Jangan gempag, jangan risau, bukan kena serang dengan penyangak, penyamun, perompak atau yang sewaktu dengannya.
Tapi makcik kampung ni telah diserang oleh sejenis virus yang SANGAT MERBAHAYA. Simptom-simptom penyakit ini adalah;
1. Malas nak pergi kerja – kena pergi jugak takut kena potong gaji
2. Malas nak duduk rumah – jadi kena pergi kerja lah
3. Malas nak pergi jalan-jalan – gaji belum dapat tak best jalan tak de duit, tak boleh enjoy lebih-lebih.
4. Malas nak masak – tapi tak malas nak makan
5. Malas nak update blog – tapi ter-update jugak ni
6. Malas nak exercise – tapi jeans dah rasa ketat
7. Malas nak internet-internet – tapi berchatting sakan
8. Malas nak drive kereta – "drebar" tak senang nak hantar datang kerja
9. Malas nak mark assignment students – tapi nanti tak dapat upah
10 Malas nak buat kerja – takut dosa pulak sebab makan gaji buta.
Itu lah simptomnya.
Nampak gayanya makcik kampung ni dah kena virus MALAS.
Tolong!, Tolong!, Help!, HELPPPPPPP!, Is there a doctor in the blog?
Hospital mana nak hantar ni? Nak kena admit ke out-patient saja ni?
Ada ke ubat ni?
Nanti bertambah serius ni, bertambah bahaya ni. Kena masuk ICU ke, atau ...........................
Akibatnya nanti bersawang rumah kampung ni, berselerak daun kat laman tu, tak de sapa nak cuci tu……Tak pulak boleh di faraidkan harta blog ni kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
MALAS rasanya nak komen (tapi terkomen jugak)
*siap siap hantar kelengkapan perang ke umah Aunty N*
pada pendapat saya yang tak jadi doktor nih, penyakit malas selalunya menyerang secara bermusim..that is a normal..
tak yah masuk wad la aunty..dok diam-diam..pas tu bila agak2 dah ok, sila la buat sumer keja yang tertangguh.. :)
yang paling kuat sekali dos dia - malas nak keje!
auntie, cuba bawak pegi tepuk. Kita berubat cara kampung ~ takdak jarum.
Enjoy it while it last hehehe esok dah MALAS nak berMALAS2
AN, rasanya virus ni dah berjangkit. Kena dikuarantin ke?
arc
virus tuh x der ubat n x perlu admit sepital... cuma kena ader sikit pemangkin seperti imbuhan yang lumayan ke... baru leh sembuh ngan cepat
nurdia....
Aunty, dh scan dengan antivrus ke?
berjangkit lah penyakit nie...
yang baca ni pun terus rasa malas nk keje, and terus nak balik umah dah...
=)
hmmmm..i pun malas nih..malaas mengemas rumah.. :( hehehe
MALASSSS nya nak jawab komen.
my mom slalu kata penyegan (pemalas) sangat, dok megegham saja ataih katil
auntyN, malas satu hari jer boleh ok. besok tak boleh malas nanti kena sebat dgn Ely. hehehehe
Walaupun ramai yang datang, tapi MALASSSSS nak komen no? Hehehe
slm auntyN-saya lagi skali ingin mengajak aunty utk menyertai geng ghoplah jingga.seandainya aunty sudi, lawatlah blog2 geng utara yer...
tq
cempakabiru, terimakasih. Insyaallah aunty lawat OK?
Excellent, love it! » »
Post a Comment