June 01, 2005

I am SOOOOO UPSET

Yesterday, Monday, I was on leave. I had to forgo the invitation by the anak-anak dara (Delinn, Iza, Puteri) kat KL tu sebab-sebab tertentu. First sebab, aku ada visitor di kilang this week, one of the Italian colleagues is coming, kalau aku pi KL takut tak sempat balik. Then at the end of this week nak kena turun KL lagi so terpaksa lah mintak ampun dan maaf kat Iza yang beriya-iya sangant nak jumpa aku. Dia datang teruk-teruk dari Labuan, aku pulak tak dapat nak jumpa dia. Tapi katanya dia nak mai Penang at the end of the year. Insyaallah aku jumpa dia nanti. OK Iza, muahhhs!!!!

So, yesterday, I took my mom to the clinic, since her madicine is finished. I heard her calling my niece early in the morning, but she was on leave too, she was in her parents' home. I decided to take my mom before I took Kak Long to open her bank account. My mom ni sakit urat, doktor bagi list, sayur-sayur yang tak boleh makan tu, kata doktor tu, kuah atau rampai yang ada bahan-bahan tu pun tak boleh makan. Banyak sungguh pantang nya. Jadi apa yang dia nak makan pun aku tak tau. Yang aku ingat adalah:-

Tembikai, nenas, terung, kacang panjang, remunggai, kobis, asin-asin, bayam, lobak. Ada lagi, tapi aku tinggal kat rumah, nanti aku update kalau ada lagi. Katanya kalau makan sikit pun, ubat yang kuat pun tak akan mujarab. Sebab tu agaknya mak masih terasa sakit walau makan ubat banyak pun. Mak suka makan pajeri selalunya kita masak pajeri nenas atau terung lah, habis nak masak pajeri apa pulak ni, mungkin kena cari buah kedondong lah kut ni, buat pajeri untuk mak. Dia pun suka makan sayur bayam, keluarga aku suka makan sayur bayam, nak kena cari kangkung lah untuk mak ni. Kangkung pun kami suka especially Kak Long, kangkung macam sayur asasi dia tu. Senang bela anak aku ni, kangkung memanjang no.....

Masa bawak Kak Long pegi buka bank account tu, aku kena lah cari bank yang ada di U tu. Aku pergi branch kat Seberang Jaya sebab senang nak parking kereta kat sana tu. Bila tanya nak bukak account baru, officer tu kata, alamat kat mana, aku cakap lah, dia kata kena pi bukak kat BM. Tak boleh buat kat situ. Awat macam tu tak kan mana-mana branch pun tak tak boleh. Kata dia bank polisi, ye ke? Aku tak pernah dengar lagi lah, sebab aku selalu buaka account pasal nak masuk duit gaji aje, ikut branch mana yang company suruh buka. Tak pernah ada problem pun. Pi lah pulak branch BM, dah dia tanya bawak birth cert tak? Aku cakap nak buat apa, IC tak cukup ke? Kata dia sebab bawah 18 tahun. Kak Long aku ni bulan Sept, baru masuk 18, tapi pada aku technically she is 18 lah. Rupa nya tak boleh gitu. Dah kena balik rumah ambik birth cert pulak. Nasib rumah tak berapa jauh dari town, tapi menyirap jugaklah darah ni. Pergi balik, masa kat counter, penjaga counter tu kata, tak payah ramai-ramai, makcik duduk dulu. Macam dia tu muda sangat panggil kat aku makcik no......huhuhu. Aku duduk kat bangku, Kak Long asyik dok signal saja, dok tanya pasal ATM kad. Officer kat luar kata tak boleh buat ATM card sebelum mencapai 18 tahun, yang kat counter kata, I can do on behalf, pi tanya balik yang kat luar tu kata tak boleh jugak tu. Lepas tu, nanti nak buat kena lah mai balik branch sini bila nak buat tu. Banyak nya red tape tu. Sambil duduk tunggu nampaklah poster tergantung Western Union, teringat pulak kat sorang perantau yang ada account Western Union tu. Setakat ingat je lah kan, tak kan nak transfer apa2 pun.

Aku nak buka bank account untuk Kak Long pun bukan buat apa nanti senang lah nak transfer duit kalau dia perlu dan untuk belanja dia hari-hari tu. Tak payah nak buat duit pos macam dulu2 lagi masa ayah aku nak hantar duit kat aku di asrama tu. Dulu lain sekarang lain. Sekarang dah boleh transfer thru internet dah ni. Kira ada duit atau tidak je lah.

Lepas tu kami pegi shopping lagi, beli barang-barang dapur dan lain-lain keperluan Kak Long. Yang ikut cuma Kak Long dengan Sya saja tu sebab Ayin kata boring tunggu kakak dia try itu ini lama2 sangat tu. Masa nak balik, aku dah siap masukkan barangan kat dalam but kereta, dah pulak sorang mamat ni reverse kereta dia dan langgar kereta aku. Kemek lah kat panel depan, dekat dengan tayar depan sebelah passenger tu. Aku tak terfikir nak telefon hubby pun, sebab takut kena marah ni. So aku cuma ambik particular orang yang langgar aku tu aje lah.

Apalagi bila dah cakap dengan hubby, marah lah yang teramat dia dengan aku. Jadinya, aku ni kena buat sendirilah apa-apa pun pasal kereta tu. Aku tak lah kira sangat pasal kereta yang kemek tu, tapi terasa hati jugaklah sebab hubby marah tu. Kadang-kadang aku ni ingat suami-suami ni lebih sayangkan kereta dari isteri sendiri. Ye lah dia tengok aku OK, tapi kut ye pun tanya lah kan aku dengan anak2 tak apa-apa ka? Kalau yang terlanggar tu Kak Long ke, macam mana aku jugak ke yang kena marah? ....

So hari ni aku pening lah sikit dok fikir macam-macam. Tak apa lah dah takdir nak jadi macam ni, aku sabar dan redha ajelah. Pastinya ada iktibar di sebalik semua yang telah terjadi ni..

23 comments:

NANI SHAHABUDIN said...

i dun understand...kenapa mesti marah pulak ek?

Anonymous said...

Kak N
Sabar ye. ALLAH bersama dgn org yg penyabar. Saya pun ada pengalaman macam Kak N, tersentuh sgt tapi nak buat macamana husband sendiri.

napaloh

MA said...

dia marah tu sebab dia care kot ? silap target - sebab orang yg melanggar tak de depan mata.

Agaknya laa..

Apa-apa pun, relax yer. Keter kemek boleh ketuk, hati kemek ?

May the force be with you.

Nazrah Leopolis said...

hmmm...masa tu husband aunty N terperanjat kot. bila dengar berita camni selalunya org lelaki terus pikir pasal keselamatan kita, apa pasal dia takde kat situ, to protect u, ke nak marah org yg langgar kereta u, dan terus masuk bab nak repair, duit etc etc...mungkin tu reflex je tu.nanti dia pujuk la tu. kalau kita, kita demand kena pujuk...

my dad pun pernah marah i sbb i terpecahkan lampu kereta dia. selagi tak repair selagi tu la benda tu jadi bahan kena marah. nasib baik my uncle tolong i repairkan. pastu mood dia baik balik.sejak dari tu i tak usik kereta ayah.biarlah emergency apa pun.trauma...eheheh...

sabar le dgn our boys and their toys eh.

AuntyN said...

Anne : entah lah, tak pernah faham bab orang lelakii dengan kereta ni.

Napaloh : Insyaallah, sama2 kita sabar OK?

MakAndeh : harap camtu, pasal salah identity tapi tak fair lah kita yang kena marah. Hati kemek tu = kena boikot lah nampaknya ni hahahaha

nazrah : dia pergi keja semalam, I yang bawak budak2 pegi shopping tak habis tu, sbb tu dia tak de sama tu. Nasib baik it was my car kalau kete dia lagi lah trauma tu..

Anonymous said...

i dont want to komen.
-iza-

Itchy said...

hb AuntyN tgh PMS kot?

Anonymous said...

i have no komen also

-puteri-

AuntyN said...

massylassy : Alahai, cik abang punya kete ek, nak buat camna dah tergores tu kan?

Iza & Puteri :OK Lah tak yah komen.

utter rubbish : LOL

shidah said...

cool down auntyN, biar awet muda! ...bukak a/c bsn, supaya senang nak trf duit? cuma takut time kaklong emergency nak kuar duit, atm diorang buat hal... dah lah tak banyak tak reliable langsung pulak tu...

AuntyN said...

Shidah : Bukak acct kat BCB tu

atenah said...

1. bank ni banyaklaa songeh
2. org lelaki2 lagi banyak songeh
sabar je laaaaa as we cant live without either of them

AuntyN said...

Tenah : Saba je lah, no?

Kak Teh said...

sabarlah N, nanti dia akan sedarlah tentant reaction dia tu.

Ewok said...

awat dulu i buleh bukak account pastu dpt ATM card? tapi tak ingat dah bank apa.. tinggai cam tu je..

for men, car is the first wife.. mmm...*geleng kepala*

Nong said...

Tak nak komen gak. Nak baca je. Boleh kan?

Itchy said...

dats y klu kite bengang dgn depa, kite bantai keter depa dulu

Itchy said...

de target of bengang students to their teacher.. their cars... serammm!

AuntyN said...

Kak Teh : Thanks, U get well soon OK.

Ewok : La ni ATM card kena bayaq RM 8 - 10 tau so depa kena tanya dulu customer nak buat ka dak. Dulu free.

Nong : Boleh baca saja, nak komen lagi boleh hehehe.

Utter Rubbish : Yang tu lagi haru, Cikgu ke ni?

Anonymous said...

kakkkk...upset lagi ke? Bila nak updet ni?

Itchy said...

AuntyN, my hb is... 2 kali...

AuntyN said...

Puteri : Thanks

zer : Busy sikit ni,tapi dah tak upset dah, semua dah settle Alhamdullilah.

Utter-Rubbisg : 2, 2 sekali cikgu? Bagus tu.

Anonymous said...

This is very interesting site... Better levitra or cialis Safely weaning off zoloft Asians web cams Alabama advisor business financial plan sample 5 cent minimum online roulette table engagement rings water bed sheet Phendimetrazine canada Hmo call center customer service skills Guadeloupe+casinos Decorators designer interior mailto new york liposuction packages cruise