April 02, 2005

Bali Dalam Kenangan

Semalam, Explorace yang ditayangkan oleh TV3 telah dijalankan di Bali. Tengok tempat2 yang team2 Explorace ni lalui mengimbau kenangan semasa aku ke Bali bersama arwah ayah pada tahun 2002.

Ayah aku selepas dia bersara dari menjadi seorang guru, telah menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengedar gas Petronas. Setiap tahun Pertonas akan beri penghargaan kepada pengedar2 yang berjaya mendapat target tertinggi jualan seluruh negara. Penghargaan ini akan bahagikan mengikut zone. Ayah pada tahun tu telah mendapat tempat ketiga bagi zone utara. Hadiahnya ialah trip ke Bali untuk dua orang selama 5 hari 4 malam. Aku pun dah lupa berapa couple yang mengikuti rombongan tu, mungkin 20 couple.

Aku sebenarnya pun tak sangka ayah nak ajak aku pergi trip tu. Kami, iaitu ayah, emak, abang ngah aku dan kakak ipar (kak ngah) baru saja balik dari mengerjakan umrah. Ayah memang dah tau pasal trip ke Bali tu sebelum ke Mekah lagi dan dia masa tu belum decide nak bawak siapa antara anak2 dia. Sepatutnya bawak emak lah tapi mak memang susah nak berjalan sebab sakit lutut (osteoporosis). Masa kat Mekah pun kami ambik wheelchair untuk tolak mak dari hotel ke mesjid, tawaf, sai dan lain2.

So, to bring mak would be out of the question. Agaknya ayah ada tanya adik-beradik aku yang lain. Yang lelaki, kalau nak pergi dengan ayah, isteri nak ikut sama. Tiket hanya 2 camna nak bawak menantu sekali. Tanya abang long, kak long nak ikut, abang ngah tak interested, abang lang sibuk dengan kerja. Kakak aku sibuk dengan kerja dan anak2 (anak dia 7 orang). Adik perempuan aku, entah lah apa pula alasan dia (passport tak sempat nak renew kut). Aku ni yang paling senang, hubby tak kisah, passport available (baru balik dari Mekah). Dan boleh lah jaga ayah. Dia tu diabetik dan darah tinggi, ubat nak kena makan setiap hari berbelas biji, nak kena make sure dia tak susah masa kat sana. Lastly, agaknya dia ajak aku lah. Aku pun OK lah dapat makan angin free ni.

Perjalanan kami start dari flight dari Penang ke KLIA, malam kami berkumpul dan menginap di Pan Pacific KLIA, malam orang Pertonas bagi taklimat masa dinner. Esok pagi2 baru bertolak ke Bali. Bali Island is a beautiful place. Memang cantik, dan aman tenteram. 99% are Hindus but their Hinduism lain dari yang kita tengok kat Malaysia ni. Kuil dia orang tak ada patung2 macam yang kita tengok kat Malaysia atau India. Tapi pagi2 kita akan nampak ada "persembahan" macam diorang bagi makan spirit kat tepi bangunan atau jalan2. They are very artistic people these Balinese, ukiran merata2, kat bangunan, kat roundabout, everywhere. Pantai tu tak payah cakap lah, cantik nya pantai dan air laut dia, Masyaallah, pemberian Tuhan kepada makhluknya.
Sampai saja di Denpasar kami di bawa pergi lunch dan kemudian check-in kat hotel. We all tinggal kat Nusa Dua. Petang kami di bawa ke Tanah Lot untuk katanya tengok matahari terbenam. Kat situ ada kuil, bila air pasang jadi macam pulau. Masa tu air surut jadi boleh lah kalau nak jalan kaki ke kuil tu. Kami tak pun pergi, cuma jalan2 kat pantai dia sampil tunggu matahari terbenam. Ramai tourist yang duduk situ dok tunggu matahari terbenam tu. Cantik sungguh masa tu. Malam kita di bawa makan kat restoran seafood. Restoran ni dia serve seafood (ikan, udang sotong) di dalam bakul dibuat dari lidi kelapa. Kalau kat utara ni dipanggil "lekaq" yang orang dulu2 anyam dengan lidi kelapa untuk buat lapik periuk panas lepas masak tu. Nama restoran tu Angsa Putih, siap ada tarian tradisional lagi.

Esoknya ke Kintamani kat atas bukit. Kat bawah lurah bukit tu boleh nampak gunung berapi (nama dah lupa). Ada lagi kesan bekas lahar dia melimpah satu ketika dulu. Kata tour guide, boleh tempah kalau nak bermalam di situ dan suhunya dingin sekali bapak2 dan ibu2 ya...
Waduh, enak gitu ya kalau honeymoon..... (too bad I was with my dad, hmmmm).
Kemudian singgah Berdugul, lawat kuil lagi. Yang dah malas jalan2 keliling kuil tu shopping je lah kat tempat yang sampai tu. Setiap tourist spot mesti ada souvenir shops.
Ada banyak lagi temples yang kami di bawak lawati, one of them is in Ubud, kat tempat ni ada istana bekas president Soekarno. Menurut tour guide, Presiden Megawati tu ada grandmother dari Bali sebab tu orang Bali support dia. Di temple kat Ubud juga ada kolam yang airnya macam menggelak kat dalam kolam tu. Probably from the volcanic activities underground. They also believe the water is holy so if you drink it you wishes would come true. There are a certain part of the temple that requires you to wear a selendang around your waist if you want to enter the courtyard. We were lucky because when we were there, there was a prayer session so you can see the traditional Balinese dance. They dance before they pray, then we got to see the priest perform the prayers as well.

The next day we were treated lunch at Restoran Natrabu. Wow, fantastic menu of nasi Padang. So much so that we requested to eat there again before we went home. Wishes granted, on the last day before we check-in our flights we were again taken for lunch there. Ada yang siap tapau bawak balik Malaysia. Maklumlah kebanyakan yang pergi tu makcik2 dan pakcik2. Nak gelak tu sebab on the first day we arrived, when I introduce myself to the ladies, one of the makcik said that she thought I was my father's wife. So siap dok ingat, "amboi, cikgu ni bawak bini muda dia mai Bali". Nak tergolek aku gelak
I was amongst the younger generation. Hari tu (last day), memang spend untuk shopping, last sekali kita di bawa ke bandar Kuta where you can shop and dinner on your own. Aku dengan ayah makan nasi padang jugak tapi tak sesedap Natrabu tu. After a few months lepas we came back there was the bombing in Kuta. So sad because the place was beautiful and the Balinese are peaceful people, full of culture.

I had a good time in Bali, memang rasa nak pergi lagi kalau ada kesempatan. Kali ni kalau aku pergi, I will go with my family. I would definitely recomend to you especially the courting couples to go there for your honeymoon. Even after the bombing, it would still be peaceful.

Gambar? I don't know where they are at the moment, sebab lepas renovate rumah hari tu, banyak barang2 yang aku masih tak tahu di mana letaknya. Tapi, Bali masih segar dalam ingatan, sebab tu aku boleh menulis post ini hanya dengan berbekalkan ingatan.

10 comments:

atenah said...

tak pernah sampai lagi, will definitely be the 1st overseas target after balik nanti.

JoeBangla said...

tak gi Lombok ker? :-)

AuntyN said...

Tenah : should be nice,

Joe : tunggu ko dah ada bungalow besar kat Lombok baru nak gi sana.

Traveler said...

Udah sampe ke Jakarta dah dulu AuntyN ngan Achik saya.. Baca cerita pasal Bali ni , ni yg nak pergi rasanya ni...sebab macam best aje..


Moga di suatu hari nanti kekurang dapat membawa ibu bersama ke sana....

atiza said...

kalau tengok kedai jual perabut jati, mesti teringin nak pegi ke Bali..bila la agaknya ek?

AuntyN said...

Om, CN and Atiz : Bali tu memang worth going.

alia said...

hehhehe tempat yg mesti pegi...

Anonymous said...

auntyn, I got to say your post on this post best describes bali rentals!!

Anonymous said...

Excellent, love it! » »

Anonymous said...

Terimakasih sudah bisa numpang utuk baca-baca