Angah : "Lepas ni Angah gemuk balik lah mama."
Aku : "Awat pulak ? Bukan dah gemuk ka?" Aku menyakat.
Angah : "Ni mama masak banyak-banyak ni"
Aku : " Kalau takut gemuk sapa suruh makan" Sambil gelak-gelak
Angah : "Dah mama masak sedap, makan lah"
Amboi dia blame kita masak pulak dah. Masa dia cakap macam tu, angah tengah meratah cendawan goreng bersalut tepung. Dia baru saja lepas makan nasi dengan gulai itik (hubby beli) dan sambal tumis udang yang aku masak pagi tadi sebelum ke pejabat. Takut gemuk lah si Angah ni sebab dia kurang main hoki tahun ni. Baba tak benarkan sebab tahun ni dia nak periksa SPM. Tak nak dia terlalu aktif, sampai tinggalkan pelajaran. Kesian jugak dia terkulat-kulat menengok kawan-kawan pergi main hoki sana sini.
Cerita kat hubby dan Kak Long. Kak Long bukak cerita.
Kak Long : "Itu lah mama, hari tu angah pun blame kak long tau"
Aku : "Dia cakap apa?"
Kak Long : " Dia kata, hang balik kami semua gemuk"
Aku : "Macam mana pulak tu?"
Kak Long : "Dia kata kak long balik, asyik makan jadi depa pun nak makan sama"
Aku : "Laaaa, pulak dah!!!"
Memanglah, bila Kak Long balik dia nak makan bermacam-macam makanan yang dia tak jumpa kat kampus. Masakan aku dan juga kuih-kuih yang tak ada di kampus. Hari tu masa kami ambik dia pun kami nampak badan dia susut sikit. Aku kata kat hubby Kak Long dah kurus, her b*m pun nampak dah kurang berisi. Hehehe. Marah anak dara aku kat aku, aku cakap macam tu. Selalu kalau dia kat kampus, kalau kami hubungi dia akan selalu tanya dah makan, atau makan apa hari tu, atau, masih ada duit belanja ka dan lain-lain. Jawapan yang sering kami dengar dari Kak Long ialah, dia puasa hari tu. Bila dah habis ganti puasa wajib, dia sambung buat puasa sunat.
Ayin pun takut gemuk. Dulu masa sekolah rendah, Ayin tembam orangnya. Bila dia masuk tingkatan satu, dia dah mula kawal pemakanan dia. Sekarang dah slim dah anak dara sunti aku ni. Baru-baru ni masa sekolah rendah menyambut Maulidur-rasul dia pun ambik peluang berjumpa dengan guru-guru sekolah rendah dia tu. Seronok dia bila cikgu-cikgu cakap yang dia dah slim dan dah lawa dah. Balik rumah terus cakap kat aku apa cikgu dia cakap tu. Ayin ni setiap hari masa aku balik dia akan tanya,
Mama, ada beli apa-apa makanan ?
Kalau aku jawab tak, dia tanya lagi,
Baba, satgi balik beli apa-apa ka?
Entah lah kata aku. Tujuan dia bertanya tu, bukan pasal tak ada apa-apa nak makan. Dia nak makan selalunya sebelum maghrib, lepas tu dia tak makan dah sampai esok hari. Kalau ada yang di beli dia tak nak makan nasi yang kat rumah tu. Kalau tidak 2 kali makan. Gemuk balik lah. :-) .
Yang masih tak takut gemuk buat masa ni ialah Syia. Dia makan semua benda yang mengenyangkan. Ayin selalu dok cakap dia makan banyak. Badan dah berisi dan tembam. Teruk jugak lah nak compete dengan kakak-kakak yang nak slim-slim ni. Tapi dia buat tak kisah saja. Kalau dah sedap makan, kalau dah lapar makan sajalah. Tak payah kira gemuk ke tidak. Tapi mungkin buat masa sekarang dia masih belum terasa self-conscious bila badan tu tembam agaknya. Tengok lah setahun dua lagi, dia mungkin akan hilangkan baby fat dia tu macam Ayin jugak agaknya.
