Rasa tersangat bersalah pulak bila aku tengok terlalu banyak komen di entry aku Kisah Seorang Isteri. Mula tu memang aku tak nak mengaku yang kejadian tu berlaku kepada diri aku sebenarnya. Mungkin kerana aku terlalu bengang sebab itu aku menulis sebegitu. Aku rasa ramai yang baca terutama suami2, tapi tidak meninggalkan apa2 komen. Setiap kali aku baca komen yang di tulis, tergenang air mata aku. Bila dengar lagu yang Omar putarkan kat blog dia atas permintaan aku pun terleleh air mata aku. Mungkin kerana ramai yang tak tahu apa nak kata atau, mungkin ingat ini kisah rumahtangga orang tak perlu masuk campur, ada yang tak komen. Aku pun sebenarnya tidak sepatutnya menulis sebegitu kerana ini telah menjatuhkan maruah diri aku dan suami aku. Dia bukan lah suami yang kejam, cuma mungkin aku terlalu terasa dihati, terlalu bengang masa itu, langsung aku hilang pertimbangan. Aku perlu meminta maaf dari dia kerana ini dan aku harap Allah akan ampunkan dosa aku. Aku juga berterimakasih kepada semua kerana menghantar komen2, yang aku anggap begitu memberi kesan kepada ku, dan terimaksih jugaklah kepada yang hanya senyum dan yang membaca tanpa komen. Lega rasa hati apabila apa yang terbuku diluahkan. Itu agaknya yang aku cari.
Namun aku rasa apa yang aku tulis telah memberi sedikit pengajaran kepada ramai orang. Kepada isteri2 bagaimana menangani suami2 yang cerewet, kepada suami2 perlulah bersyukur dan pertimbangkan kebaikan isteri sebelum melenting. Emosi dan keegoan, perlu dibendung oleh kedua2 belah pihak. Kepada yang belum berkahwin, jangan pulak jadikan ini sebagai alasan tidak mahu berkahwin. Bukan semua lelaki yang suka merajuk itu kejam. Aku masih bernasib baik dia juga suami yang penyayang, dia bukan kaki pukul, cuma dia seorang perfectionist yang mengharapkan perfection pada diri aku - his wife.
Aku memang bercadang untuk menceritakan kebaikan dia pada minggu depan bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran dia. Kerana dia memang baik sebenarnya, dia tidak pernah menodai kasih sayang aku dengan bermain cinta dengan orang lain di belakang aku. Kami memang telus dalam hal ini. Kalau dia akan ke outstation bersama kawan-kawan sekerja perempuan aku tak pernah risau, sebaliknya juga begitu. Kerja aku memerlukan aku berinteraksi dengan lelaki, dalam dan luar negara, jika mereka datang ke sini aku juga terpaksa menjaga kebajikan mereka, dia tidak merasa gusar kerana dia tahu aku tidak akan menodai kepercayaan dia.
Mungkin di sini aku perturunkan bagaimana aku menanangi masalah yang terjadi untuk menjadikan iktibar kepada semua. Memang sudah beberapa kali perkara begini terjadi. Mula2 dulu memang lah kerap. Mula2 berkahwin apabila dia merajuk aku akan cuba pujuk, tapi dia ni tak makan di pujuk. Lepas tu biar sajalah. Setiap hari aku masih menyediakan minuman seperti biasa, pakaian dia aku gosok seperti biasa, cuma makanan saja yang kadang2 aku masak atau makan saja apa yang ada. Selama waktu merajuk dia selalunya akan bersendirian. Anak2 dan ibu bapa juga MIL tak pernah tahu bila kami tidak bercakap. Aku buat macam biasa saja, macam tidak ada apa terjadi dalam rumah tangga kami. Kadang-kadang aku cakap dengan dia macam tak ada apa2 berlaku.
Lepas sehari dua dia sendiri akan jadi sejuk. Selalunya dia yang akan tegur aku dulu. Dia akan call untuk cakap sesuatu hal, mungkin juga perkara yang penting. Dari itu, kami terus berbaik semula. Aku ni jenis yang tidak akan membiarkan dia "menang" dalam hal ini. Bila ada masa terluang, pelan-pelan (kata orang utara) aku akan cakap jugak apa yang aku tak suka dia buat kat aku. Masa tu dia tak akan bengang dengan aku, dia akan mengaku saja yang dia salah masa tu. Tapi dia juga akan explain mengapa apabila dia terlalu expect benda yang nak makan itu sesedap yang dia imagine akan jadi tetiba tak sampai expectation dia jadinya dia akan frust. Aku pun kalau terasa stress dengan expectation tu yang selalu tersasar tu. Problem nya mungkin aku tak consistent dalam masakan aku. Sebab itulah aku sekarang cuba untuk kumpulkan resepi dengan cara yang aku masak supaya aku lebih consistent.
Sebenarnya aku dah "masak" dengan perangai dia. Jadi aku biar sajalah dia macam gitu. Arwah ibunya memang pandai masak, dia (MIL) pernah belajar di WI, dulu. Cara dia melayan anak2 pun semuanya dengan keenakan masakan dia yang begitu tertib dan menarik. (Lendip kata orang). Kak Long dia pun pandai masak jugak. Jadi dia benchmark aku dengan diorang ni lah.
Aku ni kiranya penyabar jugak lah, masih boleh bertahan dengan kerenah dia. Macam Kak Teh kata dah pedo lama dah tak bagi merajuk tau-tau terjadi jugak. Semua nya dah elok dah sebenarnya, tadi dia ada call aku sebab sesuatu yang official berkenaan kilang aku jugaklah. Nampak nya dah boleh "beronggeng" balik dah ni.
Kepada semua pembaca, aku ucapkan terimakasih. Aku betul-betul hargai semua sokongan yang telah aku perolehi tu, tapi tak lah sampai nak bunuh dia atau racuni dia. Tak nak lah pulak aku jadi janda sebelum sampai masanya lagi. Jadi isteri memang kena banyak sabar, "tocang feminist" tu dah tak boleh di pakai dah tu. Jadi suami mesti juga banyak sabar, mesti menjadi pembimbing dan pengkritik berdiplomasi. Jangan hanya ingin penuhi ego masing-masing, rumah tangga purak peranda. Nobody is perfect, macam kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit...
Terimakasih sekali lagi, dah tamat dah drama swasta ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
Puteri, I have been thinking about it actaully. Thanks OK. Ni kes tak tahan sabar lah ni.
hai kak N... soooo long no news..
rupanya dah ada blog sendiri... wah wah
hebat gitew,,, neway..bila nak bertandang2 perda lagi... miss u soo much.
now me dah tuko phone number,,,sygnya number kak N hilang pulak...so camne nak kontek ek?
opps sorii..off topic japs
SC, alhamdullillah, ni tak pi refresh tang tocang feminist tu boleh?
scov ; ym ur new no lah or e-mail je, ok?
ermmm wat can i say..
sekilas tgk lauk pauk pun dah tau dah...sapa nya crita...
ermmm.. memang biler dah kawen nih kena banyak bersabar...both suami dan isteri... kena ada give and take.. kata org puteh..
kalau suami majuk..isteri pujuk..
kalau isteri plaks majuk..suami pujuk... kalau dua2 merajuk..
jadila jeruk...hehhehe
*sowi..xleh serius laks*
AN- berkasih lepas gaduh tu lebih manis, ye dak? :)
Bat : Susah betui nak menyamar ni ye? Sabo sesangat dah ni :-)
Shidah : Manis lebih dari gula lah tu :-)
auntyN, alhamdulillah - kita yang dh lama berumah tangga ni tau lah kan? bukannya senang kita nak pedo dia, dia nak pedo kita - sama-sama pedo mempedo! I think, the day we stopped pedo - than we've lost it. Selagi kita dok pedo, that means we care. and obviously you do! I have refered this blog to a friend who was going through much heartache...and that has helped her as well. One thing that is good abt blogging is that we read something that we are too afraid to write ourselves, yet it touches a very raw nerve.and by reading, we realise that what we experience is not unusual, it happens to a lot of other people , its not the end of the world and that there is always a solution. betul tak auntyN?
Kak Teh, thanks for your kind words. Ni dah termalu sendiri sebenarnya. Dah dok pedo sesangat dah ni dah sampai nak terburai. Dulu tak ada blog tak tau camna nak lepas geram, dah ada avenue macam ni dah rasa macam terover pulak tu. Kalau dapat jadikan iktibar saya tak kisah, tapi takut jugaklah nanti org ingat saya nak bukak pekung di dada, tak ingat maruah diri sendiri tu. Insyaallah semua problem ada solution. Sama2 kita ingat mengingati itu saja lah saya ingat ni.
ptt nampak lauk yg di tulis cam sedap herj...AN yang masak erk..hee...x pe lah..asam gram idop nih..sedng lidah agih tergigit ini kan pula suami isteri erk..
Hi auntyN, 1st time terpanggil nak comment in your blog. 1st impression bila baca kisah tu, how glad I am, I'm still single. I've a lot more to say but I'd rather not lah. Kang lebey2, i dpt yg camtu or worse, nauzubillah.
AuntyN,
Please don't feel bad of whatever you just shared , may be there's a good lesson to learn by everyone.
I still look at AuntyN the way I've known you. "Nothing Gonna Change My Love For You".. ingat tak lagu tu.. :).
Mungkin ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang mungkin lebih lagi ibarat ' berat mata memandang berat lagi bahu memikul'..
My own 3rd sister ( Alang) experience dah cukup untuk buat saya ni mengamuk buat husband dia...kalau ada kat Malaysia waktu husband dia pukul dia sampai masuk hospital dulu, dah lama saya lesing ngan penumbuk laki dia dah...(that's just the intro) .. so u know now that her experience was worse, sekarang ni diorang dah berumur sikit, dan Alang saya tu bertambah putih & jelita diusia 40annya.., husband dia lak takut ada lelaki ngurat dia.., but I heard they are all okay with 5 grown children, the eldes already 24.. , don't feel bad AuntyN okay...because u never know , there's more unpretty stories out there..
Om
:)
sedangkan lidah lagi tergigit->ada orang mengata ni kalo lidah tergigit.. ehehehehe
sesungguhnya saya banyak belajar dari 2 entry ni.. timakasih AuntyN sbb menyedarkan saya yg terkadang (terselalu sebenarnya!) take things for granted.
~cyberdad
Anni, tak sedap mana pun, kalau nak resepi nanti aunty bagi anni masak sendiri OK?
Sunflower, bukan semua lelaki macam tu OK. Walau hubby tu rajin merajuk tapi dia tetap baik. So jangan takut untuk berkahwin, kalau dah sampai jodoh OK.
Om, thanks so much, memang selalu bersyukur dia tak lah seteruk orang lain. Dah malu dah nak minta cari lagu ni. Memang tau lagu tu pun. Tapi kan.*(dengan leher lembik terkulai*).. kalau rajin...kan.. pasang lah OK? Bila2 je lah OK?
Delinn :-) mengata siapa pulak tu?
Cyberdad, Insyaallah kita belajar sesama sendiri OK. Rasanya humility teaches me a lot of things.
auntyn, kalau tak cerita- orang tak tahu, dan orang tak boleh nak buat pengajaran.
kalau dah cerita macam memburukkan hubby pulak.
Ber-sederhana dalam semua hal, biaq balance.
still, cik benci nak masak sbb takut tak sedap. tapi kalu hubby tak dak cik rajin masak, kami mkn anak beranak.
