May 12, 2005

Mak Aku

Ramai bloggers yang tulis pasal mak masing2 sempena hari Ibu tu. Aku rasa masih tak terlambat lah kalau aku pun tulis pasal emak aku ni.

Semua orang ada emak, semua emak pada dasarnya sayangkan anak-anak. Aku pun sayangkan emak aku, adik beradik aku 8 orang semuanya, juga sayangkan mak. Namun begitu masa terjadi masalah keluarga sebelum ayah meninggal tu, aku ada terdengar emak kata kat ayah dia telah mengandung sebanyak sebelas kali. Aku cuma ingat seorang saja adik aku yang meninggal selepas emak melahirkan nya, yang nombor 8. Kalau dia hidup jadi 9 lah. Aku pun tahu yang stillborn tu lelaki jugak. Jadinya kami 1, 2, 3 - lelaki, 4, 5 (aku), 6 - perempuan, 7, 8 (stillborn), 9 - lelaki. Ada pattern nampaknya tu.

Semasa muda memang mak seorang yang cantik. Berkulit putih dan perawakan pun lawa. Arwah ayah pernah juga memberi tahu kawan2 nya di bandar tentang kecantikan mak. Ni aku tahu sebab pernah tokey kedai cina kat bandar kecik tu cerita kat aku yang ayah aku kata mak cantik. Aku pun masa kecik2 pakai kasut tumit tinggi wedge mak berwarna merah bersama kakak dan adik aku masa kami main rumah2 tu dulu.

Semasa membesarkan kami memanglah zaman susah tu, ayah walaupun bekerja menjadi guru, adik beradik ramai jadi tak pernah jugak cukup duitnya. Mak buat kuih pau untuk dijual di kantin sekolah untuk tambah pendapatan. Mak selalu cakap aku ni masa dia tengah uli adunan kuih pau ni aku akan tolak belakang dia. Memang pau dia sedap, tapi siapa pun antara kami adik beradik yang belajar macam mana nak buat pau. Sebabnya mungkin kerana kerja amat rumit dan cerewet sekali. Sekarang pun mak suka makan pau, tetapi dia amat cerewet dengan pau yang di beli. Pau mesti cuma berintikan kacang hijau dan kelapa yang dimasak dengan gula merah. Buat masa ini cuma ada satu tempat saja di mana pau yang di belikan mendapat approval emak. Kalau kami beli dari tempat lain pastinya dia akan komplen tak sedap (jadi langsung tak makan). Sekali lagi kami beli kena bersungguh beritahu dia yang pau tu adalah dari warung yang dia suka. Lauk pauk pun macam tu jugak, sekarang dia dah tak nak makan daging, ayam, udang dan telur. Gatal katanya. Sayur pun ada yang dia tak nak makan sebab takut sejuk sakit lutut. Kalau masak kena asingkan. Masak banyak dia komplen, masak tak cukup dah dia lapar pulak. Begitulah kerenah orang tua-tua. Kami layan saja kerana mengingatkan pengorbanan dia membesarkan kami semasa kecil dalam serba kekurangan dan kepayahan.

Walaupun mak lawa, rajin dan setia tetapi dia amat kecewa bila ayah menduakan dia, menodai kasih sayang dia. Dia terasa begitu terguris bila tahu ayah ada isteri kedua, sehingga meletuskan percakaran antara mereka. Walaupun poligami itu halal, dan kami anak-anak terpaksa akur dengan keputusan ayah, mak tak dapat menerima hakikat begitu. Dia mahu ayah menghormati kesetiaannya dengan setia juga. Itu sahaja. Kami anak-anak cuba sedaya upaya untuk melindungi mak dari berita sedih bahawa ayah ada isteri kedua. Namun di saat akhir terburai jugak.

Aku dapat rasakan ada penyesalan dalam diri mak, masa ayah meninggal. Susah jugak aku nak cuba tenangkan perasaan dia beberapa minggu lepas ayah pergi. Dia selalu cerita tentang apa yang ayah buat pada dia dan sebagainya. Sebagai anak aku jadi serba salah, aku cuma mampu dengar dan cuba suruh dia banyakkan doa untuk ayah. Walau bagaimana dan apapun yang ayah telah melukai hatinya ayah tetap suami dia dan dia terpaksa menerima hakikat ayah dah tak ada. Kalau kita mengungkit pun akan makin tersiksa roh ayah di alam barzakh.

Walaupun aku duduk asrama penuh tapi aku ni anak kesayangan mak sebenarnya. Mak secara langsungnya tak bezakan kasih sayang dia pada anak2. Tapi aku boleh rasakan cakap siapa yang dia ikut, siapa yang dia lebihkan sikit. Kalau lelaki Abang Long lah, kalau perempuan aku lah. Sebab itu dia boleh duduk dengan kami sekarang. Lagipun hubby layan dia macam mak dia sendiri. Setiap pagi hubby ingat kueh kegemaran mak dan belikan untuk dia.

Mak sekarang menghabiskan sisa-sisa umurnya dengan banyak membaca Alquran dan solat. Aku harap sekurang-kurangnya dia tenang menghadapi hidup bersama kami dan adik beradik yang lain.

Selamat Hari Ibu Mak, walaupun mak tak tahu apa pengertian disebalik pengiktirafan suatu hari di bulan Mei untuk semua ibu-ibu.

18 comments:

Anonymous said...

my mom pun ada pengalaman yang hampir serupa dgn your mom, but my dad still around and now they sort of patching up with each other.

happy mom's day to you!

atiza said...

selamat hari ibu aunty n :)

MA said...

eventhough we had differences - but Papa and I agreed - that the kids are ours, and we will bimbing them together, and love them together. Eventhough we no longer love each other.

alia said...

itlah kasih seorang Ibu..

huhhuhu..*tingat kat mak*

Arena said...

Pernah ada situation tegang gitu suatu masa dahulu dalam keluarga Arena.. Tapi alhamdulillah..sekarang semuanya nampak OK.. Not great, but OK..syukur pada Tuhan

Orgkampung said...

auntyn...sentiasa berdoa mintak dijauhkan dari terjadi sebab dari pengalaman orang dah rasa macam perit dan pedih nak tanggung tu semua...your mom mesti seorang yang tabah kan...

NANI SHAHABUDIN said...

terbayang my husband...i will love him no matter what...selagi dia sayangkan saya, selagi kita masih ada...

OOD said...

AuntyN,
i sometmes feel like climbing up the walls, whenever my mom starts to play drama. but then i think back, i probably buat dia lagi haru biru, lagi drama and she tahan all may karenah pon..

We are who we are today pon pasai dia jugak kan?

Kiss your mak for me too, and auntyN, an article that touches the heart and makes me want to go peluk my mak.

Ni said...

ibu, ibu, engkaulah ratu hati kuuuu...

DeLinn said...

:)

Anonymous said...

aunty, i've tried yr pudding recipe dah. muahahahharuu.. sok la i post about it after my colleagues bg comments depa.. ha ha ha..

epi Mom's day too! =)

Kak Teh said...

auntyN, i pun belum tulih lagi sebab exam. But memang I intend to write...samalah pengalaman mak-mak kita kan?
btw - resipi sardine roll dah post!

atenah said...

Kak Teh & AN, my mom pun went thru the same thing

Mutiara said...

AN
Kenapa ya nasib wanita selalu macam tu? Masa susah bersama, bila dah senang sikit, sudah tak diappreciate lagi. Sometimes I really wonder if men who take another wife know that they are betraying Allah's gift and trust to them. Don't they know that megembirakan isteri dan anak2 dan tidak melukai mereka itu balasan nya syurga? Isteri yg taat selalu di "nyanyikan" masuk syurga..but don't they realise that it applies to both ?

AuntyN said...

Aku nak ucapkan terimakasih untuk semua komen kat sini. Aku tak reti nak jawab sebenarnya. What I wrote was just the tip of the iceberg, kalau nak add all the sordid story tu memang melodrama habis tu. Biarlah macam tu saja untuk buat pengajaran kepada semua.

Yang susah ni, lepas ni nak tulis apa ek? :-)

Kak Teh said...

AuntyN, I didn't mean to say that my mom had THAT particular experience as yr mum - she was lucky in that sense. what i meant was she is living the remainder of her life banyak membaca quran.but what i pity abt her is that she feels that she is a nomad - menumpang rumah anak-anak. she wants to live in her own house - tapi she cant anymore.

Anonymous said...

semasa kita kecik, kita selalu mahukan perhatian Mak.

nanti, bila kita dah di penghujung usia, kita nak kan perhatian anak.

Kita sekarang berada di tengah-tengah jalan.Masih ada mak dan sedang ada anak.

Rasanya tak luak kalau perhatian itu dibahagi-bahagikan...

Anonymous said...

bez depozytu bonus free pieniadze dla nowych aktualne zastawienie bonusów
za darmo kapitał aktualny
sign-up bonus, no deposit bonus, match and no required darmowy kapitał startowy , and all bonuses in internet bez depozytu platformy
bonus bez depozytu full titan
poker za darmo , bonusy bez depozytu, graj w pokera bez obligacji generycznych bankroll buduj wolno ale dokładnie odbiór dla poker rooms Promocje dla nowych graczy
titan mansion party poker pkr bet most i inne platformy room
poker bankroll without uniqe poker room rooms deposit
Bonus senza deposito mansion Bônus de Pôquer,
titan poker no deposit 50 full tilt Bonus senza deposito
bankroll without deposit poker
poker rooms with titan poker bankroll free poker bankroll no deposit
Play at real money tables completely free with no deposit cash ... The Free Poker Bankroll are given to poker players who open a new account
free poker cash on poker
CD Poker. You will get $50 almost uniqe poker room's instantly and an ...
This free cash and promotions poker bankroll offer
bankroll is probably one of the most popular actual straigh forward of these actual benefit...
free poker no deposit required
wsop excluleading poker signup for Free No Deposit $100 Bankrolls. ...
sorry if spam for you ..