Sabtu, aku telah ditemubual oleh seorang "wartawan" di Internet. Aku rasa macam selebriti pulak sebab ada orang tu dok interview aku tu. Sebenarnya bukan apa dia first time online dengan aku jadi banyak lah soalan tu. Hari ni aku dok tercari-cari kut kat mana-mana akhbar yang masuk, Ta**l N**s*n, ke S*n Ch*w ke, tak de lah pulak. Jadi aku ni kena interview free je lah nampak gayanya. Tak pe lah aku tahu dia nak berkenalan dengan lebih mesra tu.
Semasa aku dok online dengan kawan aku (H), aku nampak En S pun online. Dia pernah suruh aku add YM dia tapi tak pernah lagi berchatting dengan dia sebelum ini. Ye lah aku nya YM kat rumah dia punya kat ofis. jadi hanya Sabtu je lah nak dapat chat dengan dia pun. Itu pun kalau aku dan dia tak sibuk. H pun kenal dia, jadi kata H buat three-some aje lah. No problem, tak lah malu aku nak "berdua-duan" dengan En S kan, dah ada chaperone tu. Banyak pulak soalan En S untuk aku. Aku jawab lah satu persatu dengan sejujur mungkin. Cuma satu soalan saja yang aku ingat aku tak jawab dengan tepat sebab masa dia tanya tu sebelum masuk conference.
En S : Kak N, awat Kak N putih?
Aku : Awat tak boleh putih ka?
En S tak jawab pun, agak nya dia tengah garu kepala apa nak jawab kut. Jadi aku nak jawab kat sini lah soalan tu.
Aku : Kak N putih pasai pakai Fair and Lovely, kulit lebih cerah dalam masa 6 minggu, hehehe
Ahad, pagi-pagi hujan lebat. Kat sini dok hujan dua tiga hari dah. Best sebab sejuk sikit, aku save air tak payah siram pokok. Aku ajak hubby pi pasar, tolong bawak barang-barang. Dah lama jugak tak pi pasar dengan hubby ni. Actually pasar tani sebenarnya yang kami pi tu. Tak berapa jauh dari rumah aku tu. Lepas balik tu aku goreng mee saja untuk breakfast. Dah makan, aku online sat, sembang dengan orang-orang jauh, sambil buat lecture notes sikit. Samalah kita En S, rajin chatting kan?
Lepas zuhur baru aku masak lauk pauk tu. Hubby dok kemas bilik sebelah, masa aku keluar ambik serai kat belakang rumah. Dia tegur aku.
Hubby : Awat nampak kemetot sangat (Refer kat aku lah tu)
Aku : Memang dari dulu dah kemetot, baru nak perasan ka?
Hubby : Silap lah!!!! (Sambill senyum)
Aku : La baru rasa silap, too bad lah !!! (Senyum balik)
Dekat Maghrib, Abang Long dengan Kak Long mai ziarah mak. Since they came from a nearby school, aku gorengkan koay teow jamu depa tu. Kata Kak Long (my sis-in-law) sekolah tu rai NorAmalina, yang dapat 17A tu. Masa tu aku pun baru sudah hidangkan nasi lauk pauk untuk makan malam. Postpone dulu sebab layan Abang dan Kak Long. Masuk bilik, nak mandi dan solat maghrib, tengok hubby on the phone dengan office-mate dia. Diorang ni sebenarnya ada plan nakke Kuantan sebab ada staff depa kenduri kahwin, hari Jumaat depan kalau jadi pergi lah. Mrs Wong tanya confirm ka hubby nak pi, sebab dia dengan Mr Wong ajak stay kat Kuala Trengganu masa balik. Aku tanya lah, ajak aku sekali ke? Hubby cakap tak cukup kereta dah, kalau jadi pi. Terlepas peluang nak suruh Kampo belanja nasi dagang nampaknya ni. Aku pun sebenarnya tak free next Friday. Hubby agak keberatan nak pegi tu sebab next month banyak nak guna duit nak enrol anak kami kat kolej tu. Tapi aku kata, nak pi pi lah. Sporting jugak aku ni kan?
Abang Long cite pasai adik-adik aku yang ada masalah rumah tangga. Adik perempuan aku dah kawin 20 tahun lebih. Dia kawin sebelum aku kawin, tapi kebelakangan ini suami dia asyik jadikan dia scapegoat bila ada masalah anak-anak. Suami dia ni panas baran dan jenis yang ego setinggi langit. Bila ada problem anak-anak dia kata adik aku yang punca masalah tu. Dia beberapa kali cakap dengan adik aku kata, pi lah cakap dengan suadara kamu yang aku (bro-in-law) kata anak hang tu celaka. Sanggup dia panggil anak dia sendiri celaka. Pernah juga dia pukul adik aku tu. Yang aku tak faham tu, kenapa dia tak nampak salah dia, dia sudah bertahun tak bercakap dengan anak ketiga dia. Adik aku pernah SMS aku kata dia nak keluar dari rumah, dia dah tak tahan takut jadi gila kata dia. Aku dan hubby hanya boleh dengar dan simpati tapi tak boleh nak tolong pun.
Lagi sorang adik lelaki aku pun ada masalah rumahtangga. Dia dah 3 bulan bercerai dengan bekas isteri. Bekas isteri memang mata duitan, dia ni cantik, tapi masa kawin dulu, bila dia nampak adik aku boleh bagi dia dan mak dia duit dia baiklah dengan adik aku. Masa dia nampak adik aku tak berduit dia mula keluar dengan lelaki lain. Anak-anak terbengkalai, makan minum tak menentu, sekolah pun kadang pergi kadang tidak. Masa arwah ayah ada lagi, ayah sudah suruh adik ceraikan bini dia tu, tapi dia asyik dok fikirkan anak-anak. Tetapi akhirnya selepas, bini dia berkali-kali mengadu macam-macam kat pejabat kadhi dan dipanggil bicara, adik aku akhirnya melafazkan talak jugak. Sekarang adik risau pasal anak-anak. Mak ada suruh dia cari isteri baru supaya dapat ambik anak-anak dia. Aku kesian dengan anak-anak dia tu, aku selalu cakap masa depan depa yang penting. Kalau boleh biar duduk dengan dia supaya anak perempuan dia nanti tak berperangai macam mak dia tu. Aku harap adik aku akan dapat keluarga baru yang boleh berikan kebahgian kepada dia.
Entahlah, kat dunia ni macam-macam pancaroba. Kalau tak kuat iman macam-macam jugak jadi nya. Aku syukur kehidupan aku ni bahagia. Namun aku doakan adik-adik aku agar depa pun akan mendapat kebahgiaan jugak.
Malam semalam aku start cuba petua nak kuruskan badan yang Kak Yan tulis kat blog dia. Senang saja tu sebab semua bahan aku ada. Dah hubby kata kemetot tu pasal berat badan dah naik, bila pendek nampak lagi lah kemetot. Pagi ni hubby tanya aku dah mula amalkan kan ke petua tu. Aku kata dah, siaplah dia perli aku kata sebab tu nampak slim hari ni. Memang dia saja buat lawak tu. Dia pun sekarang dah loving-loving dengan aku ni, pagi bila aku cium tangan dia, dia cium pipi aku balik. Geli pipi aku kena misai dia tu, hehehe.....
Tapi aku masih sembunyikan dari dia yang aku ada blog. Kalau dia tau, sahih kena tutup blog ni. Atau pun aku dah tak boleh nak cerita pasai dia lagi dah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Elok gak hubby tak tau pasla blog.
dan elok juga hubby tahu pasal blog...
eloknya dia tak tau pasal blog sebab kita bebas boleh tulis apa saja
elok bila dia tau, at least dia tau siapa kawan-kawna cyber kita, da kenal. dan senang kita kongsi hobi dan kongsi kawan dgn dia, dan bila dia pun ada blog lagi best....
nanti Najmi dah pandai membaca kami pun nak buat blog utk dia jugak...jadi sekeluarga ada blog...
Macam Mat Jan- ayah yang dah pencen pun buat blog jugak..kakak pun ada blog..
kak N..
kalau tidak sure boleh makan Nasi Dagang Fair & Lovely.
Tak pe..
There's always next time.
ekekekkekek..aunty..
kalau 'dier' tau ada blog sesetengah citer kenala censored.. tapi kalau dier tatau..xyahla censored kan..tapi setakat nih..hubby i jadi lebih memahami..
Pnut : Actually dia tahu I have cyberfriends, kalau chat pun kadang dia ada kat dalam bilik tu. Dia tak minat hobby berinternet ni. Kalau nak masuk mana2 website I yg bukak untuk dia.
Po : belum ada rezeki tu kan. Nanti lah satu hari...
