April 25, 2005

A simple gesture yet......

Tadi selepas makan malam, hubby aku ambik pinggan aku untuk dibasuh. Mungkin perbuatan ini nampaknya simple dan tak ada apa special nya, tetapi, orang Melayu telah mengasuh anak-anak lelaki mereka untuk tidak masuk ke dapur. Perkara2 yang berkaitan dengan dapur adalah pekerjaan wanita secara mutlak. Kalau emak aku nampak apa yang hubby buat dia pasti akan menegur aku jugak. Mesti dia kata awat bagi dia basuh pinggan tu. Tu dululah tapi sejak mak duduk dengan kami dia dah tau hubby aku akan buat kerja rumah jugak. Jadi aku pun tak rasa terkejut akan perangai nya itu.

Tidak lah selalu dia tolong basuhkan pinggan makan aku tu, tapi selalunya dia basuh pinggan dia sendiri, dan aku akan basuh pinggan aku sendiri. Agaknya hari ni dia betul-betul suka dengan kari telur ikan seludu, ayam goreng anak dagang (resepi Omar yang aku cuba ni), telur dadar, sayur lemak bayam + parpu, sambal belacan dan ulam pucuk putat. Ulam putat memang selalu kami makan terdapat dalam kawasan rumah aku ni. Malah bendi yang menjadi perencah kari pun kami tanam sendiri tu. Memang kat kawasan rumah aku banyak ulam, ulam raja, pucuk betik, pucuk ubi kayu , kunyit hidup, lengkuas dan sebagai. Duduk kampung macam tu lah, kalau ada tanah lebih sikit tu tanam apa-apa yang boleh kan.

Itu hubby aku lah. Aku pulak apa yang aku buat untuk dia selain yang rutin, memasak, mengosok baju dia tu. Dia ni suka kalau aku ulit muka dia. Aku kadang-kadang suka buat facial kat rumah sendiri. Kalau aku rasa stress kat ofis baru aku pergi salon buat facial. relax sikit tenangkan fikiran sambil orang urut muka aku. Sekali sekala, aku akan buat facial sendiri. Jadi bila hubby tengok aku buat facial dia pun akan mintak nak buat facial jugak lah. Untuk yang terlopong tu, ye memang buat the whole regimen of facial tu. Mula2 cuci, kemudian expoliate, urut, bubuh mask (tak kira lah apa jenis), then cuci lagi, toner, dan last sekali pakai night cream. Yang kelakar ni mask cuma boleh di bubuh kat pipi dan dahi je tu. Dagu dia ada janggut dan misai di bawah bibir, tak boleh nak letak mask tu. Masa urut tu kena urut lama2 muka dia, kadang-kadang aku sampai dah naik lengoh tangan dia dok asyik sikit lagi la, sikit lagi la, ralit sungguh orang dok main muka dia. Tu pun nasib tak berdengkur tu....

Jangan salah faham pulak hubby aku ni normal tau bukan yang jenis lembut tu. Tapi dia memang suka kalau muka dia licin dan bersih dan tak ada jerawat atau jeragat tu. Siap aku kena picit jeragat kat hidung kalau ada tu.Ni semua cara kami bermanja aje lah. Tak salah isteri nak manjakan suami macam tu. Aku pun rasa ramai jugak lelaki sekarang yang selalu mengunjungi salon untuk buat facial dan lain-lain. Banyak spa-spa sekarang yang unisex kan. Oleh kerana aku ada "salon" sendiri hubby aku dah tak perlu buang duit ke spa dah tu. Aku pun tak perlu risau siapa yang akan mengurut muka dia kan, hehehe.

Ini hanya di antara small gesture yang kami lakukan antara suami-isteri. Walaupun kecil tapi ia mengeratkan perhubungan kami. Aku pun tahu banyak lagi yang orang lain buat untuk orang-orang yang mereka sayang untuk mengeratkan perhubungan mereka, menjalin kasih sayang antara suami-isteri, emak-anak, ayah-anak, tunangan, girlfriend-boyfriend, kawan-kawan rapat. Kalau ada yang sudi berkongsi dengan aku apakah yang mereka telah mereka lakukan untuk mengikat kasih sayang tu silalah beritahu. Kita semestinya boleh mempelbagaikan small gestures yang kita buat untuk orang yang tersayang.

17 comments:

Anonymous said...

AuntyN..

Woah, surpriselah AuntyN buat jugak goreng ayam anak dagang tu walaupun saya main tabur aje kekeke..(ni rasa bangga sikit ni)..

Hubby auntyN sporting juga ya buat facial, I can see how happy it will be to have a happy family life like yours ..

