April 17, 2005

Sabtu Yang Membahagiakan

Selepas solat subuh pagi tadi, aku dan hubby panjat balik ke atas katil. Tak ada lah cerita 18SX yang berlaku pun. Selalunya kami hanya bersembang, hal-hal rumah tangga kami, hal-hal anak-anak, apa nak makan dan lain-lain lah. Masa-masa gini lah aku akan cakap apa yang aku tak suka, atau aku nak "smash" dia ke. (berani sangat lah konon nye) pelan-pelan, bisik-bisik gitu, sambil gosok-gosok tangan dia and so on lah hehehe (can you imagine that?).

Dah siap dia buat "order" untuk makanan hari ini, aku pun kena bangun untuk ke pasar. Sebab benda yang dia mintak tak ada dalam stock aku. Mandi dan bersolek sikit-sikit je, pakai T-shirt dengan jeans saja sebab nak ke pasar je tu. Masuk kejap ke dapur, hubby pun ikut jugak, hangatkan mertabak yang aku beli pada malam semalam kat pasar malam tu, lapik perut sikit lah tu sama dengan hubby dan angah. Angah beritahu dengan baba dia nak ambik 13 subjects pada tahun depan untuk SPM, dia dah beritahu aku semalam masa aku bagi English tuition pada dia dan kawan-kawan dia tu. Aku ada cakap kata baik dia concentrate dengan 10 subjects yang dah sedia ada sekarang dari tambah lebih subject, Nanti tak boleh cope susah pulak. Buat apa semua dapat pass 7 atau 8, nanti pull down overall result dia tu. Aku pun dah kata, boleh ke dia bahagi masa dia, mana nak study lebih subject, mana nak main hockey lagi, etc. etc. Aku tak nak dia stress dan tercicir segalanya dan akan menjejaskan masa depan dia. Tak nak aku dia jadi sewel sebab nak kejar benda yang di kendung tu. Baba pun ada cakap yang serupa jugak kat dia. Tapi aku nak dia sendiri yang decide apa dia nak buat.

Aku check supplies apa yang tak ada, dah tengok beras dah nak habis, so aku cakap kena pi Carrefour lah ni sebab dia buka awal 9.30 pagi dah bukak dah. Aku pergi pasar dulu sebab baru pukul 8.30 pagi masa tu dan beli barang2 dapur yang basah, ikan, sayur, santan, dan lain2.

Semasa dalam perjalanan balik dari Carrefour Ayin telefon kata dah ada students tuition aku sampai. La, apasal si Sya tak cakap dekat depa ni nak ganti esok sebab Sya ada test Tae-kwan-do pagi ini. Since diorang ni dah mai aku kata OK lah aku ajar jugaklah. Aku buat English tuition untuk anak2 kampung je, bukan nak menambah pendapatan pun cuma sedikit amal jariah je. Habis tuition aku dan Sya yang dah balik dari Tae-kwan-do tu hantar budak2 tu balik rumah diorang. Aku sebenarnya teringin nak tahu saja, jauh mana rumah diorang ni dari rumah aku. Kadang-kadang diorang datang dengan bapak diorang, masa nak balik aku suruh pakai telefon kat rumah telefon mak atau bapak diorang tu. Hari ni aku dah rasa nak tengok pulak mana diorang tinggal. Terkejut jugak aku kerana terlalu jauh ke pendalaman rumah diorang ni. Kena lalui jalan tar kampung je yang hanya satu lorong saja menuju ke rumah diorang tu. Punya lah bersemangat budak2 ni nak menuntut ilmu. Masa tengah drive balik kawan aku telefon dari Perlis. Aku suruh Sya cakap aku tengah drive sat lagi aku telefon balik. Dah sampai rumah baru aku telefon dia. Saja nak khabar dia kata sebab dah lama tak call. Dia tanya tadi pi mana aku cerita yang aku hantar murid2 tiution aku balik rumah diorang tu. Dia gelak sambil kata baik nya cikgu ni, dahlah ajar ambik duit tak seberapa, bagi makan minum lagi lepas tu hantar balik rumah lagi. Saja aku kata, buat amal jariah sikit2. Dia update aku dengan perkembangan terbaru kawan2 sekolah kami.

Dah tu baru lah nak masak. Habis masak apa yang hubby "order" tu, aku ajak dia makan. Macam biasa lah kena melayan dia makan. Makan beradap lah tu macam pengantin baru. Ni pengantin tua bukan baru lagi dah ni.....Hari dia puji masakan aku sedap, dia kata puas makan sebab sedap. Aku kembanglah apalagi bukan senang nak dapat pujian ni kan? Esok kena timbang berapa kilo naik berat badan ni. Jadinye sepanjang hari ni manis ajelah muka kami berdua.

