June 21, 2005

Pelik Tapi Unik

Kelmarin, Isnin, aku terlalu mengantuk masa kat ofis. Aku pun naik heran kenapa. Sebab kebiasaan aku tidur dari pukul 12.00 atau 12.30 malam dan bangun 6.00 pagi. Malam Isnin pun aku tidur macam tu jugak lah, tak ada apa-apa gangguan pun sebenarnya hingga ke pagi, hehehe. Tapi bila datang kerja adoi mak mengantuk yang amat sangat. Terlentuk saja leher aku macam ayam kena sembelih ni. Malu aku kat staff sebab aku ni amalkan dasar pintu terbuka, bila2 masa diorang boleh masuk jumpa aku ni.

Fikir punya fikir apa yang aku buat atau tak buat secara kebiasaan sebelum datang kerja sampai macam orang mabuk dadah saja tu (perumpamaan saja tu, nanti Puteri mai bagi kat aku jarum satu pulak haru, haru). Dekat pukul 3 petang baru aku teringat yang pagi kelmarin aku tak minum nescafe sebelum datang kerja tu. Kelmarin, hubby kena ke pejabat awal, ada visitor datang melawat ofis dia tu. Overseas delegates katanya, jadi dia direct ke ofis selepas menghantar budak-budak ke sekolah. Selalunya dia balik rumah dulu, aku buatkan Nescafe segelas seorang (black for him, with powdered milk for me). Kan dah pernah cerita dah dulu. Jadinya semalam, aku tak buat lah, tak minum lah sebelum datang ofis tu.

Lepas solat subuh aku baca Quran sikit, dua bulan lepas aku ada terbaca keluhan Maknenek . Dia tulis kerana kesibukan hidup dia mengasuh anak dia Salma, sampai dia tak sempat nak baca Quran. Aku naik malu, sebab tu aku tak komen kat blog dia. Bukan malu pasal apa, sebabnya dia sibuk dengan anak kecil tapi masih dok mengeluh tak dapat baca Quran. Aku ni senang lenang jugak lah katakan, banyak jugak masa terluang, kalau dah boleh dok blog hop tu apa pulak tak ada masa kan, tak pun ambik sedikit masa untuk mengaji. Bukan aku nak bodek maknenek sebab dia bagi aku banner atau nak rasa riak. Insyaallah dari apa yang didorongkan Allah dari penulisan maknenek tu Allah beri dia ganjaran. Kalau aku riak, tak dapat apa-apalah ganjaran dari bacaan aku tu.

Lepas tu aku mula dok internet sana, internet sini. Sempat tegur tanya khabar orang yang demam. Lepas tu aku siap terus datang kerja tak minum pun, masa kat minum pagi kat ofis pun aku tak minum nescafe. Tak kan kut aku ni dah ketagih nescafe, selalunya aku kalau nak tidur pun aku boleh minum nescafe tak pun aku rasa tak boleh tidur. Tapi kenapa pulak bila aku tak minum pagi kelmarin dah mengantuk sangat. Susah lah kalau macam ni. Dah lah ketagih blogging, ni ketagih nescafe pulak. Jadi hari ni Selasa, aku try lah minum nescafe segelas macam selalu, walaupun tak bertemankan hubby. Hubby kena pergi kerja awal minggu ni, aku yang kena hantar anak-anak ke sekolah pagi tadi tu. Hari ni aku segar bugar pulak, tak terlentuk dah macam ayam kena sembelih tu. Betul lah tu agaknya dah ketagih ni. Tak boleh lah macam ni kena tukar minuman lain lah ni.

