June 20, 2005

Cerita Lempuk

Semalam aku buat lempuk durian. Sapa tak tau apa itu lempuk? Mai sini nak lepuk sekali, hehehe.

Lempuk ni kira macam kuih tradisi lah jugak. Orang dulu-dulu kalau musim durian, banyak sangat durian kat rumah, peti sejuk tak ada, nak simpan lama2 nanti masam durian tu, jadi cara nak preserve tu diorang buat lempuk lah. Mungkin kat negeri lain panggil dengan nama lain kut. Buat nya bukan susah tapi lambat saja tu. Isi durian tu di kacau dengan sedikit gula, tak kira lah gula pasir putih atau gula merah atau gula melaka. Kacau sajalahh atas api yang kecil, sekecil mungkin, sampai jadi macam dodol tu. Tapi dia taklah liat macam dodol sebab dodol pakai tepung pulut dan santan. Yang lempuk ni purely isi durian dengan gula. Lepas tu aku masukkan kan jugak isi duriang yang mangkar2 tu. Mangkar tu tau ke apa maknanya tu? Isi yang keras lah ni. Jadi bila makan isi yang tak hancur ni rasa macam crunchy sikit. Warna nya selepas masak betul-betul tu coklat2 gitu.

Makan pun sedap jugak. Oleh kerana dia agak kering dia akan tahan lama, walau kita tak masukkan ke dalam peti ais. Tapi yang payah ni sebab dia manis sesangat. Hubby suka tapi dia diabetic so tak boleh nak makan banyak2 lah tu. Tapi oleh kerana dia suka, aku tak lah dok leterkan dia sangat pasal makan lempuk tu. Pandailah dia sendiri makan ubat tu. Sya mula kata tak nak, tapi kemudian tu dia kata nak cuba sikit. Lepas tu dia mintak nak lagi, sedap agaknya tu. Sya memang suka durian, macam baba lah tu. Kalau dia nak makan durian dia akan mintak pulut dan santan sekali. Tengok pinggan dia macam aiskrim jadinya bila digaul santan, pulut dan durian tu.

Sambil dok kacau lempuk tu sempat jugak dok chatting dengan makcik2 kan alam cyber tu. Rancak betui sembang kami, macam dah lama kenal, macam dah tengok rupa masing-masing. Mana taknya, antara 5 orang kami ni bertiga tu tempat asalnya macam sekampung, kat sini tak jumpa, kat alam cyber pulak yang jumpa. Kalau dulu-dulu orang akan kata pelik bin ajaib. Tapi sekarang, macm ni dah tak heran dah. Ada dah yang jumpa kat internet dan boleh jalinkan silatulrahim hingga membawa ke jinjang pelamin. Aku kenalah dok berulang balik ke dapur sambil2 dok chat tu nak pastikan lempuk tak jadi dodol...

Adik aku Shah pun ada datang rumah aku dengan anak lelaki dia tu (yang nombor 2 tu). Diorang kata lapar nak makan nasi. Memang dah ada lauk terhidang kat atas meja, jadi makan lah dua anak beranak tu. Ada sekali sekala Shah datang bawak anak2 dia mai makan kat rumah aku. Ni mesti nak makan home cooked meal ni. Kesian pulak aku tengok anak buah aku tu. Banyak dia makan bertambah lagi tu. Dia ni petah sangat bercakap, dia kata abah dia yang lapar bukan dia tu, bila akau tanya dia lapar ke? Lepas tu dia siap dok cakap abah dia ada girfriend (refer kat L tu), mama dia pun ada boyfriend. Sakit perut kami gelakkan budak kecik ni sindir abah dia. Budak2 sekarang mana boleh tutup mulut tu. Teringat aku kat cerita Anne pasal anaknya Mimin tu. Harap-harap dia dan kakak dia dapat menerima seorang ibu tiri selepas ini. Akujuga harap L dapat memberi kasih sayang kepada mereka seperti anak dia sendiri.

Petang adikperempuan aku datang, kata dia semua anak2 nya keluar, jadi dia sunyi nak duduk kat rumah. Aku suruh dia mai saja kat rumah aku tu. Kami masih dok cerita kisah dia dengan suami dia tu. Dia dah buat pengaduan ke pejabat ugama. Patutnya suami dia di suruh datang ke pejabat ugama pada hari khamis lalu, tapi suami dia kena pergi KL for work, jadi kena pergi lagi sekali minggu ini. Suami dia pergi jumpa my hubby kat ofis hubby, nak mengadu hal konon. Namun bila dengar penjelasan adik aku satu persatu, aku pun dah tak rasa kesian dah kat dia. Nantilah aku akan ceritakan satu persatu, buat teladan semua. Bila cerita kat Abang Long pun kami masih beranggapan macam aku jugak. Aku pun finally said, kalau dia berani cakap yang dia dah tawar hati dengan adik aku ni (AdikS), cakap balik lah yang adik aku pun dah tak ada hati dengan dia dah pun. Buat apa dok berendam air mata mengharap orang dah tak sudi kan..

Entah apa hal aku tersangat lah mengantuk hari ni. Sampai nak tersengguk kat ofis ni. Tidur pun sama macam hari lain je. Tapi ngantuk sesangat ni. Aku pergi lunch dulu lah ni.

22 comments:

MA said...

