May 01, 2005

Niat Nak Berjoget, Tapi Tak Jadi

Pagi kemarin (Khamis), ada orang minta aku allow dia nak add YM aku. Aku tengok nick aku tak kenal dan tak ada pulak note apa-apa. Aku kalau nak mintak orang add tu aku, tulis lah sikit siapa aku dan lain2, last tu aku pun cakap kalau nak deny pun tak pe tak kecik hati pun sebab takut orang tu sibuk atau tak suka pun. Lagi pun aku pun bukan ada masa sangat nak YM. Malam2 sajalah. Aku allow tu sebab ingat si Iza dari Labuan tu pasal nama dia dekat nak sama tu. Iza ni kawan si Delinn dan Puteri. Hari2 dok bergurau senda dah tapi belum jumpa lagitu. Gaya tu macam manja je sebab dia duduk dengan mak dia lagi. Manja-manja sayang dengan makcik2 ni. Kena allow lah dia ni, kut-kut bila dia mai Semenanjung boleh lah bawak kat aku Udang dengan Ketam tu. Iza, ni bukan gurau tau, ini dah direct dah ni, hehehe.

Malam Jumaat tu masa dok depan PC, my new friend ni pun YM aku, baru dia perkenalkan diri dia kat aku. Dia pun cakap dari mana dia dapat YM Id aku tu. Salam perkenalan untuk mu kawan ku from a faraway land dan sebab dia YM aku sebab dia ada kakak yang pernah bersekolah sama dengan aku kat sekolah berasrama penuh di JB tu. Kakak dia tu junior aku satu tahun. Aku ingat2 lupa kakak dia ni. Maklumlah dah dekat 30 tahun tinggalkan sekolah tu. Biasalah aku ni kan dah kata aku ni ramah, sembang lama jugak jadinya dengan dia. Dia baru balik kerja, aku dah malam buta kat sini, hubby kerja, tak balik lagi, so apa lagi rancak lah berborak. So all of you beware kalau nak ajak aku berborak, kena spare time banyak2 tau. Setengah jam tu baru nak suam-suam b*nt*t saja tu!!!!.

Tak lama tu dia kata Pokku, dah masuk chat room. Rupanya kawan baru aku ni pun geng chatting Pokku. Aku ni memang minat blog Pokku, selalu baca jarang komen pun. Cerita-cerita dia selalu kelakar, sampai berair mata kalau baca. Aku memang selalu dengar Pokku ada radio pencen tu, tak pernah join pun sebab tak tau bila masa dan camna nak masuk tu. Dia kata ramai kawan2 aku selalu kat situ, Mutiara, Wynn, MA, Kak Teh (ni yang sewaktu dengan aku lah ni). Excited jugak aku nak join tu, so dia kata, nanti dia invite. Jadi aku pun bagi salam kat Pokku, after being introduced by my new friend. Aku pun berkenalan lah dengan yang lain-lain kat chatroom Pokku. Ada lah permintaan untuk Pokku bukak radio pencen. Aku dulu memang rajin joget dan dulu masa kat sekolah dulu memang selalu masuk stage show. Alah apa kisah kan kalau joget pun bukan sapa nampak pun. Since aku first time nak pasang radio pencen aku minta Pokku bagi tutorial sikit, dia dengan sabarnya ajar aku macamana nak buat tu. Pokku kata lagu Ahmad Jais, lagu joget ke apa ke entah. Baru saja nak start beronggeng dah Kak Long kata, "mama, baba balik tu". Potong steam aku dah. Hubby aku tak kisah sangat pun, dia siap dok perli aku dok senyum sorang-sorang depan PC tu. Tapi nak kena layan lah sikit nanti merajuk pulak, dah lah dia balik kerja dah lambat tu, 11.00 malam dah tu. Tak jadi nak berjoget dengan Pokku malam tu. Apa lagi habis semua diaorang gelak kat aku bila aku cakap hubby aku dah balik kerja, nak kena buat air lah dan sebagainya. Pokku pun sporting dia kata pergilah layan laki tu.

Maaflah Pokku ye, memang dah jadi tugas isteri kena layan suami kan? Lain kali insyaallah, kita joget.

Semalam (Jumaat) try lagi sekali nak join sessi berjoget Pokku, baru je di introduce dah brother-in-law aku mai rumah. Dia mau apa entah mai malam-malam ni. Lagi sekali lah tak ada jodoh nak berjoget dengan Pokku tu. Kalau Pokku baca ni, jangan marah lah bergurau je, karang Pokku ingat aku ni nak mengorat pulak (kut-kut perangai lama tak buang lagi tu, hehehe).

Ni aku pun nak minta maaf dengan orang ni dia telefon aku dengan besar hatinya nak lawat aku kat rumah ni sebab dia balik kampung week-end ni. Memang lah aku dah kata OK mai Sunday. Hari ini (Sabtu) aku kena kensel pulak sebab aku kena pi ambik mak aku kat rumah abang ngah. Mak aku, hari tu yang aku bawak pi Shah Alam tu, 2 minggu lepas singgah kat rumah abang ngah. Semalam dia telefon suruh aku pi ambik dia. So esok kena pi lah tu. Maaflah ye Ateh, insyaallah lain kali kita jumpa.

7 comments:

SC said...

EwaaaaaaaH! Phewwweeet!

Ala melenggang hai melenggang hai tali lenggang, kalau baik hati nanti orang pun sayang. Bila dah joget nanti kang gian plak karang Aunty...

atenah said...

eh eh Kak Teh, ada gak i nampak IP dari Finland singgah kat my blog, si Elisa tu kut noo. i didnt have any friends there, Norway ada lah.
btw, dok teringat gak nak blog abt "dances, romance" (jgn perli, nanti saya tersentot)

MA said...

Ewahhh...joget ekk ?

Pok Ku nanti jadi macam Mahmud June - tokeh cabaret Silver Totrtoise mcm dlm citer P Ramlee tu (masam-masam manis)

LOL

AuntyN said...

SC, nanti bila2 senang akan try jugak tu. Tak lah gian tu, dah lama give up tu, mungkin dah keras dah ni.

Tenah, maybe she is the one.

MA, LOL

Apple Pie said...

Ehem..Ehemm!! Amboiiii...sakan lak AN dok promosi ek. Siap ckp manja lak tuh..eheheheh. Tak boley ke nk manja2 dgn AN??

Anonymous said...

best regards, nice info
Concept lexus basketball betting seroquel informacion en espanol seo partner congo Meridia lek na odchudzanie Home ice cream freezers Custom wood rocking chair

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » »