September 05, 2005

Penat Lelah Berkenduri-Kendara

Adoi, letihnya........
Rasanya seluruh anggota badan aku ni macam nak jatuh dari tubuh aku ni. First time buat kenduri dah macam ni tu yang dok tunggu lagi 4 orang anak dara aku tu entah lah macam mana nanti tu hah.

Sambung nanti kemudian.....

***************************
OK nak sambung cerita ni.

Aku cuti dari hari Merdeka. Sabtu dan Ahad memanglah cuti sebab aku kerja 5 day week (Monday to Friday). Khamis, Israk Mikraj (27 Rejab), di Kedah memang cuti (kebetulan factory pun gazette cuti ni). Biasalah kalau hanya satu hari saja tinggal tu kami shutdown on Friday. Elok jugaklah sebab aku boleh buat persiapan terakhir kat rumah.

Hubby balik dari KL pada hari ahad lepas setelah 1 minggu di KL kerana berkursus. Kebanyakan saudara mara sebelah hubby belum lagi di jemput. Jiran-jiran keliling rumah aku dah aku jemput semua pada last weekend, jadinya yang tinggal keluarga sebelah hubby saja lagi. Malam Selasa, aku hubby dan adik dia ke Sungai Petani ke rumah kakak hubby yang nombor 2 , bila sampai depan rumah kakak ipar tengok kosong, aku suruh hubby telefon abang ipar dia (abang Mat) nak tahu diorang kat mana. Rupanya diorang ke KL dah seminggu dah perginya. Memang diorang ni selalu tak pernah cerita pun kat adik beradik yang lain plan diorang tu. Jadinya kami jemput melalui telefon sajalah, ke Sungai Petani pun kira makan angin sajalah.

Esoknya hari Merdeka, kata hubby nak ke rumah bapak saudara dia (Mamu Par), aku tanya pukul berapa nak pergi, kata dia awal, jadi lepas breakfast aku dah siap dah sambil tunggu hubby mengemas kat belakang rumah tu. Tunggu punya tunggu tak jugak dia sudah kerja tu. Abang Long (my eldest brother) datang dok complaint pasal Shah kat aku, kemudian ajak aku pergi kenduri kat rumah mak sedara kami Mak Anjang. Kat sana adalah jugak sedara mara yang aku sempat jemput. Balik aku solat zuhur siap tunggu hubby lagi, tup-tup dia masuk lepas buat kerja dia tu, dia terus tidur pulak. Laaaa......, tak jadi kerja ni aku dah lah banyak kerja lain nak buat ada lagi benda yang nak kena beli dan macam-macam lagi. In the end, aku cakap dengan anak2, aku nak ke supermarket, Ayin dengan Sya ikut aku keluar, hubby pun tak tahu kami kemana. Dia ingat aku ke rumah mak sebab adik S asyik call cakap diaorang dok berkemas kat rumah mak. Aku cakap aku tak boleh nak tolong sebab aku ada hal lain. Walaupun kenduri kat rumah aku, nanti diorang nak duduk kat rumah mak, jadi bilik pengantin di buat dia rumah mak. Mak dah seminggu balik rumah dia, aku sebenarnya tak berapa suka dia balik sana sebab dia bukan kuat sangat dah nak buat kerja, tapi semangat sangat dia tu nak mendapat menantu baru tu.

Bila balik dah malam, jadi tak keluar lagi, beli saja lah makanan untuk malam tu sebab tak sempat masak ( salah planning sebenarnya tu). Keesokan hari (khamis) baru aku dan hubby ke rumah mamu dia. Hari tu badan aku dah rasa tak sedap, macam nak demam dah, jadi bila ke rumah mamu yang tinggal dengan anak dia tu (seorang doktor) aku ambik ubat demam, selsema, batuk dan sakit kerongkong. On the way balik Abang Long telefon cakap Pak Chaq dan Mak Chaq (abang dan kakak ipar arwah ayah dari KL) dah on the way nak ke rumah kami. Diorang memang dah cadang nak duduk di rumah kami semasa kenduri tu. Aku ingat diorang nak datang hari Jumaat, rupanya khamis dah sampai dah. Isyy susah jugak lah sebab mak chaq aku ni becok sangat orang nya, susah nak buat kerja sebab dia asyik bercakap tak berhenti, tak nak layan nanti dia ingat kita ni biadap pulak. Serba salah jadinya. Nasib baik abang long kata dia akan bawak diorang makan kat luar malam tu. Jadi boleh lah aku dan hubby buat persiapan terakhir kat rumah tu.