Masa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah, rutin nya ialah, hantar angah dulu kemudian Ayin dengan anak jiran belakang rumah, last sekali double balik baru hantar Sya. Paling dekat sekolah Sya tapi kalau hantar dia dulu terlalu awal. Angah sejak dah jadi pengawas kena awal, Ayin kena sampai ke sekolah sebelum 7.15 pagi dan sekolah dia yang paling jauh dalam 20 km dari rumah. Sya ada peluang tidur sekejap dalam perjalanan tu.
Sepanjang perjalanan kami melalui kampung-kampung yang mempunyai nama-nama yang pelik-pelik. Orang dulu-dulu suka bagi nama kampung dengan nama yang pelik. Mungkin ada sejarah kenapa nama-nama tu yang diberi tapi rasanya tak ada sapa pun yang himpun fakta sejarah tu. Kenapa tak ada seorang pengkaji sejarang yang bukukan sejarah asal-usul nama-nama kampung kat Malaysia ni mesti menarik kan? Contohnya kat kawasan Seberang Perai ni ada kampung-kampung atau tempat-tempat nama macam ni:

Lahar Yooi
Lahar Kepar
Labuh Banting
Guar Perahu
Guar Petai
Padang Ibu
Kampung Pelet
Nyiur Sebatang
Pinang Tunggal
Mengkuang
Mengkuang Kereta Api
Mengkuang Mat Sulong
Ceruk Tok Kun – ni famous ni sapa tak tau?
Merbau Kudung
Merbau Pulas
Padang Tembusu
Padang Tong Sun
Pokok Tampang
Padang Menora
Pematang Tiga Ringgit
Kampung To Elong


Tapi kan, walau pelik tapi unik, tak macam sekarang ni, taman namanya canggih-canggih belaka. Atau ambik sempena nama orang-orang ternama. Tidak pun macam kat Kulim nama taman dia mengambil sempena nama sayur, Taman, Kobis, Taman Lobak, Selasih etc.etc. Ataupun kat Seberang Jaya nama jalan semua pakai nama ikan, Todak, Sembilang, Haruan (ada ka?) entah lah apa lagi.

Kalu ada sapa-sapa yang tau mai mana asai usui nama kampung tu mai habaq sat no.. Kita gebang nama-nama kampung yang pelik-pelik ni. Syok lah jugak. Jangan ada yang dok melopong sudahlah, nanti lalat buat rengha kat dalam mulut cek no….
Dak pun ceghita mai sat nama-nama kampung yang pelik-pelik yang pernah dengaq di Malaysia ka, atau mana mana lah. Syok jugak no tambah pengetahuan ni sambei-sambei tolong pekenai tempat-tempat ni kat seluruh dunia ni.. Sapa-sapa yang rajin melewaq (Tenah bila hang nak buat kamuih ni) rata-rata ni mesti tau banyak nama tempat-tempatyang pelik-pelik.

35 comments:

Ely said...

auntyN, nama kampung pelik tak tau, tapi mcm cerita P ramlee tuh, i atu lah kampung pinang sebatang, kampung pinang dua batang dan kampung dusun? tuh jer ler...jangan marah!

AuntyN said...

massy : LOL, now I know where u stay.

ely : tak kan kampung dalam cite P Ramlee je kut?

Anonymous said...

saya dan nescafe pun dah takde kesan apa-apa lagi. right after minum nescafe, saya boleh tido dengan lenanya sampai ke pagi.

Ewok said...

Kat kedah ada 3 tempat yang org kata related, betul ke tak tu tak tau lah.
1. Langgar
2. Pokok Sena
3. Gajah Mati
The gajah langgar the pokok Sena kat satu kg, and then dia terhoyong hayang and org named tempat dia mati tu no 3.

Ada Tikam Batu, Tongkang Yard (kg mak I), Titi Gajah (our family hse kat sini). Kononnya dulu, org guna gajah untuk seberang sungai kedah. Itu cerita2 yang I dengaq lah.

Mutiara said...

AN..jangan lupa kat Seberang Perai ada kampong Pongsu seribu, kg Jarak Atas, Jarak Tengah dan jarak Bawah. Padang menora tu, di jarak bawah la..sebab situ dulu org dok main menora.
Guar petai dan guar jerin tu kan adik beradik.
Lahar Yooi tu, sebab keadaan tanah situ not stable dulu...ha..lupa nak sebut kg. Lubuk meriam.

