April 16, 2005

Nak Pakai Baju Apa Ek?

Susah jugak jadi perempuan ni kan? Sebenarnya aku bukan tak bersyukur yang aku ni dilahirkan sebagai seorang perempuan. Aku bersyukur dan aku tahu martabat kaum wanita ni memang tinggi di sisi Allah. Macam kata hadis tu. "apabila di tanya kepada Rasullallah s.a.w kepada siapakah yang perlu kita berbuat baik, Rasullallah s.a.w menjawab "kepada ibumu" sebanyak 3X sebelum menjawab "bapamu". Begitu juga al-hadis yang mengatakan "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu" itu sudah cukup menggambarkan ketinggian martabat seorang wanita. Walaupun baru2 ni kecoh kerana seorang wanita di USA yang mengimamkan solat Jumaat, aku tetap merasa syukur aku di lahirkan sebagai seorang wanita.

Aku bukan nak cerita yang berat2 ni, cuma nak kisahkan cerita yang senang2 je. Pasal feel wanita (ni Aku lah ni) setiap bagi sebelum nak keluar ke tempat kerja. Ini cerita aku, mungkin ada yang sama dengan yang lain, jadi jangan pulak ada yang tersinggung. Aku bukan nak perli atau sindir sesiapa pun.

Setiap pagi lepas mandi, dok fikir baju apa nak pakai hari ni? Hari ni Jumaat, kami ni dress down saja. Kalau hari lain formal sikit, baju kurung ke, baju kebaya ke, pant suit ke, long skirt ke, apa-apa je lah, hari ni selalunya aku pakai jeans saja. Tapi aku ni kan management tak sesuai lah nak pakai round neck t-shirt pi kerja. Jeans pun yang decent sikitlah, tak lah yang terlalu faded sangat atau yang terkoyak sana sini tu.

Dulu masa aku kat first factory yang aku mula kerja tu semua pakai uniform. Jadi setiap hari tak payah dok fikir dah, dah tau apa nak kena pakai kan. Mula-mula tu dulu hanya hari Sabtu je yang kami dress down, tapi lepas tu even hari Sabtu pun kena pakai uniform jugak lah tu. Semua pekerja dari MD hingga ke operator pakai same colour uniform. Tak ada beza pangkat ke apa. Aku lagi senang orang tanya aku kerja apa, aku pasang cakap kerja kilang je. So sapa nak assume aku ni minah kilang ke apa aku pun tak kisah pun. Manusia sama je kan.

Di kilang sekarang ni walaupun operator di beri uniform kami office staff ada pilihan samada nak uniform ke nak pakai baju biasa. Pasal dah lebih 10 tahun dok pakai uniform aku pun ambik jalan nak pakai baju biasa je lah. Jadinya setiap pagi bukak almari, dah kena termenung kat situ pulak. Baju ni nampak gemuk, baju ni dah lusuh, yang ni baru pakai minggu lepas, hari ni tak de mood nak pakai baju kurung atau yang colour biru. Yang suit2 tu dah panas pulak sekarang ni karang berpeluh kat ofis, lagilah orang tengok aku semacam, gila ke apa pakai 3 piece suit dalam cuaca macam Malaysia ni kan? Tak ada sapa pun nak tengok kat kilang ni pun. Nak bersaing pun tak best sebab tak ada sapa nak ber"dress-up" dengan kita. Habis camna? Pukul 8.00 pagi belum lagi decide baju mana nak pakai, memanjang lah lambatnya ke ofis jadinya. Petang dah nak kena cover balik (sebab kami flexi sikit ni).

Kalau aku kerja ofis gomen macam hubby tu mungkin lah hari-hari kena pakai yang "siuman" sikit bak kata Mak Andeh. Ni kan keja kilang je. Tapi walaupun kerja kilang nak lah kena jaga keperibadian kita kan?. Kut sat ni tiba2 ada visitor yang datang tak bersedia pulak, langsung termalu kan?

Aku rasa bukan aku sorang saja yang ada masalah macam tu kan. Kalau hubby aku tengok apa yang aku pakai mai kerja hari ni, white jeans with pastel orange linen shirt with matching orange tudung, dia mesti pengsan. Dia mesti tanya aku ni nak pi ofis ka nak pi pasar ni. Memanglah tak ada apa-apa pun salah silap kat style ke apa ke pakaian aku hari ni tapi baju tu dah nampak lusuh sikit sebab the material ni very comfy so aku suka pakai.