Aku tak lah selalu suruh diorang ni jaga badan bagi slim ke apa. Tak pernah pun dok stress kat diorang supaya jaga badan "takut nanti tak ada boyfriend" ke apa ka? Yang penting bagi aku diorang sihat, tak ada penyakit. Makan benda-benda yang berkhasiat dan dengan cara yang betul. Kalau sihat senang nak belajar dan buat apa-apa aktiviti yang diorang nak buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
hehe, slim dan anak dara .. tak boleh dipisahkan
resemi perempuan.Tapi kalau genetik jenis yang tak gemuk. Insyaallah maintain. Org lain pulak jeles..
dialog kak ngah tu cam dialog saya ngan mak saya je dolu-dolu...skang ni, makan je tapi kurangkan lemak dan berminyak, gemuk ke kurus ke, tak kisah la...
faizah : so true hehe
onde2 : anak2 dara I ni memang senang nak naik berat badan.
easylady : itu lah. Yang susah ni genes jenis senang gemuk hehehe tembam gitu, Jadi risau lah diorang tu :-)
nohachomel : Angah memang cuba sedaya upaya untuk maintain jangan tembam, tapi rasanya tak berapa berjaya lah hehe *sure kena ni hehehe*
pb : anak2 dara AN memang masa kecik2 tu berisi jugaklah badan diorang tu. Tusekarang diorang sendiri dok try nak "maintain" tu hehe.
hahahahha...MR ngan kakak2 dulu pun macam anak2 auntyn jugak...asal balik dari asrama mak mesti masak sedap2 pastu masa makan tak ingat..bila seluaq ketat semacam jer...mak masak sedap tu yg kita dah gemuk...muahahah..mak jugak puncanya!!
auntyn, mummy saya slalu cakap..*dun blame mommy for the fatness in you, i gave birth to you all semua nyer perfectly at normal weight and just nice* bley??
p/s baiknyer angah tu yee..saya dulu auntyn mommy n abah tak bagi main softbal boleh nangis..nangis lagi..last last kena bagi gak..
MR : Nak buat camna biasalah mak sayangkan anak2 kan... Berat badannaik tanggung sendiri lah heheh
Adorable : Angah tak berani nak nangis, walau dia tak suka tak boleh main Hoki tu. Tapi dia lebih respect (read :takut) baba dia dari nak risk pergi main2 jugak.
AuntyN, anak-anak memang suka masakan mak and almost all mak are cencerned about anak makan ke tak. AM yg dah tua bangka ni, kalau call mak, mesti dia tanya dah makan ka..dia risau takut anak dia tak makan atau tak cukup makan..studentlah katakan..
Emmm...untung dapat mak pandai masak macam auntyN...
AM : pada anak2 emak masak tak sedap pun jadi sedap iye tak? . Tak lah pandai pun, practice makes perfect je lah.
for me AuntyN, even nasi kosong yg mak masak pun terasa kesedapannya!!! air tangan tu yg tak leh dicari ganti!!
hari2 masak sendri :P, time ada pluang balik kg baru je dpt mkn masakan mak nyumm nyumm..n masa tu lah ambil peluang nk mggemukkn bdn :P
Kak N...lady ni pulak...kat umah ni asyik bising sebab anak2 ni kalau lady masak makanan yang diorang tak suka...diorang masak sendiri...lama-lama naik tembam
girls shall be girls!! haha..
isas : Betul tu, air tangan mak tu penyedap makanan hehehe.
allaboutarif : Kalau belum gemuk tak pe lah :-) nak menggemukkan diri tu. Pandai masak sendiri tu?
Lady : kalau diroang masak sendiri tu makna masak maggije lah tu hehehe. Other than that semua mama kena masak, diorang ni tak berapa kisah sgt kalau menu tu. semua diorang belasaj je hehe
Dena : true, girls will always be girls hehehe
i dah give up my diet. balik ni u tengok la, badan macam tong dram he he tapi hati happy tak pa
atn : Ni baru nampak komen ni, nanti kita tengok no :-)
Post a Comment