May 11, 2005

Puding Karemel

Minggu lepas aku ada janji dengan Anne nak post resipe puding karemel. Dia kata dia suka makan dan MIL dia pun selalu buat. Nasib engkau lah, Anne, kata diet. Jadi kat bawah ni aku hidangkan resipe puding karemel tu untuk semua. Bukan susah sangat pun. Senang je tu. Resipe ni pun aku belajar dari my late MIL. Dia selalu buat dan hubby pun cakap yang karemel dia lebih sedap dari yang aku buat. Since MIL dah tak ada dia pun kena makan yang aku buat aje lah ni.

Bahan-bahan
5 biji telur (saiz besar)
1 tin (405 g) susu cair (Ideal yang terbaik lah)
1/2 tin (1/2 dari 500 g) condense milk
7 - 8 sudu besar gula
1 tin jagung (cream style)
2 sudu besar tepung kastard
1 tin air (gunakan tin susu cair)

Cara-cara membuatnya
a) Cara membuat gula hangus.
1. Keringkan tin pembakar kek (lebih kurang 9 in diameter dan 3 in tebal)
2. Ambik 2 sudu gula, masukkan ke dalam tin pembakar kek.
3. Letakkan ke atas api yang perlahan untuk cairkan gula seningga gula menjadi kuning kekuningan.
4. Ratakan gula hangus ke sekelilng tin pembakar.
5. Angkat dari api biarkan gula sejuk dan membeku.

b) Cara membuat Puding
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang agak besar.
2. Kacau telur supaya telur merah dan putih tu bercampur rata. Jangan kacau sehingga kembang telur
3. Masukkan cusu cair dan kondense milk ke dalam telur tadi
4. Larutkan tepung kastard ke dalam air
5. Masukkan gula, larutan tepungkastard dan jagung ke dalam mangkung yang berisi telur dan susu.
6. Kacau supaya semua rata.
7. Masukkan adunan cecair ini ke dalam tin pembakar yang mempunyai gula hangus beku.
8. Masukkan bekas ke dalam steamer dan kukus lebih kurang selama 30 minit sehingga 45 minit. Api jangan kuat nanti dia jadi bersarang. Slow fire and slightly longer is better.
9. Bila sudah masak, tak nampak cair dah adunan tu, angkat dan sejukkan.
10. Bila dah sejuk terbalikkan puding ke atas pinggan.
11. Hiaskan dengan mix fruit atau sliced peaches yang dalam tin tu (I like peaches ni).

Dah ready untuk di makan.

Yang aku tahu Delinn pun pandai masak puding ni. So Delinn sama ke caranya atau lain sikit yang Delinn buat tu? Kalau lain cite sikit camna buat tu, OK?

Selamat Mencuba. Nanti kalau ada gambar aku post kan lah.

31 comments:

Orgkampung said...

aunty.....memang tengah cari resepi puding ni pun..tima kasih...memang saya suka makan tapi tak pernah buat...so mungkin weekend nih boleh cuba...atau pun nanti kalau gi penang..boleh aunty tolong buatkan hehehe...

*nak gi penang bulan 6 nih hehehe*

Kak Teh said...

auntyN, sambil2 dok belajark, otak sekali sekala meraya ke makanan. I promised myself and the children nak buat sardine rolls - abt the one that I am known for...nanti I pun nak post resipe untuk adik.anak2 kita di dunia blog ni...gerenti jadi!
will also try yr pudding (bila ada mood)

Batrisya88 said...

ermmm auntyN..saya punya versi lebe kurang camnila..

*dah lama x buat pun*..

AuntyN said...

Orgkampung: Eloklah tu, timing tu kan?

Kak Teh : Ok lepas exam tulis resipe sardine roll, nak try jugak. Best of Luck in the exam OK

AuntyN said...

Bat : Kalau camtu memang sama lah tu.

Puteri said...

yum yum

Arena said...

AuntyN..
Mine a simpler version but pakai lotsa telur..

Anonymous said...

AuntyN
Saya suka puding ni tapi pernah buat, takut husband tak suka...last month jiran kasik habis disapunya. Weekend ni boleh cuba resipi auntyN...tq

Napaloh

DeLinn said...

AuntyN

DeLinn nye lain skit dari Aunty. Very simple indeed. Nanti delinn masukkan kat blog. :)

stillconfuse said...

eh senangla...! hahaha. nampak MIL buat macam leceh gitu. thanks AuntyN.

AuntyN said...

Puteri : Next time I go to see u will try to bring a little. Puteri diet kan so tak leh makan banyak2.

Arena : put the resepi kat blog lah, nanti kita compare

Napaloh : OK have a good time trying. Kalau tak jadi 1st time try again.

Delinn : Bubuh kat blog, kalau ada gambo lagi best OK?

Anne : kan dah kata senang je tu?

