June 14, 2005

Dah Demam ?...

OOD tulis komen ni kat entry-entry aku hari tu. Komen dia kat Blogging and Respect For Others,

"After reading this, I have one worry. The AF3 has started. All this talk about "tak dak masa, kena prepare lecture" I believe Aunty sebok check diari Akademi....? Yes?

Don't la like that. Must write here osso lah"

Untuk entry "Something For All" tu dia komen lagi,

"Aunty N

I know what you are up to. Forget the Akademi, you have a duty here.

Blog Aunty N blog"

First of all, OOD when I write this, ni bukan nak marah kat you OK? Jadi jangan salah faham.

Nak jugak clarify kat OOD that memang aku tak dak masa week-end baru-baru ni. Kalau sapa-sapa ada baca sebelum ni aku ada mention aku buat part time lecturing untuk satu Business School di Penang. Bulan Mei lepas, aku buat 12.5 jam lecture pada hari Sabtu dan Ahad, hujung minggu baru ni aku sambung lagi 12.5 jam. Memang lah kena prepare sebab first time aku buat. Kalau dapat lagi module baru kena prepare jugak lagi sebab lain topik pulak tu. Aku harap dapat lagi satu module, best jugak buat part time ni. Walaupun penat, but at least I got to meet new people from other places. Berkongsi pengalaman tentang tempat kerja masing2. So OOD, I WAS busy, I didn't make it up or watch the AF diary OK? Jangan dok suspek apa2 lagi. Lagipun rasanya blog aku ni selalu update jugak, tak lah lama kalau aku tinggalkan pun. Lebih kurang macam yang lain jugak. To compare to some I think I ni masuk kategori rajin lah jugak kan? Sapa tak setuju? *nak kena ni kalau tak setuju tu*

Tapi dari komen OOD aku terfikir nak cerita pasal kami sekeluarga dan AF ni. Macam mana program ni merapat kan hubungan kami sekelurga. Bukan nak kata kami ni pentingkan hiburan dalam keluarga atau ralit dengan hiburan saja tak fikir pasal benda lain. Tak betul tu. Aku harap tak ada salah faham atau sapa-sapa nak judge kami sekeluarga secara negatif.

Semasa AF1 bermula, aku dan hubby baru saja balik dari business trip aku ke UK dan Italy tu. Dok tengok apa yang anak2 ralit sangat dengan TV, terutama pada 8.30 malam. Kami pun join tengok sekali, sekeluarga tu. AF1 tak lah hebat sangat sebab mungkin baru lagi show tu, tak ramai yang outstanding. Tapi kerana format nya yang lain sikit dari reality show yang lain dan juga kerana ini show Malaysian, dan juga kerana keletah Aznil, kami tengok show tu. Yang aku ingat aku tak AFUNDI sapa2 pun. Tapi aku suka suara Sahri. Sya suka Sahri jugak, so bila Sahri terkeluar sedih jugak rasanya. AF1 lebih banyak "pakai tisu" dari AF2 tu. Yang lain ada lah fevret masing-masing. Kadang2 kami saja2 gurau2 downplay kan each other's fevret. Terutama hubby tu dia saja nak usik anak2 dengan perlecehkan diorang punya choice of candidates.

Masa AF2, macam aku kata aku tersangat bosan kat office. Ramai yang tak akan faham kenyataan ni tapi itu adalah hakikat nya. Jadi bila AF2 start, demamnya lebih sikit dari AF1 tu. Kak Long dengan angah selalu ada tuition pada malam konsert jadi baba selalu tape bagi diorang tengok.Kami tengok sama2 lepas tu. Penuh bilik tidur kami dengan semua anak2 semasa kami tengok AF2 tu. Hubby suka Zahid, anak2 tak suka Zahid, diorang suka Adam (budak pompuan lah kata kan) Aku suka Kaer, hubby kata jangan AFUNDI Kaer sebab dia anak orang kaya. Mas punya suara very unique tapi susah nak terima ajaran. Camtu lah kami setiap minggu, semua sekali masuk bilik tidur kami tengok AF2. Sambil tengok sambil gurau2, kritik sana sini.