KakN : mmg seronok gebang semalam, but sayang tak leh lama. Saya tak suka makan durian dari kecil, so anything yang ada durian pun I tak gemar.
I hope yr bro and sis will find their ketenangan akhirnya.

OOD said...

Auntie N,
singgah sini jarang disappointed, mesti ada update baru punya.

Ngantuk pasal hari senin kot, mode weekend tak off lagi kot.

Tengah lapa ni auntie, takde kawan nak lunch... auntie cerita lempuk, terus rasa nak buat. Macam senang je bunyinya.

AuntyN said...

MA : Insyaallah, I hope they will, pening pala dok asyik dengar cite diorang ni hehehe

OOD : Buat lah lempuk tu senang sangat tu cuma makan masa yang lama saja tu. Campak je Isi durian (buang biji tu) dgn gula kacau selalu kat atas api yang kecil. Sambil2 buat lain pun boleh buat ni. Dok chatting ke, blogging ke camtu tu...

OOD said...

auntie N

ME LIKES YOU mucho mucho!

AuntyN said...

OOD, mucho gracias. ME LIKE YOU mucho, mucho also!!!!!

Anonymous said...

hehee.. lempuk i laik! peberet tuh.

owh, ralit dok kacau lempuk. padan la tak menyempat nak jwb YM. hehee..

rajin ka dak nak wat lempuk nie ya?..
durian fresh br mai dr kg halaman. =) klu aunty seblah umah, ceq campak ja seblah mintak tlg masak. heh.

AuntyN said...

Winnie : ada meh? YM I mean? Tak de online msg pun? Awat cek nak campak2 kat rumah aunty, campak kat dalam periuk je lah. Buat lah sendiri tu hehehe

anedra said...

AuntyN, you sound like my MakSu, whenever we go to her house, mesti ada lauk on the table..and we all mesti hentam! The lempuk sounds gorgeous too! Must try one of these days. No need santan aah? My N tu hantu durian..I'd really SCORE if I manage some lempuk for him! ;)

AuntyN said...

anedra : very the simple one lempuk tu, Buat lah kat N tu, buat lah...

Puteri : makcik multy tasking ni hehehe.

Ely said...

auntyN, i see that u r such a good sister. through thick and thin kan? thats how i am with my sister. mesti support dia walau mcm mana pun dan kalau boleh nasihat kita nasihat kan?

jgn lupa citakan kat kitorang ok!

ish...lempuk tuh, my daughter masturah suka benor ngan lempuk durian!!!

Anonymous said...

i ni tak suka sgt durian..kalau makan mesti sakit perut..tp kalau lempuk tu mmg suka sesgt...yg heran tu tak pulak sakit perut bila makan

k.safiah

Anonymous said...

haaa ni mak cik yg tak mengaku mak cik, the 3rd one in the ring of the sisterhood of gebang2 cyber.

fuyyo seghawa degheyan + pulut = heaven

Mutiara said...

cakap pasai lempuk ni, teringat masa I was in Honolulu. Masa I tengah dok berjalan nak balik apartment, dengark ada org kelui 'Mutiara, Mutiara, tunggu sat". Tengok kat belakang tak ada melayu pun...sapa pulak dok keloi, cuma ada sorang matsalleh dok teghenyeh...jalan lagi..dia keloi lagi... dia tanya nak lempuk dak...So I pun berhenti. Pusin belakang tengok..ghupanya betoilah matsalleh. Dia ni lama dok Malaysia dan ada mak angkat kat Kerdau (Ulu Pahang). I pun tak tau dia pandai cakap Melayu. Dia baru mai dan dia kata dia ada bawak lempuk mak angkat dai bagi..so, dia nak bagi I sikit. I pun said ok lah. see org amerika pun tau lempuk hehe

Anonymous said...

hari ni baru la tau lempuk tu apa hehe.

AuntyN said...

Ely : Blood is thicker than water. Kalau dekat boleh aunty hantar sikit untuk Masturah lempuk tu.

Kak Safiah : At least makan jugak tu, angah saya langsung tak boleh makan apa2 yang berdurian.

Teka sapa : Tak payah teka dah tau dah makcik yg tak mengaku makcik ni, hehehe

Kak M : La femes sampai US no lempuk ni, tapi ada jugak orang Msia yang tak tau.

Crimsonskye : Baru tahu ek? Mungkin panggil lain kut?

AuntieYan said...

N :....hang memang pandai buat cerita!!!!....:-)

Ada lagi belen lempuk tuh?...tak ingat nak hantaq kat Kak Long ke?

AuntyN said...

Kak Yan :: Terimakasih lah. Kalau nak tak tanya terus lah. Bagi contact address lah.

AuntyN said...

OneEE : try lah buat bukan susah pun, sambil2 buat itu ini, tau tau dah jadi tu.

Anonymous said...

lempuk sedap...mmmmmmmmmmmm

~xmen~

AuntyN said...

xmen : setiap kali nampak makanan saja baru nak komen hehehe.

AuntyN said...

Massy : Balik sinilah. kang hantar pergi sana kena buang oleh UK custom pulak tu.

anedra said...

AUntyN: This is really strange and funny. This morning I was having breakfast and this lady with her husband and two daughters sat at our table. They were speaking in loghat Utara..I was hinking to myself "Hmmmm..who knows, this could be AUnty N!". Haha! I now go walking about looking out for bloggers!