Cikni, terimakasih, dia dah mintak kenalah masak, kalau dia tak kisah tak pe. Harap dapat jadi pengajaran sebab kadang2 benda yang simple pun boleh jadi bahan kelahi kan?
sooooo the lesson from the story is gals, dont marry guys who have moms and sisters who are great cooks. bak kata my best friend: "i nak cari anak yatim lah". and by God, she got it.
no way i'm gonna discard my tocang feminist, now lagi panjang you, cecah lantai
:)violet
i echo arcahijau..
sometimes buat tatau lebih cepat sejuk daripada melenting, kan?
maaf kak N, ingat tak nak komen tapi rasa macam kena komen la jugak.
suami adalah lelaki dan lelaki adalah manusia. Manusia punya jiwa.
Ada suami yang pukul isteri hanya untuk menunjukkan kekuatan, kekuasaan. Itu salah.
Ada suami yang merasa diri mereka dipinggirkan, merasa kecil, merasa rendah diri walau si isteri tak pernah membangga diri. Suami juga manusia.Manusia tidak sempurna.
Ada suami yang merasakan mereka tak seharusnya menerima layanan sebegitu dari si isteri.
Untuk mengimbanginya, ada suami yang terus menyatakan bahawa dia adalah seorang Suami.Titik.
Ada yang memendam rasa, mencuka, diam sejuta bahasa. Melayan perasaan sendiri kerana dia takut kalau nanti dia bersuara, si isteri yang amat disayangi akan terasa hati lantas mengeruhkan lagi situasi.Walau dia tahu yang bila dia berbuat begitu, si isteri tetap akan terasa. Si isteri terpaksa melawan andaian dan persoalan yang menggila. Apa salah dia?
Mungkin si suami berpendapat, itu lebih baik dari bersuara dan kehilangan dia.
Kerana kasih, manusia berbunuh. Kerana kasih, manusia menjauh.
sekadar satu pendapat sahaja...
Arcahijau, betul tu, kalau semua orang ingat camtu aman dunia rumahtangga ni.
Violet, moral of the story is, jangan dok besar2kan benda yang kecik. Ni baru rumahtangga, kalau yang tu pun tak terjaga camna nak jadi Perdana Menteri. Tocang feminist yg sampai lantai tu simpan kut2 depa panggil berlakon cite pontianak harum sundal malam 2, hehehe.
Atiza, betul tu diam lebih baik dari melenting.
Kampo, tiada apa yang nak di maafkan. Terimakasih di atas komen itu, amat berguna sebab ianya dari perspektif seorang suami. I like it very much. Please comment more. Thanks again
Kak N - whatever it is dalam rtangga perlu ada keseimbangannya.
Balance.
Macam Kak N cakap he is a good husband, so kelemahan dia tang ini (cerewet tentang makan) kena di contra-kan dengan kebaikan dia yang lain.
Cuma kalau dah tak ada benda baik yang dia buat - selain dari menyiksa batin dan diri si isteri - lepas tu cerewet pulak tang makan, ha, yang ini patut dibubuh racun tikus dalam kuah kari dia.
:-)
MA
kepada semua isteri-isteri, waspada. My sister found out that her husband had gone and married another when he was arrested for not registering the marriage. Alangkah luluh jiwanya apabila rumahtangga yg dibina selama lebih 30 tahun hancur begitu sahaja. My sister ni kira percaya habih pada suami dia, sampai to my mind that she has lost all her identity...Semua suami kata betoi, tak pernah bantah sebab tak mau bising. Semua harta yg dibeli di bawah nama suami dia, sampai kereta, tanah, rumah di langkawi, dusun (kongsi with me) pun nama suami dia. I asked him to add my name, but he buat tak dengar, until my sister paid me back my half of the deal (sbb tak mau hingark).
So, waspada kita semua. I told my husband, the moment he lays his hand on me, I am gone.
Mak Andeh, memang betul, keseimbangan. Minggu depan masa birthday dia I will tell his good side, ni nak kena pi beli helmet dulu pasal nak standby kena lempar dgn batu ke apa ni.
Mutiara, sorry to hear about your sis. I have similar story, but not sure how to write or even want to write about it. Will try to do so, so that we can learn from both side (Man & women)
AuntyN....baca 1st entry and 2 entry Kisah Seorang Isteri ini membuatkan saya rasa bersyukur mendapat seorang isteri yang memahami...but rasanya tolak-ansur dalam rumahtangga tu adalah kunci kepada segala-galanya.
Ucuwan
Ucuwan, kalau entry ni dapat membuatkan suami2 merasa bersyukur dan redha dgn isteri masing2, insyaallah kurang sikit dosa aunty ni. Betul kata ucuwan tentang timbangrasa tu. Tapi kena lah dua2 belah pihakk tu.
Miz_ct, terimakasih. Insyaallah nantikan, next week OK/
aunty n, for the first time since i got married, rasa bersyukur sangat dapat husband yg understanding...thank you aunty n..
Hannah
Aunty N,
Walaupun, semalam dok ketap-ketap gigi sebab kene drive sendiri pergi hospital pasal tak baper sihat. King pulak kerja semalam.
Hari ni rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya, king tak pernah picky bab makan. Apa ade jek dia bedal. Bila tanya nak makan apa dia akan jawab, apa-apala yang senang. Cuma kalau bab makan minum nih, memang kena layan sungguh-sungguh. Air kosong pun dia tak akan ambik sendiri.
Sekarang ni dah faham, asal dia perut dia kenyang je, he'll let me lepak2 dan dia akan tolong basuh,jemur dan lipat baju..Yessss, mender yang I plg malas sekali.
So walaupun, demam dan sakit, I at least pergi dapur buat sandwhich ker apa ke yang simple2 supaya dia tak lapar. Pastu nak tidur ke aper ke, dia tak kisah. Janji perut dah kenyang dan makan kat umah. Kalau tak, tengah baring kesakitan pun akan tanya, 'yang abang lapor..heheheh
AN
from your 2 postings, banyak pengajaran dan kesyukuran atas apa yg kita ada. I married very late and I know why I wanted to get married and so did my husband. First we wanted to be happy and make each other happy and never feel lonely. Wanted to keep each other company and love and take care of each other. So, kalau one is unhappy, the other would not be happy either.
Bab masak makan ni, there isn't any problem. Anything I cooked would always be appreciated and at the end of the dinner never fail to say "thank you baby for a very good dinner"... My husband cooks most of the time and I would always compliment his cooking too. Most night I go to bed earlier than him, and he will tuck me in without fail and tell me he loves me. he said that who knows we never wake up the next morning and tak dan nak bagitau yg kita sayangkan isteri/suami kita.
So, benda2 kecil sebegini yg mengiratkan kasih sayang dan si isteri tidak terasa dipinggir dan tidak di appreciate. kalau masa bercinta boleh mudah mengeluarkan kata sayang, tak kan selepas kawin tak boleh kot hehehe.
hannah and Gem, you are welcome, syukurlah dgn apa yang hannah ada OK.
Mutiara, orang lelaki Melayu kurang romantis nya (maaf ye Po) but I think they are learning. What your hubby said is true. I sometime feel like that so I usually give him a kiss on the forehead walaupun dia tengah berdengkur masa tu. Write in your blog lah, the material is too good to waste it here at mine.
Best regards from NY! » » »
Looking for information and found it at this great site... viagra for woman Lyrics to abba dancing queen Free gallery black girls nude like oxycontin Anal big ass Mark carlson hockey Cheap tv projector Patent lawyer york 80s 90s dance music Battery law degree Fishing bows 1995 porsche 993
Post a Comment