July 13, 2005

Maknenek Buat Hal Lagi !!!

Sila oh sila. Masuk, masuk pi sampai dapuq tu no...

La awat aku ajak orang masuk sampai dapuq ni? Selalunya kalau tamu mai depa duduk di beranda atau serambi saja kan. Ni aku ajak masuk sampai dapuq no. Ada buat kenduri ka? Dak aih, tak dak buat kenduri lah. Nak buat kenduri apa anak dara2 aku kecik-kecik lagi, kanyiaq lagi tu. Nak masak ayaq pun tak reti, nak besiang ikan telah lah pulak tu.

Tu apa no? Bukan apa pun, kan aku hari tu bukak blog baru? Tiru si Ely bukak blog resipe-resipe tu. Jadinya dah ada blog kenalah ada banner kan. Kat sapa lagi kalau tak mintak maknenek tolong buatkan. Nasib baik maknenek belum tutup kedai masa aku ngendeng kat dia tu. Kesian kat maknenek, penat agaknya dia tu kan, siang malam bersengkang mata nak habiskan order yang datang bertalu-talu tu.

Aku kata kat maknenek suruh bubuh kat photobucket aku, jadi masa dia bubuh pun aku tak sedar. Dua tiga malam lepas aku dok download gambaq family kat situ, sebab my anak Kak Long nak gambaq-gambaq family tu baru aku sedaq ada something new there. Aku tengok, bukan main lawa lagi tu, siap ada serai, lengkuas, halia, lesung batu pun ada. Duduk ataih tikaq mengkuang pulak tu. Dah dapat banner dah pulak nak cari orang nak tolong pasang. Kak Teh aku tengok dah tak menang tangan dok buat kerja lepaih London bombing tu. Tak kan aku nak suruh dia pasang pulak tu. Kesian sangat kat dia tu, letih dan sedih lepaih kejadian tu. Nak suruh anak2 teruna yang pandai2 tu aku segan lah sebab banyak gambaq aku dan family kat situ. Sat ni nampak pulak gambaq aku yang "montel-montel" tu kan. Malu lah!!!!

Jadinya aku try lah godek-godek sendiri, sekali try tak jadi, bubuh punya bubuh, refresh lah macam-macam tak keluaq-keluaq pun. Pernah aku tolong bubuh kat blog Kak Yan dulu tu, pun keluaq tak elok. Kak Teh yang tolong repair tu. Macam mana pun aku, nak try pasang sendiri jugak, kalau tak boleh jugak baru nak mintak tolong sapa yang pandai2 tu. Hari ni aku try sekali lagi, tup-tup menjadi lah pulak. Cuba lah pi tengok tu. Sungguh cantik sekali banner tu.

Jadinya, maknenek buat hal lagi lah ni. Bukan hal tak elok, hal baik-baik ni.
Di sini nak ucap terimakasih untuk maknenek yang bersusah payah buat design banner kat aunty ni. Kalau ada apa cara nak balaih budi maknenek tu habaq mai no kat aunty ni, jangan segan tau. Insyaallah, akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan mu itu. Kalau Kak Teh mai melawat, round-round kampung tu tolong tengok2 kut-kut senget ka no.

Terimakasih sekali lagi.

11 comments:

Anonymous said...

Memang cantikk. Taapi kalau lesung batu tu besar sikit , baru reaalll.

Arena said...

Amboihh lawanya banner kat dapor AUnty N.. Ooopss Maknenek did it again! The same gifted lady yang buat banner utk I jugak.

Ely said...

auntyN, sungguh cantik ur banner. very the kampung, the batu lesung dah buat air teringat sambal belacan!!!!

alah jgn ckp tiru lah, kita kan tgh collaborate. u read mine, i read urs, we all happy :)

thank you for the mee kari and nasi goreng kampung.

AuntyN said...

Anon : bertuah badan aunty, dua2 banner teramatlah lawa nya. Maknenek tu memang the very talented tu.

Arena : She sure is very talented indeed.

Ely : Nanti kita bubuh resepi berbagai2 cara membuat sambal belacan tau, Sapa nak contribute sambal tempoyak, sambal macang, sambal kerisek sila kan. Kasi gambar sekali. Nanti I will try to find the ulam2.
I tiru you, u tiru me lah tu , in other word, collaborate lah tu.hehehe

ibuVouge said...

aunty N
baru dok type recipe..nanti ana antaq no...

tengok banner dah semangat nak masak..

Anonymous said...

Wah !!!!

Bijak betul Mak Nenek tu ye Aunty N...mesti order mencurah-curah..:-)

Anonymous said...

Assalamualaikum aunty..saya sukalah bab masak-masak ni. bagus jugak aunty buat blog resepi tu. kalau saya nak sumbangkan resepi boleh?? resepi masakan terengganu lah, hehehe.

akmal

AuntyN said...

ibuVouge : hantar lah cepat OK, tks

Bilal : She is so very talented, i agree

akmal : hantar lah OK

Ruby M. said...

auntyn : thanks for this. kalau kak teh tak beritahu i tak tau pun. i pun fikir jugak kenapa auntyn tak pasang lagi banner tu..mungin tak suka kut? bahan2 itu semua, dari dapur i!! hahah..i terpaksa buat sendiri..manalah nak carik gambar benda2 tu kat internet kan? glad u like it. will be watching out for ur recipes!! salam

AuntyN said...

MakNenek : Amboi sampai gitu sekali buat banner ni? Terharu aunty jadinya. Sorry lah tak email masa dapat tu. Anyways, thanks so much, memang sesuai dan cantik sesangat ni.

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »