April 12, 2005

Kisah Seorang Isteri

Suatu malam, di dalam kamar tidur yang samar-samar, di antara bisikan kedua suami isteri ini, sang suami bertanya kepada isterinya.

Suami : Esok awak tak kerja kan?
Isteri : Sabtu, memanglah tak kerja. Esok nak makan apa?
(Si isteri bagai dapat mengagak itulah arah perbualan suami)
Suami : Awat masak mee kuah boleh. Senang saya nak ceduk saja bila-bila rasa lapar.
Isteri : Boleh, nanti esok saya ke pasar belikan bahan-bahannya.

Esoknya si isteri selepas menghantar suami keluar bekerja, bergegas ke pasar mencari bahan-bahan untuk memasak mee kuah seperti kehendak suami. Di belinya ketam, udang dan sotong. Ikan pun di beli juga untuk beberapa hari mendatang. Sayur-sayur dan rencah-rencah lain seperti ubi keledek, kentang, tahu basah, mee kuning, tauge, daun bawang dan daun salad juga tidak ditinggalkan.

Setelah pulang ke rumah, dia mula memasak. Ketam, udang dan sotong setelah di basuh di masukkan ke dalam periuk yang telah di tumis dengan cili. Ubi kentang, keledek dan karot di rebusnya. Karot, keledek dan setengah dari ubi kentang kemudian dikisar halus dan dimasukkan ke dalam ramuan kuah. Kacang tumbuk, sos tiram, garam, gula kicap semuanya di masukkan. Akhirnya tersedialah kuah mee yang pada firasatnya telah menepati citarasa suaminya itu.

Setelah itu si isteri kemudian mencelur mee basah, sayur sawi dan tauge. Tahu, fish ball dan fish cake di goreng dan dipotong juga. Ubi kentang dipotong nipis2, daun bawang dan daun sup buat hiasan bersama telur rebus serta bawang goreng. Setelah siap dia pun menghidang hidangan di atas meja lalu menunggu suaminya pulang dari kerja.

Apabila suami pulang dia disambut dengan senyuman oleh isteri di muka pintu. Ditanya samada sudah makan ke belum, Suami menjawab belum kerana mengingati mee kuah yang dimasak isterinya. Lalu mereka makan bersama-sama. Seperti biasalah, si isteri memang tahu ekspektasi suami memang terlalu tinggi, ditanya kepada suami bagaimana rasanya sajian yang dimasak pada hari itu. Namum suami nampaknya tidak berpuas hati. Jawabnya, kuah mee boleh lah tahan tapi tak cukup rasa, simple sangat. Kalau macam inilah saya pun boleh masak. Kenapa tak ada daging atau isi ayam yang di rebus dan hiris buat rencahnya.

Terpegun si isteri mendengar kata2 suami. Tergenang air matanya kerana tidak langsung si suami menghargai kerja yang dibuat nya seharian. Dua jam lamanya dia berada di dapur untuk menghasilkan permintaan suaminya itu. Lalu dia memalingkan mukanya untuk tidak membenarkan suami melihat air mata yang tergenang itu. Katanya, lain kali awak pulak lah masak saya nak rasa, dengan nada suara perlahan yang penuh dengan kekecewaan.
Tiada lagi perbualan selepas itu antara mereka.

Petang nya isteri tertidur kerana terlalu penat. Bila bangun sudah hampir waktu maghrib. Bergegas dia mengerjakan solat dan kemudian ke dapur semula. Suami di bilik tidur melayan television. Setelah di lihat suami tak keluar ke dapur untuk makan di suruh salah seorang anaknya bertanya kepada ayahnya samada mahu makan ke tidak. Jawapan si ayah adalah, tak lapar. Namun si isteri masih juga menyediakan makanan untuk suami, di bawanya ayam goreng kepada suami. Apabila di hulurkan suami tidak manyambut hidangan itu, malah di suruh letak saja di lantai. Malam semakin dinihari, sajian tidak dijamah, muka makin mencuka, sepatah perkataan pun tidak diucapkan kepada isteri. Tetiba, apabila hampir tengah malam suami bersiap lalu mencapai kunci kereta, bila ditanya, tiada jawapan yang diterima. Keluarlah suami dari rumah untuk apa tidak diketahuinya. Namun, isteri dapat meneka suami merasa lapar tetapi kerana rajuknya tadi, dia terlalu ego untuk menjamah makanan sediaan isterinya.

