April 01, 2005

Resepi Nasi Tomato Dan Air Asam Tomato

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku akan sajikan resepi-resepi
1) Nasi Tomato
2) Air Asam Tomato

Resepi Ayam golek dan daging serai lengkuas tu kemudian sikit lah. Nanti panjang sangat, confuse pulak.

Resepi 1) Nasi Tomato

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi
5 cawan Beras wangi atau Basmathi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu).
1 tin kecil pes tomato + air (jadikan 1 cawan air tomato, kalau untuk nasi minyak sahaja, tomato paste tak payah gunalan)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis
2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan
Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri, atau daun pudina/mint.

Cara memasak
Mula2 buat air rebusan ayam atau daging

Caranya.
Ayam/daging di basuh dan di potong
Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
Kandungan air mestilah cukup untuk nasi seperti di atas (kat bahan2 tu !)
Ambil air sahaja untuk nasi.

Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
Ini pun dah jadi resepi dalam resepi ni. Tak pe lah resepi bonus jadinye.


Cara nak masak nasi
1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk lain.
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan daun sadri atau mint ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.

Untuk hiasan
Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Resepi 2 : Air Asam Tomato

Bahan-bahan

  • Cili merah, belacan dan garam di tumbuk/blender buat sambal belacan
  • Buah tomato dan bawang besar dihiris nipis2 dan di gaulkan dengan sambal belacan.
  • Masukkan cili sos dan gula (jika suka) dan sedikit air.
  • Boleh dimakan buat cicah daging yang direbus empuk dan di hiris nipis2 atau ayam goreng jugak.

Untuk semua Selamat Mencuba. Bila dah cuba tu ceritalah pengalaman perasaan orang2 yang dijamu tu. Resepi nasi tomato kat atas tu Omar dan kawan2 dia di Nashville dah cuba masak tanpa menggunakan paste tomato.

Lepas ni kita masak ayam golek pulak OK. Tunggu jangan tak tunggu..

18 comments:

Traveler said...

Seperti biasa, air liur ni meleleh-leleh tiap kali membaca aunty N punya resepi.. *ni masih dapat dirasakan air liur yg kurang pasti datang dari mana, keluar tanpa dipaksa-paksa waktu baca resepi ni*... AuntyN ni memang ada pembawaan lah nih.


P/S: Resepi AuntyN ini juga ditujukan buat Tenah, Puteri , Delinn dan segala gadis nusantara di alam fana ini... dgn ucapan... kalau mencuba resepi ikhlas lagi detail drpd. AuntyN ni ingat-ingatlah orang jauh - bak peribahasa "sikit-sikit lama-lama jadi bukit " - pasal belajar masak-memasak ni., dan belajar memasak drpd AuntyN hari ini, untuk 'suami' dan keluarga dihari esok... :).

Thx for this authentic recipe Aunty N, Ahad nanti try .. I cant wait for your ayam golek.. .. Nak import Tenah dari Oregon tu mahal sgt.. nak tak nak buat sendiri ya lah..nanti ajak bebudak kat vanderbilt buat sesama.

Om

AuntyN said...

Om : Nak jadikan blog aunty ni RTB (Radio-TV Blogger) ke?

Traveler said...

AuntyN, nak tanya kalau buat daging rebus nak cecah dgn air asam tomato ni bagaimana ya. Kena letak garam saja ke daging tu. Ni tak sabar nak cuba air asam ni nanti dgn daging rebus dan nasi tomato.

AuntyN itu hari yg bebudak kat Vanderbilt tu cuba ialah AuntyN punya resepi Nasi Minyak :).

Traveler said...

memudahan TV3 akan datang buat rakaman pasal AuntyN ni. If only I have my own RTB station :)..... You are hired AuntyN... ! :).

Gnite, time to go to bed for me..

DeLinn said...

amboi amboi Om..
kemain lagi dia tujukan utk segala gadis nusantara...ekekekeke..

Auntyyyyy
selalu la kebetulannya. Kebetulan laa bila time baca resepi kat blog aunty ni time DeLiNn lapo leeeeee.. aiseyyyyy...

Anonymous said...

resipi mesti cuba..

-ateh-

*nak ingat..bleh ker..4g nih*

Anonymous said...

Lo N, macam nak bukak kelas masak je....hi..hi....

Auntie Yan.

AuntyN said...

Puteri : Insyaallah nanti aunty try bawak pi USM.

Ateh : Kalau ada yg nak mesti ada resepi. Tak tengok si Om siap ada dedication lagi tu.

Kak Yan : Ni koleksi resepi untuk anak2, bila mama dia dah tak larat, ke dah nyanyuk ke, atau jauh dari mata ka. Kalau Kak Yan resepi best2 mai lah share, boleh try dan post kat sini bagi kredit kat Kak Yan lah. lagipun kalau tak ada idea apa nak tulis, post je lah resepi beres kan...

AuntyN said...

Faith, ayaq teghejun hah? Hang dok rekemen kat Tenah, hang tak nak book aunty masak kat hang masa nak kawen nanti ka, buleh aunty buat side income macam ni, jadi caterer nasik pengantin, boleh buat duit ni, ghamai dok tunggu ni no?

atiza said...

laparrrr...
ingat nak diet hari nih tapik sebab baca entry aunty, terus kensellll

atenah said...

bak kata my friend in broken omputih: I am not a good cooker he he he

Kak Teh said...

auntyN, thanks. kak teh bila buat nasi tomato, kadng2 jadi kadang2 dak...nanti bila dah habih kelam kabut dengan cik siti, kak teh buat!
nak singgah sat kat sini, nanti anuntyN ingat dah lupa dia!
ps, nasi tomato sedap makan dengan dagin bakark..tapi ayark asam mesti yang guna kerisik! Bestttt!

Kak Teh said...

sorry, ada satu lagi...mesej untuk anak dagang, kak teh ada resipi ayam goleh...nanti nak hantark.

shidah said...

auntyn, nanti kita terai....

Traveler said...

Kak Teh, boleh juga kalau nak share resepi tu. AuntyN punya resepi ni pun mmg best sebab ada resepinya yg dah dicuba.

Rasanya AuntyN akan share juga resepi 'Ayam Golek' ni di sinikan AuntyN? KTeh & AuntyN punya version ayam golek mesti lain sikit kan - nanti boleh combine dua-dua resepi dan boleh tambah apa yg kurang. Maka akan jadilah resepi baru i.e. "Ayam Golek NTeh"

Om

Gnite AuntyN & all; have a good wknd

AuntyN said...

Atiz : Diet tu diet jugak tapi makan jangan tak makan, nanti pengsan susah cik abang awak tu.

Tenah : Tak pa, bila dah pass exam balik mai kita hantaq berguru dgn mamak nasik kandaq OK?

Kak Teh : ni tak sabaq nak tunggu resepi ayam golek Kak Teh ni. Om tu dah tak sabaq nak try tu.

Shidah : try lah, kalau sedap habaq kat hubby tu resepi AuntyN, kalau tak sedap senyap2 sudah lah no, hehehe....

Anonymous said...

Best regards from NY! Byers subaru ohio Vardenafil prescription medication on line removing car smell Leadership training social justice new york celebrities and breast implants Jen accutane Anal itchy Club dvd player parental control Gay saunas sant petersburg online doctor accepts medicare infiniti air dam

Anonymous said...

Keep up the good work Toyota corolla 1988 Plaza lexus automobile insurance policy service moen faucet Fridgeair stackable washer and dryers narcolepsia y modafinil casio retailer watch buy zyban Sofa seattle http://www.waterbeds-9.info/Brandnamesofwaterbeds.html http://www.sponge-bob-square-pants-pictures.info/Weddinginvitations.html Pictures of naked black men with big cocks Cosmopolitan eyewear orlando vacation