May 28, 2005

Nasi Lemak

Nasi Lemak Buah Bidara
Daun selasih saya lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan.


Itu pantun dulu-dulu. Pantun sekarang, macam ni kut no?

Daun selasih saya lurutkan
Buat membalut buah kepayang
Kerana kasih saya turutkan
Kocek kosong sayang melayang

Ni pantun jenaka sindir-sindiran. Jangan pulak ada orang nak saman aku kalau betul-betul terjadi ni kan.

So sapa nak resepi Nasi Lemak ? Korang dah tau dah kan aku kalau tak ada idea resepi je lah memanjang kan. Nak kutuk pun kutuk lah, tak kisah pun. Tapi sapa yang kutuk lebih-lebih tu nanti jangan dok mai mintak resepi dah tau. Permintaan tak akan di layan!!!.

Kalau aku masak nasik lemak, lauknya sambal tumis ikan bilis (ikan teri kata orang indon?), Telur rebus di belah dua, kangkung di celur, kacang tanah digoreng campur dengan ikan bilis goreng. Kalau ada ikan kering (gelama gebu) lagi terangkat ni. Takut mak mentua lalu pun tak nampak tu.

Ada dua cara nak masak nasi lemak. Cara yang biasa tu just dump everything dalam rice cooker, on switch, sekali sekala tu kacau je lah supaya rata. Lagi satu ni aku punya kawan kat ofis ni ajar. Dia ni lelaki kami panggil dia Pak Ya (Haji Zakaria), walaupun dia muda dari aku. Nasi lemak Pak Ya ni, nasi lemak bertumis, macam buat nasi minyak. Tapi sedap lah jugak. Aku bagi kedua-dua cara tu OK?

a. Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia
1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak

1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur nasi lemak tu). Ubah nasi ynag belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang kan lah.

b. Nasi Lemak Bertumis

Bahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
1. Potong bawang nipis2
2. Potong halia nipis dan halus
3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
4. Tumis bawang dan halia
5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
6.Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
7. Masak sampai nasi masak.
Siap dah pun.

c. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat dari stove.
Dah sedia untuk dimakan
Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.

Selamat mencuba. Esok kan week-end boleh masak sendiri atau suruh ayang kat rumah tu masak. Lepas tu puji lah sikit kata sedap. Bukan puji resepi aku tapi air tangan orang yang memasak tu lah....

Aku esok tak masak nasi lemak nak buat dalca daging dengan nasi minyak, tadi pagi hubby bagi duit suruh beli daging rincik kat pasar malam, sebelum dia cop mohor kat pipi tadi tu, hehehe....

31 comments:

1na said...

auntyN,

nak singgah rumah ler. tak dapat makan nasi lemak pun takpe, asalkan dapat makan dalca & nasi minyak... heheheh

resepi makaroni bakar ade? :-)

Puteri said...

yum yum!

penulis amatur said...

aunty n,
citer pasal dalca..tingat plak nasi dalca penang...
lagi 2 weeks im going to penang. nak pi pekena nasi dalca...pehh hingga menjilat jari...kekadang kalau my parent g sana on their way back (if naik flight ler) suh dia tapau bawak balik...

Anonymous said...

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm sedapnye..... singgah umah boleh

~xmen~

faux diamante said...

aunty N

kalau nak kukus nasik lemak caner? sukatan airnya? mcm masak pulut kukus ke?

MA said...

Nak resepi sup boleh ?

I suka makan sup tapi tak reti buat. Tak reti pakai yang bunjut2 tu sbb the rasa tak mencapai tahap piawaian I. Kena taruk macam-macam lagi kan. All the spices.

p/s :- kalau tulis nama spice tu (kalau nak bagi resepi laa) tulis both the omputeh term and the melayu term yer ? Hehe..buta rempah nih.

AuntyN said...

a.k.a : Belun try lagi lah resepi makaroni bakar tu. Nak kena buat sekali baru konfiden nak bubuh kat blog ni. Rakut tak jadi orang marah ni..

Puteri : Yum, yum to u too, hahaha

Ed : nasi Dalca Tasha ke? Yang tu memang best.

xmen : nampak makanan baru bersora no?

nazrah : I usually masak nasik dalam rice cooker sampai kering air then baru kukus, sbb tak nak nasi kembang sangat. So the sukatan air tu just kurang i cawan gitu.

AuntyN said...

Makandeh : OK nanti cari nama in English first baru boleh tulis resepi tu.

Anonymous said...

Baru je makan nasi dalca semalam masa tahlil, first time try . Memang best , pekena pulak dgn kurma daging .

Mrs Amd

Ogy said...

Kak N,

I have nasi lemak recipe but it's different from your's. Mine kena rendam beras la segala.. style orang Melaka kot. Recipe dia ada kat sini :
http://resepiogy.blogspot.com
or just click kat My Link Jom Masak-Masak.

Tak pandai masak dalca la. Can u post the dalca recipe nanti ?

Thanks :)

Anonymous said...

Nasib baik hari ini cuti, boleh juga buat nasi lemak AN ni, kalau tiada aral melintang.

Pantun tu pun best juga tu Aunty N, gelak dibuatnya. Ada benernya tuh.


