July 22, 2005

Bila Marah, Ini lah Akibatnya

Pagi tadi masa breakfast sesuatu telah terjadi yang membuat kan aku langsung putus selera makan.

Seperti biasa, aku ke kantin waktu morning break untuk makan pagi. Kami ada 15 minit morning break. Di meja yang aku duduk tu ada lagi empat orang yang lain yang makan bersama aku. Di antara kami ada 2 orang staff (officer level) di bahagian akaun. Keharmonian pagi tadi tiba-tiba dinodai oleh tokey kantin itu yang datang berjumpa dengan officer akaun. Tokey ni berdiri di belah tempat duduk aku sambil bertanya kepada officer tu,

Tokey kantin : Mr L, mana duit saya? Bila saya boleh dapat itu duit.
Mr L : Nanti dulu lah, minggu depan lah, saya belum check lagi, boss pun tak dak.
Tokey kantin : (Makin tinggi suara). Minggu lepas lu macam tu, belum check lagi berapa lama mau check. Saya ada masalah kewangan ni!! Lu ingat mau beli barang dengan pasir ka? Nak bayaq upah orang dengan apa?!!!
Mr L : Mana boleh cepat siap, kena check satu-satu, tu yang lambat tu. (Muka dah merah tapi try to maintain cool).
Tokey kantin : (sambil hentak kerusi kosong kat sebelah aku). Saya dengar akaun dept sini banyak kuat, makan besi ka? Berak emas? Kentut wangi? Buat ni pun tak boleh.!!!! Nak cakap bahasa apa? China, Mandarin pun saya boleh (start talking in chinese - kuatnya bukan main lagi rasaya seluruhkantin boleh dengar)!!!!

Aku dah tak tahan nak dengar, sedangkan aku duduk kat sebelah pun dia buat tak heran. Jadi tanpa menghabiskan makanan aku, terus aku bangun, bawak mangkuk dan gelas ke tempat letak mangkuk pinggan kotor, dan terus meninggalkan kantin. Terpotong terus selera makan ku pagi tadi tu. Biasanya kalau aku makan waktu tu, sampai lunch aku masih boleh tahan tak lapar. Hari gayanya kena keluar lunch lah tu. Malas aku nak makan kat kantin hari ni.

Nampak sangat tokey kantin ni tak boleh nak tahan marah dia. Kalau iya pun marah, janganlah marah depan orang ramai macam nak pukul orang. Gaya tu macam samseng saja tu tadi tu. tambahan pulak hari ni hari Jumaat, kan elok kalau dia panggil Mr L, selepas orang dah keluar habis dari kantin untuk bincang. Kan ka tak menjatuhkan air muka dia dan Mr L tadi kalau conversation tu berlaku secara private.

Setelah aku masuk ofis, terus aku call HR manager. Aku pun cerita situasi tadi pada dia. HR manager ni kata terkejut jugak dia, tokey kantin tu buat macam tu kerana dia kenal tokey tu dan katanya perangai dia tak macam tu. Aku kata aku tak kenal dia dan apa yang berlaku HR manager boleh tanya semua orang yang kat meja tu tadi. Aku bagi dia nama semua yang ada kat situ tadi tu. HR manager tu kata dia akan siasat.

Tengah hari tadi, sebelum Jumaat, tokey tu masuk jumpa aku. Dia mintak maaf atas apa yang terjadi. Aku tahu dia dah jumpa dengan HR manager tu lah. My colleugue mesti dah cerita kat dia apa yang aku komplain tu. Tokey ni kata dia marah sebab dia rasa dia di tipu, janji tak betul gitu. Aku jangan takut kata dia sebab dia sebenarnya bukan macam tu perangai dia. Muka dia memang nampak menyesal. Aku cuma kata, aku tak kenal dia, aku tak tau macam mana perangai dia yang sebenar, tapi apa yang aku tengok tadi aku rasa terkejut dan aku tak suka. Walaupun marah kenapa bersikap kasar sampai macam nak pukul orang. Aku ingat bila aku bangun dia akan perasan yang aku marah. Rupanya tidak. Aku pun cakap aku sesal jugak sebab, kita Melayu, Islam patut lebih sabar. Terdiam dia tu, lalu dia pun keluar dari ofis aku.

