July 19, 2005

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Minggu lepas, Anne ada buat entry pasal niat dia nak pakai tudung. I commented to her asking her to go read anedra 's story on this. From anedra's comment box, there were others who shared their experiences on the same issue. I hope both of you are not feeling uncomfortable by me quoting your blogs on this topic. If you do please let me know.

Aku ada membeli sebuah buku bertajuk "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung" Kompilasi cerita dan pengalaman wanita-wanita yang akhirnya bertudung atau cerita pengalaman mereka menhadapi cabaran semasa bertudung. Buku ini di kompile oleh Ir. Endok Sempo Mohd Tahir, seorang jurutera yang sekarang mempunyai firma perunding beliau sendiri. Ramai jugak yang berkongsi penaglaman dalam buku ini, dari Noorkumalasari ke doktor, engineer, usahawan, pensyarah. Salah seorang darinya adalah Dr Katherine Bullock seorang revert yang menulis tesis PhD beliau tentang hijab betajuk " The politic of the Veil" . Menarik jugak buku ni sebenarnya.

Kebanyakan cerita-cerita mereka ini ada persamaan dengan zaman aku. Seingat aku semasa aku di sekolah menengah dulu (tahun 70an), bertudung memanglah sesuatu yang janggal. Unifom sekolah adalah pinafore biru dan baju kemeja putih berlengan pendek. Baju kurung kalau di pakai pun hanya pada hari Jumaat sahaja masa dinner. Kami sekolah asrama penuh ada special baju kurung untuk hari jumaat. Semua pelajar kena pakai. Mula sekali, ada seorang kakak senior yang start pakai tudung. Lepas tu ada sorang kawan kelas aku ni yang pakai tudung. Heran bin ajaib kami seluruh kelas masa dia tiba-tiba masuk kelas pakai mini telekung labuh menutupi sehingga paras pinggang. Mana tak nya, sebelum tu dia ni adalah di antara yang boleh tahan jugak seksinya. Aku walau tak pakai tudung bila berskirt tak lah pendek, blouse pun tak pernah yang sleeveless. Tapi Z, selalu lah sleeveless kalau berblouse tu. Aku dan kawan2 lain ada jugak yang tanya, betul ka hang ni (dia orang utara). Heran kami jangan hanya jadi ikutan saja, nanti pakai sat kemudian bukak pulak. Alhamdulillah dia tak bukak walaupun lepas SPM. Seingat aku dia sorang saja yang bertudung sampai kami habis SPM dan meninggalkan sekolah.

Dah masuk ITM dan USM pun aku masih tak bertudung. Agaknya aku ni tak kuat iman, walaupun masa kat ITM ada jugak join usrah dan biasalah selalu kena "sound" dengan kakak dan kawan sebaya yang bertudung tu. Kami yang tak pakai ni walaupun join usrah tapi masih jugak dengan pendirian kami tu. Kat USM aku dengan kawan aku sorang tu selalu kalau bulan Ramadhan tu kami akan join majlis bukak puasa kat rumah Bilal masjid USM. Semua yang hadhir melainkan kami bertudung labuh. Pada kami, tak salah kalau kami masuk "geng" depa ni pun. Kalau diorang terima maknanya mereka berfikiran terbuka. Buka puasa sama orang-orang "dakwah" (dulu pakai term ini lah) jenis yang makan se dulang tu ramai2. Aku pakai baju kurung, kawan aku lagi kahaq kata orang sini, dia tibai pakai seluar yang faded saja lah. Bubuh jugaklah selendang atas kepala tapi tak lah labuh sampai ke pinggang tu. Lepas buka puasa kami solat tarawikh kat masjid. Dok fikir balik walaupun kami join diorang tu tak ada pulak rasanya yang betul2 melekat jadi kawan rapat kami. Agaknya depa tolerate saja kami yang entah agaknya cari peluang makan free kut :-).

Lepas kerja beberapa tahun masih jugak tak bertudung aku ni. Masa ni dah masuk tahun 80an. Banyak dah perubahan dalam negara, rata-rata pemakaian tudung sudah di terima dalam masyarakat. Sebelum tu macam-macam tohmahan yang di beri pada wanita2 bertudung, ada yang di panggil jumud, kampung, hantu kumkum lah, macam-macam. Aku masa tu masih dok merasa kurang senang nak bertudung. Aku kerja dengan swasta, kebanyakan bukan bangsa dan sama ugama. Macam-macam aku fikir masa tu, salah satunya, boleh kah majikan aku terima aku kalau aku pakai tudung. Nanti kena discriminate ke masa nak naik gaji dan yang serupa dengan nya. Lama kelamaan, akudah tak dapat nak lari dari hakikat menutup aurat itu satu tuntutan Islam. Jadi sedikit demi sedikit aku mula membuat perubahan. Dari memakai skirt dan kemeja berlengan pendek (uniform kilang masa tu) aku tukar ambik kain/seluar panjang dan kemeja berlengan panjang. Heran jugak kawan-kawan bangsa asing aku tu. Habis diorang dok usik aku, dah tak boleh tengok betis gebu aku dah. Depa rugi katanya. Aku senyum sajalah, dalam hati aku kata aku lagi rugi, dok bagi depa tengok tu. :-(

