May 30, 2005

Shopping Sakan

Hari ni (Sunday) aku dengan anak-anak, Kak Long, Ayin dan Sya pergi shopping. Angah tak ikut sebab dia ada hoki training. Kata dia dia dapat masuk under 18 untuk Penang Team, dok training untuk MSSM. Angah siap pesan beli track bottom untuk dia tu. Angah pergi training pagi balik tengahari kemudian suruh baba dia hantar ke Bertam sekali lagi petang tadi. Biasalah mesti lah ada 2, 3 orang kawan yang dia bawak balik lepak kat rumah tu. Tu pun nasib dia tak bawak satu hoki team balik tu. Dah pernah dia buat macam tu dua tiga kali, tanpa minta izin pun, aku balik saja tengok rumah aku penuh dengan pemain-pemain hoki. Angah, angah. aku pun dah tak larat nak tegur dah ni, bukan tak terima diorang datang rumah aku, tapi sebab tak bagi notis dulu tu. Langsung tak mintak permission.

Yang shopping sakan ni bukan pasal aku banyak duit atau dapat durian runtuh ke apa. Tapi terpaksa nak kena beli barang-barang keperluan untuk Kak Long nak ke kolej tu. Adoi, rabak poket aku bulan ni. Mana tidaknya, ini kali pertama Kak Long nak keluar dari rumah duduk berjauhan dari kami, so banyak yang amat lah persediaan untuk dia tu. Sekarang baru aku tahu macam mana ayah aku rasa masa aku nak masuk sekolah asrama penuh dulu.

Kami pergi shopping pun dah agak petang, mana tak petang, pagi-pagi, lepas breakfast online, lepas tu berenti masak, mandi dan sebagainya, online balik, sambil dok tunggu budak-budak siap tu. Makan pun dah petang sangat lepas hubby sembahyang asar tu. Kalau Sunday kami selalu heavy breakfast jadi lunch tu kadang-kadang terlangsung lambatnya combine dengan dinner sekali.

Banyak nak kena beli untuk Kak Long, tapi aku senggugut pulak, tak tahan nak berdiri lama-lama. Rasa macam pinggang nak tercabut dan kaki nak terlucut rasanya. Sambil dok tunggu Kak Long try b*a tu aku sempat duduk kat kerusi sales girls tu. Itu pun sebab salesgirl tu pregnant tidak mana ada kerusi kat dalam supermarket tu. Jangan kutuk lah!!!!, Aku duduk sebab dia tak de kat situ bukan aku suruh dia bangun pun. Lambat pulak si Kak Long ni dok try-try, (ni mesti dia marah aku - mama ni yang tu pun nak cite, malu lah!!, Sebab anak-anak baca blog aku ni, Angah je yang belum sebab dia tak de masa).

Dah tak tahan aku kata jomlah dah tak larat, esok pulak lah. Keluar dari supermaket diorang nak beli waffles, depan tu nampak ada kedai jam, sambil dok tunggu waffles, aku pegi kedai jam untuk tukar tali jam Ayin dan Sya. Dah pendek dali tali jam tu sebab lengan dah makin berisi budak-budak dua orang tu. Sambil tunggu aku ajak duduk kat bangku sebab dah tak tahan dah sakit ni. Semenjak dua menjak ni senggugut menjadi-jadi pulak ni. Ada sekali aku jumpa cousin hubby, dia ni doktor. Dia dok cerita hal dia yang fibroid kat rahim dia. Aku ada tanya simptom jugak kat dia tu. Salah satu tu senggugut lah. Cuma aku dok bertagak nak pergi check-up. Bukan apa sebab lepas sehari dah Ok jadi buat lupa lah check-up tu.

Balik rumah apa lagi cari katil lah aku ni. Telan 2 biji Panadol, tidor kejap, hubby, dia boring tengok tak ada apa-apa program, tanya nak urut ke belakang aku. Aku kata tak payah sebab dia selalu tu geletek bukan urut sebenarnya. Agaknya kesian dia tengok aku kesakitan dia urut sikit-sikit kat pinggang tu. Sekejap aku tidor sekejap aku terbangun. Mula lah rasa nak manja dengan hubby tu, aku kata nak minum hot drink, dia pun pergi dapur buat Neslo untuk aku, hehehe. Bila lagi kan, sekali sekala nak jugak "room service" tu. Memang dia ni OK jugak, bila dia rasa nak buat air dia buatkan untuk aku sekali. Tak ada salahnya kalau suami kadang-kadang suami buatkan air untuk isteri. Kan ke susah senang kita bersama, janji masa dok dating dulu tu.....

Bila dah OK aku bangun, ni dok update blog, konon-konon nak buat lecture notes. Tak pe lah ada masa lagi ni. Kejap lagi aku sambung buat. Tadi tido dah, jadinya susah sikit lah aku nak tido balik ni.

I just remember that my friend Tess is celebrating her 12th annivessary today. Jadi aku buat dedication sikit kat Ian dan Tess kat bawah tu. nanti aku akan e-mail diorang suruh baca.

So Oklah, Good Nite Sweet dreams to ALL.

24 comments:

Kak Teh said...

N, pi lah check. Kak teh pun pandai cakap saja...masa sakit teringat nak check, masa baik dah tak payah dah. anyway, hope you are better.

wynn said...

