April 18, 2005

Seorang Lelaki Bernama Suami

Hari ini 18 April genap usia hubby ku 48 tahun. Aku tengok rambut dia pun dah banyak uban, janggut dan misai juga dah banyak yang putih. Masa aku mula kenal dia dulu slim je dia, sekarang dah pakai baju size 17. Tapi muka masih sweet lagi.

Aku mula kenal dia dari tahun 1977. Kami sama2 mengambil kursus Diploma di ITM (sekarang UiTM) Shah Alam. Kami sama course tapi lain kelas, jadi kenal macam kawan se kursus saja. Waktu itu aku ada boyfriend dan dia ada girlfriend (kami bukan couple, maksudnya). Lama kelamaan aku break off dengan boyfriend aku tu sebab aku baru nak kenal dunia (baru habis SPM) dan nak belajar lagi, sedangkan dia dah balik overseas dan sudah bekerja (8 tahun tua dari aku, my kampung mate and my older brother's friend). Dia ni tak habis nak ajak kawin aje, aku tak mau lalu aku break off je lah, biar dia cari orang lain untuk kawin, tak nak lah sekat keinginan dia untuk berkeluarga. Aku risau aku tak dapat nak belajar atau berhenti sekerat jalan bila dah kawin. Kata orang kawin ni kan seronok, hehehe. Sorry aku terpesong sikit.

Di pertengahan tahun 1979 baru kami (aku dan hubby) berdua berdating. Lepas habis diploma kami berdua dapat masuk USM, jadi senang habis lah nak dating kan. 4 tahun di USM dan lepas grad 1 tahun baru kami bernikah iaitu pada akhir 1985. Jadinya aku sudah kenal dia selama hampir 26 tahun. Menjadi suami ku selama hampir 20 tahun.

Macam aku dah cerita dulu dia memang cerewet dengan makanan, pakaian atau lebih tepat ketrampilan diri (cewah, besarnya perkataan). Kena smart selalu baju mesti begosok setiap masa (even T-shirts) dan lain-lain yang boleh menunjukkkan keperibadian kita. Tak suka kalau orang cakap tinggikan suara atau aku menjawab dia balik. Sounds normal isn't he?.

Tapi banyak perkara mengenai dia yang aku respect dan membuatkan aku sayang dan tolerate dia sebagai seorang suami yang cerewet.

Pertama, dia tidak pernah menodai kasih sayang kami. Tak pernah nak buat hal dengan perempuan lain. Aku tidak pernah merasa sangsi akan kejujuran dia dalam perhubungan kami sebagai suami isteri. Walaupun kadang-kadang dia akan berjenaka mengatakan kalau dia nak anak lelaki dia kena tukar ibunya (i.e me). Tapi aku tahu itu hanya satu gurauan saja. (Buat masa ini lah tu) .

Kedua, aku teringat masa dia menjaga arwah ibunya (my MIL) sebelum ajalnya. Dia telah ke rumah ibunya dan langsung tidak puas hati dengan cara ibunya dijaga oleh adik dan isterinya ( a full time housewife). Masa itu MIL sakit, dia ada kencing manis dan darah tinggi. MIL tak dapat nak berjalan, mesti di tuntun walau nak ke bilik air, bedridden masa tu. Dia bawak balik ke rumah kami. Masa tu kami tidak ada bibik, jadi pagi sebelum ke tempat kerja dia yang mandikan ibunya, pakaikan baju, sikat rambutnya, bedakkan. Apabila aku dah masak dia suapkan makanan. Semuanya dia buat sendiri, Aku cuma masak, anak-anak cuma temankan nani (MIL) saja. Sudah semua baru dia ke tempat kerja. tengahari dia balik dan bersihkan ibu (tukarkan lampin etc) dan suapkan makan, kemudian balik semula ke tempat kerja. Setiap hari dia buat begitu, sebak aku tengok dia yang sanggup buat begitu untuk ibunya. Dia ada kakak 3 orang dan seorang adik lelaki. Adik berdik dia pun tak tau dia buat macam tu sehingga mereka melawat MIL di rumah kami.

Ketiga, masa arwah ayah aku masih hidup, dia layan ayah seperti bapanya sendiri. Sembilan bulan sebelum ayah meninggal, ayah tidak boleh tidur dengan sempurna, selalu gelisah, masuk keluar hospital kerana tekanan darah tinggi, kencing manis dan TB. Aku terpaksa memberi perhatian yang banyak kepada ayah. Pernah aku dan abang long berjaga di depan rumah ayah, monitoring keadaan ayah yang akan keluar berjalan kaki pada dini hari. Boleh dikatakan setiap malam juga kami (aku, hubby atau abang long) akan bawa ayah makan di luar. Sehingga akhirnya aku sendiri terfikir bahawa aku akan masak sendiri setiap malam untuk ayah, kerana dah tak tahan asyik keluar makan di luar setiap malam. Selalunya kalau hari bekerja aku masak yang senang saja, tapi dengan kehadiran ayah aku kena masak a full meal. Kadang-kadang bila abang long tak boleh nak bawak ayah ke hospital untuk pemeriksaan (regular setiap minggu), hubbylah yang bawa dia. Ayah dan abang-abang aku semuanya senang dengan suami ku ini. Dia lah anak menantu lelaki yang paling disenangi oleh ayah, dia juga adalah adik ipar yang di senangi oleh abang-abang aku. Kalau berhimpun abang-abang aku (3 orang) di kampung, mereka akan ajak hubby pergi makan atau ke mana2 yang mereka hendak pergi (Men night/days out). Masa kami ada sedikit masalah keluarga (antara ayah dan emak aku) hubby yang menjadi perantara untuk mendamaikan mereka. Ayah's last night alive was at our house, having dinner as usual, ayah mendapat stroke sebelum asar dan meninggal pada tengah malam 10 September 2004. Sebelum ayah meninggal dia selalu bertanya macm mana nak menyambut Ramadhan tahun itu kerana emak sudah tak larat nak masak dan lain-lain, mak sakit lutut (biasalah ornag tua). Hubby pelawa ayah dan emak tinggal bersama kami sepanjang Ramadhan. Ayah tidak sempat menyambut Ramadhan tahun lepas. Hanya emak saja yang tinggal dengan kami.

Keempat, emak aku sekarang tinggal bersama kami. Hubby jugak lah yang ajak dia tinggal bersama kami, selepas ayah meninggal. Dia akan melayan emak seperti ibunya sendiri. Setiap pagi apabila menghantar anak-anak ke sekolah dia akan singgah membeli kuih pau untuk emak. Emak aku ni cerewet tentang apa yang dia makan. Dia akan makan yang dia suka saja, jadinya pau yang dibeli mesti lah dari penjual yang spesific saja. Kalau lauk-lauk yang kami beli juga yang dia suka saja. Dia suka makan pageri (nenas atau terung), sambal tumis atau asam pedas. Kalau bibik masak dia komplen jugak kata tak berapa sedap kat aku, jadinya aku selalu masak bagi dia. Walaupun dia (hubby) tahu emak cerewet tapi dia tidak lah merungut sebarangan. Dia terima aje se adanya. Dia layan kerenah emak denagn menginagti apa yang emak suka makan.

Kelima, dia penyayang dengan anak-anak, anak saudara pun dia sayang dan layan jugak terutama yang masih kecil. Dia sekarang macam rasa kecewa tengok anak-anak sudah semakin membesar dan susah untuk dia nak peluk diorang lagi. Anak-anak perempuan semakin lama semakin malu untuk di peluk oleh baba, walaupun baba selalu kata dulu babanya selalu peluk-peluk kakak dia. Dia pernah menyebut untuk mengambil anak angkat lelaki, aku cakap suruh dia cari lah kalau betul-betul mahu tu.

Dia bukan lah seorang yang demonstrative tentang affaection nya apabila di khalayak ramai. Aku yang melebih selalunya. Aku yang nak tunjukkan aku sayang kat dia, tetapi kalau depan orang aku tak lah buat takut dia malu. Nak kata I Love You pagi-pagi pun kena tengok kiri kanan takut ada orang dengar (bibik atau jiran yang lalu lalang). Kadang-kadang di dalam bilik pun, adakalanya aku nak bagi dia tau aku appreciate apa yang dia buat. Dia tak faham dan selalu mengelak, aku terpaksa terangkan yang aku nak plant a kiss on his cheek sebab aku appreciate dia sebagai suami yang baik terhadap aku, terhadap anak-anak dan terhadap ibu bapa aku. Barulah dia faham dan return the kiss (on the cheek OK). Kalau aku kata I Love you pun dia akan jawab, huh (read: OK) acknowledging the statement, sampai aku sendiri kata kat dia, huh aje ke, menyampah aku. Dia akan gelak dengan cakap aku tu. Dia tahu aku main-main saja.

Jadi, walaupun dia cerewet, dia selalu kritik aku openly, tapi kami boleh bincang apa saja topik, family or non family related. There are very little secrets between us, kalau ada pun bersifat sementara untuk kami jelaskan pada suatu masa yang lebih sesuai.
I am really blessed to have him as a husband, aku harap kami dapat bersama sehingga ke akhir hayat kami.

MANY HAPPY RETURNS OF THE DAY TO MY DARLING HUBBY, SEMOGA AKU DAPAT MEMBAHAGIAKAN SEPANJANG HAYATMU

28 comments:

atenah said...

AN, ambik I je lah as anak angkat. che wah menawarkan diri gitu....

see i told you yrs is a life blessed

hm tak de romantic candle lit dinner ke ;)

Anonymous said...

romantiknya auntyn ni.. hehe.. i also noticed that sometimes my mom yang kena buat the first move dulu.. bagi bungalah... peluk ciumlah... cakap i love you suma tu..

moga bahagia sampai ke akhir hayat :)

Mutiara said...

An
Alhamdulillah...semoga jodoh hingga ke akhir hayat.

Kak Teh said...

semoga kebahagiaan berpanjangan AuntyN!! Insyaallah.
btw - mungkin kita berselisih diITM tu...
Hope you had a wonderful celebration together.

AuntyN said...

Tenah : hang pompuan dia mau anak angkat laki-laki lah. Thanks. I know I'm blessed. Maybe lunch aje kut.

crimsonskye : dia tak romantik, kita lah kena buat dulu lah. Terimakasih.

Mutiara : Harap2 macam tu lah, Insyaallah.

KakTeh : Insyaallah. Ye ke selisih kat ITM?

Traveler said...

Bab Hubby Aunty menukar lampin dan menjaga ibu itu ,agak terharu membacanya...


Selamat Hari Jadi buat suami AuntyN. Moga bahagia selamanya

atiza said...

happy birthday to your hubby. aunty n nih romantic la. :)

NANI SHAHABUDIN said...

AuntyN, isteri yang baik ni, sentiasa ingat nak membahagiakan hati suami...

alia said...

selamat hari jadi untuk Baba....
*bole ker nih*

AuntyN said...

Om, memang sebak, sampai hari ni ingat walaupun MIL dah tak de hampir 5 tahun tu.

Atiz : thank you for the wishe, I will let him know. Kena gak sorang romantik. Kalau dua2 tak sorang ke utara sorang ke selatan lah jadinya hehehe

Anne : Dok cuba jadi baik, nak masuk syurga ni... Insyaallah

Bat : Boleh lah tu, nanti aunty cakap kat dia.

JoeBangla said...

selamat hari jadi untuk Uncle N :-)

Anonymous said...

Kak N,

Memang, kadang-kadang lelaki lembab dalam mengucapkan sesuatu perasaan.Mereka jarang membuat ungkapan balasan. Mereka jarang menyatakan sayang.

Tetapi, ada sesuatu yang amat ajaib dalam perhubungan.Biasanya, si isteri tahu yang si suami sayang padanya walaupun tanpa sebarang pengucapan.