Bila AF3 dah mula ni rasa lain sikit. Sebabnya Kak Long tak ada di rumah. Bila kami tengok pun rasa sayu jugak. Macam tak cukup syarat. Masa diari pun aku tengah dok hidang lauk pauk untuk makan malam, jadi memang aku tak tengok pun. Cuma tengok konsert mingguan saja, yang lain tu kalau nak tau baca blog Javard. Konsert baru lepas ni pun aku tak berapa bagi perhatian sebab rumah aku penuh dengan adik beradik aku. Abang Lang dari Shah Alam balik, Kak M dengan anak2 datang lawat mak sebelum balik ke KL tu. Asyik dok layan diorang makan dan sebagainya hari tu. Minggu akan datang mungkin kami tengok bersama2, hubby, aku, angah, Ayin dan Sya saja. Kak Long kalau my sis-in-law datang ambik dia bawak balik ke rumah diorang baru dia boleh tengok. Sya dan Ayin aku rasa teramat rindu dengan Kak Long ni, tiap-tiap malam diorang datang jenguk kat bilik kami, sebelum tidur tu. Sebabnya, sebelum Kak Long masuk MMU dulu dia akan spend banyak time dia kat bilik tidur aku, kadang2 sampai tertidur kat atas katil tu. Sampai aku kena kejutkan dia sebelum aku tidur tu. Kadang2 dia kata boleh tak dia tidur situ. Bila dia tak ada rasa sunyi semacam pulak tu. Kalau dia masuk bilik adik2 ni ikut sekali tu yang buat riuh rendah tu. Bila adik2 dah tidur dia stay lagi sampai tertidur kat katil Jadi anak manja dia tu.

Walaupun hanya hiburan, kerana kami tonton bersama2, dah jadi macam family event tu, yang buat kan kami suka program tu. Nak kata kami demam AF tu rasanya tak lah jugak sebab kami tak fanatik pun pada "bintang2" tu pun. Dulu pun aku tak tahu menahu pasal blogging ni. Rasanya tahun ini aku tak demam AF3 tapi aku demam Blogging. Mana dak, pagi2 sebelum datang kerja dah ON PC baca blog2 orang, komen2 orang, Kadang2 kalau ada yang tegur YM tu teralit pulak layan orang chat dengan aku, sampai kena halau suruh pergi kerja, hehehe

You all macam mana? Demam ke?

24 comments:

Ely said...

demam? its called addiction to me auntyN!!! sekarang dah pukul 9 mlm masih ladi kat laptop menaip dan bertandang blog org lain. no let me rectify, the demam dah jadi penyakit hehehe.

but i am not complaining!

1na said...

demam... demam blog la... baru kenal blog bulan 4 lepas tapi rasa teruja2 nak p opis baca blog org...(sampai lupa nak update blog sendiri)

Bg saya, AF3 dah tak menarik... most candidate dah mengada2... tapi AF2 dulu gila kat bob. dengaq lagu cinta seorang teman, rasa nak demam ja kah kah kah

blog boleh kira sebagai hobby ka, auntyN?? hehehe

Pnut said...

Ermm family kami masih kecik, tapi ianya tetap merapatkan kami, Af2 dulu anak teruna saya baru umur 3 tahun tapi hafal semua 12 org budak-budak Af, semua dia tau nama dan cam,
AF3- dia dah 4 tahun, so far palign kenal Mawi dan Felix- Aznil dan Jimmy-yezzzeeerr..

tapi rumah kami tempat blogger-blogger lain datang berkumpul ramai-ramai dan tgk konsert AF malam minggu, last week penuh dekat 12 org datang lepak kat rumah tgk Af semua geng blogger.

Last year masa final konsert pun diaorg dtg lepak siap bawa KFC satu barrel lagik, last week pizza sampai 3 large box pizza...

kira Af pun merapatkan blogger gak...

saya suka baca sultanmuzaffar punya review

Coconut Ice said...

boo AF...aku tak minat :P aku dok fikir siapa yg nama nya "afundi" baru aku realized its the undi thing....mengong nye aku

tapi kalo ko org nak minat...be my guest :P

AuntieYan said...

N, K.Yan memang dah lama demam blogging nih...sejak tahun 2002 kot, sejak pandai berblog....nampak macam 'demamnya' tak kebah-kebah...makin lama, makin demam...
AF3 ni memang 'kureng' sikit dia punya demam jika nak dibandingkan dengan AF2 walaupun rasanya bebudak AF3 ni ramai yang ada 'suara'...K.Yan belum ada yang benar-benar yg. jadi feveret. Dulu suka ngan Bob & Zahid.

Coconut Ice said...

AN, ko kena install TV Card la kat PC tu....leh la ko blogging sambil tgk tv :P

aku ada tv card tapi tak guna...dulu gunala masa kat hostel :P

AuntyN said...

Ely : Setengah addiction tegar, some demam saja ni. Whatever pun, we will keep the blog world seceria mungkin

Ina@a.k.a : Hobby ke, addiction ke, blogging ni macam, macam ada no.

Pnut : wah, angkat geng sekali tengok AF. Macam dulu2 tgk wayang kat padang sekolah tu sambil tgk sambil picnic no?

Coco : we live in a free world, everyone is entitled for their like and dislike OK :-)

Kak Yan : Memanag tabik kat Kak Yan pasai blogging ni. Tak boleh nak chelen ni.
P/s tadi ada 2 komen yg sama saya delete satu OK jgn marah no?

AuntyN said...

coco : PC sekarang ada PC card tu, tapi tak guna pun.

Coconut Ice said...

eh sorry aku terguna "ko" AN...tak sangka dier tak sopan...dah terbiasa. aku menyusun 8 jari-jemariku (sbb aku guna 8 jari je utk taip) memohon maaf

*aku tanak kena ban*

Coconut Ice said...

eh ada org britau coco yg "aku" takleh digunakan...so i guess i'll stick to coco & makcik AN

*coco tanak mennyinggungkan sesiapa*

AuntyN said...

Puteri : Free country sapa suka dia tengok lah.

Coco : Rajinnya ulang alik mai blog Aunty ni. Thanks so much. Apologies accepted OK. Close case ye, Tak de banning policy here OK?

JoeBangla said...

gi kerja! gi kerja! :-)

AuntyN said...

Joe : hehe :-)

anedra said...

Next week, bila tengok AF3 kena standby mangkuk satu. My N tu, air liur dia meleleh tengok that MArsha girl. Dah demam lah tu..selama ni tengok pun tak pernah!

Blogging is better, anytime!

Anonymous said...

balik msia last summer tak faham what was going on. my family teruk gak, ada ka kita sekali sekala balik dari jauh, gi visit, my aunt cakap: Tenah, nak kopi ada kat dapurq tu, kuih ada bawah tudung saji. ish sedih2. my aunt satu family dok langut tengok TV, mata tak berkelip2.

Mutiara said...

I Dengark pasai AF ni masa dok baca blog orang. Tak tau menau apa bendanya. La ni baghu tau. So, la ni semua rakyat malaysia dok jege tengok TV lah nu. Enjoy it...

AuntyN said...

Anedra : LOL. bubuh bib lah kat your N tu masa tengok AF3.

Atenah : sian tu, lain kali jangan pi rumah orang malam minggu, mesti tak di layan tu. hehehe.

Kak M : itu lah dia nya AF tu. Kalau semua sekeluarga jegei dok melangut TV tu tak pa jugak lah. Takut satni bini melangut, laki jegei kat bini depa tak hidang nasik tu. Macam time musim world cup siries lah tu. Lagi teruk, depa melangut sampai pagi tu..

anedra said...

AuntyN, I like that idea!

Anonymous said...

For me, these new talent search programmes are just full of bull. You don't see real talents but manufactured ones.

Where is the "suara buluh perindu" nowadays, like we had before i.e. Rafeah Buang, A. Ramlie, Sharifah Aini, Jamal Abdillah, P. Ramlee, Saloma etc. Voices that you could listen to on its own without the accompanying music (something like the Gardenia bread where you could eat it on its own). Listening to Rafeah singing "Kenangan di Rantau Abang" at Klasik FM at night surely gives me goose bumps still.

Even Siti Nurhaliza does not fall into this category. She is just a "wholesome package" with a so and so voice (Forgive me for saying so. I'm also her fan, but only on her traditional malay songs, e.g. Cindai etc). Its just too bad that Sharifah had to have her tiff with Siti. She's had her time, now its Siti's.

Ruby M. said...

i pun demam blogging juga. penyakit nihhhh!!!

AuntyN said...

Jemey : everone is entitle to their opinion. Kebanyakan nya hanya nak mencari hiburan saja tu. rasanya tak lebih dari itu.

Maknenek : mai kita share blanket sama2 boleh ka, nak bagi kebah demam tu?

OOD said...

aunty N,
tak masuk opis so tak sempat singgah semalam. Betul Aunty, you are far more dedicated than most bloggers. Almost everyday ada new entry. Saya AFUNDI Aunty N!

Tapi rambut tu jangan buat macam tu. Ganggu perincian abang.. I tell you.

AuntyN said...

OOD : Thanks. Tapi rambut apa tu tak faham lah?

OOD said...

alah auntie, tu komen Adlin masa Marsha nyanyi.. sexy sangat.