Cewah, macam tajuk lagu Sudirman pulak no? Actually, aku memang suka lagu tu, sedap melodi dan liriknya. Cuma tak ingat sangat dah lirik lagu merisik khabar tu la ni...
Ni hal adik lelaki aku yang nombor 7 dalam keluarga kami. Beberapa bulan lalu dia bercerai dengan isteri dia. hari tu aku ada cerita sikit pasal dia tu. Ex-wife dia lawa orang nya, kalau ikut salsilah keturunan, memang nampak baik lah. Datuk dia selalu bawak orang ke Mekah buat Umrah dan haji, mak dia pun qariah jugak. Tapi, perangai dia yang tak elok tu. She is so very materialistic. Siap cabar my brother lagi, that no other lady wants to marry my brother except her. Dah undang-undang negeri ni anak-anak di beri bawah penjagaan ibu, jadi sekarang anak-anak buah aku ada dengan dia lah. Aku teramat kesian dengan anak-anak yang agak terbiar tu.
Adik aku seorang bapa yang penyayang. Dia memang suka kanak-kanak. Binatang pun dia suka, kalau dulu tengok dia main dengan kucing, kami pun nak gelak. Pernah dia bela ayam, dalam 10 ekor camtu, masa ayam tu tengah membesar, dia sanggup duduk tepi pintu reban ayam tu main dengan anak-anak ayam tu. Bila dah besar kami nak sembelih buat lauk, dia dah sayang tak sampai hati nak makan. Langsung kena jual saja ayam-ayam tu. Lepas tu agaknya dia sendiri tahu dia akan attached dengan binatang-binatang tu tak sanggup dah nak bela agaknya.
Oleh kerana dia nak cuba ambik anak-anak dia duduk dengan dia, supaya dapat bagi pendidikan dan jagaan sempurna tu dia kenalah cari isteri baru. Kakak aku ada lah rekomen sorang janda beranak satu kat dia ni. The lady's parents took care of my older's sis youngest son , when they were staying here. Memang nampak baik lah dia ni pun. Mak aku pun ada lah suruh kakak risek, tanya-tanya kat dia boleh ke nak pinang untuk adik kami. She said OK, so last Friday, kami adik beradik, Abang Long, Kak Long, Kak M ( my older sis), Adik S (Adik perempuan aku), Aku & hubby, serta Shah (bakal pengantin ni) pergi lah ke rumah L. Kami ajak Shah sebab nak bagi L tengok dia jugak takut nanti dia reject ke tukar fikiran ke atau apa kan. Biarlah dia buat keputusan berdasarkan apa yang dia lihat. Adik aku Shah ada anak 2 (seroang perempuan 9 tahun, sorang lelaki 7 tahun). L ada anak perempuan 4 tahun. L bercerai dengan suami dia, suami dia kawin 3 dah. Tapi masih dok datang jenguk anak dia jugak.
Di pendekkan cerita, bapak L tanya dia secara jujur terima kah pinangan tu, Pak Cik ni siap panggil Kak M dan aku untuk jadi saksi jawapan L tu. Dia dah kata OK tu, Kak M sarungkan cincin tanda ke jari L. Ketat sikit nampaknya tapi dia kata Ok tak payah tukar dah. Aku suka dengan cara L ni. Nampak dia baik, humble orangnya. Lepas tu kami pun bincanglah hal-hal lain, pasal kenduri, pasal hantaran dengan mak bapak L ni. Reasonable je lah hantaran tu, kata pakcik tu nak buat kenduri doa selamat saja, yang wajib saja kata dia. Kami pun cadang buat macam tu jugaklah. Sekarang ni terpulang kat Shah, bila dia boleh sediakan duit nak buat hantaran dan kenduri tu. Baru terbeliak biji mata ex-wife dia kut, sebab ada yang sudi dengan adik aku ni.
Kami apa lagi lepas tu tak habis lah dok mengusik si Shah. Mula dia kata 2 bulan, lepas tu kata bulan depan pulak. Dah tak sabar nampak nya tu, hehehe. Apa-apa pun, dia kena pergi ke pejabat kadhi untuk urusan borang-borang, apa entah, aku pun tak tau. Tak de experience bab ni hah, hehehe. Dengar kata adik aku ni, dah dua tiga kali telefon L sembang dengan dia. Nak confirm betul-betul, yang L ni sudi kat dia. Kata dia sembang macam dah kenal 5, 6 tahun dah. Kami yang dok usik jangan dok bawak pegi dating pulak lepas ni. Dia gelak sajalah tu. Angau jugak adik aku ni hah....
Kami pun suka kalau dia dapat isteri yang boleh membahagiakan dia, kami cuma doakan yang perkahwinan ini akan menjadi kali ini dan dia akan dapat ambik anak-anak dia untuk dia bela dengan sempurna. Masa depan anak-anak tu masih panjang dan pelajaran tu penting bagi diorang tu. Lagipun, kesian anak-anak yang tension dengan kehidupan dengan mak diorang tu.
Insyaallah, di panjangkan jodoh adik kali ni, dan berbahagia ke anak cucu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Aminnn....semoga dipanjangkan jodoh,dimurahkan rezeki.
siti
semoga encik Shah dan L berbahagia..maybe this round they will not repeat their 'mistakes' like in the previous marriage..
semoga jodoh kali nih berpanjangan hingga akhir hayat..(eewaahhhhh..macam la kenai encik Shah, AuntyN pun saya baru kenai gitu2)..
Aunty N,
Semoga Shah and L bahagia. Saya sendiri pun kawin 2 kali. Memang sedih, tapi mungkin Allah nak duga saya. Dan dengan suami saya yang sekarang, saya rasa lebih tenang dan bahagia.
:)
semoga panjang jodoh sehingga ke akhir hayat
k.safiah
Seronok baca cerita auntyN - rasa macam kita pun tumpang bahagia...mudah2an kali ni kekal hingga ke akhir hayat. Boleh buat idea tulis novel tak? heheh...apapun moga2 anak2 lebih terbela..selalunya kes2 macam ni yang paling kesian adalah anak2. Doakan mereka bahagia..kenduri nanti buat announcement dan publish gambar kat sini, okay?
Wah!...N dah boleh jadi wakil 'risik-merisik'...
Alhamdulillah...semoga Shah berbahgia dengan Si L...(Limah/Latipah...whoever)
Kalau sudah jodoh tidak ke mana.
Amboi..cepatnya kakak-kakak dok rekemen, baru berapa bulan berpisah.
Heheh....
Thank you all for the wishes tu. Nak bubuh gambar pengantin "lama" tu tak lah kut tu.
Kak Yan, bila nak suruh risik untuk anja tu cakap lah OK, hehehe
MA, yg rekomen tu my sisters, I ni tak pernah rekomen pun. Tapi terpaksa buat gitu tidak anak2 spoil habih duduk dgn mak diorang. Takut yg perempuan tu nanti bila besar tiru perangai mak dia pulak (which is not a very complimentary term to use for her).
auntyn.dah siap dah. tolong bagi email so i can send the link. :)
Maknenek, baguih punya firasat no. Dah bagi email kat your komen box tu. Thanks so much tu.
Merisik Khabar
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu
Kerana mu....
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajah mu bermain di mata ku
Tiap waktu....
* :
Malam ku suram
Siang ku kelam
Ku gelisahan
Mencari-cari ke mana pergi
Harga diri ini
Bertanyakan berita
Merisik khabar
Mendengar cerita
Melaluinya
Kau ku hampiri
Tiap hari
Bersama luka di hati
Mengapa aku jadi tidak menentu
Kerana mu.... oooo...
( Ulang Rangkap * )
( Lagu : Manan Ngah - Lirik : Habsah Hassan )
Kampo, terimakasih lah. Rasanya lepas ni nak kena merisik ke Ganu pulak ni. Dengar khabar, my abang long's future daughter in-law tu orang Ganu. Boleh ngendeng nasik dagang no?
aminnnn...
moga mendapat rahmat Allah dan berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat..Insya Allah..
*negative thinking*
padan muka ex-wife Shah..kerek ingat dia bagus sangat
*tuned back to positive thinking*
Hmm.. some ppl mengalami sindrom 'on the rebound' which means they are still distressed after ending a r/ship therefore they tend to 'cekau' saja siapa-siapa pun demi mengisi kekosongan hati lebih2 lagi kalau r/ship tersebut dah berlangsung dgn lama. Hopefully thats not what is happening to yr bro. Normally, kita yg melihat ini takkan faham apa yg sebenarnya berlaku unless we listen to both sides. Pray for his happiness insyaAllah.
Insyaalah auntyN...kalau jodoh tak kemana. Dan kalau nak leakkan banner baru tu...tinggalmessage kat my YM - kita subcontractor maknenek.
auntyN, semoga jodohnya berkekalan.
orang kalau dah berkenan memang tak sabau , mcm kita jugak hehee.
AN, all the best to your adik, semoga dipanjangkan jodoh dan berbahagia selalu hendakNya.
Thanks again for all the comments.
Kak Teh, nanti kita discuss later OK. Thanks.
tumpang lalu....
amboi sampai ke sini bisnis Kak Teh & Mak Nenek. Terrer la y'all
AuntyN, ringan jodoh adik AN tu ye. Moga bahagia & berkekalan
Salam auntyN,
Jodoh pertemuan kerja Dia, kita berusaha. Moga kekal berpanjangan.
Semoga dikurniakan ketenangang dan kebahagiaan yang berpanjangan to your bro and bakal adik ipar...
N, K.Yan dah nyanyi seround.....dah orang bagi lyricnya....lagu pulak memang kita suka...tQ le Kampo...at least mokcik dapat bernostalgia kejap dengan 'Merisik Khabar' tu..hi!..hi!
Buat masjid kerja baik
mesti ada kenduri kendara
kalau tak jemput kita tak baik
kan kita sedara?
(tang makan, teghuih ngaku sedara!!)
Tenah,memang femes se entero dunia tu bisnes MakNenek dgn Kak teh tu.
Jiwa rasa & meanbaby : thanks fo stopping by.
Kak Yan : Kemarin nyani dah seround hari ni tgk lagi, Nyanyi jgn tak nyanyi, hehehe
OOD, pi baca entry baru tu, dah ku hebahkan blog u to all. Hahaha.
Post a Comment