Hehehe, semalam aku pi klinik dengan hubby dan Kak Long. Tak ada sapa sakit pun, jadi jangan cemas. Kalau sakit tak kan dok sengih memanjang tu. Actually Kak Long kena buat medical check-up sebab nak masuk kolej. Dia baru dapat tawaran MMU, yang lain belum dapat lagi so process yang ni dulu takut kalau yang lain tak dapat untuk buat pilihan.
Apa yang aku syok sangat tu bukan pasal tawaran tu. Yang tu memang lah syukur pun, tapi masa kat klinik, aku naik weighing scale juga timbang berat aku. Sekarang aku dah turun berat badan ke 59kg. Rasanya dah dekat dua bulan, tarikh akhir aku timbang berat badan, masa tu 61 kg. Untuk ketinggian aku yang terlalu rendah bagi ku ini 58 kg tu dah on the high side tu. Aku ni pendek je, cuma 5 kaki tinggi, tu yang nak kena pakai high heels 2 inci tu nak menambahkan tinggi. Supaya nampak anggun gitu kan...... hehehe.
Aku ni memang nak turunkan berat badan, sebabnya hubby aku memang tak suka tengok aku gemuk, Dialah sebenar2nya motivator aku untuk kuruskan badan dan always stay slim melim ni. Dia ni sebenarnya nak sentiasa tengok aku, lawa, slim, berperawatakan menarik, pakai smart dan cantik2. Bukan untuk dia kat rumah saje ni tapi kalau keluar dengan dia kena pakai baju yang dia suka, kalau tidok tersentot (tersentap) tak jadi keluar, muncung seminggu. Susah nak pujuk pulak tu. Kalau hari dia tak kerja tapi aku kerja, (maksudnya aku keluar rumah masa dia ada, kenalah aku pilih pakaian yang dia kata cantik, kalau tidak dia akan tanya, Ni nak pi kerja ka nak pi pasar? Atau dia akan membebel, "Apa lah pakai macam ni, macam orang kampung je, pakai lah yang boleh nampak berkaliber sikit so that orang respek".Aku selalu jugak jawab, memang orang kampung pun. Aku ni bukan kisah sangat, kalau aku boleh pakai jeans dengan T-shirt mai kerja lagi aku suka. Aku selalu jawab balik, "I ni kan Minah kilang je, sapa nak tengok kalau pakai lawa2 pun". Dulu2 pakai uniform so tak lah kisah sangat kan. Dah tersimpang pulak aku ni...
Sambung balik pasal my battle against the bulge ni. Aku masa anak dara dulu, sebelum kawin tu beratnya 45 kg saja. Lepas beranak satu, hingga tiga, badan naik tapi tak lah obvious sangat. Aku tetap jugak mengamalkan bertungku dan bengkung selepas beranak ke-empat2 anak2 aku tu. Aku pun kuat makan jamu sebenarnya. Banyak jamu yang aku makan, tapi selepas anak ke-empat ni agaknya dah tua dan hormone pun tah tak tentu arah agaknya badan naik dan susah pulak tu nak turun. So bermacam jugaklah cara yang aku juga, krim itu, krim ini, sauna, jamu dan juga baju yang melekat kat badan tu yang Haliza Misbun dok promote tu. Dulu2 aerobik class pun aku pernah masuk. Tapi oleh kerana aku tak pernah disiplin, jadi selalu sekerat jalan sajalah jadinya. Exercise machine pun ada 2, 3 kat rumah. Excercise pun yang paling regular tu cuma lah yang tolak trolley kat supermarket tu je, atau bawak bag plastik ikan dan sayur2 kat pasar2 dan pasar2 malam. Excercise kaki dan tangan, balik rumah excercise mulut. Poket pun excercise jugak sebab tu asyik lean saja tu, tak pernah buncit2 pun.Dulu2 kalau ke KL tu ada jugak aku dengan PS pi brisk walking kat KLCC park tu, tapi kebelakangan ni selalu je lupa nak bawak sports shoes so sentiasa tak excercise lah.