Aku dah set date nak bertudung masa tu. Jadi pada 1 Ramadhan pada tahun itu, masa tu aku pregnant anak ke-empat, aku pergi kerja pakai tudung. Kat hubby pun aku tak cakap niat aku, takut dia tak bagi, dia tak pernah menyuruh dan dia tak pernah menyekat. Aku takut nanti kalau aku beritahu niat aku mungkin dia kata tunggu dulu, jadi bila dah pakai macam tu dia tak boleh kata suruh bukak pulak. Dah terkomit macam tu lah kan. Balik petang baru dia tengok aku pakai tudung dan aku cakap aku nak pakai tudung mulai dari hari tu. Dia tak kata apa2 pun, jadi nya aku rasa dia tak lah menghalang. Kawan-kawan kat ofis ingat aku ni nak pakai tudung masa bulan Ramadhan saja. But I proved them wrong. Alhamdullillah sejak dari hari itu aku terus bertudung. Ada sorang kawan aku bila dia jumpa aku bertudung dia pun mula memakai tudung. Aku happy tengok dia macam tu.

Allah yang menentukan rezeki seseorang, apa yang aku takutkan sebelum bertudung semuanya meleset. Rezeki aku lebih murah selepas itu. Boss aku sikit pun tak discriminate aku pasal aku pakai tudung. Lepas aku keluar dari kilang itu pun senang jugak perjalanan kareer aku. Sampai pada satu ketika aku merasa menyesal tak lebih cepat pakai tudung. Procastinate terlalu lama tentang perkara wajib macam tu. Walaupun sekarang ni pun aku bukanlah yang terbaik tetapi aku masih cuba untuk memperbaiki diri aku dalam segala hal.

Salah seorang dari penulis cerita dalam buku ini memberi tahu kata-kata hikmat dari guru beliau yang menjadi pendorong kepadanya:-

" Wanita Islam adalah ibarat permata di sisi Allah. Kalau memiliki permata yang tidak ternilai harganya dan istimewa, pastilah kita akan menyimpannya dengan sebaik mungkin, di tempat yang selamat lagi khas, di tutupi rapi daripada dilihat orang sesuka hati terutama yang berniat jahat, Ini bagi memastikan batu permata berbeza berbanding batu murahan di tepi jalan. Jadilah permata yang berharga dalam pandangan Allah"

Aku harap tidak ada siapa-siapa yang terkilan. Dan jika boleh di jadikan ikhtibar, Alhamdulillah, yang baik itu dariNya semata-mata.

27 comments:

Arena said...

huhuh jadik pemotong riben utk entry hari nih. Menarik la buku tu. Alhamdulillah terbukak jugak hati. Better late then never kan. Arena pun masih membaiki diri jugak

Nazrah Leopolis said...

Ya betol!!!

Tiap2 hari mesti maju ke arah keakraban dengan Ilahi.Senang nak cakap, susah nak buat

AuntyN said...

Arena : sama2 kita muhasabah diri

Nazrah : kadang2 rasa makin leka bukan makin akrab dengan Allah tu yang payah tu.

anedra said...

Thanks for sharing the story! I still haven't achieved what I have set my mind to do, but it is something I prepare myself for everyday. Hopefully, I receive my hidayah soon, insyaAllah.

AuntyN said...

Insyaallah Anedra. It will happen soon OK :-)

Anonymous said...

=)

i enjoyed reading today's post. thanx for sharing. it is a joy to serve and obey His commands.

AuntyN said...

Welcome lilheaven. rasa dah lama tak tulis yang berisi dan bernas tu. You are really a good "servant"

Anonymous said...

:)

Enjoy reading your experience. DeLinn dulu ingat lagi. Mula2 dulu, pakai tudung. Ustazah masa tu kamceng dgn DeLinn. Siap pegang2 tgn betapa dia bersyukur sgt DeLinn pakai tudung. Sekali tu, masa perform Kadet Bomba, DeLinn bukak tudung. Pakai skirt lagi. heehehehe Tak berani nak tentang mata dia masa tu. hehehehehe

That was beforelah. Tapi masih ingat betapa seronoknya dia bila DeLinn pakai tudung hehehehehe. Form 2 masa tu rasanya.

superunknown said...

hai auntyN..

posting ni mmg best lah auntyN.. i dapat selami secara first hand, decision making seme behind pemakaian tudung ni. begini rupanya. moga usaha auntyN yang tidaklah harsh atau direct, lebih user friendly gitu terus dapat membantu orang2 yang memerlukan pandangan sebegini.

jaga diri yer auntyN.

AuntyN said...

Delinn : Thanks for sharing.

Wan : Thanks, I thought I share so that it will help the others. Rasa lambat lah buat keputusan tu for me, so supaya yang lain lebih cepat buat keputusan tu.