Anonymous said...

kat Perak pun byk nama pelik2 i.e

1. Papan
2. Dinding
3. Pusing
4. Kati (ahaks!)
5. Parit
6. Bukit Sapi
7. Batu Kawan

etc, etc, etc hehehehehe

-DeLinn-

atenah said...

salah AN bukan Mengkuang Mat Sulong but Mengkuang Mak Sulong la.

satu yg gempaq punya nama u tertinggal...jeng3....Naga Lilit, my friends from KL (mana lagi kan) dengarq that name beramburq gelak. Depa kata brutalnya naman kg2 kat sini.

anyway my pebret is Permatang Bendahari (not Bendahara or Setiausaha for some reasons tee hee). Why? Kat sini, tepi sungai, bawah pokok ketapang ada satu kedai kecik with the best laksa this side of Penang plus Bihun Suuuup (sluuuuurrrp)

AN pi la cari, ha! satu lagi mee ghebuih kat Machang Bubuk. Cendoi kat Stowell, dengarq kata mamak tu dah jadi arwah. Ceh, kalau tempat makan tu boleh buat blog larrr har de har har

OOD said...

Nama kampung saya tak le pelik. Kalau orang tanya dialog jadi cam ni;
'asal mana?'
'kampung kelantan'
'oh.. mu oghe kelate deh?'
'tak tak, kampung kelantan di Kota Tinggi, Johor'
'ohhhh'

kampung imam lapar tu kelakar lah, apa lah agaknya cerita tu? Imam mana lah makan tak baca bismillah ni...

Anonymous said...

auntyN,
sapa kat blog hop buang masa - kan dah jadi reminder kan? mengingatkan kita pada yang bende yang kita terlupa nak buat. Mudahan dapat pahala.

Anonymous said...

la nih parents dudk kat Batu Uban, Penang..rasanya la, mesti dulu Uda dok tunggu Dara sampai tak sedaq batu kat depan umah dia dah ditumbuhi uban..pasai tuh la kut depa panggei area nih Batu Uban..

ps:/Aunty, awai bulan nanti nak balik Penang..yeayyy!!nak bawak anak pi mandi laut sebab dia dok 'peghark' tengok laut yang terbentang luaiihh..

Elf said...

Aunty N, ceruk tok kun tu memangg glemer..:-) Tapi, kat Paka aritu, ada perasan nama jalan tu Jalan Seligi. hehe..nak kena seligi!

AuntyN said...

HK : tu lahyang heran tu tak kena pagi isnin terlentuk macam ayam kena kapuq tu.

Ewok : Betui tu, Langgaq, Pokok Sena, Gajah Mati, Kuboq Panjang. Kota Sarang Semut, Tikam Batu.

Kak M : nanti saya update sikit nama2 tu.

Delinn : Tu kat Perak no, rasaynya ada lagi yang pelik.

Tenah : Pasai makan hang ingat no, mee ghebiuh Macang Bubuk ka Mee Ketam Jur hang nak makan?

Puteri : jarum jahit kat rumah dah banyak. Kubang Semang tu terlupa nak masuk list tu.

OOD: ada ka kampung kelantan kat Johor, ada kampung Johor kat Kelantan kut?

Anoynamous : Bukan buang masa, tapi teralit selalu, jadi kena ambik masa sikit untuk buat benda lain. Dah banyak belajar dari bloghopping ni.

Oren : Baguih punya teori batu uban tu no :-) Ha, bawak balik anak2 tgk laut jangan jadi peghak pulak tu.

Elf : tak mau2 kena seligi. * apa benda seligi tu ye?*

AuntyN said...

Shah : Waalaikumusalam, sila, sila...
Kampung Tok Elong tu kat Tanah Liat. Permatang Tok Elong dekat Penaga kut, kalau tak salah ni.
Teluk Air Tawar, air pun tak tawar sebab dekat dengan laut. Orang nya manis2 belaka ke?

Anonymous said...

Hi Kak N, salam kenai.. lawak tul nama kg2 tu.. cam mana org zaman2 dulu boleh dapat nama2 gitu?

AuntyN said...

Easter : salam kenai, tak tau lah macam mana depa bagi tu, mesti ada sebab tu...

Anonymous said...

AuntyN kat Perlis pulak ada

Kaki bukit
Padang Besar
Mata Ayer (Ayaq)
Pauh
Titi Tinggi
Guar sanji
Wang Kelian
Wang Mu
Titi serong
titi Chai

Macam-macam ada

AuntyN said...

Anoynamous2 : Kat Perlis my friend's parent duduk kat Padang Melangit.

Unknown said...

dulu saya ingat permatang pauh je yg start dgn permatang ... rupanya kat area sini ada berpuluh tempat start dengan permatang...! :)

MA said...

Kak N : Kat Johor pulak ada Masai-chussetts, Kulai-fornia dan Larkin-shire !

Hahaha.....jgn marah..cosmopolitan gitu.

anedra said...

Someone should do a documentary on asal-usul name kampung-kampung in Malaysia. Musti ada cherita-cherita interesting di sebaliknya, kan??

AuntyN said...

Jiwarasa : Banyak, Permatang Batu, Permatang Janggus, Permatang Berangan, Permatang Bertam etc.etc

Shah : Tu lah asyik dok kelitin kat Teluk Ayaq Tawaq saja tempat lain tak tau. :-)

MA: amboi cosmopolitan no? Hehehe

Anedra : Ada ke professor sejarah yang nak buat kajian tu? Memang menarik rasanya ni.

Anonymous said...

di daerah sabak bernam selangor... ada

sg besar
sg panjang
pasir panjang
bagan tengkorak (waktu kecik2 takut nk lalu)
segala macam tebuk (jawa, berihun etc etc)

kalau kat sepang selangor plak ada

sg pelek
ulu cucuh
olak lempit
bangkong
lorong pachitan
---pengaruh nama2 jawa---

hehehe

AuntyN said...

CN : Batang Berjuntai kat Selangor jugakkan? Tapi yang paling unik tu Kota Bharu Upon Tyne tu hehehe

AuntyN said...

Meowmeow : Berapa banyak bukit daaaa

Mutiara said...

Pernah dengar tempat nama 'Haji naik kayu" kat pendang kedah..dekat dengan kg Titi haji derih

AuntyN said...

Kak M : LOL, tak pernah lah, mana mai nama "Haji Naik Kayu" tu?

Anonymous said...

kat wellington new zealand ada Kedah Street dan bermacam2 street negeri melayu.

*dusyum*

AuntyN said...

Dusyum : Wow femes jugak Melayu kat sana no?

Anonymous said...

AN, kat perak ada nama tpt Mambang Di Awan...:)

Halim Hashim said...

dah terbaca nak tergelak pun ada..bab nama pelik ni kan ..kalu hangpa dok pi kelantan takpun teganu lagi haru...heheh..satu tempat tu dia boh Cucuh Puteri..kacau betoi..dan kalu area Besut..sure la..GOng byk..like Gond Gucil , Gong Nangka..gong tu macam bukit kecik la..Gon..org utara cakap..tu la..bak kata..kita ni kaya dengan istilah merapu...heheh..asai jumpa pokok boh nama ..jumpa apa saja..nasib tak turun mai otromen..tidak dia boh Permatang Otromen lagi kacau...

Anonymous said...

kelantan ada jugok...
kedai piah
kedai lalat
tawang
beris lanjut
binjai
wakaf che yeh
beris lalang
kg mek ngah
cabang tiga
cabang empat

Anonymous said...

ni dok tang mana?

Anonymous said...

ada lagi nama pelik,
penaga
permatang bendahari
lubuk meriam
pajak lagu(song)
kampong tok otek
bukit berapit
siong
batu berendam(LOL)

Anonymous said...

hi
Yang kat Perak tu ada cerita tu
pasal ikan
Memula Sauk, Lepas tu bubuh dalam Geluk dan Timbang (Kati) rasanya ada lagi.

Cuba bayangkan kalau korang dari Temerloh dan duduk di Kampung Buntut Pulau atau di Johor duduk di Pulau Babi Besar macamna nak cite. Batang Berjuntai pun ada orang pangge BB.

Moshi said...

emm... penah dengar x nama tempat ni:

- Kampung Tiga Suku, kat Selangor
- Kampung Buntut Pulau, kat Temerloh
- Bukit Belakang Parang, Terengganu/Pahang
- Kampung Bongek, N9

heheheheehehe~