Esok 31 Ogos, hari kebangsaan Malaysia. Dah 48 tahun dah kita ni merdeka. Aku di lahirkan 1 tahun selepas merdeka. Jadi tak tahu perit getir orang-orang dulu memerdekakan negara ni. Hubby was born in 1957 tapi susah nak kira jugak sebab masa merdeka tu dia baru 4 bulan lebih saja. Tak reti apa lagi masa tu. Cuma yang reti minum susu dan tidor, oblivious to masalah negara masa tu.
Jadinya kami dan generasi kami ni dah tahu banyak kesenangan dari kesusahan untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengar cerita mak, ayah, datuk dan nenek tentang zaman Jepun dan orang putih pun boleh setakat dengar saja, susah nak menghayati keperitan hidup mereka masa tu. Mana tak nya celik mata negara dah merdeka, tak payah dok sembunyi dari Jepun takut kena tangkap dan dia bawa bekerja membina landasan keretapi "maut". Atau tak payah sembunyi takut diperkosa oleh tentera Jepun macam dalam cerita Embun tu. Atau cerita-cerita tentang makan ubi kayu kerana tak punya beras dan sebagainya.
Tambah-tambah generasi sekarang yang senang nak makan, fastfood merata2, sebut saja apa nak makan semua nya ada kat Malaysia ni. Jadi food haeven pulak lah tu. Kalau kat sana sini kita dengar ada kebuluran, kat Malaysia makanan kadang2 terbuang. Negara pun aman, tak ada huru hara, Alhamdulillah. Banyak dah kemajuan yang kita dapat tengok dan rasa. Banyak dah anak2 kita yang pandai-pandai, yang dapat peluang macam-macam dalam pelajaran dan lain2. Ramai jugak dah jutawan-jutawan di kalangan kita.
Tapi kadang kala, bila dah terlalu senang kita mungkin jugak terleka. Kita asyik dok citer sapa dapat AP dan banyak mana, lupa yang ada jugak orang kita yang kebulur, tinggal dalam kotak, makan nasi dengan air garam, dan lain-lain. Leka kita sampai ada yang tak takut mati dah dok asyik racing haram malam-malam. Khayal dengan macam-macam dadah yang juga menjadi tersangat canggih. Leka dengan mengejar dunia, sampai adab sopan kita dan anak2 pun tak terdidik, tak di praktik lagi dah. Asyik dok concentrate berapa A diorang nak dapat dalam exam kan.
Aku ni pun nak kata patriotik sangat pun tak jugak. Dah puas dah pak menteri dok suruh pasang bendera, aku tak pasang pun. Tapi bukanlah tak patriotik, kalau orang caci Malaysia, aku marah jugak. Kalau tengok report macam2 kat mana2 yang tak elok sakit hati jugak. Cuma tak tunjuk saja lah. Aku syukur aku dapat jadi rakyat Malaysia, senang segala serbi. Nak makanan halal senang, nak solat mana2 pun senang. Nak jalan-jalan makin tak senang sebab minyak dah naik. Tapi aman selalu. Aku doakan negara kita ni sentiasa aman dan damai, senang nak cari rezeki dan buat amal ibadah.
Untuk semua, kat sini aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KE 48,
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI SELURUH DUNIA.
DOAKAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA INI.
Aku akan sibuk selepas hari ini. Jadi blog ni pun tak akan ada update untuk beberapa hari. Insyaallah bertemu kembali selepas ini.
*************************************
Ini apa yang Kampo tulis kat komen box. Terlalu indah kata2nya, menghiris perasaan hingga hampir mengalirkan airmata ku. Terimakasih po yang tak terhingga. Jadi di sini aku paparkan;
Nyanyian Kemerdekaan ...
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau kibarkan Jalur Gemilang
Pada cermin dan bonet kenderaan
Berkibaran
Melayang
Bertaburan di atas jalan
Digelek diinjak tayar-tayar hitam
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau cacakkan jalur gemilang
Di hujung laman
Berkibaran
Sendirian
Tak siapa yang memandang
Sehingga ia reput dan carik penuh koyakan
Tak siapa yang hiraukan
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau anjurkan lumba haram
Berkejar-kejaran di jalan-jalan persekutuan
Dengan bendera kebanggaan berkibaran di belakang
Sehingga kau terkorban
Melanggar merempuh lori melintang
Dan mayatmu di selimutkan dengan Jalur Gemilang
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau balutkan tubuh telanjang
Dengan jalur-jalur keghairahan
Sambil memberikan senyuman
Makna kemerdekaan yang dalam
Dalam helaian majalah tempatan
Dicampak dibuang
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau bersorak riang
Menjerit melaung
Tanpa kau faham
Makna kemerdekaan.
Berakhirnya malam itu
Berakhirlah kegemilangan di situ
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Aku sedekahkan surah Penghulu Al-Quran
Kepada Tok Janggut,
Datuk BahamanMat Kilau,Tok Gajah,
Hj. Abd. RahmanDatuk Maharajalela,
Tunku Abdul RahmanRentap,
Si Pitung dan para pemimpin
Kesatuan Para pejuang yang hanya tinggal nama
Hanya tinggal cerita
Hanya tercatat pada buku sejarah lama
Dan kegemilangan terus berpanjangan
Sehingga ke akhir zaman.
