Alhamdulillah, aku dah sampai balik ke rumah.
Selepas sessi menebeng di kedai mamak dengan Makandeh, Auntie Yan dan Syida pada malam Khamis tu, aku pun di hantar balik oleh MakAndeh ke hotel. Kami hantar Kak Yan dulu, strategi lagi lah tu kan. Nak tunjuk jugak kat famili Kak Yan yang kami ni prihatin kat dia, hantar sampai depan rumah, dengan selamatnya. Dibantu oleh roti canai yang di tapau untuk "upah" buka pintu tu, InsyaAllah lain kali Kak Yan boleh dapat lesen lagi :-) , :-) . Semua suami2 yang mithali perlu bagi sedikit kebebasan kepada isteri2 mereka untuk bersama2 kawan2. A little space to spice up your life. Baru lah isteri2 bersemangat dan lebih sayangkan suami diorang tu. Betul kan puan2 semua? Hehehehe.
Sampai kat hotel, aku fon PS, untuk dia bukak pintu. Nowadays the hotel bagi 1 saja kunci, kesian PS kena bangun buka pintu untuk aku. PS tak ikut kami sebab, dia nak study. Friday dia ada exam.
Dah masuk, aku sambil dok pack up barang2 aku, sambil hantar sms kat sorang kawan tu. Kami ada ajak dia datang menebeng sama, katanya dia ada hal. Agaknya idea menebeng dengan makcik2 bukan satu idea yang memberansangkan dia untuk keluar malam. Aku cuma nak make sure dia OK saja lah.
Tidur pun lewat jugak dah, dekat pukul 1 pagi, seriau jugak takut aku tak terbangun pagi, sebab, aku nak kena check-out awal selepas breakfast. Nak kena sampai ofis sebelum 8.30 pagi sebab dah janji dengan boss nak pergi dengan dia ke tempat meeting tu. Boss aku, dia belum pernah ke tempat meeting tu lagi. Sebenarnya aku nervous jugaklah pergi bersama dengan boss aku tu, walaupun itu adalah satu peluang yang amat di nantikan oleh sesetengah pihak.
Alhamdulillah, terbangun seperti biasa pukul 6.00 pagi bila alarm dari handfon bunyi. Lagipun, suara imam mesjid Petronas KLCC tu amat kuat kedengaran masuk ke bilik aku. Aku bangun, solat, mandi dan siap. Bila dah siap PS dan aku bawak barang turun ke kereta, naik breakfast, check-out dan bertolak ke ofis.
Hubby telefon suruh sembang dengan Angah. Hubby dah beritahu yang Angah nak ke Seremban pagi tu untuk tournament hoki. Macam biasalah, mak nak kena bagi pesan-pesanan untuk anak supaya berhati-hati, jaga diri baik dan sebagainya. Jadi kami berselisih lah, aku nak balik Angah nak turun ke Seremban. Dua minggu Angah kat Seremban tu.
The meeting went well. I didn’t expect it NOT to go well anyway. The only thing is it gives me the impression that I may be retiring earlier than I plan to. Takeovers are sinister tools, but life goes on. It’s a MUST. Just need some planning, back-up plan, contigency plans. Kita merancang, Allah yang tentukan. Aku tawakal sajalah.
Dah sampai balik dari meeting tu, terserempak dengan PS nak pergi lunch dengan another colleague. Suruh dia pergi dan tapau something simple untuk aku. Aku nak check e-mails dan sign documents yang perlu sebelum aku keluar dari ofis. Bila PS balik dari lunch aku dah hampir kebulur dah J . Makan nasi goreng yang dia beli untuk aku, lepas tu pack up untuk bertolak. Masa tu dah pukul 3.00 ptg dah. Cadang nak singgah ke Cyberjaya jenguk Kak Long sebelum pulang.
Sampai kat hostel MMU, aku pinjam towel Kak Long sebab aku nak mandi dan tukar baju. Satu hari ber 3 piece suit, rasa dah rimas. So, aku mandi dan tukar ke jeans dan t-shirt. Segar aku lepas mandi tu, jamak solat kat bilik kak long, dan finally bertolak dari cyberjaya pukul 4.30 ptg. Tengok PS pun letih, dia tidor masa aku drive tu aku drive terus sampai Bukit Gantang. Lagipun hujan sepanjang jalan malas aku nak stop kat Tapah macam selalu tu. Kami stop situ, aku solat Maghrib/Isyak, makan sikit, beli buah2an sikit, baru PS take over the wheel sampai rumah dia. Sampai rumah aku dah pukul 10.00 malam. Hubby tak ada sebab dia pergi jumpa kakak dan adik dia. Bila dia balik pun aku tak sedar. On TV tapi rasanya TV tu yang tengok aku bukan aku tengok TV pun. Ngantuk sangat, terjaga sekejap masa hubby balik (tapi tak tanya pukul berapa kat hubby macam Kak Yan cerita dia kelentong Hero Tamil dia tu :-) )
Pagi ni dah kembali ke ofis aku. Alhamdulillah aku selamat dalam perjalanan pulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
auntyN - nampaknya busy sungguh social calender you. Kak teh pn sejak balik tak sempat bernafas - keluar gelap balik pun dah gelap....nak berblog pun tak boleh lagi. Good to read abt yr meetings!
auntyN,
as suspected, the tapau-ed rendang and beef curry sudah meningkatkan tahap piawai mutu kawalan makanan kat rumah. Hu hu hu....
auntyN, i met Ummi for lunch today and she asked me how my meeting with you went, i said, you are SO easy to sayang and i agree to all that Anedra said, there's a certain familiarity in your peluk, it feels, smells familiar. And oh auntyN, thank you for being who you are, warm, and penuh kasih sayang in all honesty.
bila lah oh bila lah, i nak jumpa mak andeh pulak!
*i wrote all this not because the rendand and kuah kari tau, although they do help in the making of this entry, hehehe*
Sibuk sungguh AuntyN ni! WHere do u get all the strength? Glad you had a good trip sempat menebeng lagi dgn kawan-kawan! by the way...jealous!!! OOD dapat makan rendang! hehehe!!
Kak N : Alhamdulillah ...selamat sampai ke pangkuan keluarga. Hidup mesti ceria kan, kawan-kawan ?
Ood - nak jumpa MA ? Boleyyy...sediakan pengeras. Teh ais kaw tujuh kedai Mamak...
Kak Teh : Rindu lah dah lama tak online dgn Kak Teh.
OOD : familiar smell? What smell? I smell? OMG!!!. *terus masuk bilik mandi*.
Kalau nak berguru pasal rendang dan kari tu kena lah ada charge nya OK. :-), :-)
andedra : It's all in the mind!!! Hehehe.
norahalim : OK OK nanti kita cuba.
MA : amboi 7 kedai mamak no? In KL shud be no problem, dekat around Ampang saja pun dah beres rasanya tu hehehe.
ade ker laki tak bagi bini rewang with her own circle of kengkawang? Kira I nasib baik la ..heheheeeh
u r full of strength! kagum la AN... weekend baru ni lepas organized staff event kat lumut, terus saya lepet, selepet-lepetnya.... tu pun bukan drive sendiri tu....
aniza : ada, sapa kata tak ada? You and I are lucky ones.
shidah : rahsia saya ......hehehe
J : kalau jumpa relatives kena angkut semua anak beranak cek oi..Nanti pakcik kata awat tak tunggu dia tu. Tapi rindu lah, nanti kita arrange seperately. I'll let you know my next business trip OK.
:-) :-) :-)
Post a Comment