Om

ibu fitri + farhah said...

ada satu cara masak nasi lemak kukus.. lebih kurang gini caranya:

tenggekkan santan yang dah dicampur ngan air, halba, halia, daun pandan, sesudu minyak masak dan garam atas api yang sederhana besar sampai masak.

Beras yang dah dicuci dan direndam (semalaman or 2-3 hrs)dikukus separa masak..

lepas tuh, beras direndam dlm santan yang dah masak tadi sampai kembang or sampai santan tuh dah disejat..

kukus kali kedua sampai masak..

cuba buat yang nih plak.. tapii cam leceh ehh... mmg sedap nasi lemak kukus

Anonymous said...

mmmmmmmmm .... sedapnya .... lapar plak dah baca resipi auntyN. InsyaAllah weekend ni cuba :)

AuntyN, ada resipi untuk asam pedas tak? asam pedas ikan dan/atau daging.

AuntyN said...

Mrs Amd : Sedap tu, nanti kita masak kurma pulak lah.

Ogy : thanks for the link. Dah tengok dah, banyak nya resepi, nanti nak cuba jugak lah OK.
Dalca? Boleh lepas I buat esok I will write down. Next resipi post dalca lah.

Om : ingat nak beli pantun tu tadi hehehe.

Ibu fitri+farhan : terimakasih untuk resipe tu.

Anoynamous : Ni awat tak habaq sapa nama ni, camna nak bagi resipe tu. Asam tumis belum try lagi, org penang nya asam pedas lain dari sebelah selatan tu. Yg mana satu yg nak ni. Cara org utara ke?

atenah said...

wow dalca and nasi minyak...nak menangis i kat sini. kensel la nasi ketam juru tu, balik nanti nak suruh you masak ni lah. btw, malu nak ngaku that i dont even know where the salt and sugar is in my hse.

Mutiara said...

AN
masa I belum jumpa santan dalam tin, i used to make nasik lemak guna olive oil. Sama macam your recipe tapi agak2 lah the olive oil. Usually I use 2 tablespoons of it for 2 cups of rice. La ni dah jumpa santan tak berapa rasa nak makan pulak.
Another version is drop a couple of chicken cubes (perasa) in the rice and a little salt and it taste good like nasik ayam..lauknya mestilah ayam panggang

Kak Teh said...

auntyN, nak cubalah nasi lemak you. tapi i dah habih ikan bilih. sapa-sapa yang kesian tu tolonglahhantark
ps. ada orang tu yang bernama nazrah pandai buat nasi olives - minta resipi kat dia.

Ewok said...

alahai..kecur air liur dah ni.. hari saya buat satay, jemput lah..hehe:)

Pnut said...

Saya ada resepi makaroni bakar...

nak ker? kalau nak nanti kita kasik...

selalu buat, sbb fav. hubby

cm said...

nasi lemak my fevrit, tapi selalu kantoi bab sambal...nanti nak try nasi lemak kukus le. Nasi Dalca Tasha tu tang mana? Tahun depan nak balik boleh singgah...bagi landmark sekali ye, TQ.

Interested also resepi dalca & sup..yummy.

AuntyN said...

Tenah : OK dah tukar ur wish list tu dalam diary, hehehe

Kak M : Thanks for the tips

Kak Teh : Cuba lah, tapi kalau tak sedap buat derk je lah OK. Malulah dgn orang pandai ni. OK anti saya ngendeng dgn nazrah tu.

Ewok : Bak sikit satay tu...

PNut : tulis lah resepi tu nak cuba jugak ni. Lain kali sapa yang nak resepi makaroni tu pi mintak kat Pnut OK?

cm : Nasi Dalca Tanha tu dekat dengan Airport Penang, keluar sikit dari Airport menghala ke Balik Pulau tu, berdepan dgn appt apa tah. Femes sangat kat Penang ni orang KL pun tahu tu.
Resipe Dalca next round lah OK?

shidah said...

semalm baru buat lasi lemak sambal tumis udang petai.... l patutlah ke*t*t ada bau sikit... :)

AuntyN said...

shidah : ken**t pun nak cite ke? LOL

faux diamante said...

ya beda bedooo...dah tau masak nasi lemak kukus yea yea...terhenjut-henjutlah sang suami makan atas kerusi.

resepi nasi olive ada kat kakteh lah...ehehehe...

AuntyN said...

nazrah : Kak Teh suruh mintak dgn u, u ckp Kak Teh ada, nak bagi ke tak ni?, *hentak kaki nada merajuk ni* hehehe

toyol said...

aku masak sampai anak aku tak lalu nak makan sebab anak aku kuat makan. Wife aku pun suka makan bile aku masak. Event aku masak lempeng pun dia kater sedap hingga menjilat jari.

Nd North Dakota House Cleaning said...

Fine blog. I found your site suitable for another
visit! And when I'm able to surf the web, I look for
blogs as great as your work.
Search for my home based business advice blog, please!

hyzekshah said...

Terima kasih atas resepi nasi lemak.Pasal saya tengah cari resepi nasi lemak yang best kalau dimakan.

[Free 3gp Download]

alanie said...

salam. .emm,nk tny akak sukat bras 2 pkai ape ek?pot priuk nsi 2 ke or glas ke?

Anonymous said...

Thanks Kak..Nice Tips and Share..


Gossip Panas Artis Malaysia

putri said...

sedap dop nasi ni..