~po.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
kak N ni kan...
tulis pasal benda-benda patriotik pun mesti pasal makan.
he he
Po, hahaha, tak perasan pun. nak buat camna dah kita duduk Malaysia pun.
aunty..merdeka tak semestinya perlu tunjuk..kan?
tapi..
merdekakah kita, bila oil price naik, ekonomi kita jatuh?
merdekakah kita, bila anak2 muda yang dok jerit2 'merdeka' tapi tak faham erti kemerdekaan?
merdekakah kita, bila time nak cari pemimpin syarikat2 malaysia, kita rasa foreigner lebih baik jadik CEO dari orang Malaysia sendiri?
As'kum AuntyN...hmmm dah lama baca coretan aunty nih...very entertaining & inspiring...like very much your writing style...sempena hari kebangsaan ni, teman ada posted pantun...just like to share with auntyN & your ardent fans...here goes:
Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda
Jalur gemilang berkibar megah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah
Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.
Itu aja...kalau sesapa nak balas, bagus gak....
Atiz : jangan dok tanya banyak-banyak, orang kampung mana nak tau nak jawab soalan tu semua no... :-(
U.N.C.L.E ; nick ni remind me of the TV series, "The Man from U.N.C.L.E" otai sungguh no aunty ni.
ni nak cuba jawab pantun ni.
Bangsa Melayu pidatonya petah
Tutur kata berkias sentiasa indah
Bersama menjaga maruah negara bertuah,
Jangan nantinya kembali dijajah
AN,
Selamat Hari Merdeka jugak..Merdeka merdeka jugak, akhirat jgn lupa...hehe.
Lepas merdeka ni saya ke Utara , AN..(1-2.9)
Ada can tak nak makan2 mee udang nih?
Elf : laaa, isyy awat mai masa aunty sibuk sangat. Sorry lah, sebab nak kenduri tu kan. Next trip OK?
AN....
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
Semoga Negara remains AMAN & MAKMUR...insyallah...
Selamat Hari Merdeka AuntyN!!
Nyanyian Kemerdekaan
...
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau kibarkan Jalur Gemilang
Pada cermin dan bonet kenderaan
Berkibaran
Melayang
Bertaburan di atas jalan
Digelek diinjak tayar-tayar hitam
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau cacakkan jalur gemilang
Di hujung laman
Berkibaran
Sendirian
Tak siapa yang memandang
Sehingga ia reput dan carik penuh koyakan
Tak siapa yang hiraukan
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau anjurkan lumba haram
Berkejar-kejaran di jalan-jalan persekutuan
Dengan bendera kebanggaan berkibaran di belakang
Sehingga kau terkorban
Melanggar merempuh lori melintang
Dan mayatmu di selimutkan dengan Jalur Gemilang
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau balutkan tubuh telanjang
Dengan jalur-jalur keghairahan
Sambil memberikan senyuman
Makna kemerdekaan yang dalam
Dalam helaian majalah tempatan
Dicampak dibuang
Dan di situ berakhirnya kegemilangan…
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Kau bersorak riang
Menjerit melaung
Tanpa kau faham
Makna kemerdekaan.
Berakhirnya malam itu
Berakhirlah kegemilangan di situ
Tatkala muncul hari peringatan
Tiga satu bulan lapan
Aku sedekahkan surah Penghulu Al-Quran
Kepada Tok Janggut, Datuk Bahaman
Mat Kilau,Tok Gajah, Hj. Abd. Rahman
Datuk Maharajalela, Tunku Abdul Rahman
Rentap, Si Pitung dan para pemimpin Kesatuan
Para pejuang yang hanya tinggal nama
Hanya tinggal cerita
Hanya tercatat pada buku sejarah lama
Dan kegemilangan terus berpanjangan
Sehingga ke akhir zaman.
~po.
Bilal & Anedra : Selamat hari Merdeka
Po : terlalu indah, menyayat hati menhiris perasan.
oh, patut lah tengok byk new entry kat blog auntyn, rupa2 nya lepas ni bz tak leh nak update.
for me, merdeka tu byk maknanya, definitely not merdeka macam 31/8/57 tu tapi merdeka ala abad ke 21 ni- merdeka dari inflasi, dari stress, dari boss, dari hutang etc etc
'off topic' auntyn hari tu dapat dak email dari cik?
cikni : email ada dapat tu, thanks.
Kak N :)
Salam Merdeka untuk akak jugak.
AuntyN: selamat hari merdeka, semoga bukan hari aje yang merdeka, rakyatnya turut merdeka!
=) salaam merdeka.
akum aunty n..
nak tanye ar pasal lokasi makan2 yang aunty cerita kat sini..
nak g penang nih.. n nak makan yang best2..
cemane nak bagi email kat aunty ek?
Post a Comment