Si isteri merasa tersangat bersalah, langsung dia juga tidak boleh melelapkan matanya. Dibenaknya terfikir, apakah dia berdosa? Jika di takdirkan Allah mengambil nyawanya malam itu pastinya dia tidak akan mencium syurga kerana perginya tanpa keredhaan suaminya. Terasa terlalu sedih dan sayu hatinya pada masa itu. Hampir pukul 2.30 pagi si suami masih belum pulang. Si isteri masih lagi merasa gundah, lalu dia mengambil wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Dia berdoa agar Allah ampunkan dosanya serta dosa suaminya. Dia merayu agar Allah tidak mengambil nyawanya sebelum suaminya meredhai pemergiannya ke Rahmatullah. Akhirnya dia tertidur juga, tanpa memadamkan lampu di bilik tidur.

Keesokan hari, di lihat suami telah tidur di sofa si ruang tamu sahaja. Dia tidak tahu bila kah si suami pulang dan dari pintu manakah dia masuk ke rumah. Dia pun terus memasak untuk hari itu. Biasanya pada hari minggu mereka sekeluarga akan makan pagi lambat (brunch kata orang sekarang). Jadi di sedianya cucur udang kegemaran suami, serta nasi dan lauk-lauk lain. Kari ayam, ikan siakap bercili, ikan kembung goreng, sayur campur fucuk dan cendawan, sambal belacan dan ulam pun ada. Namun, bila hampir siap makanan di hidang ke atas meja, suami sudah meninggalkan rumah tanpa sebarang kata. Tidak dijamah makanan yang terhidang itu. Si isteri merasa kecewa lagi.

Sehingga malam masih lagi si suami tidak menegur si isteri. Masakan tak di jamah, tidurnya jugak tidak bersama. Apakah berdosa si isteri, jika di dalam benaknya dia merasa tidak adil dia diperlakukan sebegini? Haruskan dia yang dahulu meminta maaf dari suaminya atas hanya kerana masakan yang tidak seberapa? Haruskah si suami mengenepikan segala apa yang telah dilakukan oleh si isteri hanya kerana tidak tercapai apa yang dikehendakinya. Telah lebih 20 puluh tahun mereka mengenal diri masing2. Dalam tempoh sedemikian si isteri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada suami. Walaupun ada bibik, namum makan pakai suami diurus sendiri. Tidak kah itu menjadi ukuran?

Entah lah...

31 comments:

DeLinn said...

hmmm...

daripada membuat assumption sendiri, apa salahnya terus tegur dan berbincang dengan sang suami dan tanya direct tentang ketidakpuasan hati sang suami tu?

Just a thought, not much experience utk mengomen.

:)

AuntyN said...

Delinn, bagus cadangan tu, best tak cite drama swasta ni, boleh cari makan tak kalau aunty buat drama bersiri?

NANI SHAHABUDIN said...

saya rasa si suami itu agak keterlaluan lah...
nasib baik dia tak pancung kepala isterinya sebab tak masak ikut citarasanya kan...macam citer seniman bujang lapok tu.
ermm, mungkin si suami tunggu isterinya mintak maaf dulu kot. tapi tetap bagi saya, the husband should change his mindset...
lebih senang, bacalah kisah bagaimana Rasulullah melayan isteri2nya. ikut cara isteri2 Rasulullah melayan suami? diorang just take for granted jer...
hehe...emosi seh aku..

NANI SHAHABUDIN said...

maksud anne, isteri saja yang diminta ikut cara2 isteri Rasulullah melayan suami. Diorang pulak just take for granted...

mee rebus punya pasal pun mau gadoh ka?...hehehe
(petikan seniman bujang lapok lagi)

Kak Teh said...

hai, kak teh pun ingat melampau jugak si suami. apa salahnya cakap baik2 afterall isteri pun dah berusaha buat makan - apa yang dia suka. kalau kak teh pun merajuk jugak...sedih sangat. selalu nak kena pedo, tapi perasaan sendiri tak dak sapa kisah...ish.buat script lah auntyN!

MA said...

Adehhh Kak N - kenangan mengusik jiwa nih. I am glad that I don't have to "layan' kerenah itu lagi.

MA

Anonymous said...

Isy...N, memang ada suami jenis ini....mendera secara diam....

K.Yan

alia said...

hehehehe script ini mcm pernah ku dengar??? tapi dimana ya..

lauk dier tu cam kenal jer....

ermmm wat can i say aunty, kalau xpuas hati cakap.. jgn simpan2..nanti meletops..susah yeww

AuntyN said...

Untuk semua

Sebenarnya buka tujuan untuk meluahkan perasaan ke apa, cuma harap2 suami-suami yang macam gini tu ambillah iktibar.
Kalau betul nak buat skrip pun nak kena belajar jugak lah ni. Walaupun jenis2 lauk tu macam kenal ke kata Bat, itu hanyalah contoh je. Hargailah pengorbanan isteri2 masing masing. Kalau nak marah pun, biarlah dengan cara yang diplomasi. Kalau dengan kawan boleh, kenapa tidak dengan isteri sendiri.
Maaflah kalau terusik jiwa2 yang sensitive OK

Anonymous said...

Saya sorang aje ke lelaki yg komen di sini?? Saya simpati baca kisah seorang isteri yang begitu setia.
After over 20 years, it seems to me, 'taking things for granted' could happen in a relationship. The husband as a man of the house may have his own ego, after all these while..being together in the family ..

1st lagu ni ditujukan buat si isteri (bagi pihak si husband)

Hard To Say I'm Sorry
(Chicago)


"Everybody needs a little time away," I heard her say, "from each other."
"Even lover's need a holiday far away from each other."
Hold me now. It's hard for me to say I'm sorry. I just want you to stay.

After all that we've been through, I will make it up to you. I promise to.
And after all that's been said and done,
You're just the part of me I can't let go.

Couldn't stand to be kept away just for the day from your body.
Wouldn't wanna be swept away, far away from the one that I love.
Hold me now. It's hard for me to say I'm sorry. I just want you to know.
Hold me now. I really want to tell you I'm sorry. I could never let you go.

After all that we've been through, I will make it up to you. I promise to.
And after all that's been said and done,
You're just the part of me I can't let go.

After all that we've been through, I will make it up to you. I promise to.

You're gonna be the lucky one.



Therefore, I suggest, a wife initiate things to make it better if she knows she can't change the husband's mentality after 20 years together. If she has the capability to take 2-3 days to have vacation together or separately , that could be the next thing that would improve a relationship. Only after one of them throw away the egos by asking the forgiveness for whatever that is going on that will ease the tension, and try to forget of what had happened. Just my humble opinion to this 'drama swasta'.


Om

NANI SHAHABUDIN said...

certainly omar! u can't change people or mengharapkan orang tu berubah melainkan orang tu sendiri yang nak berubah. menunggu orang berubah tu lah yang memenatkan. jadi kitalah yang terpaksa mengalah untuk kebaikan bersama...
tapi kalau kita jer yang asyik mengalah pun, tension gak ek...
itulah cabaran...

AuntyN said...

Om, bukan isteri tak nak initiate things to make it better, tapi kenkadang lebih baik di biar sejuk sendiri sebabnya bila isteri initiate at the wrong time (belum sejuk lagi) di tengking atau diherdik denagn kata yang kesat. Thanks for commenting on behalf of the man. I was waiting for the men to comment actually.

Anne. ada betulnya kata2 itu. Kalau sendiri tak mahu berubah tiada siapa yang dapat mengubah pendirian seseorang.

Ni said...

begitu susah nak memahami dan meneroka jiwa spesis yang satu nih

alia said...

aisehhh Om..

nostalgia tuh lagu tuh...

Ni said...

nak tambah sikit boleh auntyn?

sebab yang sama lah saya tak memasak, only once in a blue moon. Saya cakap kat hubby - kalau beli kat kedai tak sedap, buang je. Esok jgn beli kat situ lagi. Sapa pun tak sakit hati+ sakit kepala.

Itchy said...

eh tatau nak ckp lah... geram dgn lelaki yg mcm ni... ingat die bagus sgt

Anonymous said...

haa..sedayy nye bace..nih kali ke dua anni bace tau n3 nih mama rock..hee...sedayy ngat org wat kite cm tuh

NANI SHAHABUDIN said...

ditengking dan herdik? bayangkan mcmana anne nak marah pada hubby dgn pengakuan dia (yg i cerita kat tagboard joe tu) kalau sekali pun dia tak pernah buat gitu pada anne...

sori, i byk komen kali ni, pasal benda ni betul2 menyentuh hati anne..

