November 29, 2005

Monsoon Wedding

Sejak dari awal cuti sekolah lagi, banyak jugak jemputan kenduri kahwin yang aku terima. 2 orang abang pupu i.e cousins brothers (anak2 adik mak aku) telah pun selamat mengahwinkan anak-anak masing-masing. Tarikh kenduri pun selang seminggu saja tu. Aku cuma dapat pergi pada salah satu saja kerana yang mula tu aku ada di KL masa tu.

Pada hujung minggu ni, anak Abang Long, Mamat, pulak nak mengakhiri zaman bujang dia. Pada hujung minggu ni pernikahan akan di adakan di kediaman pengantin perempuan nun di Trengganu. Dah lah dok hujan, dok banjir, diorang pulak tetapkan tarikh nikah kat sana tu pada bulan Disember. Hubby dah janji dengan abang long nak mengikuti rombongan ke Terengganu, maka akan ke sana lah kami pada hujung minggu ini. Abang Long, Abang Ngah, S, Shah dan keluarga masing-masing akan bertolak dari Penang, melalui East-West Highway, merentasi Kelantan ke Kuala Trengganu. Aku, berempat beranak (sebab Ayin dengan Syia saja yang ada tu) akan ke KL, ambik Kak Long dan Angah kemudian convoy dengan Abang Lang dari Shah Alam. Aku dengar cantik perjalanan dari Kuantan ke KT tu. Aku belum lagi pernah sampai ke KT, hubby dah pernah dah beberapa kali. Dah beberapa kali plan nak ke Terengganu, tapi berkali-kali tu jugaklah terpaksa di batalkan. Mungkin kali ni ada rezeki.

Mamat ni, anak lelaki sulong, walaupun dia ada kakak tetapi kakak dia belum bertemu jodoh lagi. Kalau ikut cucu lelaki pun kira dia lah cucu lelaki mak-ayah aku yang sulong. Muda belia lagi, baru 26 tahun umur dia. Oleh kerana dah bertemu jodoh, muda pun tak kan nak tunggu lagi dah kan? Jadinya, dia jugaklah yang nak menjadi anak saudara pertama aku yang akan mendirikan rumah tangga. Lepas majlis nikah dan kenduri di Terengganu, Abang Long akan adakan kenduri kahwin Mamat ni di sebelah sini pada hujung bulan Disember. Jauh jugak jarak masa tu, tapi elok kut senang orang Trengganu nak datang sini kut.

Selain dari kenduri Mamat ni, ada lagi anak sepupu aku nak dilangsungkan juga. Tarikh dia sehari selepas tarikh Abang Long buat kenduri kat rumah dia. Seminggu lepas tu kakak aku, Kak M (yang Tj kata terrer tu!!) pun nak buat kenduri jugak. Anak perempuan sulong Kak M, Salwa (segagan atau sama baya dengan Mamat) pun nak kahwin akhir Disember ni. Walaupun Kak M berbesan orang Trengganu jugak, aku rasa aku tak akan ke Terengganu sekali lagi agaknya. Kak M tak pun pelawa kami untuk pergi kenduri di rumah besan dia tu, kami assume tak payah pergi lah. Kenduri besan Kak M pertengahan Januari 2006.

Kawan aku kat utara pun nak menerima seorang lagi menantu. Awal tahun 2005 dulu tu dah langsung dah si adik. Yang ni abang lah pulak. Aku belum menerima jemputan, tapi dah diberitahu oleh seorang kawan yang tinggal di Perlis. Tak tentu lagi aku nak pergi ke tak kalau mendapat jemputan tu. Kawan aku di Perlis tu sukalah kalau kami dapat pergi dan kemudian lepak2 kat rumah dia. Mungkin jugak boleh pergi shopping di Padang Besar sebelum balik tu. Tengok keadaan dululah sebab kat kampung pun masa tu ada jemputan jugak. Kalau diatur rumah, kenyang sangat dapat makan free tu.

Aku harap semasa kami di Terengganu tu tak lah hujan dan banjir. Kalau tak pastinya akan jadi Monsoon Wedding. Nak pergi ke rumah pengantin kena naik bot pulak, tok kadi datang pun naik bot jugak, :-). Habis semua baju2 lip lap dan yang glemer2 tu basah, kan haru tu. InsyaAllah, tak hujan.

Minggu ni jugak ada Monsson Cup di Kuala Terengganu. Baru ni hubby ada suruh kawan dia book bilik hotel untuk kami sekeluarga di Primula Beach Resort. Dah semua bilik-bilik di hotel tu sudah di tempah. Besan Abang Long ada sediakan 1 rumah 4 bilik, tapi kerana agak ramai, aku dan keluarga buat keputusan nak tempah hotel sajalah. Bila dah dengar kisah Primula tu penuh, aku pun tanya sorang lagi kawan untuk tinjau2 kat tempat lain. Baiknya hati dia, tolong Kak N dia ni. Dapatlah aku tempah bilik hotel tu, tak lah berapa jauh dari rumah kenduri kata dia, 20 minit saja dengan kereta. Aku kenalah percaya cakap dia sebab aku tak tahu pun kat mana tempat tu :-). Oleh kerana dia sangat baik hati tu, hubby dah janji nak bawak Buah Pala jeruk untuk kawan aku tu. Seronok dia bila dia dengar tu, kata dia buah pala pun sedap jugak tu. Aku kena pulak dok peringatkan hubby untuk beli jeruk buah pala tu, takut nanti, dia terlupa, malu aku nanti. Mintak tolong, dah tu janji pulak tu tapi tak bawak. InsyaAllah aku juga akan di belanja makan nasi dagang pada minggu ini.

InsyaAllah, kami semua selamat dalam perjalanan kami untuk "membina mesjid" dan mengeratkan silaturrahim dengan orang-orang di Terenganu tu.

44 comments:

cyberdad said...

Enjoy the trip, AuntyN.

Harap2 takde la acara pengantin bersanding atas bot yea? :)

Tak praktis slang Teghanu kite ke sikit2?

AuntyN said...

Thank you cyberdad, harap2 camtu lah

Kita ada translator lah kat sana tu. :-) Jangan risau, :-)

mommy@lif said...

hi auntyN, dah lama saya baca blog AN tapi nih baru tergerak hati nak komen. heh selamat berjalan sambil makan keropok leko! keep on blogging :)

oren said...

waahhh..selamat makan nasik minyak...

saya pun nak pi kenuri sepupu kawen kat kepong weekend nih..makan free lagi..ekeke...yang bestnya my parents will come also, from Penang la..depa jarang sgt nak mai KL kalau takdak hal..

CikNi said...

auntyN, kenduri kat perlis tu berapa haribulan?

AuntyN said...

alif's mom : Selamat datang. Thank you!!. Tadi ada jenguk your blog tu :-)

oren : Terimakasih. Best tu parents turun KL tu..

Cikni : Belum dapat invitation lagi, cuma dengaq2 saja tu Hehehe.

DEWA said...

feeewhhh...lega..ingat kan kak long nak kahwin.. weii..hati hati di jalan raya. Beli bawak mai keropok buleh dalam 60 bungkuih na..tq kak.

bergen said...

Drive safe, AuntyN. Stay alert you'd be fine. Some part of the road may require you to be extra careful in a monsoon condition. Try to time your travelling time in the day and avoid night driving if you can help it.

Don't expect much from Primula. There's another hotel in town, must be the one you are going to be staying.

Enjoy the sea, and please stay off the water. This is no time of the year to be frolicking in the water, the undercurrent is very strong and it is unlike that of Port Dickson or Batu Feringghi.

Selamat pengantin baru to your relative, semoga kekal ke anak cucu.

RojakBuah said...

pahni AN buleh make kropok leko lah weii...makang ikannn..ler AN...

p/s: dewa..aku pun terkujat gak td...legaa weii...hahaa..sket lg nok triokk..

anedra said...

maybe instead of wearing high heeled sandals, you shd bring some plastic boots with you, just in case! seronoknya gi kenduri!

AuntyN said...

Dewa : Kalau Kak Long nak kawin kita tunggu rombongan lah dulu. Keropok? Kan baru je u balik dari East coast tu awat tak beli?

Bergen : thanks for the advice and the wishes. We will be very careful.