Bat : Betul tu mesti kena sensor, takutnya kena tutup terus.
tu yg malas nak blog nanti hubby baca... hura hara. Ari tu dia dok kutuk blog kawan dia..ayat dia camni " tu pun nak cerita...". Dia tak tau lagi wife ni suka sgt baca blog AuntyN, Pokku, D'arkampo & Mak Andeh...tak boleh miss....
Napaloh
auntyN, i memang DIA tau. kadang-kadang ada saja mesej, eh, you punya spelling tu salah etc...ada satu posting dia hantar email: very nice and touching! beri perangsanglah tu...
tak baik tau semunyik ngan hubby, dose tau.. heheheh
psl adik tu kan... kalau yg problem tu suami (lelaki), mmg payah le sbb kuasa men-talak tu kat dia tapi kalau yg problem tu pompuan, boleh la laki dia consider nak cerai
suka hubby AuntyN dgr you nak trim badan...hehehe.
Napaloh : baca jangan tak baca hehehe.
Kak Teh : Special sebab dapat abang yang suka berinternet jugak. I wish it was like that too. Tapi dia ni langsung tak minat sebenarnya ni.
CikNi : Actually bukan tak nak cite tapi...... banyak pulak excuse no?
Anne : Kalau bukan kerana dia sapa lah lagi aunty nak tayang badan ni.So kena lah slim and trim selali tu.
Edryna : I don't think dia rasa left put kalau I tak cite actually. So far he is not into internet lah, sbb dia lebih suka luangkan masa dgn pokok2 dia tu dari duduk depan PC surfing the net. Kalau dia depan PC pun pasal nak buat kerja ofis je.
betul tu AuntyN. pahala tu menyenangkan hati suami...
waa.. aunty pun ader diet regime ker? aiyo, kiter pun nk ikut lah sbb Mr S dok komplen tgk my spare tyre..heheheh
N, Hero Tamil pun tak tahu bab blog nih...tapi dia tahu KY ada kawan Cyber...dia tak minat berinternet.
Wah, dah mula petua tu...ramai yang minat...cara mudah lagi murah....cuma kesannya belum tahu lagi...
NAK diet recipe jugak!!!! kalau tak nak share, i tell your hubby your blogspot address! hah!
(First give me his contact details lah, baru senang nak ugut)
CN : CCCCCCNNNNNNNN!!!!!, Lamanya tak nampak.
Anne : Insyaallah
Kak Yan : Ni tolong jaja blog Kak Yan lah ni, nanti depa pi ramai2.
OOD : Click kat link tu dapatlah resepi tu. Not mine originally so takleh nak mintak royalti so tak nak bubuh kat sini. It is from Auntie Yan's blog tu. Kemain lagi nak hubby nye contact, nak blackmail ke nak ngorat tu? hehehehe
auntyn: laki saya hari2 baca blog kita. cuma dia tak komen kat haloscan. kalau rasa dia nak mengomen....panjang berjela e-mail dia kat saya :)
AuntyN, alahai lovey dovey nye..
Shidah : actually I would like that too, meaning he reads my writing and comment. Tapi so far belum dapat nak train hubby lagi tu.
ewok : Kalau tak lovey dovey dgn hubby dengan sapa lagi, kan?
It was my husband's idea for me to blog. He does not read what i write, so, it does not matter.
Aunty,
alah, pi bagi lagi satu blogspot to me pulak... i tidakbolehtahan one. Been there and jatuh hati lagi. Satuuuuuuu lagi blogspot kena check.
pst.. kalo ngorat Uncle N pon bukan boleh dapat.. dia cintancintun habih tu kat aunty tu.. ;o)
hidup memang byk pancaroba..
hubby tau pasal blog tapi dia tak baca pun! bukan rajin sangat nak baca kat computer, kalua print agaknya barulah dia baca.
share-lah petua nak slimkan badan tu! hehe..
Kak Mutiara : Best lah dapat husband macam tu, rasanya my hubby ni will support jugak tapi kalau nak habaq kat dia kena cari entry yg tak kena kat batang hidung dia lah baru dia OK, hehehe
OOD : Nak lagi blogspot?
OneEE : Click kat link tu you can get to the originator of the petua tu. Tak kan nak makan kawan sendiri, nak ciplak idea/petua orang ni. OK?
slm auntyN...bila la nk jumpa auty nih...kalo ajak jumpa, aunty nk tak?bln depan ka? ramai gak blogger kat area penang ni.:)
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Black jack matt General 1040 humidifier Care facial man skin handbag jelly kelly Perfume tommy hilfiger unlimited perfumes women eau de
Post a Comment