May 18, 2006

Berita-berita Kematian

Ahad lepas 14 May, awal pagi aku dah dengar bunyi fon hubby berbunyi. Aku cakap kat hubby ada message kat fon dia tu. Macam ada firasat kuat aku ni, yang mungkin ada berita (sedih atau gembira) di pagi hari tu. Tepat sekali, memang ada berita sedih. Berita bapak saudara hubby Mamu K pulang ke Rahmatullah. Mamu K sejak 3 minggu lepas berada di ICU, hubby ada melawat dia sekali. Anak-anak dia setiap hari berutahu hubby perkembangan bapa mereka pada hubby. Mamu K ialah adik kepada arwah MIL. Hari sebelum tu, Sabtu, aku ada jugak bertanya khabar dengan hubby tentang Mamu K. Mamu K mengidap kencing manis, sejak dua tiga tahun ni asyik masuk keluar ICU saja. Matanya telah pun dibuang dua tiga hari sebelum beliau meninggal.

Hari Isnin, aku juga telah dikejutkan dengan satu lagi berita kematian. Masa melawat dan membaca blog Badrul, terbaca perihal kematian seorang blogger. Aku hanya kenal dia sebagai Emy. Kadang-kala dia menggunakan nick E saja kalau meninggalkan komen di blog-blog. Pertama kali aku mengetahui kisah seorang blogger meninggal dunia. Selalunya berita sanak saudara seorang blogger yang meninggal dunia. Arwah Emy baru berusia 29 tahun. Ada juga sekali-sekala aku melawat blog arwah. Pernah sekali aku bercakap dengan arwah di telefon. Innalillahiwainna-illaihirajiun.

Alfatihah, untuk kedua-dua arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Semoga Allah meletakkan roh-roh mereka bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Amiin. Takziah buat keluarga Mamu dan keluarga Emy. Pastinya amat payah bagi mereka untuk menerima pemergian orang-orang yang disayangi ini.

Oleh kerana nak melawat jenazah Mamu K, aku pun masak ala kadar ajelah pagi tu. Anak-anak pun ikut aku melawat arwah. Hubby pergi dulu, kami menyusul kemudiannya. Dapat lah aku berjumpa sanak-saudara yang jauh dan yang jarang dapat bertemu muka, yang datang melawat jugak tu.

Balik dari melawat jenazah, anak-anak nak ke bookshop. Ada saja buku-buku latihan yang nak dibeli. Oleh kerana hari tu hari minggu, terpaksa bawak diorang ke Popoular di Penang Megamall tu. Aku tak berapa suka ke sana sebab parking susah yang amat, selalu saja penuh, jadi nak kena naik hingga level yang tinggi sebelum dapat parking. Hari ahad tu memang lah macam tu. Basement parking dah penuh, kami siap diberitahu kena naik sampai level 6A untuk parking. MasyaAllah, berpusing-pusing aku drive nak naik ke level 6A tu. Lepas tu kami bukan nak shopping lama, sekejap saja. Naik dan turun dari parking saja rasanya dah dekat 1/2 jam. Sebab tu aku tak suka ke Mall itu kalau week-end. Tapi week days dah kerja, unless aku ambik cuti barulah nak ke sana.

Sampai rumah, anak-anak dara tu semua dah lapar jadi diorang makan (belasah je lah) apa yang ada bawah tudung saji tu. Adalah nasi goreng dan roti bersama lauk-lauk sikit. Lepas solat asar baru aku nak mula masak pun. Aku masak kurma ayam je lah, sebab dah lama tak masak tu. Lepas maghrib aku dan anak-anak makan. Syia siap dok tunggu aku habis solat dulu nak ajak makan sama-sama. nagah dan Ayin, diet jaga badan, tapi tak tahan bau harum kurma tu. Diorang makan kurma dengan roti. Hubby balik dari rumah Mamu, katanya dia dah makan dengan sepupu-sepupu dia, jadi dia tak nak makan dah.

Aku heran sebab apa hubby balik awal, tak ada tahlil ke? Tanya aku pada hubby. Kebiasaannya keluarga Mamu K memang selalu adakan majlis tahlil, setiap raya kedua dia akan anjurkan tahlil, tapi kali ni masa dia meninggal tak ada pulak. Rupanya salah seorang dari anak dia ada jemput ustaz-ustaz berbangsa Arab semasa menguruskan mayat arwah hari tu. Simple sangat cara diorang menguruskan perkebumian jenazah. Kalau selalu kita akan membaca Alfatihah sebanyak 3 kali semasa jenazah diusung keluar dari rumah, sekali Al-Fatihah, setiap 1 langkah. Tapi kali ini tidak dibuat begitu. Jenazah terus diusung keluar dari rumah ke masjid untuk disembahyangkan. Tidak ada apa-apa ucapan dari waris arwah untuk meminta dimaafkan dosa arwah, dan meminta sesiapa yang arwah pernah berhutang yang belum lagi langsai tu supaya menemui waris arwah. Ini pun tak ada.