Hari jumaat petang abang long dah siap datang untuk start preparation untuk nak masak. Semua kelengkapan memasak dah dia hantar kat rumah aku seminggu sebelum tu. Abang Long dengan 2 orang kawan dia memang ada catering servise kecil-kecilan. Jadi bab masak-memasak ni kami serah kat dia lah. Dekat nak maghrib baru adik hubby hantar ayam yang kami pesan. Ayam kena goreng malam tu jugak takut dia busuk. Sambil di basuh sambil lah di goreng. Adik beradik lain dah mula sampai, adik aku yang bongsu dari Sungai Petani, abang lang dari Shah Alam, abang ngah dari Taiping. Kakak aku (kak M) dan adik S pun ada. Jadi kami adik beradik lah yang bergotong royong buat persiapan kenduri. Semua berkumpul dirumah aku sampai awal pagi Sabtu dok tolong buat persiapan memasak kat luar dan juga kat dalam rumah bersiap barang hantaran. Aku kat luar saja dengan hubby dan yang lain2. Pukul dua pagi aku dah tak tahan, diorang yang lain makan bihun dengan sup kaki ayam, aku masuk tidor. Hubby tak tau lah pukul berapa dia tidor sebab pada pukul 4 pagi anak aku (kak long) telefon suruh ambik dia kat stesyen bas. Dah 2, 3 malam tak cukup tidor jadinya badan yang lama ni tak tahan sangat ni.

Hari kenduri, Abang Long pagi2 dah sampai. Dia dah siap nak masak nasi masa aku prepare breakfast untuk semua yang ada kat rumah kami. Penuh rumah aku malam tu, kena lah setengah tidor kat hall, sebab tak cukup bilik dah. Yang jadi mangsa anak2 teruna Abang Lang, tapi diorang tak kisah pun. Kemas hall untuk buat tahlil, dan juga siap meja untuk buffet style kat luar laman kami. Khemah dah di pasang petang jumaat lagi, meja dan kerusi pun dah di atur, cuma nak bubuh alas meja dan juga siapkan meja bufftet saja tu. Abang Long yang mengarah semua kerja tu, kami ikut sajalah. Hubby siap joke lagi lepas ni kami boleh buka restoran macam ni kat halaman rumah. Satu idea yang baik tu.

Jemputan mula sampai pukul 12.00 tengahari, sebab kami memang jemput orang tahlil pada pukul 12.00 tengahari. Maka bermulalah kenduri kami tu.

Nanti sambung lagi OK....

9 comments:

Anonymous said...

esok kena bagi laporan lengkap :)

AuntieYan said...

He..he..'mak' pengantin le katakan....N, jangan lupa boh gambaq sekali...

MA said...

alhamdulillah , selamat dah satu masjid didirikan.

Jadi contractor masjid la katakan - mesti lah penat...dividen tinggi, tahu !

AuntyN said...

Atiz : dah setengah dah ni, esok sambung OK?

Kak Yan : ini trial run baru ni dah pancit, kalau betul2 entahlah macam mana, hehehe

MA : Alhamdulillah dah selamat. Insyallah semoga berkat.

lana : apa pasal, kerja kat Kulim ke lana ni?

Anonymous said...

amboih pjg cita nya nieh.. one of many series nieh. =P

AuntyN said...

lilheaven : nak cukupkan quota blog entry untuk minggu ni hehehe.

Anonymous said...

AN :-)

Kesiannye...ialah tuan gumah lah kata kan...mesti tak menang tangan ye tak...

Nanti jgn lupa gambaq ekkk...mesti meriah majlis kenduri tuuuuu...

Traveler said...

Meriah nampak kenduri AuntyN. Kerja keras nampaknya. I could imagine that.
Apa lagi lepas ni ambik satu dua hari lagi cuti just for rest dan being lazy at home.
Pesan sama uncle Z picit-picit sikit badan AuntyN yang macam nak jatuh dari tubuh tu. Salam..

AuntyN said...

Bilal : ni baru trial run ni, kalau betul-betul dapat menantu tu tak dapat nak bayang kan.

Om : Uncle Z dah ke KL dah seminggu. Kalau ada pun sapa nak picit sapa pun entah lah, hehehe....