JB : Kropok lekor, kat Penang pung buleh makang dah, ikang makang sokmo...

Dena : HAHAHAHA, tak glemer lah plastic boots dengan baju lip lap tu hehehe

baity said...

Salam AN, memang seronok dlm perjalan dari kuantan ke KT...tapi dari KL ke kuantan , boring..sepanjang perjalanan lalu tepi laut, cantik...kalau lalu malam kat Kerteh...kawasan kilang2 minyak tuh...wow cantik 'cos penuh ngan lampu2...dari kejauhan macam dikayangan (macam penah gi kayangan..)itu tu dulu kawasan JOE...kalau dapat singgah cerating dan bermalam pun bagus...cerating and KT is my favourite place for holiday besides ferrighi beach!..Singgah kuala kemaman makan otak2 dan satar kat gerai Cik Wan....pasti AN merindui nak dtg lagi...saya berulang holiday dan makan satar tu every 3/12 ..sejak anak umur 2th sampai sekarang anak dah 20th...primula beach hotel tu mengadap laut mcm hotel kat penang serta swimming poolnya pun terus kepantai, itu yg menarik..AN, bilo nok gi?...bolih ikut dok?..teringing nok berembongang musing hujang...(slang tengganu kite..)

Mak Ety

AuntyN said...

Ety : Esok nak mulakan perjalanan.

AuntieYan. said...

Selamat melawat Ganu...

p/S: ..wei! Dewa & JoKontan....jangang perasang!!!!...Kak Long,Auntie dah booked untuk anak Auntie JIm....:-)...he..he.(buat kakak angkat je....nak buat bini dok padang!!!)

AuntyN said...

Kak Yan : terimakasih :-)

Kak Yan ni saja merendah diri anak2 dia tu hensem saja nak sorok2. :-)

Anonymous said...

hati-hati drive musim2 hujan ni...
dah sampat Teranung tu belilah sutera batik no!


onde

tgazfa said...

3 tahun lagi kan AN plak turn dpt menantu?

Tj said...

AN,

Dok tau, sempat lagi ker dok ? Ker AN dah jalan dah ?

Selamat Jalan. Nok bagi few hints sket.

1. Krepok all along the way from Kontan to Ganu tuu OK. The best hok kat Losong, KT. Tapi ade ser lagi best. Aperkernama. Tanya orang ganu.

2. Satar Kole Kemamang should not be missed. Kena makang slalu (terus)

3. On the way back, after Kontan Town, Batu 9 Jalan Gambang, AN kena singgoh Restoran Zaman. Nasi Lemak best. Tapi crowded and only open up to lunch time.

Hak Kak M terrer tu sebab dia set new benchmark. Lapaaaan !! Nak ligan tuu.


AY.

Shhhhhhh... Kang ambe kena pelankong ngan Maam kang..He he HA

meandbaby said...

Pegi lalu Kuantan -Kt..alang-alang makan angin, balik naik ke KB la plak lalu ikut lebuhraya Timur Barat untuk ke Grik.jalan cantik..dah boleh buat satu pusingan..bila lagi..ye tak aunty N??

shidah said...

AN: saya pun mcm dewa, ingat AN nak terima menantu ;), manalah tahu ikut jejak yours truly, hehehheh :) :). drive carefully. ada masa singgah paka, cantik tempat tu.

AuntyN said...

Onde : Terimakasih. Dok tahu sempat ke dak nok beli sutera tu.

azfa : HAHAHAHA, belum ada yang masuk meminang tu, masih lagi open.... :-) Lagipun, "apa di harap padi seberang...."

TJ : Wah banyaknye cadangan. Ni dok tulis ni... Terimakasih lah ye..

AuntyN said...

meandbaby : Kali ni tak boleh nak buat satu pusingan sebab kena hantar Kak Long balikk kolej.