JoeBangla said...

I was here :-)

Anonymous said...

my 2 cents, after 20 yrs, the wife should know the husband well, yes he has a weakness, but i suppose he must have some good things too, ko tidak takkan the wife tunggu for over 20 yrs kan. so he's not gonna change, hatta the wife needs to have a paradigm shift (kata2 favrit org2 UMNO :). so when the husband said "apsal tak taruk bla blabla", the wife should answer "eh eh iya lah, bernas sungguh idea awak, nanti saya buat cam tu....err bila lagi awak nak makan mee rebus, miggu depan, ha nanti saya buat macam yg awak kata tu, ye Liiing"
haaaa kasi apa, omputih kata, take the wind out of his sail.
Disclaimer: ini mmg adalah teknik saya yg mmg tak larat nak melayan karenah org, so always make them think that they are right. Whether you actually agree or not, lain hal.
Ish, ish, ish, sorry panjang melalut pulak khutbak saya. Ni bukan apa, kes withdrawal sympthom from blogging la nih. LOL ha dah decide nak stop bogging kejap, mai dok lepas geram kat blog org pulak.
i know, i know, i'm a hopeless case
:raspberry

Anonymous said...

itu sorang suami yg tak tau bersyukur, depan makanan buat gitu. kan dah byk kisah dari keliling camana org lain hidup susah, makan pun ala kadar je. seharusnya dia diletakkan kat mana2 pulau biar tau hidup susah skit.

utk isteri tu pulak, nothing wrong with her, she has done her job well !

SK

Anonymous said...

My only advice to the isteri is gelakkan jelah perangai sang suami yang kuat merajuk tu. Otherwise, si isteri boleh jadi tension, stress nanti boleh dapat heart attack...lain pulak jadikknya nanti. Suami ni lagi isteri pujuk, lagilah mengada-ngada, macam budak kecik..

atiza said...

eh..eh..terasa la..

Anonymous said...

if the wife feels she did nothing wrong, tak yah la depress2, nanti naik plak blood pressure or migrain. Just enjoy herself watching tv or gardening.

Mutiara said...

AN
Tak tau apa nak kata dengan sikap suami yg macam tu. Memang beliau seorang manusia yg tak tahu bersyukur dan suami yg tak tau untung...kalau nak makan sedap masak sendirilah. Ini mungkin salah didikan jugak. Didik suami bagi manja dari mula kawin dan suami yang kawin sebab dengar kata-kata ibu mereka "kawin lah cepat senang ada orang jaga makan pakai"

Anonymous said...

hai kak N...

biasa la tu Tuhan sentiasa menduga umat nya.... hanya yg benar2 bertakwa kan mampu mengharungi dugaan ini....

so hati2 dengan dugaan ini... moga diberi kekuatan hendaknya... aminnnn

Honeytar said...

Aiyoyoyoo.... kena belajar "buat bius" pada hati...

lilo_kill said...

adus... menusuk kalbu baca citer ni...

anyway, saya pun penah merasainya... husband saya merajuk sampai seminggu tak makan kat rmh gara2 masak tak kena ngan selera dia... sedih, memang sedih... dah lama kawin, rasanya ada dua tiga kali je dia puji masakan saya. bukan nak mintak puji, tapi jgn la marah sampai tak nak makan kat rmh... penat masak lum hilang dah kena marah... sedih tul..

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Aric insurance Star shape air cleaner Necrotizing fasciitis from malpractice Zithromax buy tramadol Car alarm information incorporating 3d graphics into flash effective engine marketing search article baptist church incorporation pornstars fitness buy online prescription propecia vaniqa voaga xenical 2005 2006 ford truck minivan questions burkinafaso incorporate business health indiana insurance small golf course Naked hot blonde Custom upholstery furniture Scrabble tournament championship board incorporate elec comm mobile phones hardware all nextel

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP winsor pilates Sharp fax refill ink weight loss plan Md vacuum cleaners discount meridia mutual funds

munauwarah said...

bukan senang nak jadi isteri yang baik...baca n dengar cite yang serupe ini membuat sy gelisah apakah perkahwinan yang baru dibina ini bakal mengundang kehidupan yang penuh kekecewaan di lewat usia perkahwinan nanti.....semog suamiku menjadi suami yang baik dan penyang dan mengerit hati ini sampai ke akhir hayat.....INSYA'ALLAH....