Bila sampai di masjid, selesai jenazah di semadikan di dalam liang lahad, tiada talkin dibaca. Yang ada cuma tazkirah dari salah seorang ustaz (orang Jordan kalau tak salah aku, hubby siap cakap dia tu handsome sangat - aku balik awal tak sempat nak jumpa pun hehehe). Dah habis tazkirah, doa pun dibaca, semua yang hadir di minta mengadap kiblat. Katanya inilah sunnah nabi semasa menguruskan jenazah. Banyak bezanya dengan adat kita yang selalu kita amalkan. Kalau selalunya kita mencucuk batang pokok ke atas kubur, ustaz-ustaz itupun menghalang dari salah seorang dari ahli keluarga berbuat demikian. Arwah disemadikan di sebelah kubur MIL, kakak kepada Mamu K.

Sebenarnya tujuan aku paparkan di sini bukan untuk menyatakan apa yang salah atau yang betul. Mungkin itu sememangnya sunnah nabi, seperti yang diamalkan oleh orang-orang Arab. Sesiapa yang lebih arif mungkin dapat menjelaskan sedikit tentang perkara ini. Sejak dari dulu cara kita menguruskan perkebumian jenazah memang seperti yang kita lihat dalam TV bila ada pemmpin-peminpin negara meninggal dunia. Bila ada yang lain sedikit, kita dah rasa janggal. Namun apa yang aku tahu, ada perkara yang orang kata bidaah, tapi tidak menyalahi hukum, jadi boleh dipraktikkan. Mungkin ramai yang belum lagi tahu perkara seperti ini, (atau aku sorang je yang belum tahu entah lah). Jadi kalau dah tahu tu tak lah kita rasa janggal lagi dah kan?

Apa-apa pun, doa aku semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah-arwah.

Alfatihah.

22 comments:

Alinlai said...

hmmm berita2 kematian ini yang membuatkan sesiapa yang duduk jauh dari family rasa macam tak sanggup nak dengar ... tapi kena terima la juga kalau berlaku satu hari nanti ...

AuntieYan said...

Ya...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihan kepada mereka yang pergi.

N...toksah kata Arab dengan Melayu ada bezanya, Melayu & Melayu kita nih pun dah ada beza...lain tempat tu lain cara. Kat tempat KY, tak dimalkan tabur bunga atas kubur. Hanya baca doa dan siram air saja. Nak tanam pokok pun mungkin dilain hari, bukan pada hari pengkembumian.Apa-apa pun yang penting jangan buat sesuatu yang beranggah dengan agama....Hemmm...nak habaq bebanyak pun tak arif pulak.

Anonymous said...

Al Fatihah buat keluarga Arwah Mamu K

UglyButAdorable said...

may Allah place them in jannah and may we be their neighbours..insya allah..

skrg tgh cuba nak pratikkan ahli sunnah wal jaamaah.. Rasullah s.a.w pun ader berkata yg dia tinggalkan kat dunia nie adalah quran dan sunnahnya.. insya allah cuber nak ikut aper yg termampu..

Akuro ® said...

Al-Fatihah. Moga arwah2 ditempatkan bersama org2 yg soleh dan mulia di sisiNya.

'Uruf atau adat adalah tidak dilarang utk diamalkan selagi tak melanggar syariat Islam.

Prnh jg terjadi hal yg sama kt family Akuro dulu. Bapa sedara meninggal dan dikebumikan dgn cara yg sama spt arwah Mamu K. Yg sedihnya, ada org kampung ckp *mcm tanam ayam ja* ;-(

Biasalah, mcm yg AN ckp, org2 ni tgk lain sikit, mula la ckp itu-ini. Akuro nk ckp byk pun, Akuro bkn ahlinya. Nnt klu ckp byk, dikatakan memandai lak. Gitulah adanya...

aNIe said...

Takziah buat keluarga Mamu K...dan al Fatihah buat yang pergi...moga roh nya dicucuri rahmat...

Bab hukum2 ni kita nak cakap pun kadang tak tau...kene bertanya pada yang arf...

Nong said...

Innalillah... Al-fatihah untuk mereka. Kita yang hidup ni belum tahu bila, tiba masa akan pergi juga..

ays_as said...

al-fatihah utk mereka yg sudah pergi..

anggerik merah said...

Alfatihah untuk mereka yang dah pergi.

Anonymous said...

semoga mereka ditempatkan bersama org yg soleh..

banyak benda yg esp saya tak tau
dan nak tau.
1.ngapa org tanam pokok kat kubur?
Dan ngapa org tabur batu sungai atas kubur?Ada org kata sebab pokok dan batu sungai ni berzikir, moga-moga zikir tu smpai ke arwah.
(he..he..babni kena hati-hati sikit bila cakap dgn anak celoteh.)
2.Ada juga org letak payung di hujung kepala jenazah.Sebab katanya untuk teduhkan arwah dlm kubur?
3.Bila buat batu nesan,buat lepas 3 bulan jangan buat segera sebab nanti lama-2 mungkin kuburtu mendak dan batu nesantu senget.. kang ada org buat andaian bukan-2
pada hal yg sebenarnya mayat reput, tu yg mendaktu..
Betulke..???

AuntyN said...

alinlai : kalau dah jauh, sedekah Alfatihah dan doa ajelah.

Kak Yan : Itulah banyak beza antara budaya. Asalkan tak melanggar hukum buat benda yang karut marut sudahlah kan?

mar : terimakasih

UBA : Betul tu, InsyaAllah kita dapat praktiskan sunnah dan ajaran AlQuran sebaik mungkin.

AuntyN said...

akuro : Kadang2 yang tak sama dari segi kebiasaan adat tu yang dianggap sebagai menyalahi hukum. Padahal itu tidak. Kena belajar lebih mendalam untuk tahu yang mana betul yang mana salah kan?

lady : samalah dgn AN pun, nak cakap tentang hukum tak berapa arif. Tapi rasanya apa yang buat tu tak salah.

nong : Ye lah, semoga semua kita berkesudahan yang terbaik jugak.

ailin : betul lah kan, sure you and Imad practise things differently. And you are right as long as we follow the Quran, we are OK.

AuntyN said...

isas : Selamat datang, terimakasih.

Anggerik : terimakasih.

easylady : Panjang dan banyaknya soalan tu. Nak tolong jawab pun AN tak berapa arif.

onde2 : InsyaAllah roh2 mereka di tempatkan bersama orang2 yang soleh.

Sya said...

Kak N .. semoga arwah Mamu K di tempatkan di kalangan orang yg solehah.

Selain dari Emy ada lagi seorang blogger yg telah meninggal dunia akibat penyakit hati - Ghaz seingat sya blog dia adalah hatikubicara.blogspot.com, tapi tadi cuba cari dah tak der.

AuntyN said...

Sya : Arwah blogger Ghaz tu AN tak kenal pulak. Al-fatihah untuk arwahnya jugak.

ays_as said...

auntyn..
thanx 4 e visit n thanx 4 e wishes.. dtg sini dgn duit rakyat, tak leh main2 ;)

kari kepala ikan.. hmmm yummynyaa...

Count Byron said...

Alfatehah. Nana mengucapkan takziah pada Cek sekeluarga diatas pemergian Mamu tercinta. Orang yg kita sayang bila dijemput Allah kita merasakan lega dan bersyukur dia kembali kepada Yang Kekal. Iktibarnya kepada kita yg hidup ni Cek. Kita yg nak kena jaga amalan perbuatan kita.
Nana terlalu respect Cek sekeluarga, pergaulan, kasih sayang dan perasaan syg sesama insan yg dipaparkan. Tu yg Nana dok belajaq dari Cek sangat ni.

NONIE AZIZ said...

Takziah untuk keluarga mamu K. Pasal yang cara pengkebumian tu...sebenarnya betullah ustaz tu buat..sebetulnya kita kena buat/amal apa yang dipandukan dlm Al-quran..Macam kita ni sekarang adakalanya kita tak tau apa yang kita amalkan tu sebenarnya tak de pun mengikut sunnah Rasulullah..Cthnya macam tahlil..dalam mazhab Imam Syafie pun ada melarang kita buat tahlil..Rasulullah pun ada menegaskan jugak...Tapi org2 tua dulu banyak sangat dia punya adat2 yang dia buat..sampai kat generasi kita sekarang ramai yang keliru..sama ada itu adat ataupun tiada langsung dalam sunnah yg patut diamalkan!!

AuntyN said...

isas : All the best in your studies :-)

Nana Count : terimakasih.

MR : Memanglah betul apa yang di buat. Tapi rasanya kalau adat tak menyalahi sunnah/hukum tak salah dipraktiskan kan?

NONIE AZIZ said...

Auntyn : Saya tak pandai sangat..setahu saya..kalau tak de dalam sunnah Rasulullah dan hadith yg sahih..perlu dihidari..takut salah dari segi akidah kita..Itu yang saya pelajari baru2 ni!!

AuntyN said...

MR : thanks, tapi yang pastinya kalau ianya menyalahi dasi hukum syarak sure mufti-mufti kita akan keluarkan fatwa, ye tak?

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »