April 26, 2005

Down Memory Lane - UiTM

This is Kak Teh's idea. So Kak Teh here goes, please do not hold me responsible for not finishing your essay OK? hehehe, gurau2 sayang dengan Kak Teh boleh kan?

Two weeks before I was scheduled to be enrolled into UiTM (at that time was called simply ITM) in Shah Alam, I was called to join the Kem Bina Semangat. Tak pi takut satni kena apa-apa tindakan so pi jugak lah. Aku agak aku ni tak lah lemah semangat, jadi aku pun tak tau apa kriteria dipilih menyertai kem tersebut. Bukan apa pun, macam khidmat negara tu tapi tak lah se fizikal tu. Ada lecture, group discussion dengan facilitator masing-masing. Tapi sesuatu impact ke atas aku yang sampai sekarang masih lagi berkesan ialah selepas itu aku tidak pernah lagi menulis diary. Kenapa, kerana masa kat kem kami di suruh meletakkan sesuatu yang personal bagi setiap peserta dan berkemungkinan akan dibaca oleh semua peserta. Aku menghadapi masalah keluarga pada masa tu jadi tempat aku mengadu adalah diary aku. Selepas kem itu, blog ini lah yang pertama tempat aku menceritakan pengalaman hidup aku. Satu perkara yang mungkin tidak berjaya dari program ini ialah tidak ada follow-up selepas kami semua masuk ke kampus. Jadi aku pun kurang pasti sekarang ini apakah tujuan kem itu sebenarnya.

Dari kem, kami terus mendaftar di kampus di Shah Alam. Masa orientasi sememangnye lah jadual amat padat sekali. Pagi kena bangun se awal 5.00 pagi, ke kuliah subuh, solat subuh, balik dorm tukar baju, kemudian turun senaman pagi, breakfast, ceramah, dan berbagai2 aktiviti sehingga larut malam. Jadinya "body clock" aku dah jadi tak tentu hala, penat yang amat kerana tak cukup tidor, asyik di kerah itu ini, kalau tak buat di kenakan denda, tension jadinya. Sampai ada yang histeria semasa minggu orientasi tu. Nasib baik aku kuat semangat, cuma nangis saja. Kata orang histeria ni boleh berjangkit, jadi kalau ada yang histeria, kalau tak berapa kuat semangat jangan tunggu dekat mereka ni, nanti kita pun sama terkena.

Minggu kedua, nak jalan sorang-sorang masih takut sebab banyak dah senior yang masuk kampus. Biasalah, masa ginilah senior-senior lelaki yang belum ada awek tu dok ushar freshies. Kalau jalan sorang-sorang diorang selalu sekat, yang baik tak pe jugak, mungkin nak berkenalan saja, kalau yang nakal terlebih tu mau dia nak ragging kita tu. Jadi kami selalu berjalan dalam kumpulan. Tu pun kadang-kadang kena sekat jugak sampai ada senior lain yang datang tolong "lepaskan" dari tahanan tu.

Masa first year aku ingat aku dan kawan sekolah aku NS tu duduk di block asrama yang sama. She was doing computer science and I was in Applied Science School. Oleh kerana kami schoolmate jadi kami rapatlah. Ada beberapa orang lagi classmate aku yang lain tapi mereka semua tak tinggal dekat dengan aku. Kadang-kadang aku lawat jugaklah diorang tu.

Since we were classmates before, I used to hang out with NS a lot. Aku akan ikut dia study kat Multistorey Building Sains Komputer (CS), bukannye kat my own school. My own course-mates especially the boys ingat aku ada boyfriend dari CS jadi tak de sapa berani ngorat aku. Yang lain-lain dari Applied Science courses semua ingat aku ni sombong tak kawan dengan orang Applied Science. Sekurang-kurangnya pun diorang masa tu ingat aku ada boyfriend kat overseas (ni hubby aku cerita selepas aku berkawan dengan dia).
Masa tu memang we were in a group of six, 3 girls (Aku, NS and Roy - NS's classmate in ITM) and 3 guys (CS seniors). Mana pi pun bersama, macam cerita Friends tu. We all girls ni buat diorang ni macam bodygaurd saja lah tu. Tak tau pulak lah kalau ada yang jatuh hati tu. Actually ada, sorang senior, budak Kedah, suka kat NS, yang sorang lagi orang Nogori suka kat aku. Mula tu melayan jugak aku ni, tapi bila diorang dah keluar dah lost contact dah. Senyap macam tu saja. Tak ada jodoh lah tu.

Aku ingat kami semua kena masuk Kesatria. Ni compulsory masa kami kat sana tu. Ada credit hours, jadi mau tak mau kena jugaklah masuk. Kena jugaklah dok pi kawad dengan full uniform Kesatria tu, petang-petang. Aku ni bukan lah yang jenis keras2 (walaupun ada orang kata aku ni loklaq, hehehe), lady like sebenarnya ni, kena lah tahan jugak training Kesatria tu. Yang aku paling ingat masa training tu ada sorang komander, Engineering student. Orang panggil kat dia 90 degrees. Sebab apa, sebab dia ni bila berdiri tegak dalam uniform Kesatria tu, memang 90 degrees.perpendicular dari ground. Serius tau, aku harap dia tak baca cerita ni aku. Aku ni kira kaki flirt jugak, bila aku tau ada kawan baik aku (one of my former classmates) tu kenai rapat dengan dia aku siap suruh kirim salam. Saja aku nak kacau. Masa tu dah berani, dah naik tocang dah tu. Aku memang plan dengan kawan aku ni nak kacau pun bukan nak buat boyfriend pun, dia masa tu pun dah ada girlfriend dah. Alah biasa lah, kalau dah di beritahu ada "secret admirer" asyik dok kirim salam, dia pun naik curious jugak lah. Berkali-kali tanya dengan kawan aku siapa aku. Dia sebenarnya selalu berselisih dengan aku semasa nak pi lecture, sebab aku akan melalui Engineering School ke Applied Science atau ke library. Cuma pasal dia tak kenal aku, jadi tak bertegur sapa lah kami. Cuma aku sajalah yang kena keep a straight face bila bertembung dengan dia, takut-takut dia kata aku sewel pulak dok sengeh dengan orang yang aku tak kenal tu. Lama2 aku pun Ok lah nak jumpa dengan dia, kami jumpa kat library, dan biasalah since aku ni ramah kami sembang macam dah kenal lama. Lepas tu memang kami jadi kawan pun.

Bila dah masuk tahun akhir aku mula lah dok rapat dengan classmates aku yang lain. Lagipun bila nak buat discussion kena cari coursemate sendirilah. Aku study dengan 2 orang kawan perempuan yang lain (SHM dari Kedah yang kemudian ikut aku masuk USM, dan NMY dari Johor, dia ke UM lepas ITM tu, untuk buat BSc masing2). kami suka study kat School of Architecture yang bersebelahan dengan Applied Science. Ada satu study room kecil kat situ yang tak ramai orang masuk jadi kami ada privacy. Masa kami boring kami bertiga mulalah interview sapa2 yang ada kat situ study sama kami tu, selalunya boys lah.

Masa final semester aku pun mula berkenalan secara rapat dengan hubby aku sekarang. Since depa ni ingat aku ada boyfriend overseas aku kena dok bagi signal aku ni "single". Aku ni cubalah mengorat dia, hari-hari aku senyum kat dia sampai dia perasan, kirim salam kat dia lah melalui other boys macam tu. Aku pun tahu dia balas tu sebab dia nampak gelabah je bila nampak aku tu. So, bila kami kawan-kawan bercuti ke Morib, kat rumah one of our course-mates tu kami mula berkenalan lebih rapat. Asyik dok bercouple walaupun dalam group. Masa dalam dalam perjalanan balik, kami memang dah sah jadi couple tu, hahaha, ni kenangan manis mengusik jiwa ni.

Kalau dulu mana lagi kalau tak berdating kat Mamakteria. Situlah kalau nak makan apa pun. Kalau ke KL ke atau ke Kelang pun, balik mesti lalu kut mamakteria jugak. Sebabnya, kalau nak ikut sebelah pintu masuk utama tu memang lah jauh bukan main nak menapak, especially lah kalau hari panas. Aku masa tu ada kakak dan abang duduk kat PJ, kalau aku ke rumah diorang aku lebih rela ikut mamakteria kerana jalan kut situ lebih selamat, ramai orang dari disebelah pintu utama tu. Masa dulu mana macam sekarang, sunyi je jalan menuju ke pintu besar tu. Kena lalu kebun getah yang masih ada sepanjang jalan tu. Dah lama aku tinggalkan UiTM, dah berbeza sangat dah, kalau pi mesti sesat rasanya.

Lepas aku di UiTM, aku sambung buat degree kat USM. Buat masa ni itu yang aku ingat masa-masa kat UiTM tu. Kalau aku ingat lebih aku kan sambung lagi.

21 comments:

atenah said...

he he he Morib....terror AN menackle Uncle Z ye. a woman who knows what(who) she wants, i like :)

AuntyN said...

Tenah, nak hidup kena lah gitu kan, tu pun samar je tu, tak juicy lagi tu hehehe

Anonymous said...

Aiseh..kenapa tak ada awek menackle aku masa aku belajar dulu? Asyik-asyik aku je yang tackle orang..kena reject pulak tu.

Silap la, patut aku masuk ITM dulu.

Kak N, sangkut dengan budak Architecture ke?

AppleB said...

Mesti AN nampak macho masa pakai uniform kesatria tu ehehheheheheheheh

Ada six pack giteww....ahaks!

atiza said...

dahsat gak aunty n

*tabik spring*

Kak Teh said...

wah, nanti, nanti kak teh pun walk down mamakteria memory lane...hahah! atiza...sapa boleh lupa tabik spring! and the other one is senyum sengeh mara?

Anonymous said...

bagus..teruskan usaha aunty utk menakel...

-bat-

AuntyN said...

Kampo, sebab ko tak jumpa Kak N dulu, kalau tidak, dah Kak N tackle kau tu. Sebab suka sangat dengan perangai romantik kau tu.
Tak, abng Z was my course mate, Applied Science jugak tu.

Applepie, macho? six pack? ni pembawaan Bat lah ni. hahaha.

Atiz : tabik spring untuk apa untuk bab ngorat ke? hahaha

Kak Teh, mesti cerita Kak Teh lagi power tu. Bila nak cite tu?

Lollies said...

betul betul itule caranya. Kalo nak harap orang lelaki aje dulu susah gak. Tak soma yang beani. Kita buat secara subtle.

DeLinn said...

terkenang semasa dulu lah ni eks.. :)

attiesya said...

wahahahaha.. aunty.. bestnya citer zaman aunty.. kira pandai flirt le ekk aunty ni...

emmm.. turunkan ilmu tu boleh tak? ;)

AuntieYan said...

He..he...N,N....nak tahu apa pasai auntyN jadi lagu tu?....sebab dulu dia sekolah pompuan semua...

p/s:...Auntie Yan jual mahal...lastnya dapat Hero Filem Tamil!!!!

Pnut said...

AN-saya generasi 2 budaya, masuk ITM keluur dgn UiTM, saya masuk tahun 1996, dan ITM jadi UiTM Ogos 1999 dan saya habis final hujung tahun 1999. Konvo bulan 5 tahun 2000, generasi pertama konvo dengan UiTM, canggih sikit dewan dan prop kat dewan konvo, background amik gambar kat menara, kat DSB pun lebih vouge gitu...

Tapi saya rasa budak UiTM ni lain sikit berbanding dari budak u lain...entah...ke saya sorang jer rasa macam tu...sebab kalau masa student dulu, tengok budak uitm mesti kenal, berbanding budak u lain...

muka ganas sikit kot budak-budak itm ni...

masa saya masuk dioffer diploma lanjutan, keluar dengan ijazah sarjana muda...bengkek jer senior yg grad course yg sama ngan kami he..he..

Pnut said...

erkkk baru perasan...bila darkampo tulis,

Aiseh..kenapa tak ada awek menackle aku masa aku belajar dulu? Asyik-asyik aku je yang tackle orang..kena reject pulak tu.

Silap la, patut aku masuk ITM dulu.


inilah bezanya budak uitm kot...girls dia lebih daring..

Ni said...

umh umph umphh (sambil geleng kepala) tak sangka no auntyN ni... tackle jangan tak tackle....

AuntyN said...

Bat, tak leh nak teruskan usaha dah, sbb dah tua karang org termuntah pulak kena "tackle" dgn org tua. So pencen dah lah :-)

Lol : Betul tu setuju sgt.

Delinn : Nama pun down memry lane tu.

Attiesya : Jgn ckp kat J OK? Malu lah, hehehe

Kak Yan : Tak pa hero Tamil pun OK tu.

PNut : UiTM jugak, banyank geng lah ni.

Cikni : Awat geleng pulak? Kalau tak tackle dia tak dapat lah sampai la ni, nanti melopong pulak, hehehe

Anonymous said...

Good design!
[url=http://jceqjxhv.com/pmva/btjq.html]My homepage[/url] | [url=http://zpmofylc.com/htsm/csjm.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Nice site!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Nice site!
http://jceqjxhv.com/pmva/btjq.html | http://sqxwqghk.com/qsgz/tfdd.html

Anonymous said...

What a great site » » »

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Without a yasmin prescription San diego california cosmetic surgery Proactiv® proactiv proactiv solution proactiv Betty boop cartoon sex clips Drinking water carbon filters Honda odyssey 2004 recall http://www.car-gps-navigation-system-for-a-ford-escape.info/Allegra_and_60mg.html Before and after pictures for mesotherapy best business affiliate programs Fluoxetine birds Tires mercedes benz http://www.dance-team-0.info Golf equipment stand woodwork plans Green velvet answering machine download prozac nation