April 14, 2005

Resepi Ayam Golek AuntyN

Dua entry aku bagi meleleh ayaq mata (kata orang utara) ni aku nak bagi meleleh ayaq liuq pulak. Gambar nasi tomato dengan ayam golek dah aku post dulu dah. Tu nak mengumpan orang lah tu mai tengok nasi tomato dengan ayam golek aku ni. Ada jugak lah yang kata aku nak torture depa tu. Sadis juga lah rupanya aku ni.....

Anyway, di sini aku paparkan resepi ayam golek tu. Dulu aku dah bagi resepi nasi tomato tu, jadi ni resepi ayam pulak la.

Resepi Ayam Golek/Ayam Percik

Bahan2
1 ekor ayam
2 inci halia
4 inci lengkuas
3 batang serai
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ cawan santan pekat
sedikit madu
garam
serbuk kunyit

Cara2 memasak.

1. Ayam di basuh kemudian dilumurkan garam serta serbuk kunyit.
2. Bahan lain (kecuali santan dan madu) di kisar sehingga halus (jangan guna air terlalu banyak. Cukup untuk memudahkan bahan tadi dikisar)
3. Masukkan ayam ke dalam bekas atau periuk, tuangkan bahan2 yang dikisar ke atas ayam tadi. Masukkan santan, dan perapkan ayam sekurang-kurangnya selama 2 jam. Lebih lama lebih baik.
4. Rebus atau kukus ayam yang diperap untuk membekukan darah didalam badan ayam.
5. Lumurkan madu ke seluruh ayam.
6. Panaskan minyak setengah kuali dan goreng ayam seekor-seekor sehingga masak (golden brown warnanya)
7. Kalau suka boleh juga di panggang atas open fire (barbeque) atau di dalam oven.
8. Sudah masak tu apalagi makan je lah.


Note untuk Kak Teh :
Ni dah bagi resepi Ayam Golek AuntyN, bila nak bagi resepi Ayam Golek Kak Teh pulak?

27 comments:

Kak Teh said...

okay okay pass..tapi resepi kak teh tak ada sukatan betoi2. I will do it on my blog later. Nak kena reproduce from rantauan.com. lagi pun dah janji dengan OM

AuntyN said...

Pelan2 lah Kak Teh, tak pa, bila ada masa Kak Teh bubuh lah kat blog tu. Om pun bukan dia boleh masak selalu tu..

MakNenek said...

ooooi...ni the battles of the ayam goleks ke ni!! sana sini recipe ayam je :) takpe, i sebagai seorang suri rumah, menghargai recipe recipe ini, terima kasih kak teh dan auntyn :D

p.s : auntyn, thanks for dropping by earlier today :)

AuntyN said...

Maknenek, welcome, welcome. Hehehe, ni lah dia the battle of the ayam golek!!. Nmapaknya nak kena cari juri professional untuk beri komen yang mana lebih sedap

Anak Dagang said...

Kak Teh jgn lupa okay KT :)...ni kena tuntut ni... nak compare KT dgn AuntyN punya resepi, gabungan dua resepi Ayam Golek ni mesti Terangkat Nanti!!...


Btw. AuntyN, Resepi ni dah difilekan di library resepi saya.. thanks much.

om

Kak Teh said...

auntyN, minta ampun mintak maaf!!! Ada crisis sikit...dok nak resize gambark...dok tak duduk, dia jadikecik. macam ayam tu kecut dalam oven!! nak tergelak! rupa2nya bila resize di photobucket - dia jadi kecik. so, I have to save it in draft first and masak betoi2 and ambik gambark sekali lagi! ish! once again defeated by technology!

Anonymous said...

i throw in the towel, takat goreng ikan saja boleh la :)

:magenta

AuntyN said...

No problem kak teh, kita suruh si Om jadi pengadil tu OK ka?