Shidah : ish, ish baru 18 tahun tu. Tak sempat lagi nak habis manja dgn Kak Long tu :-. Terimakasih lah.

ariel said...

aunty N..
best nyer rombongan.. :-) kita org selalu to & fro guna Lebuhraya Pantai Timur tu... makes such a lot of difference as compared to dulu.. tapi kadang2 ada stretches yang kalau ujan , maybe ada air sikit , so jln might be licin.. do take care on the road..
eventho you might not be able to enjoy Terengganu at its best due to the weather.. but it is still a beautiful state.. hmm tetiba teringat jagung and kacang rebus tepi jalan.. and pulut panggang inti ikan.. kaw kaw nyer.... ujan2 best :-)

CikNi said...

ingatkan nak ajak auntyN pi rumah, saya ada kat perlis on 9-12/12

Pnut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

ariel : terimakasih.

cikni : Hmm, tak dapat lah agaknya tu.

Pnut said...

salah taip mesej tadi AN....sori he..he...
nak taip kat blog A.yan..

he..he..mamun la..

AuntyN said...

Pnut : Tak pe, no hal punya OK.

atn said...

kim salam kat de meng with de goldeng gung

btw monsoon wedding is my all time favritest movie

Alex Lacey said...

Memang sekarang tengah musim banjir kat belah sana...kalau nak kena banjir pun mungkin dekat area Dungun la...eh..tu before KT ke after KT ek..lupa lak saya...:(

DEWA said...

DEWA NAK IKUTTTTTTTTTTTTT !!!!!!!!!!!

AuntyN said...

tenah : InsyaAllah kalau jumpa dia tu :-)

Alex : Haah musim banjir. Harap2 KT tak banjir.

Dewa : TAK BOLEH!!!!. Duduk rumah... hehehehe.

Audra said...

Pehh.. banyaknya jemputann.. eheheh... saya pun dapat banyak jemputan jugak.. tapi kena pilih la mana satu nak pegi.. takleh nak pegi semua.. nanti "sesak nafas"! hehehe

P/S: Berhati-hati lalu kat East-West highway tu yer.. kat sana jalan dia very challenging! :) And memang jalan sepanjang pantai kat Terengganu to Kuantan tu memang lawa... I like!

P/S: Dulu-dulu berangan nak enjoy retirement life kat Terengganu...

baity said...

La... dah nak pi dah?...tak sempat nak ikut, ME kena jaga opis...lepas tu kena melawat KK Sg. Besar dan Tg. Karang esok dan lusa...Tapi ME dah janji ngan anak2 bunian kat rumah tu akan pi cerating sebelum habis cuti sekolah untuk berenang2.

Mak Ety

AuntyN said...

audra : bagus idea nak retire kat sana tu.

Ety : Wah lepas ni bermandi manda bercanda di tepian pantai Cerating lah no? Sounds like fun.

Queen Of The House said...

Lepas kenduri boleh enjoy 'kepok leko!!!!
Take care in the monsoon ....

MA said...

Kak N : make sure pihak pengantin upah bomoh hujan yg habis power sekali. "Kawan" kita kat sana tu sure boleh tolong carikan :-)

Takut jadi macam sedara I masa menikah dgn org belah Pantai Timur semasa musim monsoon - tok kadi datang naik speed boat !

AuntyN said...

QOTH : Krepok lekor Ganu tu dah "export" merata dah, kat sini pun dah banyak dah.

MA : Risau jugak ni, kut kena spare raincoat nak pi kenduri tu...Nanti tanya kat Mamat malam ni samada diorang ada cari bomoh hujan ke tak :-)

Kak Lady said...

Aunty N...enjoy your trip & selamat makan nasi minyak...sambil2 menyempurnakan jemputan orang dpt jugak gi jenjalan kan? seronok...Moga selamat dalam perjalanan

AuntyN said...

lady : thanks

Nero ...... said...

Memang le skrg ni musim hujan..teringat le pulak saya kahwin tahun lepas dlm hujan gak..pkl 4 baru le dpt bersanding...sweet memory tu........

Best Home Based Business said...

Charming blog. Your site was off the chain and I
will return! When I get the time I look for blog like
this one.
Please examine my based business business business home home home idea opportunity work blog as soon as you can.

Anonymous said...

Best regards from NY! here

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Homeschooling in ak pressure washers Ritalin on the brain Lasik eye surgery in oklahoma city2c ok Medication withdraw lexapro Learning masters online business opportunities taxi eyeglass frames eyewear Carnival cruise lines demo charleston southern soccer Free valium dealer Forex bulletin board