Bila saya ada mood sayapun kekadang cuci muka dgn Nivea Creme for men punya dan ada lotion for men, sebab sini angin dia kering, kalau tak muka boleh kering.. dan bibir pecah..

Om

Mutiara said...

Yep..small gestures do count a lot in a relationship

Anonymous said...

kak N, suka lah baca citer ala-ala manja ni,tapi me not soo romantik so cam tak retile nak praktiskan, my hubby lak on the romantic side so dia mesti suka benda-benda gitu.

AuntyN said...

Om, trying your recipe is my simple gesture to you as a friend.
Nak happy family kena usaha bagi happy.

Mutiara, it is true, small simple gestures are important in relationships. We always take things for granted.

atiza said...

hhahaha..aunty..i thot i was a wierdo since i did facial treatment for my hubby...i'm not after all..phewww!

AuntyN said...

cm, kalau husband romantik tu lagi senang nak praktis, sila lah buat dia mesti suka.

Atiz, welcome to the club OK, we are not weirdos.

shidah said...

err... my second job is a personal groomer - to my hubby aje la. mana2 yang nak kena groom tu, i'll do it personally... ;)

Kopi Suam said...

AuntyN...

Romantik gitu...saya setiap Ahad akan cabutkan janggut husband dan kekadang tolong trim kan misai dan juga b*l* K*t**k dia hee hee...

Pastu bila potong kuku anak potong sekali kuku daddy dia...

Anonymous said...

aduuuh aunty, bahagia mendengarnya! itulah kan, nampak kecik tapi nilaiannya besarkan?
kita orang selalu jugak urut2an tu, selalunya urut yang husband suka, kepala, belakang dan tapak kaki. Small gesture yang husband selalu buat, tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk dalam pinggan saya. Basuh pinggan tu dah selau sangat dia buat. Sebelum ada maid, dia tolong masukkan kain dalam washing-machine dan sidai sekali. Iron baju sekali! Kami anak rapat dan semuanya breastfeed, so lepas masak dan kemas dapur, kena attend anak pulak, that's why dia willingly tolong housechores. Sebahagian besar reason ambik maid sebab kesian dgn dia.

AuntyN said...

Shidah, kopi suam, oneEE : lepas ni boleh buka spa sbb dok practice kat hubby memasing. Memanglah kita selalu ingat benda2 kecik tu macam tak ada apa2 je. Tapi kalau kita ambik masa sedikit untuk appreciate mesti nampak tersangatlah besar ertinya tu kan?

Arena said...

King tak leh tido kalau tak pekena backrub ngan foot massage. Mulalah gelisah pusing sana pusing sini.Fahamla tuh.Tengok TV,makan dan solat berjemaah. Main game pon nak jemaah camna tuh? Yang paling King suka syampukan rambut ala dekat salun rambut tuh. Naseb tak tertidur..

AppleB said...

AN, kalo yg belum ada laki nak manja2 gitu dgn sapa ek? takkan dgn mak 24jam ahhahahahhaahh

NANI SHAHABUDIN said...

mandi shamer shamer boleh kire tak? ekekeke...
btw AN, email i ada kat tagboard puteri tu. i baru gak letak.

Anonymous said...

hehehehe

apa salah nye apple. Ko memanja ngan aku.Aku memanja dengan Put. Put memanja ngan ko balik. Jadilah circle of no-inputs. eheehehe

*mula la merepek ni*

:)

-DeLinn-

AuntyN said...

Anne : boleh jugak tu, mandi sama2 gosok sana sini kan, syampu rambut tu macam anne buat dgn mimin tu

Apple/Puteri/Delinn : Apa lah korang ni. Baca ke tidak main komen je tu. Kan aunty kata "kawan2 rapat" so apa yang korang buat untuk each other tu boleh lah jadi input tu. Kan baru ni Apple hanta udang kat Delinn tu, bila pulak nak hanta udang dgn ketam untuk aunty ni?

Kak Teh said...

auntyN, kita pun pernah jugak potong rambut. Mula-mula tu elok and lepaih tu senget! Langsung dia pi kedai and now he only trusts me with potong kuku. Tapi mine ni selalu tolong bawa beg tangan kak teh.

Orgkampung said...

AuntyN...ni tengah buat blog hoping nih selalunya tak berkesempatan..seronok baca entry yang ni...hubby saya pun suka dimanja...routine sekarang ni tiap-tiap minggu kena dye kan rambut..pasti tu potong kuku dan trim kan mana-mana yang patut..hehehe..tang kecantikan memang dia mengalahkan saya sampai my two way powder pun kena share tiap-tiap hari sebelum pi kerja....hehehe..tapi like you said..small gesture give big impact to our relationship..kan Aunty..