But what I notice is that kalau kolestrol tinggi susah nak turun berat badan. Recently dalam 2, 3 bulan kebelakangan ni aku ada cuba satu method untuk buang toksin dalam badan. Cara tu yang rendam kaki kat dalam air, the electric wave tu akan sedut keluar toksin melalui kaki. Ada diorang dok promote kat supermarket sekarang ni, one of them is Platinum Detox. Aku buat ni pun kat rumah (from a different brand), malu nak tunjuk kekotoran kat public kat supermarket tu. Ada kawan my younger brother yang buat business ni , jadi my mom nak buat we all suruh dia datang buat kat rumah kami je lah. Dia selalu kata my cholestrol tinggi, aku ni kalau tak sakit tak pergilah doktor walaupun aku tak pernah takut makan ubat. Jadi aku pun tak tau tahap mana aku punya cholestrol level tu, asyik dok procastinate je nak pergi check-up actually.
Selain dari tu aku control jugak makan ni. Dulu2 masa aku makan jamu sendayu tinggi tu aku dok tanya jugak kat distributor tu awat tak turun pun berat badan aku walaupun aku dah habis makan berbotol2. Dia kata Puan Rozita tu kata, kalau betul nak turun berat badan jangan makan malam, lepas pukul 7 malam dah tak boleh makan. Adoi, sakit lah camtu, patutlah tak turun-turun jugak tu. Buat habis duit je lah nampaknya. Tapi sekarang aku control banyak makan dah, siang kalau kat ofis aku makan pukul 9.30 pagi breakfast then aku tak makan lunch, aku makan snack masa pukul 3.00ptg je. Kalau aku makan lunch aku tak pi tea break lagi dah. Malam makan tapi kurang sikit, kadang2 cuma 2 keping roti. Kalau makan nasi (hubby suka beli nasi lemak bungkus), 1 bungkus saja yang aku makan. Walaupun dah kurus ni, aku masih kena excercise bagi perut dan belakang aku tak flabby sangat baru lah aku akan rasa confident nak pakai kebaya selalu.
Nak buat camna nak bagi Cik abang aku sayang kenalah, jaga sikit badan ni, hehehe.. Sebenarnya bukan macam tu pun, sebab masa aku gemuk dulu, berat aku paling tinggi 67 kg rasa aku, I look and feel horrible sebab rasa berat dan mengah nak buat kerja pun. Sekarang, rasa best je, rajin and confident. Aku bukan lah nak kurus sampai nampak tulang atau nak jadi macam Terry Schiavo tu, nanti tak sedap pulak hubby nak peluk sebab tinggal tulang je, tapi cuma tak nak sangat gemuk dan nampak so very short and ugly
Ni kalau pakai jeans orang tak tengok muka, jalan dari belakang, rasanya masih ada yang nak ngorat ni, ingat anak dara mana pulak, bila toleh nampak muka kena mintak maaf lah termengorat makcik pulak kan? Aku akan senyum je, dalam hati akan cakap padan dengan muka kau, hahahaha.
Mesti ada yang ingat aku perasan agaknya ni, ambik je lah sebagai guraun semata-mata sebab I can laugh at myself over this.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Hi..Hi....!...N...kita serupa!..kita serupa....!La ni, Kak Yan rasa tengah tersangat le gemoknya...isy..nak buat lagu mana nih!...agaknya dah tak boleh nak turun dah..dah dekat nak menapouse...kot nih!...Isy...bila N. mai KL lagi boleh le kita bincang topik ni kot...
Kak Yan.
Aunty N: Agaknya semua kaum ibu concious cam kita ni kut. I'm quite tall 5'4"... hubby kata just nice tapi sendiri rasa bum tu ada sikit besar... and perut ada sikit buncit. ikut you punya desc, auntyN ni pun sedap mata memandang, sedap tangan memegang jugak le kan?kan?kan? cayalah!
Aunty N,
Jade mase belum married dulu, ada pegi satu klinik ni, dia nih nutritionist la. So dia bagi makanan2 yang you should avoid and patut makan. Kalau follow bebetul memang senang turun badan. Mase tuh jade follow 2 minggu pertama turun 7kg. Pastu the next 2 weeks another 3 kg. Boleh la pakai baju lawa2 masa wedding kan.Dia bagi ubat sekali, to suppress your appetite, tapi jade tak amek sebab ubat tu buat Jade tak leh tido malam. Anyway it really works, yg tak daya ialah utk pegi ke klinik tu sebab nya ramai giler orang. So, ones Jade dah dpt menu dia, Jade tak pegi klinik dah, Jade beli clinical fat burner dan amalkan menu diet nya. Ada sesape nak menunya, nanti Jade update kat blog Jade later ya.