Ha ah.. pi lah check, sementelah majikan masih nak bayarkan. At our age must go for full check up every 2 years. Masih nak pakai lama lagi.. bodi tu.

Each time my kids masuk asrama, I have to cough up at least $1.5K. Tiap kali balik ke asrama, a further 0.5K. Biasa lah. Mana bleh pakai lagi, di recycle. Beli mana yang perlu jer.

Mutiara said...

AN Masa you first dapat offer ke asrama dulu, ada list kan depa bagi. During my time, semua 3 pasang. Seluar dalam 3 pasang (bloomers u), sarong 3 helai, baju tidor 3 pasang, entah apa lagi 3 pasang. So, before dapat uniform pakai baju yg 3 pasang tu lah..seksa betui.
About senggugut tu, pi lah check. I pandai suruh orang, tapi I ni dok semput beberapa minggu ni, still dok pikiark bila nak pi. Sampai Bill marah, tapi masih tak pi. hehehe

1na said...

AuntyN,

ingat lagi start masuk asrama, umur 13 tahun (penang & Bukit Mertajam). abis keluar asrama umur 24 tahun (Johor)... peh lamanyer duduk asrama..

dulu siap nangis2 lagi duduk asrama masa awal2 masuk tp a very good experience laa...

perasaan mak dan anak bila nak masuk asrama ni memang bercampur aduk. si anak sedey, si mak plak camne auntyN?

icam said...

Nice story. I was introduced to your blog by Ogy. All the best.

http://kemunting.blogspot.com/

anedra said...

AuntyN: Balik asrama punya shopping memang best (but I guess not so seronok for the parents lah kan?). Ingat dulu-dulu bila balik JB, macam-macam bawak, especially stock maggi. And at that time, everything that we used had to be white, white undies, white t-shirts- white selimut, white cadar, etc..etc.. they should allow colourful stuff lah kan?

atenah said...

eh room service tu takat hot drinks and massage je ke he he he

Javardkent said...

biasa ah/...kita ni everytime nak buat lecture notes aje mesti blog yg diupdatekan dulu...bila nak turun KL ni...just to let u know, i do read every single articles you have written. its nice to know what family members have been up 2. regards to pakcik and the kids.

Zareda said...

'susah senang kita bersama-janji masa dok dating dulu' hehhehehe suka phrase ni

AuntyN said...

Kak Teh & Wynn : Thanks for the concern, nak pi, tapi biasalah asyik bertagak saja ni.

Kak M : Tu lah semau 3 pasang no..

a.k.a : Dok asrama sampai umur 24? Asrama mana tu?

icam : welcome and thanks

anedra : maggi, sambal ikan bilis, serunding, rendang daging etc, etc.

tenah : he he he, senggugut lah u ni kan...

J : insyaallah this comimg week-end. Kena promise jgn mention anything about my blog tau kalau jumpa. Tidak, tak nak kawan, hehehe.

Zareda : Ye ke? Tak kan masa dating je kan sama2 susah kan, kan...

1na said...

hehehe

Form 1 - 5 asrama sekolah
Tahun 1 - 5 asrama u plak

hehehehe asrama jugak la kan hehehe

AuntyN said...

a.k.a : Oh camtu,kira aunty duduk asrama sampai umur 26 lah tu.

faux diamante said...

aunty N,

good to know u have cooled down.

i thought an olive rice recipe wud cheer u up.hop over to my blog for the recipe.

aida said...

emm..interesting blog...
i pun baru stat nak buat blog sendiri..haiii..salam perkenalan... lupa...

di samping tu .. i nak promote.. product sanitary pad..product nie elok untuk sakit senggugut dan fibriod..sebab dia menyedut keluar darah dan melancarkan haid.. so..cuba laa...
masuk dlm bog i..u may no further...email i untuk tau lebih lanjut

cash at home said...

I am glad I came across this great blog. I really enjoyed the topic you chose to write about. I'm definitely going to bookmark you! I have a fast make money online quickly site. It pretty much covers fast make money online quickly related stuff. Come and check it out if you get time :-)

Kenneth said...

base business home internet

Anonymous said...

Thanks for the info, I added you to my favorites.
If you are interested in business from home
, I have a business from home
site.
Feel free to drop by and tell me what you think.

Kenneth said...

I have a ##KEYWORD## site/blog. It pretty much covers ##KEYWORD## related stuff.

Kenneth said...

I have a ##KEYWORD## site/blog. It pretty much covers ##KEYWORD## related stuff.

Johnny said...

Hello, just visited your blog, it's informative. I have a website about **Plasma and LCD TV review**, please visit and hope that it's useful for you to choose your flat-panel TV.

Anonymous said...

hey nice posts i added you to my bookmarks

Just wanted to say everything you posted was a good read.
Its nice too see that some people create decent and entertaining blogs, yours kept me reading for well over 10 minutes.

Thanks!

Plasma TElevision Center said...

Hi thanks for your blog, I liked it! I also have a blog/site about Plasma Television that covers Plasma Television related stuff. Please feel free to visit.

10 Best Home Based Business said...

Sensational blog. I took pleasure in the site and I
will go back! Surfing online for blogs like this one
is worth my time.
Want to see top notch work, peep my start home based business blog site for the bomb work!

Anonymous said...

date elf girl sim