November 01, 2005

Raya Sakan Ni...

Isyyy, mula aku ingat tak nak update blog ni sampai lepas raya. Tapi agaknya excited pasal nak raya kut dan dok ingat mungkin ada yang mai dok jenguk blog, tulis sikit lah kan. Tak lah hampa sapa yang datang tu kan? Iye lah tu hehehe.

Aku dah mula sibuk dah dok buat persiapan raya ni. Sejak dari tahun lepas memang aku dan hubby sibuk kalau nak raya. Sebabnya rumah kami akan menjadi center of celebration dari kedua2 belah pihak. Adik beradik aku bertumpu ke rumah aku sebab mak tinggal dengan aku kan. Adik beradik hubby jugak berkunjung ke rumah kami sebab dia anak lelaki sulung, Rumah pusaka tinggalan mak dan bapa mertua adik dia yang bongsu tinggal situ. Tapi kami jugak yang jadi host. Abang lang aku dari KL akan balik beraya di sini seperti setiap tahun. Tahun ni dia duduk di rumah kami lah. Anak dia ramai (5 lelaki 3 perempuan) penuh jugak lah rumah aku nanti.

Semalam hubby dah pasang lampu lip lap lip lap hehehe. Tahun ni tak pasang pelita pun sebab cuaca nampaknya selalu hujan. Meriah jugak lah walau tak pasang pelita pun. Tapi aku suka jugak ada pelita sebab nampak macam suasana kekampungan tu. Semalam jugak, anak-anak di ketuai oleh Angah dah buat se jenis biskut raya. Adik2 sibuk nak tolong tak sempat-sempat nak tolong angah buat adunan biskut coklat rice. Sampai si angah pun dok pot pet, pot pet dengan diorang tu. Aku tolong tengok, oven setting dan timing saja tu. Malam nanti kata diorang nak buat biskut conflake. Yang ni, sebab salah sorang cousin diorang nak datang join sama nak buat biskut conflake. Si Farah ni kata nak belajar buat biskut tu.Aku pulak dah nak kena masak rendang daging dan rebus nasi impit segera tu. Rendang tu buat awal sebab hubby janji nak bagi dengan kawan dia ( A chinese couple). Kalau buat malam boleh rasa. cukup rasa ka rendang tu. Nanti malu pulak bagi kat orang tak sedap rasa rendang tu.

Malam raya pertama kami adik beradik dah plan nak buat barbeque kat rumah aku ni. Best tu ramai2 makan2 jumpa adik beradik nanti tu. First time nak buat barbeque kat sini ni, banyak jugak nak kena siap ni. Yang teruk aku dengan hubby lah dok kena prepare macam-maca. Nasib baik cuti sebelum raya tu banyak hari jugak sebab cuti deepavali tu. Banyak dah jugak yang kami beli tapi masih ada yang kena beli. Duit pun mengalir macam air je ni.

Nanti aku cerita pasal barbeque raya tu OK. Yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya. Jangan terlalu seronok masa beraya makan sampai semput tu OK. Berpada2 lah ok. Aku pun kena ingat jugak ni....

19 comments:

RojakBuah said...

Salam Aunty: wow..busy2 nyer npk..mcm2 kena prepare. tk perlah duit habis pun tk per kan..psl setahun sekali je, yg lg penting dpt kumpul dgn family dan sanak sedara, tu yg priceless kan...

ailin...in aalborg said...

BBQ is fun aunty.

marlinda said...

AuntyN
Salam Eid Mubarak ya :) Seronok tengok persiapan tu :)

MA said...

Kak N : BBQ mmg acara tahunan kami since zaman I bujang lagi sampai beranak pinak. Mmg syok. Dulu we all consider budak2 sbb masih muda trang tang tang, now we all dah jadi the 1st generation - anak2 sedara pulak dok bakar ikan, udang, daging segala. Yang tua2 dok bentang tikar dok sembang tgh laman :-)

Rasanya dah over 20 years we all buat macam ni.

Mmg enjoyable...tapi kena gi booking ikan udang siap2 ler...

anggerik merah said...

Eee... bestnya AuntyN...nie yang miss nie...Enjoy thr BBQ & get together

AuntyN said...

Salam JB, betul tu, berkumpul sanak sedara tu priceless. Jangan sedih ye beraya kat tempat orang tu OK. Selamat Hari Raya.

Ailin : it should be fun, :-)

marlinda : Salam Eid mubarak to you too.

MA : pernah dah buat sekali BBQ masa father was still around. Small scale, tapi bukan time raya. InsyaAllah jadi tradisi lepas ni. Makin penat lah I am going to be :-)

Anggerik : nanti balik sini boleh qadha semua tu hehehe

atenah said...

AN, i challenge you to blog on raya day itself he he he

AuntyN said...

amboi tenah, siap challenge kita no? Kalau boleh nak bagi apa?

Mutiara said...

Kami nanti will grill on Wednesday night. Bill will have his T-bone steak and I will have king salmon steak. Dah siap prepare dah and to go with the grilled stuff, we will have butterfly shrimp (prawn), baked potatoes, salad. I made pnutbutter choc chips today and some jam tarts. The other day made kueh ros. Cukuplah tu.

hana_kirana said...

salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat aunty N sekeluarga... :)

AuntyN said...

Kak M, sedap bunyi tu. Macam nak makan ramai dah tu hehehe

Nana : same to you

Anonymous said...

Selamat hari raya

Maaf lahir batin

TAqabalallahu minna wa minkum..

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Javard said...

kita pun nak ucap selamat hari raya aidilfitri ...maaf zahir batin...thanks for being such a great aunt...kirim salam kat pak cik aki and all the kidz....
kalau mai kl jangan lupa singgah..

JoKontan said...

AN,

Aduhh. BBQ masa raya. Beshnyeerr. Postle se-dua keping gambar BBQ tuu..

Ni last day posa niih pun still terliorq kalu citer pasal makan nih..

minah blur said...

Aunty N - Selamat Hari Raya Aidilfitri n Maaf Zahir Batin !

AuntyN said...

Bunda Suffiya : Selamat menyambut lebaran ya.

J : happy to be part of your family. InsyaAllah.

Tj : Nantilah lepas raya nanti post gambar BBQ tu.

minah : Same to you :-)

ailin...in aalborg said...

haha...laa... baru I perasan, your blog title is "Raya Sakan Ni" I was reading it "Rakan Saya Ni". Ingatkan Aunty nak citer gossip.

AuntyN said...

Ailin, ailin..... tak de gossip ni hehehe.

Anonymous said...

This is very interesting site... » »