Tapi..chewah ada tapi ni.. Lepas kahwin Jade tak follow sangat. Dah jadi separa beruang dah skang ni. Jomla diet sesama and keep us updated on our progress! Baru semangat sikit.
AN
Before I turned 30, i was so skinny, that some people said that I was kuruih kering macam papan. I punyalah berdoa nak berisi sikit so that tak sakit pungkork duduk ataih kerusi. But after my stay in hawaii, I came home montel sikit, but still under weight. Now in my 50's I am over weight, but my husband says that it does not matter, if I can't get through the door, we will use the french sliding door and he will get the fork lift to put me on the pickup truck hehehe.
aunty mutiara : LOL! he's such a darling, sooO very loving!
i inherited my dad's gene, so i ni jenis tinggi & besark. masa college dulu punyala nak kuruihkan bdn sampai sanggup smoking (HOW STUPID!)memang la kuruih sikit tapi once i stopped, naik balik la.. tapi la ni nak dok dekat asap pun tak buleh, jadi semput.
i'm lucky my habibi tk kisah with my size. Kalau i merajuk dgn dia & tak nak makan, dia dapatla idea nak kata kalau tak makan nanti kuruih, dia yg susah pasai takdak handle nak pegang. Chehh!
Faith.
auntyN, kak teh dah give up. memang dulu masa lepaih anak yang keempat poun dok boleh pakai baju masa bersanding lagi. Laa ni lengan pun tak boleh masuk. Tak pernah pun exercise..choklat dok gnap-ngap 24 jam. masa nak pi concert cik siti tu jenuh cari baju nak nampak elok sikit. hmm lama-lama pakai yang ada saja. Bukan orang nak tengok kita! tahniahlah auntyN dah turun badan sikit. bagilah petua apa yang aada asaikan tak yang kena pi aerobiks.
aisehhh.. jeles tahap dewa nih.. kat Aunty..hehehhehe
i sekarang pun dah mcm semput.. hari2 tengok kebaya nyonya pun xleh nak motivasi..hehehe..
nasibla galah..kalau tidak dah lama merayap..
*lompat2 ngan tali skipping*
aunty..camno nk vanish the spare tyre ek ? heheh..
Tahniah buat along sbb dah ada tawaran walaupun baru dapat satu reply.
Menengok keprihatinan mak-mak suri rumah nak menguruskan badan ni, ni rasa nak ambik personal fitness trainer certification pulak nih, nanti balik boleh bukak gym dan offer reasonable price buat sesiapa yang nak teringin nak exercise. Nak minta saya jadi 'personal trainer' ke AuntyN.. kalau kat sini US$35 sejam aje..
Have a good day AuntyN :).
Om
Kak Yan : OK, nanti kita buat sessi bincang no.
Shidah : hari tu ada baca cite Shidah kat blog tu. Aunty ni memang sedap di peluk pun, hahaha.
Jade : Nanti aunty tengok formula Jade tu, Tapi aunty memang takut dengan diet pills ni. Lebih rela makan jamu yg pahit dari pills tu.
Mutira : Bestnya dapat hubby macam tu, mine is just the opposite lah tu. Dia tak rela isteri dia tak cantik.
Faith : Camtu tak payah dok diet lah biaq banyak handle boleh pegang.
Javard !!! anak menakan kita!!!. Rasanya kalau duduk oversea pun tak kuruih jugak kut, Kalau dok buleh masak macam aunty masak tu. Tolong mintak kat maktok resepi ayam golek tu, nak try jugak kat rumah ni. Insyaallah nanti kami sekeluarga cuba singgah kat rumah, Rindu sangat kat Maktok & your mama lah.
Kak Teh : Mana ada petua pun, Kak Teh kena suruh Cik Awang dok teguq selalu kut macam abang cek kat rumah ni tu yang boleh turun berat tu.
Bat : Dah beli kebaya nyonya tu kena usaha kuat sikit lah. Tidak tu buang duit je.