Petang dekat nak maghrib, hubby duduk kat luar sambil dok belek pokok-pokok dia. Aku berdiri kat muka pintu dengan satu gelas Nescafe panas. Dia ajak duduk kat luar sekali sambil hulur tangan pada gelas nescafe. Tanya dia punya ke, aku jawab tak, aku yang punya. Tanya dia nak ke aku buatkan segelas dia kata tak payah tapi menghulurkan tangan untuk gelas aku tu. Aku bagi dia minum walaupun aku dah minum sikit. Selalu jugaklah kami minum se gelas tu, nak ikut sunnah Nabi lah katakan. Aku pun duduk temankan dia kat luar tu. Dia ada kata adik dia cadang kat dia kalau ada suit lebih tu suruh besarkan ruang tamu kecil kami tu. Aku kata aku tak setuju sebab aku ada cadangan lain, dia nampak macam setuju je dengan cakap aku tu. Tapi kami pun tak tau bila nak ada duit lebih tu. Dah banyak habis masa renovate rumah tahun lepas tu, sebab anak2 dah makin membesar rumah terasa semakin mengecil masa tu. Hutang bank yang kami ambik untuk tujuan membesarkan rumah pun masih bertahun2 lagi nak habis tu. Aku pun tak tau bila nak merdeka dari hutang puitang ni. Takut jugak lah nanti kalau mati sebelum dapat habiskan hutang, dah lah terawang-awang pulak roh aku ataupun anak2 jadi mangsa untuk melangsaikan hutang2 aku tu. Kalau jadi macam tu sahih lah anak2 mengutuk aku kat dalam kubur tu dan bukan nye nak sedekahkan Al-fatihah pada aku.

Jadi, sebab dia kata makanan hari ni sedap, aku tanya malam nak makan lagi ke, dia kata nanti dia ceduk sendiri, maksudnya aku tak payah susah-susah nak hidang lah tu. OK je lah tu bagi aku. Anak-anak masuk ke bilik kami seperti biasa, jadi dia usik-usik lah anak2 dia especially Sya yang bongsu bukan kecik tu (she growing up way and side way too). Lepas tu dia kata mulai esok semua sembahyang berjemaah dengan dia waktu Maghrib, kata dia dapat pahala lebih sikit. Alhamdullillah aku dengar, belum pernah lagi dia kata camtu dengan anak2 tu. Agaknya menjelang birthday dia yang ke 48 ni dia agaknya dia mendapat sedikit lagi hidayah Allah. Baguslah kalau macam tu.

Jadinya, hari sabtu kali ini nampak nya yang membahagiakan aku, sebab semuanya berjalan lancar. Aku harap, Insyaallah, esok yang akan menyusul pun begitu juga lah. Aku belum lagi plan nak bagi hadiah apa untuk birthday hubby pada hari isnin ini, tapi aku cuti sebab Kedah mengisytiharkan esok sebagai hari menyambut keputeraan Sultan Kedah. Majlis tu tertunda dari bulan Januari dulu tu sebab Sultanah Bahiyah mangkat waktu tu. Oleh kerana ahad adalah cuti umum bagi kilang aku kami replace pada hari Isnin. Aku dah suruh hubby ambik cuti jugak, kata dia akan ambik emergency leave ajelah. Tadi tu ada kawan dia datang cari dia nak buat appointment nak jumpa kat ofis Isnin ini. Tak tau lah dia nak pergi kerja ke tidak lagi tu. Kalau dia tak pergi kerja aku ingat nak ajak dia lunch out ajelah Isnin ni. Dah lama jugak aku tak berdating dengan dia ni. It would be a good excuse to do so, right?

13 comments:

Kak Teh said...

amboi auntyN, cerita dari subuh sampai isya...baguihlh! seronok dengark. kalau kak teh cerita dari subuh susah sikit sebab subuh pukoi 4 - lama sangat! :)

atenah said...

alhamdulillah, yr is a life blessed

Anonymous said...

:)

AuntyN said...

Kak Teh, tu pun dah censor banyak dah tu, kalau tidak esok pun tak habis tu, hehehe

Tenah : Syukur alhamdullillah

Delinn : :-)

Traveler said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Selepas solat subuh pagi tadi, aku dan hubby panjat balik ke atas katil. Tak ada lah cerita 18SX yang berlaku pun.

hah hah hah hah..senak perut.

Double decker ke?

AuntyN said...

Om, I'm enjoying every minutes of my time with my family. Cyber chat, if you must know only with very selective member of my cyber family.

Kampo, awat senak perut ni?. Takkan double decker je kena panjat kut. Hahaha

Traveler said...

Ni ubah ayat balik AuntyN, ayat tadi tu boleh disalah tafsirkan..

Enjoy the time that u have with your husband and kids AuntyN!!. Sometimes the times spent with them would be valuable too than the times spent on the Internet...Kat Internet ni kekadang we came across wrong person that can make us mad or sad..too..but the real family is just something yg tak tertukar ganti..

AuntieYan said...

N, itulah namanya hidup berumah-tangga, hari ni gaduh, esok dah baik semula.....kalau asyik gaduh, gaduh dan gaduh....susah le....

N, selalunya siang gaduh....mai malam kalu,....baik pulak!!!AuWWWWWW!!!!!

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. allergies in ears Whiteman cup tennis history Sofa table with formica top allergy to msg Scholarships free scholarship Clomid effect child Better bextra celebrex http://www.plastic-flower-pot.info/allergic-reaction-to-sun.html Hairy gay dads sex pictures discount adlins diet supplements Vitamin b6 defficiency Canine swelling caused by allergic reaction Ecommerce+web+page+development Camelback hiking Didrex free france

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »

Anonymous said...

Keep up the good work » » »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! cheap but nice wedding dresses College of charleston womens basketball canon optura 60 minidv camcorder Zyrtec and nose dryness