Apple Pie said...

ish ish ish...AN mmg kejam, dah di post gambo, dia post pulak resepi. Tapikan kalo buat sendiri tak sedap, nak kena AN yg buat pasal air tangan AN ut yg bagi penyedap rasa (alasan utk org malas) hhehehheh

Kak Teh said...

okay - beres!! Hisssh, lebih senang masak ayam golek daripada resize gambark!

d'arkampo said...

Battle Of Ayam Golek continues...

Mutiara said...

AN rencah yg buat perap tu buang ka atau biark ataih ayam masa dok kukuih/bakark?
Ni kena tanya.

AuntyN said...

Mutiara, jangan buang, either masukkan kat dalam ayam (kalau grill lah. Dak pun goreng sekali dgn ayam tu, angkat masa dia dah garing, bubuh tepi kat sebelah ayam, anak2 suka "bumbu" tu.

Kampo, Oh yes, the battle is on. Mai lah join

Applepie, sponsor aunty pi Labuan untuk masak ayam golek boleh?

:Magenta, goreng ikan tu preview to goreng ayam OK

anedra said...

AuntyN,
Got yr note so here I am! :)
Anyways, if u try KakTeh's resipi, tell me if its any good! Dah 30 tahun kenal dia..tak pernah rasa lagi!

(kakteh aka oteh! jgn marah..u know i lurrrve u anyways!)

CikNi said...

cewah cewah...hangpa battle, kami dok telan ayaq liuq noh
sungguh kejam

p.s. tergolek sungguh ayam dia noh

Apple Pie said...

AN, 1 way ticket boley?? permanently kena dok cni, jd tukang masak ehehhheheh

AuntyN said...

Anedra, nanti bila aunty try will let u all know. Without doubt sedap tu sebab resepi turun temurun tu.

Cikni : apa dok telan air liur try lah masak, resepi dah bagi tu

Applepie, camna nak tinggal sana, hubby dgn anak2 kena bawak sekali ke?

atiza said...

bila laks aunty nak masak untuk kitorang nih, ek? *drool*drool*

Apple Pie said...

AN, mestilah kena bawak skali hubby ngan anak2. Nanti hubby AN pelangkung kepala saya lak pasal bawak lari bini dia. ehehhhehehh.

AuntyN said...

Atiz : nak suruh masak kena mai sini lah.

Applepie : cukup ke rumah apple nak ajak kami duduk sana tu?

Apple Pie said...

AN, alah kalau roboh pun takpe. Kita pasang je khemah kat padang belakang umah tu. Mesti seronok sesambil makan ayam golek yg di barbeque kat padang tuh :D

Anonymous said...

assalamu'alaikum

masa arwah tok masih kuat, setiap kali raya pasti dia buat resepi itik golek :-) ayam golek i tak pernah rasa lagi :-)

apa kata raya nnt Kak N buat rumah terbuka, resepi ayam golek sajian utama. mesti ramai yg serbu!

Kak Pah

AuntyN said...

Applepie, kalau dah cam tu bila nak hantar tiket?

Kak Pah, rumah kami memamg terbuka setiap raya especially now bila my mom tinggal dengan kami ni. Kalau tak malu mai lah raya tahun ni, hehehe

CikNi said...

betoi lar, itik goleh bapak cik masak sedap ooo....

AuntyN said...

Cikni: mai tukar maih, aunty bagi ayam golek, cikni bagi itik golek boleh ke?

10 Best Home Based Business said...

Awesome blog. I'm loving the site and I have to
return there soon! Going online, when I have the time,
I look for blogs close to your work!
Want to see top notch work, peep my blog site for the bomb work!

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Desire or a nice ass Toasting dried fruits ovens Apple graphics cards http://www.minnie-mouse-watch.info Effects+of+evista Houses ceramic kitchen Poker layouts management training seminar Phendimetrazine canadian pharmacy Financial resource merchant account vancouver Connectivity+london+mcse+training Minnesota powerball numbers most common Hp install network printer wizard download senior term life insurance quote in scotland Canada tadalafil Free legal didgeridoo music downloads for mp3 players Financial planning interactive