CN : Tidur lurus tanpa bantal, letak tangan bawah kepala. Angkat kaki 45 darjah, hold them there, kira sampai 8, turun kaki repeat 8 kali. 3 kali seminggu. Perut jadi kempis lah tu. Yang lain kena tanya Om (my personal trainer)
Om, a good investment tu. Tapi jenuh la aunty nak kena cover semua masa nak exercise, habih camno?
From : http://www.talkabouthealthnetwork.com/group/alt.health.biofeedback/messages/2112.html
]
> Someone at work asked me about the foot detox process. I looked at
> the websites offering this product/service. The following is my
> conclusion. I hope that this information will help other people avoid
> this scam.
>
> This treatment purports to detoxify your body via a foot bath. The
> scam vendors advertised these devices as aqua chi machine, bio
> electrical biofeedback machine, foot spa, energy spa, super detox foot
> bath . They also advertise the scam as a service such as bio-detox,
> aqua detox, aqua spa, emerald detox, platinum detox. The machines can
> run upwards of US$2500. The treatments can cost upwards of US$75.
>
> In essence, the foot bath contains a low voltage/amperage AC to DC
> transformer attached to ferrous electrodes.
>
> The process is basically electrolysis of water, a typical high school
> experiment, with a twist.
>
> The brown "toxins" you see is from the rust generated by the corrosion
> of the iron electrodes. The different variations in color can be
> accounted by varying amount of salt added to the water and variations
> in the compositions of the electrodes.
>
> Hydrogen and chlorine gas is given off in this process. The oxygen
> atoms from the water combine in the liquid with the salt(added to
> water to improve conductivity) to form hydroxyl ions. The chlorine gas
> is from the chloride in the salt. The oxygen in the hydroxyl ions stay
> in the solution.
>
> Given that chlorine gas is poisonous, this process can be potentially
> be dangerous to your health. And the explosive hazard posed by the
> hydrogen is another minus.
>
> So next time someone shows you this "miraculous" treatment, run the
> other way.
>
> For those interested in the proving the fraudulent nature of the scams
> for yourselves, you can do the following:
>
> You need a direct current source, some copper electrical cables, some
> steel wool, a plastic container, and some salt.
>
> For DC current source you can use the brick transformer from a walkman
> or portable electric device. Read the label on the brick to make sure
> it is DC output. The higher the amperage and voltage output the
> faster the results. I had good results with 1000mA and 5V. Make sure
> the voltage output is less than 30V.
>
> For electrodes, use dish washing steel wool. There is a lot of surface
> area and it rusts easily. Make sure the steel wool is not made from
> stainless steel or galvanized to prevent rusting.
>
> Roll some steel wool into the approximate shape of a pencil. Make
> two. These are the electrodes.
>
> You can either cut off the output plug from the transformer (the easy
> way) or strip the ends off some copper wires and attach them to the
> output plug of the transformer.
>
> Strip off the other end of the wires (from the previous step) and
> attach to the electrodes. Wrap the wire around the top of the
> electrodes.
>
> Fill your container half way up with water and add salt. Because
> water is not a good conductor of electricity, you need the salt to
> make it conductive. The saltier the better.
>
> Put the electrodes in the water. Make sure the wires coming from the
> transformer is not in the water. They can corrode and stop the
> effect. Also make sure the electrodes don't touch.
>
> Plug in the transformer and wait about half hour. Do the experiment
> in a well ventilated area. The gases generated are chlorine and
> hydrogen. Both can be dangerous.
>
> The water will turn brown from the rust.
>
> Because this experiment involves electricity, explosive and poisonous
> gases, proceed with care and at your own risk. I take no
> responsibility for any problems that may result.
--
>Subject: Fwd: [farmasianis] FW: detox foot spa=satu penipuan
>Date: Wed, 23 Mar 2005 23:55:56 +0800
>
>
Selendang Biru : Tak pa2, thanks for visiting.
Anoynamous : Terimakasih untuk info yg diberi. Nape tak perkenal diri tu.
tahniah dan semoga berjaya
salam dari mmu buat kak long..
kak long dapat tawaran mmu mana? melaka ke cyber?
Cikni : terimakasih
Sinar : Terimakasih, Cyberjaya.
Aunty N...BM BM tuh bukit mertajam ke?
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it 2004 dodge ram 1500 repair manual
Very cool design! Useful information. Go on! »
Post a Comment