May 24, 2005

Aku Marah Sangat Ni!!!!!

Aku nak tanya sikit kat sini.

1. Jenis apa kah seorang suami yang suka pukul isteri dia tu?
2. Jenis apakah seorang bapa yang membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak?
3. Jenis apakah seorang bapa yang tidak halalkan makanan yang di belinya di makan oleh anak yang dia "benci"?
4. Jenis apakah seorang bapa memanggil anaknya "celaka"?
5. Jenis apakah seorang bapa mentua yang selalu menyebelahi anaknya yang tidak bertanggungjawab?
6. Jenis apakah seorang datuk yang selalu hanya nampak kesalahan cucunya?
7. Bukankah tanggungjawab suami melindungi isteri dan menyayangi isteri sebagai ketua keluarga?
8. Bukankah tanggung jawab si bapa untuk menyayangi anak2 tanpa membeza2kan antara satu sama lain?
9. Bukankah tanggungjawab si bapa untuk mendidik anak2nya untuk menjadi seorang yang soleh dan berguna?
10. Bukankah tanggungjawab si bapa untuk memberi rezeki kepada anak2nya?
11. Sanngupkah seorang bapa melihat anaknya melarat dan kelaparan sedangkan adik beradik yang lain diberi makan dan perlindungan?

Aku banyak lagi soalan, tetapi aku tersangat lah marah dan sedih. Ini terjadi kepada adik perempuan aku. Pagi tadi dia telefon aku, sambil menangis di telefon. Aku merasa terlalu kecewa kerana aku tak dapat berbuat apa2. Aku hanya nasihat dia apa yang termampu.

29 comments:

DeLinn said...

Sabar Aunty...

:)

Anonymous said...

Saya simpati dan kasihan dgn nasib adik perempuan Kak N. Tak faham kenapa lelaki yg bergelar suami dan ayah boleh bersikap begitu kejam, sudah tertutup pintu hati agaknya utk melihat yg baik-baik...

atenah said...

AN, sori ye with my komen ni. Org pompuan pun tak bley la asyik dok menahan perasaan je. Kena defend ourselves too. Bab2 mentua ni kalau dah teruk sangat kurangkan contact dgn depa, woi kena jaga mental & emotional kita gak. Adat Melayu yg suruh tertib2 all the time ni pun kekadang saya tak setuju gak. Bak kata bapak saya: Buat jahat berpada2, buat baik jgn sekali. Sori le, bapak saya brutal, anak dia pun ada skit2 brutal. Bab lelaki pukul isteri ni patut dijatuhkan hukuman potong tangan je.

Kak Teh said...

auntyN, I feel for you and yr sister. Sedih yang ini masih berlaku dalam masyarakat kita, dan masyarakat mana2 punlah. Dia ada pilihan lain dak, auntyN? Do help her all you can ...and the children too. Sedih kak teh dengark cerita macam2 ni...macam nak pi gedebuk dia dengan pak dia sekali! AUNTYN, pls get help!!!

Zareda Norman said...

eiii jantan jenis apa ek yang pukul isteri ni? Macam kata atenah, kalau sayang kat hubby pun mesti ada perasaan self defend tu..

Anonymous said...

Sedangkan Anakin Skywalker sayangkan Senator Padme walaupun dia menjadi jahat dan bertukar kepada Darth Vader.

Darth Vader tak pernah memanggil anaknya, Luke Skywalker sebagai 'celaka'.

Darth Vader sanggup membunuh 'master'nya demi anaknya.

Kak N,

Anak kecil juga punyai perasaan walau kecenderungannya lebih kepada mainan. Dia faham dan dia juga punya dendam.

Selamatkan anak kecil itu kerana suatu hari nanti, anak kecil itulah yang akan membela Darth Vader. Eh salah..ayahnya.

AuntyN said...

I told her to give her husband a warning, if he lays his hand on her again she will make a police report. I told her once that she and the son is welcome in our house she decide to leave him. She needs to decide.

Po, anak itu bukan kecil, dia sudah berumur 18 tahun dan dia tersangat mengerti. I am sure he will protect the mom if anything worse will ever happened.

atiza said...

I know someone close with similar predicament..
As much as your sis wants to leave him, she can't..
If she tells her husband about making a report, I can foresee that she'll be beaten again. Probably worse than before..
I think you should ask your nephew to live with you for the time being until things cool down..
I wish her and the kid, the best of luck. Allah melihat dan mendengar. InsyaAllah.

Nong said...

Kak N, Sedih gak dengar cerita macam ni. Macam tak bertamaddun pulak. Mana pergi kasih sayang pada isteri dan anak2?

p.s. Shouldn't call u Kak coz I'm older :)

MA said...

Kak N --

Sedih, tak tahu nak ckp apa. We can bring the horse to the water but we cannot force the horse to drink.

Satu hari nanti anak "celaka" itu lah yang akan membela nasib si Ayah Tak De Otak tu.

We cannot do anything abt the father -- but I hope dpt psychokan si anak itu supaya jgn kecewa dan terbabas dalam pertimbangan.

As for your sis --> next time tell her to kick hard and aim for his BALLS ! (If he has any, in the first place -- judging from his actions !)

Itchy said...

Lelaki yg mcm ni hanya insaf time die dah tak berdaya... masa tu la die nangis, bercerita.. "Aku menyesal" berulang ulang ulang kali.. sampai org yg dgr menyumpah die balik.. Padan Muka!

Anonymous said...

Mungkin saya pernah cerita pasal kejadian yang hampir serupa pernah terjadi di satu masa dulu kepada kakak ke 3 saya AuntyN. Tapi lebih kepada penderaan fisikal sehingga dia masuk hospital. Tak tahulah sekarang ni diharap mereka gembira selepas lebih 25 tahun berumah tangga.

Moga adik AuntyN tabah menghadapi dugaan.

Om

Nazrah Leopolis said...

nazrah pun setuju kalau kita pompuan ni jgn biar org menzalimi kita. hati budak2 18 tahun ni pun jgn dibuat main.rosak jiwa budak tu nanti. siot punya bapak. apa pun , doakan bapak tu lekas sedar.

AuntyN said...

Thank you all.

shidah said...

auntyn... mintak yr sister banyak2 sembahyang istikharah- supaya tuhan kurniakan apa yg terbaik untuknya... wishing her all the best

Anonymous said...

please makcik. your sister is reaching out to you. help her. asking her to sabar is not good enough. comment like, "..aku tidak dapat berbuat apa-apa" is not good enough. there are plenty you can do. try to get her to talk to kaunselor pejabat agama. try to get the parents of both side of family to be involved. please, before it is too late. help your sister.

Ewok said...

AN,
speechless saya dengar. Manusia macam ni menang tak buleh bagi muka. Kadang kadang tu kena ajar sikit.

You can help your sis by giving her semangat and perangsang. Takkan nak terima bulat bulat je semua laki dia buat tu. Kita pompuan kena be strong and take care of ourselves, sebab kalau nak harap pada lelaki pun tak akan terjaga hati dan perasaan.

Hope she will be strong enough to fight a little or at least defend herself. Jangan masih dok ingat yang dia tu lemah and cannot do anything. Yes! she can do something.

Mutiara said...

Sedihnya this is the reality these days. Most husbands suddenly realised that they can do anything since the Pejabat ugama/kadi are on their side. They don't care about 'balasan di akhirat' sebab it is not there yet. Nobody ever came back and told them about the balasan.
There are many ways the husbands can siksa their wife and child, by declaring nyuzuz if the wife leaves the house unless the wife gets the police protection. Even with the police report, the marriage (islamic) counsellor still ask the wife to stay with the husband. Get a restraining order. help her get the Restraining order AN. get Police report on domestic abuse and then she can leave her house for reason of fear for her life. My sister got that police report and now she does not live in her house anymore.

ibuVouge said...

Aunty N

sedihnya...
manusia yg tak penah sedar di untung...
sian anak yg di panggil 'celaka' tu..
Minta Allah tunjuk kebesarannya..

Hajar said...

AuntyN,
Your sis has to take action. Tempat wanita bukan utk disepak terajang. Sabar ada hadnya. Dan kita sendiri mesti usaha untuk ubah our destiny. Take the first step.

anedra said...

AuntyN: I feel sorry for your sister. Nobody deserves this. The man ought to be jailed!

Ni said...

AuntyN- kami ni pembaca memang tak boleh buat apa-apa tapi rasanya your family kena buat sesuatu

S.U.E said...

belasah jer si bapak tu sekali. biar dia rasa best ker tak kena pukul.

i have an entry abt irresponsible father here bila dah tua nnt, jgn ler berharap anak yg dipanggil 'celaka' nak jaga.

Anonymous said...

someone should take action! get help!

Anonymous said...

Aunty N... 'kita' bole buat sesuatu, sedangkan org sepak kucing pun kita bole sepak org tu balik, inikan plak org yg menganiaya darah daging kita sendiri. Pangkat "suami" mahupun "ibu or bapa" sekali pun tidak pernah menghalalkan atau membenarkan kita dianiaya. Plan something with ur other siblings... or anybody u trust. Selamatkan yg patut diselamatkan... susah2 pujuk adik or mendrem skit dia tu biar dia tergamak mengadu pada pihak berwajib and sek help.

AuntyN said...

Thank you for all the komen. Sebenarnya bukan kami tak buat apa2. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Adik selalu memendam rasa, walau macam mana perit pun dia akan bertahan selagi dia boleh. Dia tahu kami sekeluarga support dia. Dia yang mesti buat keputusan macam mana kami nak tolong dia. Kalau kami yg buat report nanti dia yg jadi mangsa. Dia tahu jika keadaan memaksa dia akan kena buat report juga. Cumanya I feel helpless macam tak banyak menolong dia tu yang lepaskan geram tu.
Apa yang susah ni ialah suami2 tak boleh terima isteri yang menjawab balik kata mereka. Aku tak tahu mengapa orang kita macam tu. Tak terfikir ke, isteri menjawab bukan kerana tak hormatkan dia sebagai suami, tetapi kerana nak bela diri. Tetapi lelaki selalu ingat bila isteri buka mulut saja menjawab dah jadi kurang sopan. Kalau betul mahu di hormati kenalah jadi ketua yang adil dalam rumah tangga, apa2pun bincang dgn isteri masalah keluarga bukan ambik jalan marah, atau blame isteri saja. Suami dan bapa yang patut bimbing anak2 ke jalan yang benar, bukan hanay nak lepas tanagan saja. Kalau boleh bertanggungjawab, then taklah jadi macam ni.

OOD said...

Hi Auntie,
based from pengalaman sendiri, bukan senang a battered wife nak leave the husband or make police reports. Selalunya when wives are abused, it is not just physical. Selalunya emotional abuse lagi teruk. And maybe dah hari hari dengar, 'i hit you because u jahat. nasib baik i want u' that crap lah. Kita yang nak menolong ni selalunya nanti naik give up, dah nasihat2 dia balikkkk jugak kat orang tu. Lagi kita give up, lagi she isolates herself, the worse her emotions will become.

I think the best help anybody could give her is to make her know always always that when she's ready to take action, you will be there for her.

And yes, selalunya pompuan yang kena abuse will be pompuan yang bijak pandai ada kedudukan. Lawan mulut laki kalah, dia lawan tenaga lah. Tu je cara boleh buat bini diam.

Get her professional help. Banyak persatuan bela pompuan ada kat luar sana. They know how to handle delicate situations like this. And they can be objective sebab bukan adik beradik dia.

aisey.. terbloghog lagi

Kella's Cakes said...

memang patut pun marah.. sue pun mengalami situasi yang agak sama dengan adik akak walaupun mungkin tak 100% sama..

Kite perempuan nie kena tegas.. jangan takut.. sue dulu takut.. tapi sue jadi berani bila dah tak tahan dengan tekanan yang diberi..

Lelaki nie kadang2 bila kite baik..lembut.. mula ambik kesempatan.. Kite nie perempuan nie kena berani untuk menyatakan rasa hati.. perasaan kite..

Kepada lelaki,

Nak jaga..jaga betul-betul.. tak nak sudah.. jangan nak seksa hati wanita!!!

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » » »