Hari ini genap 13 tahun Nurzuhaireen. Dia ni anak aku yang nombor tiga. Acik lah ni, sebab cuma ada sorang je adik tu. 13 tahun lalu, setelah 29 hari aku berpuasa dengan Ayin (kat dalam womb aku) dia ni decide nak beraya dengan kami. So on 30th Ramadhan dia mintak nak keluar tengok dunia. Nak kutip duit raya lah tu agaknya...
Dari kecil dialah yang paling kurang bersama kami sekeluarga. Mula sekali selepas pantang dia tinggal dengan Maktok (my mom) sebab aku ada anak 2 orang yang juga masih kecil, tak ada live in maid, dan tak ada rumah sendiri lagi. Kemudian lepas emak, ayah dan MIL nak ke Mekah dah kena hantar dia ke rumah babysitter kat kampung mak aku tu. Dia ni dari kecik memang dah fussy gitu. Tak ramai orang yang boleh pegang dia. Baba dia pun dia tak berapa nak bagi dukung lama2. Siap nangis lagi kalau dia tak kenal orang yang dukung dia. Baby sitter pun sebelum betul2 serasi kena tukar 2, 3 kali. Dia siap toleh belakang lagi kalau dia rasa tangan yang pegang dia tu dia tak kenal.
Aku masih ingat ada sekali kami sekeluarga pergi bercuti di KL. Kakak2 dan biras2 aku pergi shopping kat Jalan Tengku A. Rahman. Tahu sajalah, kakak2 ipar aku tu (kakak2 my hubby) bila dah memileh barang punyalah lama. Bagai nak patah tangan aku dukung si Ayin masa tu.
Tapi boleh dikatakan rezeki dia jugaklah yang kami dapat beli dan tinggal kat rumah sekarang ni. Sebab di tahun da dilahirkan lah kami pindah ke rumah sendiri yang sekarang kami tinggal tu.
Bila umur dia 10 tahun, masa tu my mom dah tak berapa kuat dah, nak jalan pun susah, selalu tinggal sorang2 kat rumah dia sebab arwah ayah akan keluar rumah masa malam tengah malam baru balek. So aku pun suruh dia tinggal dengan emak aku. Sekolah dia, cuma seberang jalan dari rumah emak masa tu. Dia akan tolong maktok masukkan baju dalam washing machine, tolong ambikkan air untuk maktok sebelum tidur, dan hamparkan tempat tidor tok ayah. Setiap hujung minggu dia akan balik ke rumah kami. Bukan jauh pun, jalan pun sampai. Tapi aku respect lah dia ni sanggup jugak dengar cakap aku bila suruh dia tinggal dengan Maktok. Sikit pun dia tak "whine", nak kata tak mau ke apa ke. Oleh kerana itu maktok dan tok ayah memang sayang dia sesangat. Apa yang dia mintak semua dapat tak kira mahal ke murah. So kadang2 tu macam manja dah sikit jadinya. Tapi dia tahu, aku selalu sama rata dengan anak2 aku. Kalau beli apapun untuk 4 orang. jarang sekali aku beli hanya untuk sorang2 melainkan keperluan yang berbeza2, basic needs will always be equal.
Pada waktu dia darjah enam tahun lalu aku ajak dia balik duduk di rumah, so that boleh jugak monitor perkembangan study dia tu. Lagipun Kak Long dan angah pun nak exam jugak masa tu. By then my nieces dah ada duduk dengan my mom. so dia tak sunyi sangatlah. Ada jugak kadangkala my mon ajak Ayin tidur rumah dia tu. Because for maktok Ayin will do take care of her better that the other older cousins.
Sekarang maktok duduk dengan kami sekeluarga, dia tidur di bilik sama Ayin dan Kak Long, Ayin masih jaga maktok dia, kalau buat air untuk maktok, dia tahu macam mana citarasa maktok. We all pun kadang2 refer kat dia bila nak buat air. Aku lagi lah main suruh je lah Ayin buat air untuk maktok dia.
Anak2 aku semuanya berlesung pipit. Ayin dengan Kak Long cuma di pipi kanan macam baba diorang. Angah dengan Sya macam mama diorang di kedua2 belah pipi. Ayin ni aku tengok walaupun kulit dia gelap sikit dari adikberadik dia yang lain tetapi tetap sweet. Dia ni nampak fokus dengan apa yang dia mahu dan jenis yang tegas dengan kemahuan dia. Dalam pelajaran pun so far dia tak ada masalah, dia sendiri set target dia, cita2 dia. Masih jugak manja dengan aku ni, masih boleh dok pegang tangan aku bila jalan pegi shopping ke mana2. Aku suka macam tu, nanti dah besar sikit lagi dah malu pulak nak pegang tangan mama dah. Semalam, Kak Long, Sya dan Ayin aku bawak ke Tesco di Pulau Pinang untuk shopping. Angah tak ikut sebab pergi main hoki di Bertam. Kak Long dan Sya dah belikan hadiah untuk Ayin. Aku bawak diorang makan kat Pizzahut je. Baba tak ikut sebab esok dia nak exam (government office exam), kononnya nak study (tak tau lak pulak dia study betul ke tidak, hehehe..)
Ayin, Mama nak ucapkan Happy Birthday, Semoga Mencapai Cita-Cita Ayin. I love You.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
eppy besday Ayin...ermm..dah beso dah..belajar rajin2..insyaAllah semoga menjadi seorang muslimah yg berhati mulia...
Kim salam peluk cium utk Ayin yer AuntyN..muahs..muahs
Happy Birthday to Ayin....lo, ada anak dara sunti rupanya...hemmm sebaya Jim ni.B.day Jim bulan Jun nanti.
K.Yan
Happy Birthday Ayin...
eppy birthday ayin
-CN-
Nanti suruh Ayin sendiri jawab lah semua komen2 untuk hari ni
anak-anak auntyN ni mesti baik-baik belaka, macam ibunya juga...
Happy Birthday to Ayin! Be a Good Girl...
happy besday ayin *hugs*
Happy Birthday buat Ayin...
... bagi mama senyum dan senang hati selalu ...
Om
happy besday ayin...
sorry le An.. lambat masuk sini..
note to puteri:apasal pipi merah ko letak bawah mata tu? ekekekeke
Selamat berkenalan dgn aunty (rasanya taklah tua sangat kan?, panggil kak N, boley?)
Happy birthday to your son...
Post a Comment