Tak lama kemudian, Mr L datang apologise jugak. Aku kata bukan silap dia. Mr L kata dia tadi rasa nak buat report polis takut tokey ni pukul dia tapi setelah dia bincang dengan HR manager dan boss dia (he is attending a meeting in KL office) dia tak jadi nak buat police report tu. Cara tokey tu cakap selepas aku keluar tu katanya memang buat dia takut. Ini lah kali pertama aku tengok tokey kantin kami bertindak aggressive. Kontrak kantin ni baru lagi sebab kantin operator yang lama berhenti tak nak sambung lagi perkhidmatan dia tu. Sebelum ni pun dah ada beberapa operator kantin kat sini, tak pernah jadi sampai macam ni.

Itulah manusia ni kalau dah marah, syaitan makin dok bisik macam-macam kat telinga dan hati supaya lagi membuak nafsu tu. Jadinya sapa yang rugi. For sure, aku dah rekomen yang kontrak dia tak di sambung. Takut pulak aku perkara macam ni terjadi sekali lagi. Entah2 akan melibatkankan perkelahian.

11 comments:

WRA said...

sabor je la....tu mesti tgh stress giler tu sampai marah org macam tu...tak suker betul org cam ni...

Elf said...

El rasa sebab dia dah kena pressure dgn orang lain kot yang mengapi apikan dia sebelum dia jumpa Mr L tu. Kekadang tu, sifat kita tak berani nak nengking nengking kuat kuat, tapi, setelah dapat 'galakan' , tetiba kita jadik berani..Tu yg jadik camtu kot, walau secara biasanya dia tak camtu..

Apapun alasannya, saya pun rasa tak boleh terima orang yang marah macam tuh.

Leen AshBurn said...

Tapik munkin dia ni dah mmg stressed gila kot - janji dah lapan kali tapi still tak dapat2 duit. Kesian gak kat dia. Tapi merentan cam tu tak best lah, dah lah dia org business. Kalau customer lari, dia gak yg rugi kan? hehe

Anonymous said...

mungkin jugak dia betul2 terdesak nak pakai duit utk buat rolling beli brg kantin. Dan mungkin jugak betul kata tokey kantin tu, acct dept dok kata next week next week tapi tak dapat2 jugak duitnye tu. When ppl terdesak especially pasal duit, anything can happen.

Anonymous said...

i second delinn. psal duit, pun bulih putuih saudara.

tp, talking about amarah nih; same thing happened this morning. not $$ prob tp Cikgu Z marah sakan pagi ni. smua benda tak kena. budak ditampar n ditenyeh dia dpn smua cleaners. smpi one of da cleaners told me,"baik buang tudung ataih kepala tuh". ishk.. *istighfar* nnt la sbb i do plan to blog about kisah pagi nih. haru jugak layan cikgu Z nih. hehee..

anyways, jgn diikutkan la the urge to tinggikan suara tuh. dia suara tinggi, kita lagi nak tinggi, last2 bercakar ja la. kan? im not that gentle as a person when in a rage too, tapi avoid la bab2 tinggikan suara nih. yg penting msg u nak convey tuh smpi.. kan?


~lilheaven

AuntyN said...

Alex, Elf, Leen, Delinn,Lilheaven : actually memang lah stress pasal duit tak dapat. Tapi so far, tak pernah lah tgk operator kantin yg buat macam dia, akaun memang lah treat them the same way.

Walau camna pun tak kan nak marah2 depan orang. Kena lah respect orang lain dan juga jadi maruah sendiri tu,

icam said...

Manusia ni ada pelbagai ragam Kak N. Kalau semuanya cool taklah ada perang. Tak ler ada konflik di dunia ini. Cuma akal mampu membeza...

superunknown said...

mebbe tokey tu memang dah bernafas takat leher sesaknya.. justify dia hilang kawalan diri.. moga dia dapat terus tunggu payment dia dgn sabar dan bertahan dgn apa jua masalah dihadapi.

anedra said...

betul kata Aunty N actually..kalau nak marah pun not infront of orang lain, cos nanti people akan dapat a different impresion of si mamat tokey kanin tu, even though, dia probably berhak marah sbb tak dapat duit. He shd have taken it up privately..tapi agaknya dah tak leh tahan kot!

AuntyN said...

Thanks all for the comment. Ambil ikhtibar saja lah cerita ni OK

Anonymous said...

tuan kantin tu ada hak nak marah depan orang. dia tak perlu nak jaga air muka Mr L tu. sbb itu mmg salah Mr L. dan Mr L tu yg kena apologise. kalau Mr L tak bayar duit tu, dia kena tanya kat akhirat kenapa lambat2kan proses mendapatkan duit sampai tuan kantin itu marah. itu pendapat saya.