November 04, 2005

Syoknya Raya

Hari ni dah raya kedua. Badan aku pun terasa macam nak demam je dah. Manalah tak nya. Dua tiga malam dah tak cukup tidur. Malam 28 Ramadhan aku tak tidor sampai sahur, sebab aku buat rendang daging dan rebus nasi impit. Jadi dah tak tidur (sedangkan orang lain read : hubby, bedengkur kat atas sofa, aku pun sambil masak rendang, sambil berinternet. Sekali sekal jenguk kat dapur tengok rendang, sambil dok YM dengan sesorang yang juga tak tidur malam. Hubby memang dah flat habis kerana dia yang buat marketing dan segala2nya yang fizikal.

Kak Long pun tak tidur bersama Farah. Diorang asyik jugak mengadap PC, tapi entah apa yang diorang baca. Aku sambil ber YM sambil dok masuk blog kawan2 hantar greeting Selamat Hari Raya. Itupun tak habis sebab banyak sangat. Harap2 lepas ni sebab Syawal masih ada aku akan cuba habiskan. Begitu juga dengan SMS ucapan yang di terima, tak sempat semuanya aku balas. Nanti InsyaAllah aku balas. Terimakasih semuanya.

Aku memasak, ada orang tu tengah melukis sampai tak tidur. Rezeki murah tu, dapat tempahan melukis dengan banyak tu. Syukurlah pada rezeki yang di terima tu kan. Kata dia dah dua malam tak tidur. Caya lah tu, tapi yang aku tahu dia memang tak tidur malam, dia tidur siang, hehehe. So we keep each other awake through YM. Sembang itu ini sampai pukul 3 pagi tu.

Lepas sahur aku pun tidur lah. Kata kat hubby nak ikut pergi Carrefour, tapi bila hubby balik dari pasar, aku masih di atas katil so dia tak nak tunggu dah dia terus pergi sorang. Sian dia, penat lagi. Banyak benda nak beli sebab kami nak buat barbeque raya tu kan.

Bila aku bangun, aku mula masak juadah yang lain, kuah kacang dan juadah nak berbuka di hari akhir Ramadhan tu. Malam aku masak lagi sampai tidur agaknya 2 jam saja. Bila hubby kata kuah lodeh dah mendidih aku bangun nak masukkan sayur2, dah terdengar bunyi azan subuh. Ayam pun BIL hantar lambat. dah malam dah so aku terpaksa masak malam juga. Selain tu aku marinate ayam untuk barbeque malam esoknya.

Pagi raya, bangun, mandi sunat aidilfitri, aku masak nasi minyak lah macam selalu. Yang aku puas tu semua lauk pauk menjadi pulak. Tak lah terasa penat sangat tu sebab semua makan kata sedap, hehehe, kembang aku dapat pujian tu. Hari raya tahun ini tak macam tahun lepas, paginya tak ramai yang datang. Agaknya sebab kami kata nak buat BBQ tu jadi adik beradik datang petang semuanya. Hubby's sisters pun balik dari KL semalam jugak tak macam tahun lepas sehari sebelum raya. Petang sampai malam baru rumah aku meriah sangat. Dah asyik dok buat kerja dapur baju raya pun aku sempat pakai sekejap saja. Yang lain tu T-shirt dengan kain batik sebab nak mengadap dapur, dan kemudiannya T-shirt dengan jeans pada malamnya.

Dah habis sehari Syawal dah...

Next entry BBQ malam raya 1 dan malam raya 2 ( Dah seronok buat BBQ first night, abang2 dan hubby plan nak sambung lagi semalam) Malam ni agaknya lagi banyak menu BBQ tu. Nanti aku cerita OK........

8 comments:

Jo Kontan said...

AN,

Whoaaa , Tahap Tegar No. Tak dapat belog Pagi Raya macam di challenge oleh 10 tuu, belog raya 2 pun kira hebat..

Kat sini takdak nasik minyak. Ketupat rendang adalah...

2nd day dah makan nasik balik..

anggerik merah said...

AuntyN, syok dengar cerita. Kami kat sini pun raya sakan gak sampai ke malam jalan2 cari makan rumah kawan2. Malam ni semua nak datang rumah pulak.. will wait for more of yr cerita..

AuntyN said...

Tj : mengata orang awak pun sama tu hehehe. Siap dengan gambar pelbagai endang lagi tu. Hari2 ada entry. Super tegar lah tu hehehe.

Anggerik : ALhamdulillah, walaupun jauh enjoy jugak no.

Ailin : don't wprry for the next 1 week, entry2 semua cerita raya. hehehe. SABAQ je lah no...

Jin : nak kata apa tu? Amboi, amboi!!

Anonymous said...

Auntyn, thank you for your Eid greetings. Wishing you and your family Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...so bila nak post resepi masakan yang ada ulam2 tu?:)

AuntyN said...

Apple4teacher : sama2

JB : Sabar je lah

Anonymous said...

amboiii raya sakan, sampai nak demam-deman..takpe setahun hanya sekali raya le sepuas hati, cm kat sini pun beraya sakan, tahun ni kami buat bakar lemang malam raya & takbir ramai-ramai, esoknya berkumpul kat dewan dan bermaafan, lepas tu apa lagi sesi open house sampai ke malam...menjerit perut minta tolong jgn di isi lagi. cm buat open house 3rd sambil celebrate birthday anak bongsu...kira beraya hampir sakan jugak le

Anonymous said...

Keep up the good work http://www.saab-9-3-convertable-drive-shaft.info/Isuzu-trooper-lawsuits.html Ferrari 430 wallpaper Do it yourself valentine's day shirts returning prescription eyeglasses texas law green house houston the different ways to abuse ritalin Online payment application problem shopping jvc video cameras Laptops store Lesbian lickings pregnancy imitrex Saab stockholm How to lift face with tape snap roulette Wellchoice merger stock basis Cylinder head torque settings for renault megane 1994 gmc yukon 4 x 4 Com air air purifier Chevrolet springfield

Anonymous said...

Very nice site! » » »