SC said...

aunty,

macammana nak elak dari karamel jadi berlobang-lobang? is that what u mean by bersarang? and it's so hard to terbalikkan masuk serving dish. can i microwave ur recipe using a steamer container?

in exchange, here's a quick no no bake lite cheesecake recipe for u.

1 block philly cheese
1 packet baking gelatine(follow instructions on packet)
4 tbs sugar(or according to u preference)
4 mangoes, or 1/2 can of peaches or wuteva u want( blueberry conserve etc)
crushed snapjacks/digestive biscuits mixed in a bit of butter and pressed on pudding dish to make a biscuit base.

whip the cream cheese, add sugar to taste,mix in the gelatin solution.swirl in bashed up fruits.pour onto the biscuit base and refrigerate.serve with vanilla ice cream and raspberry jam

AuntyN said...

SC : Haah bersarang tu, sama dgn berlobang2 tu.
1) Jangan bayak kacau2 (don't introduce too much air)
2) Api masa masak jgn kuat
3) Jgn terlalu lama masak dia max 1hr je.
Tak pernah cuba pakai micowave (ni kena tanya Si Om, tapi dia dah tak de blog camna ek?)
Nak keluarkan, biarkan sejuk dulu dalam fridge then ambik pisau scrap tepi tin tu, telekupkan pinggan dan terbalikkan. Kalau yang masak elok no problem nak keluarkan.
Thanks for the cheesecake resepi tu

AuntieYan. said...

N, K/yan memang suka dengan puding nih...tapi tak pernah buat sebab anak-anak tak minat...depa minat makan hak pedas-pedas je. Resipi memang ada kawan bagi ..tak pernah try pun. N punya resipi ada lain sikit...sebab ada jagung...nak kena try le ni...macam sedappppp je!!

AuntyN said...

Kak Yan : try lah ajak Cik Din makan, OK. Anak2 suka pedas2 jugak tapi yg ni memang depa suka. Hubby yg suka dgn jagung tu, basic caremel tak dak jagung.

Apple Pie said...

laparrrrr

sempoii said...

resepi yg bese I buat tak letak kastard & jagung. Tapi dah banyak kali buat tak pernah lagi boleh diterbalikkan cantik2. musti bertepek pecah. so salu potong and angkat satu2 ngan sudu pastu hidang. Hmm mebbe kastard tu yg sebabkan dia mudak diterbalikkan kot. hmm kena cuba resepi ni plak.

btw, thanks aunty n :)

AuntyN said...

Apple : lapar gi makan lah, hehehe

Sempoii kastard powder tu bagi dia keras sikit, original resepi memang tak de jagung. Tu yang aunty modify sebab hubby suka jagung. Kena make sure dia masuk betul jugak tu jangan masih berair dah angkat dari api. Kalau dah biasa buat tahu tengok dah lah

anis said...

me x buh jagung tuh...:)

atenah said...

pengakuan saya: me kat ghumah, garam kat mana pun tak tau

Apple Pie said...

berbagai resepi lak kat sini, sakitnya mataku membaca. tp tekak lagi sakit pasal tak dpt merasa huhuhuhuhu

AuntyN said...

Anis : Memang original resepi tak de jagung.

tenah : nantii dah duduk sendiri tau lah

Apple : nasib resepi je kalau ada gambar sekali lagi kejam tu

1na said...

auntyN,

kena pakai tin pembakar besar mana? ishh nak p cari tin pembakar plak lepaih nie..

weekend nie byk plak nak masak... masak bihun soto, bergedil and puding karamel ka atau makaroni sup dgn puding karamel?? heheheh

aunty ada recipe makaroni bakar tak?

1na said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oneEE said...

oooo..bestnyer puding caramel..thanx for sharing ya?

Iced Nyior said...

Aunty N...kalo tak letak jagung...perlu tambah benda lain tak?

Sbb i love caramel pudding..tapi tak pernah buat...nak try recipe AuntyN tapi tanak jagung dier la :P

AuntyN said...

a.k.a : kan ada cakap pasal size tin pembakar tu. Ikut size steamer lah nanti terlalu besar tu susah.
Dah macam jadi food konsultant pulak dah ni, hehehe.
Makaroni bakar dulu ada dah lama tak buat. Nak kena cuba balik baru boleh post.

OnoEE : sama2

Coco : Keluarkan saja jagung tu tak payah ganti dgn apa2. You can do without the jagung tu.

Ewok said...

auntyN, thank you for putting up the resepi. definitely will have it a go.. jadi ke tak tu lain kira..hehe

Pnut said...

Saya punya puding karamel versi simpel gilos....tak der jagung, tak der custard...
AN-[unya versi boleh try ni..
kalau saya buat karemel makan sendiri jer, sebab hubby tak suka manis-manis ni

Anonymous said...

auntyN,

Thans for the resepi....the same thing happened to me..bersarang and i have read aunty punya komen...so i will try tomorrow night ...and by the way..all my frens suke ngan resepi tu..thanksssssssss

Anonymous said...

Very nice site! » » »