July 26, 2005

Urut Kaki

Hari Ahad baru ni, Abang Long ajak kami (aku dan hubby) keluar makan katanya. Kak Long (my SIL) pun ikut, adik aku S pun join kami jugak. Actually, abang long dan kak long ni nak pergi mengurut kaki diorang. Aku plan suruh abang long ajak hubby sebab aku nak suruh dia pun urut jugak. Hubby memang dah lama sakit kaki, susah sangat aku tengok dia jalan tu. Blood circulation is poor I guessed. Tumit kaki aku pun terasa sakit jugak sebenarnya. Aku suruh abang long ajak tu sebab, hari tu dah plan-plan, tiba2 hubby tukar fikiran tak nak pi pulak, jadi trick dia sikit lah hari tu. Tapi masih dia tak nak urut tu, dia ni jenis yang pemalu nak tunjuk kesusahan dia (Aku tak nak lah pakai ke****an dia, macam setengah orang pakai tu :-) ). Hari tu orang pun ramai, agaknya sebab hari minggu. Jadi dia tengok kami diurut dan ambik business kad bomoh tu saja lah. Aku nak jugak ajak dia pi urut kaki dia tu lepas ni.

Pak Ya ni dia urut cara reflexology. Dia urut kat kaki, tapi dia "diagnose" penyakit kita dari urutan kat kaki tu. Kalau kita ada penyakit sakitlah masa dia picit jari dan bahagian kaki kita tu. Abang Long dah 3 kali pi urut tu, jadi dah OK banyak dah. Memang abang long ni ada kencing manis dan darah tinggi jugak. Jadi untuk abang long dia suruh pi dalam sebulan sekali saja lah lepas tu. Maintenance engine badan kata Pak Ya. Kak Long pun dah dua kali pi urut tu, Pak Ya suruh dia bawak halba dan asam keping. Entah aku pun tak pasti khasiat halba dan asam keping tu. Tapi mengikut Kak Long Pak Ya suruh rendam dalam air panas dan minum. Maintenance jugak lah kut sebab Kak Long tak pulak ada penyakit kronik. Yang aku tahu halba memang elok untuk pulihkan peranakan untuk orang yang lepas bersalin tu. Sebab dulu ada seorang makcik yang kerja dia jadi confinement lady tu memang pernah cerita. Halba kalau di jemur bagi kering, ditumbuk halus minum dengan susu, baik untuk mencepatkan sembuh sistem peranakan dan menambah air susu badan. Dah macam bidan pulak dah aku ni, hehehe.

Aku pun sua jugaklah kaki aku untuk di urut tu. Adoi, sakit bukan main lagi. Meletup-letup aku dengar jari-jari aku bila dia picit tu. Nasib baik dah kencing awal dah sebelum masuk jumpa dia, agaknya boleh jugak terkencing tu, kalau tak tahan. Tapak kaki aku sakit jugak kadang-kadang ni, terutama bahagian tumit. Since aku first time datang tu Pak Ya kata, mai dia nak tengok dulu apa penyakit, jangan habaq apa penyakit aku. Akupun bukan tau aku sakit apa, jadi nak habaq macam mana kan. Yang aku tau, kencing manis, darah tinggi tu memanglah tak ada pun.

Pak Ya kata, my digestive system tak bagus. Dua tahun lepas masa kat Beijing, kami ada di bawa melawat hospital yang practise traditional Chinese Medicine, memanglah tujuan tu nak promote the Chinese medicine. Over there, the singseh diagnose melalui tapak tangan. Sama jugak masalah aku masa tu. Tapi aku tak pulak beli ubat2 Cina tu. Mahal sangat tu. Dah kali ni Pak Ya pun cakap yang sama jugak tu. Kata dia simptom dia, constipation (Tok bomoh ni speak London you!!!), hela nafas macam tak puas ( I don't have that), tidor tak nyenyak (now hubby knows why I am always online untill late hours, I told him I can't sleep he couldn't believe me, memang aku ada imsomnia sikit ni). Lagi kata dia nanti telinga akan rasa berdengung ( I have this), sakit pinggang ( sometimes), moody - cepat naik marah (cepat saja hubby aku mengiyakan cakap Pak Ya masa ni). Adalah lagi lah simptom yang dia cakap tu.

Aku ada cakap kat dia, tumit kaki sakit, dia cakap ada 3 area bagi tumit kalau perempuan menunjukkan fungsi organ mana yang tak baik tu. Untuk lelaki lain pulak lah. But tumit ni nampak nya macam berkenaan dengan reproductive system, untuk dua-dua jantina. Untuk perempuan macam aku ni, kalau tengah tumit tu, something is wrong dengan ovary, fibroid etc. Keliling tumit, bahagian tapak kaki tu kata dia overweight problem. Kat sebelah tepi tumit tu aku dah lupa apa masalah tu. My problem yang mula2 tu lah. Nampak nya memang nak kena pi buat medical test ni. Bila tu entah lah pulak no. Procastinate lagi........

For the man, very similar, jugak tapi ada bahagian yang kena dengan the actual private part and the kilang sperma tu. Jangan pulak orang ingat apa yang aku tulis ni lucah pulak. I am trying hard to be very intellectual here.

Pak Ya suruh aku pantang dari memakan daging, sotong, sayur-sayur yang menjalar seperti kangkung, kacang panjang dan sejenis dengan nya. Selain dari tu, buah-buahan yang bergetah seperti nangka, cempedak, dokong, pisang. Aku suka pisang emas, dah kena makan as cokodok lepas ni tak boleh makan mentah dah, sama dengan cempedak. Generally, untuk semua orang katanya, patut pantang atau elak makanan-makanan ini.

Daging
Sotong
Ais
Minuman bergas
Kulit ayam (especially untuk lelaki) - sebabnya kat kulit lah segala sisa2 ubat-ubatan ayam yang dicucuk tu akan berhimpun.

Aku nak kena pi 2 kali lagi untuk urut kaki aku tu. Nanti nak tanya lagi lah apa2 yang perlu tu. Aku pun dok plan nak ajak hubby pi urut tu. Masa balik Pak Ya ada bagi garam yang dijampi dan di campur dengan sedikit herba untuk kami tuam behagian badan dan kaki. Garam ni kenalah digoreng sampai panas dan di balut dalam kain. Aku tuam badan hubby dulu, lepas tu gilirang dia pulak tuam belakang aku. Dah dia kata sedap pulak lah buat treatment macam tu, nak buat hari hari. Kalau baik OK lah.

Pak Ya tak specify berapa kita nak bayar dia, semuanya atas keikhlasan diri kita. Tapi yang aku tengok rezeki dia murah, ramai orang datang berurut, dia kerja sebagai gaurd saja tetapi boleh bela 3 isteri yang tinggal sebumbung dengan dia. Kata dia (melalui adik S, yang rekomen Pak Ya kat kami ni) Pak Ya tak pakai apa2 ilmu pun nak pikat isteri supaya boleh duduk bermaufakat macam tu. Aku rasa Pak Ya banyak pakai psychology tentang perkara ni.

Ada ka yang teringin nak berurut dengan Pak Ya ni? Dia tak advertise kat paper service dia tu. Jadi iklan tu from word of mouth sajalah ni.

30 comments:

atiza said...

rasa pernah dengar pasal pak ya masa saya duk kulim dulu..famous pakcik nih (esp tang dia boleh bela 3 wives under one roof)

masalah aunty tuh ada kaitan dengan makanan berangin..bila kita tak pantang makan (mengingatkan diri jugak nih) segala mak nenek sakit datang, kan?

moga aunty okay..

WRA said...

oooo...halba untuk peranakan..patutla ada ramuan halba tu kat ubat yg saya beli untuk masa pantang nanti...(ubat homeopathy)....
seronok plak dengar pasal berurut nih....dah lama tak kena urut....hopefully, lepas bersalin ni ada can la saya nak berurut jugak....kat KL ni susah nak cari tukang urut yg sesedap kat Kelantan....hehehehe

Anyway, urut refleksi ni mmg bagus...saya ada beli buku dia and cuba buat kat anak-anak time diorang sakit cam batuk...menjadik...

AuntyN said...

Atiz : thanks for the concern but I am fine. Sekarang kena lah pantang ni..

Alex : Take note on that lah, kan dah nak bersalin tu. Insyaallah semua selamat tu. Lepas tu pergi berurut, so that JD bertambah sayang tu, hehehe.

AuntieYan said...

N, KY hanya berurut selepas melahirkan anak.La ni badan dah rasa macam lenguh sana sini.Dok pikir jugak nak berurut...tak berani pulak nak pi kat sembarangan tukang urut...tau,tau la kat KL nih.Mungkin yg. paling selamat pi urut kat salon...KY pernah sekali urut tapak kaki masa pi Hatyai dulu...best jugak.
KY pun ada beli buku berkaitan urut tapak kaki ni...kenkadang dok urut sendiri...tak berapa best...(suruh itu hero urut...kang dia urut tang lain pulak....;-)

AuntyN said...

Kak Yan : hahahaha, sama2 urut lah, Kak Yan urut kaki dia dia urut kaki Kak Yan tu. Kat KL tak tau pulak lah kat mana tu. Kena cari yang orang rekomen baru baguih ni.

Anonymous said...

baru hari minggu lepas balik kg gi urut satu badan.. ringan rasanya.. kalau tak asyik la dok komplen lenguh sana sini :)

nak cari tukang urut kat KL kang org pikir lain pulak.. isk..

Anonymous said...

laaa kak N...

Cerita pasal kaki sakit buat hapa. Ceritalah pasal pak Ya dan 3 isteri sebumbung tu!

He he..gurau aje.

Get well soon.