Ely said...

auntyN, u are a patient lady. thanks for sharing ur experience with us. thats a good iktibar esp for me.

Elf said...

Aunty N, citer AN tu banyak benarnya, zaman dulu dulu mana ada yang pakai tudung nih, takat pakai selendang nipis ala ala Saadiah gitew.

Mak saya pun dulu selepas anak ke empat kot pakai tudung betul2, umur pun dah berapa time tu, tak ingatlah. Pemakaian tudung saya ni dah start masa saya kecil lagi , on and off tapinya. Masa sekolah pakai, keluar bandar, pergi jenjalan tak pakai.Zaman sekolah dulu, orang tak pakai tudung pulak yang nampak janggal, sebab itulah saya pakai masa ke sekolah.Tak betul-betul ikhlas..

Tapi, selepas SPM, masuk USM jugak, saya nekad pakai bebetul, Alhamdulillah, sampai sekarang masih memelihara kesuciannya dengan tidak pakai baju ketat2 dengan bertudung. Kekadang heran jugak, bebudak sekarang nih, pakai tudung , tapi masih baju ketat pendek-pendek.

Sekian kisah saya yang tak berapa bes.

AuntyN said...

Ely : sama2, kalau boleh dijadikan iktibar, dakwah jugak namanya tu.

Elf : Betul tu, zaman dulu janggal kalau pakai, sekarang janggal kalau tak pakai. Insyaallah yang pakai akan tetap memperbaiki diri sendiri.

WRA said...

Memang bagus pakai tudung sebab niat ikhlas nak pakai...cam saya dulu sebab ikut orang, tapi alhamdulillah, lama-lama melekat & bila dah faham hukum terus stay pakai....

Setuju gak dgn pendapat elf tang budak sekarang ni yg pakai tudung tapi baju ketat & belah-belah....ada tu siap nampak pusat lagi tu...ni yg sedih ni...macam tak ikhlas pulak kan?

missy dullness said...

dulu pakai tudung sbb kena paksa ngna mak, sampai sekolah jek, cabut tudung...konon2nyer x cool, makhlumlah budak sports and brutal. tapi alhamdulillah, biler dah matang sikit (heheheh), pakai tudung dgn ikhlas...

yg penting, better late then never, tul kan kak?

:)

AuntyN said...

Alex : sebab tudung dah jadi fesyen, dan pakai tanpa tahu apa hukum bertudung tu. Gitulah jadinya.

Sue : baguslah kalau dah sedar :-) Sama2 kita memperbaiki diri OK.

shidah said...

we r lucky 2 b here, where tudung is a norm. i adore those who r wearing in those countries with glitch. i hope they stay strong.

AuntyN said...

Shidah : so very true!!. We take things here sometimes for granted. Reading Kak Teh's entry sebak sesangat. But that makes them really strong actually. Sebab dugaan tu yang akan buat kita lebih yakin dan bersemangat tu.

Kak Teh said...

auntyn - kita tanya diri kita - kita takut depa ka, kita takut Tuhan? I never realised that I am wearing tudung. it has become a part of me.

AuntyN said...

Kak Teh : cantik philosophy tu. That should be that it becomes ingrained within us like having to eat and breathe.

Nazrah Leopolis said...

i pun baru jugak pakai tudung secara ikhlas. belum lama pun.

tapi secara tak ikhlas dan cara agak munafik dah bertahun-tahun. pakai buka , pakai buka ikut suka hati. orang kutuk pun buat dek aje.

tapi alhamdulillah sekarang i love it. i love my tudungs and i think i have indeed found who i really am wearing the tudung. harap2 tidak dipesongkan syaitan, dan ditarik balik hidayah. Naudzubillahimindzalik.

AuntyN said...

Alhamdulillah nazrah. Insyaallah kita semua tetap di dalam hidayah Allah ni.

NANI SHAHABUDIN said...

sedap entry ni AuntyN. thanks ya. tertarik dgn komen Nazrah.

buku tu macam menarik. hopefully i can get it here.

AuntyN said...

Thanks Anne. Let me know if you can't find the book :-)

Anonymous said...

Hai AN...

Teringat masa dok toggel dulu...tapi cek lain sikit..sebelum tudung penuh..cek keluaq pakai tudung..tapi gi opis tak pakai tudung..ialah bos mat salleh..cek takut boss buang cek sebab bertudung..but I was wrong..mula-mula dia memang terkejut..siap tanya samaada rambut cek luruh ke..tapi lama kelamaan dia dpt terima..siap puji..sebab..walaupun bertudung cek masih boleh berfesyen lagi..tapi yg sesuai lah..tak gitu..:-)

AuntyN said...

Bilal : Betui tu, kalau kita ikhlas, orang boleh terima, kita yang prasangka yang bukan-bukan.

Laaa : Terimakasih.

Anonymous said...

best regards, nice info Pennant fever baseball online baccarat http://www.minnie-mouse-watch.info training online skin care Messenger spam blocker http://www.lose-weight-6.info Radar detector hong kong