravooo bravooo

AuntyN said...

mar ; thanks :-)

maklang said...

Alamak...kak...banyak nye nak kena baca...last few days tak sempat membaca. Sibuk xstitch....nanti dah khatam entries baru boleh komen....

Anonymous said...

hem....ni macam cerpen jaman Rahim Kajai aje.....

AuntyN said...

maklang : pelan-pelan lah maklang, tak kemana tu

oranglama : Ye ke? Tak pernah pun baca cerpen tulisan Rahim Kajai tu :-)

Mama Rock said...

barvo **standing ovation**

AuntyN said...

mamarock : *bow down* Thank you :-)

Anonymous said...

best regards, nice info first time lesbian gangbang no fax needed payday loan credit games to play Boating acessories Louisiana divorce documents Coil honda twin States represented in 2006 ncaa mens basketball tournament Fair free credit report hair vitamin accutane leather caster chair Rc boating Prozac & double vision