AuntyN said...

adnilsa : camna nak bagi nak publish kat sini takut satni ada yang take advantage ni.

cyberdad : apa pasal org fikir lain kat KL tu? :-)

kampo : ni nak kena pegi interview Pak Ya pulak lah tu hehehe. Thanks anyway.

Anonymous said...

AN

Boleh bagi address/no. tel pak ya tak? saya nak bawa mak pi berurut la ngan pak ya. ni email add saya.
autumn_vienna@yahoo.com

Anonymous said...

AuntyN, sejak Joe dah tutup blog dia , saya terasa pulak kehilangan AuntyN. Ingat saya tak? Saya jumpa blod ni kat Kak Lela. Seronoknya bila kena urut..ye kimochi..

AuntyN said...

autumn : nanti aunty emailkan.

ff : Aunty ingat, tapi Joe tak tutup blog, dia cuti 2 minggu tu. Tag ada lagi tu. Berurut memang seronok. Ni dah lama tak pegi saloon urut badan ni.

Kem Lambaian Danau said...

Salam Kak N

Saya pun pernah bermasaalah sakit tumit kaki. Jumpa macam-macam doktor dan pakar segala, tak juga baik. Sekali tu, seorang Pak Imam datang ke rumah, tengok saya nak bangun dari duduk, kena tertonggeng-tonggeng.

Dia bagi petua ni :

1. Ambik betik muda. (betul-betul muda)
2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu)
3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis)
4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi)
5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.
6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni.
7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.

** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

Selepas 9 biji betik, tumit kaki saya tidak lagi sakit sehingga hari ni. Dan paling seronok, 2 bulan selepas tumit saya baik saya mengandung (selepas 5 tahun cuba nak mengandung).

Akak cubalah. Harap-harap boleh baik juga. InsyaAllah.

AuntyN said...

Thanks Ogy, nanti I willl post this petua kat blog so that ada manafaat kat semua orang.
Jadi betul jugaklah ada kaitan dengan reproductive sistem tu kan?
Alamak? Kalau buat termengandung jugak camna tu hah? hehehe. Syok juga kalau dapat baby boy kan, kan hehehe.

Elf said...

Saya pernah jugak pegi rifleksologi nih, kat midvalley, tingkat berapa ek, lupala, tapi dekat dengan kedai perabut n hiasan rumah homelife ke apa gitu.
Yang urut tu orang buta, bagus tu, sambil berurut selain menderma.

Urut satu badan pun boleh.

Anonymous said...

i think that pak ya is a good person because he always ready to help people in trouble.

Anonymous said...

i think that pak ya is a good person because he always ready to help people in trouble.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. lexapro and pregnancey

Anonymous said...

salamz,

saya pun nak no tepon pak ya,
boleh bawak kedua parent gi berurut.

mail me at vinyardz@yahoo.com

tq..daa

Unknown said...

Boleh x bg no fon & alamat pak ya tu,,,skrg ni saya mengalami sakit tumit dah hampir 2 bulan...ni email saya: adib_azim77@yahoo.com

Zynie said...

klu guna betik tu dah cuba tpi tak brhasil. mbe lain org lain kaedah yg sesuai. bagi sy pla, just gosokkan dgn minyak kayu putih kmudian sruh anak urut ala2 karate kaki. mula2 mmg sakit smpi nak trcabut tumit rsanya. tpi slepas seketika akan brsa lega dan kebas2 pda tapak kaki seakan angin beralih ke arah tgh tapak kaki. gosokkan lagi dgn myk tdi ke arah jari kaki, akhir skli tarik jari2 dgn mgepit diantara jari tlunjuk dan manis utk membuang angin. jgn basahkan kaki sehingga 6-8 jam.

Unknown said...

Salam..bleh dpt no pak ya x..email mel471.pink@gmail.com

Unknown said...

Salam..bleh dpt no pak ya x..email mel471.pink@gmail.com

Unknown said...

Salam sis...pakya ni area mna?saya brminat

Unknown said...

Salam sis...pakya ni area mna?saya brminat

Unknown said...

Salam Aunty.. boleh bagi no tel pakya? Dulu saya pernah 1 family beberapa kali pergi mengurut dgn pakya tapi no tel dah hilang.. mcm mana eh saya blh dpt no tel pakya?

Unknown said...

Salam Aunty.. boleh bagi no tel pakya? Dulu saya pernah 1 family beberapa kali pergi mengurut dgn pakya tapi no tel dah hilang.. mcm mana eh saya blh dpt no tel pakya?

yati said...

salam.nk jugk.no telefon pak ya..rumh pakya ni area mana..br2 ada gk p umh pak ya..tp tkot pak ya lain
ni emel sy itayaen@gmail.com

Unknown said...

Salam
Ni pakya yg kat baling kedah ke?

Unknown said...

Boleh bg no pakya 2

Ctsha said...

Boleh bg alamat pk ya ni