Kadang-kadang, 'huh' itu lebih besar pengertiannya berbanding 'I love U too'.Sama seperti yang diucapkan oleh Patrick Swayze kepada Demi Moore dalam filem 'Ghost' .Apabila Demi Moore menyatakan 'I Love U' dibalasnya 'ditto'.

Itulah suaminya yang tidak diketahui oleh sesiapa walaupun ibunya sendiri. Satu identiti, satu karismanya tersendiri.

Tidak diluahkan bukan bermakna perasaan itu tak ada.Tidak diluahkan lebih bermakna, terimalah dia seadanya.

Itu sifat pergantungan si suami pada si isteri yang tidak kelihatan pada pandangan mata, tidak kedengaran di halwa telinga.

AuntyN said...

Joe : it's uncle Z lah.

Kampo : walaupun itu realitynya kekadang isteri nak juga dengar sebab tak mau di "taken for granted" je.

Anonymous said...

AuntyN, semoga perkongsian hidup dengan Hubby yang disayangi kekal sehingga ke akhir hayat. Selamat Hari Ulangtahun kepada Hubby AuntyN.

Anonymous said...

Ya, kak N

sememangnya pengucapan itu perlu.

Cuma, lelaki tak mahu tunjukkan sangat sifat pergantungan itu walau hakikatnya suami bergantung pada isteri.

...dan Ya, saya tahu. Lelaki dan egonya bagaikan roti dan kopi.Keras, tetapi apabila dicicah ia menjadi lembut dan enak.

err..kak N dah breakfast? lapar la pulak.

AuntyN said...

Zana : terimakasih

Kampo : nice thought, maybe I can blog on this. Nanti cari bahan-bahan sikit. Dah makan biskut dgn nescafe je baru ni. Inagt nak lunch dgn hubby tapi dia ada appt kat ofis pulak.

Pnut said...

kak, lomantiknya kita org pompuan kan? hubby saya pun sama, kita jer dok cakap i love you ke hapa ker...dia besa-besa jer...

Anonymous said...

:)

warmest birthday wishes to baba

:D

MA said...

Kak N : Heppi Besday to Bro Z. Tell him to make you happy hingga ke hujung nyawa.

The best thing a man could do to his children is to love their MOTHER.

attiesya said...

aunty n...

bertuahnya dapat husband macam tu... semoga bahagia kekal berpanjangan...

* tengah berdoa dpt husband mcm aunty n's husband.. bahagia rasanya

AppleB said...

AN, happy besday to Baba!!!

Sat nak nyayi skit, mcm AN nyanyi 4 my besday....ahaks!!

Hepi besday 2 u, hepi besday 2 u,
Hepi besday 2 BABA & ME (heheheh belated me, but still in the same month)
Hepi besday 2 u.....!!!

:D tak sumbang kan AN?? ehehheeh

AuntieYan said...

N, setiap orang ada kelebihannya. So, hubby kita pun gitu le jugak. Tuuuu yang buat kita sayang kat depa tuh!!!

Anonymous said...

Dearest Aunty N..... my birthday wishes to Uncle... you're really blessed - how lucky!! Semuga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki selalu - kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat.

ps: nice blog n interesting articles you have here... dah selalu sampai tapi hari ni rasa nak tinggal jejak.. :-) thank you for everything...

Anonymous said...

AN sampaikan ucapan hari lahir tuk hubby AN.. Semoga panjang umo dan murah rezeki.... :)

~xmen~

NANI SHAHABUDIN said...

happy birthday uncle Z!
Jaga AuntyN baik baik tau!

Mutiara said...

AN
Kita ni satu sekolah ka? Kalau ya..I am your super senior.
my ym is salmabeach

AuntyN said...

Untuk Semua yang memberi ucapan Selamat Hari Lahir untuk hubby to, dia ucapkan terimakasih. Dah cakap kat dia kawan-kawan bloggers wish dia Happy Birthday.

Mutiara : Nanti kita investigate samada kita ni sama sekolah ke tidak.

Anonymous said...

moga bahagia ke akhir hayat.