So ada kah aku sorang yang punya masalah ni ke atau korang pun sama?

15 comments:

S.U.E said...

i have the same problem too. kerja kat IT company so tak der ler kena formal sgt walaupun i tak termasuk dlm kategori nerdy programmer :)

kalau dulu, sebat jer nak pakai baju apa, tak memilih sgt tp sekarang ni, pakai baju, bukak balik. cari yg lain. lepas tu tukar lagi. bersepah2 jadinya baju atas katil.

al-sebabnya berat dah naik 8kg so byk baju dah tak muat. dulu pakai blouse singkat tak kisah, skrg bumper dah saiz L, so tak leh ler pakai blouse singkat dgn pants. nnt ada yg berjalan terlanggar tiang hahaha.. kebaya pun, byk yg dah tak leh button. sigh!

yg sebetulnya, sendiri pun tak sanggup nak tengok diri sendiri pakai baju sendat mandat. so itu lah kerja pagi2 skrg ni before gi ofc. dah cuba simpan baju2 yg tak muat kat tmpt lain. semoga lebih senang memilih baju lepas ni dan semoga berat badan tak naik lagi rendering other bajus tak muat jugak.

Itchy said...

samaaaaaaaaa

kaezrin said...

uiks...mg pompuan nih sentiasa ader the same thinking kot.kekekek masalah pakai baju nak gi office nih...ahaks..samalah kitaaaa

AppleB said...

Wahahhhahahhaha....AN, kita serupa. Mau 3 - 4 pasang baju kena pakai dan test depan cermin sebelum pi keja. Kena ikut mood mata gak. Bak kata mak saya 'hati tu tak tetap, sebab tu susah nak decide nak pakai baju apa' :D

hana_kirana said...

alah, sama jer aunty... but lately ni saya selamber jer... hari2 pakai jeans, tshirt, selipar... coz the Datin outstation. Yahuuuu!

Anonymous said...

sama ja AN..hubby i selalu cakap malam sebelum tu decide la siap2..i kata tak leh, nanti bila pagi besok sure tukaq nak pakai lain lak..kadang2 baju baru tak terpakai walaupun dah berbulan beli..balik2 nak pakai yg dh sedap tu ja..

Anonymous said...

sama la...
-puteri-

atenah said...

tidak sama, sini relax je, jeans, T, sweater. students lagi bergaya dari i. jenuh le nanti balik, nak kena obehaul my image :(

DeLinn said...

pempuan. Biasalah.

saya pun macam tu jugak. Lepas mandi, bila bukak lemari, menung jap pk baju apa nak pakai. Kaler apa. ehehehe Tapi selalunya amik yg mudah or paling minimum utk diiron eheheheheh dan cantik.

MA said...

I memang sempoi. Beli baju kerja warna earth tone (coklat, hitam, kelabu taik anjing,) and mix and match. Susun baju ikut turutan - so main capai aje mana yang first in line - tak yah pening2 kepala nak fikir baju ni dah pakai ke 2, 3 hari lepas.
Baju kurung cuma pakai kalau nak deal dengan pejabat Gomen (kes bodek )

Kak Teh said...

auntyN, la ni dah summer susah lah sikit. kalau winter tu senang saja. kalau baju yang pakai di dalam tu ..hentam sajalah dan yang luar tu jumper kan? Sekarang ni matahari dah mula menjenguk mulalah nak kena pakai yang lebih siuman sikit. Tapi tu pun ikut jugak kerja kat mana...kita ni kan seniman jalanan!

Traveler said...

Was here @ 4.37 A.M 04/16/05..


Have a good weekend AuntyN..:)

AuntieYan said...

Memang pening kalau bab nak pakai baju ke ofis ni. Boleh dikatakan orang kerja gomen..yg. pompuan 90%nya pakai baju kurung. Sejak merangkak tua ni, K/Yan dah kurang pakai baju kurung kecuali hari Jumaat.

p/s: yg. pening sebab baju tak banyak....balik balik pakai baju tuuuu je...

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »