June 30, 2005

MakCik Berangan

Baca betul-betul tu, B-E-R-A-N-G-A-N, bukan B-E-R-A-G-A-N. Berangan tu semua orang tahu kan apa maksud dia kan. Ye lah kalau tak masakan ada simpulan bahasa "Angan Mat Jenin". Beragan tu kalau tak tau pi lah cari dalam kamus dewan OK. Yang selalu aku dengar tu "Mati Beragan".

Sebabnya aku nak berangan-angan ni sebabnya, semalam atau kelmarin atau kemaghin (dari kamuih orangh utagha ni), aku dengar dalam radio, DJ tu tanya kat pendengar dia apa nak buat kalau dapat RM1 Juta. RM1,000,000,000 (banyak nya 0 tu, betui kan?). Ramai yang kata nak shopping, nak shopping sakan. Ada sorang ni kata dia nak bagi setengah kat charity, yang lagi setengah tu nak guna sendiri lah. Betui ka tu no?

Ni kategori kalau dapat duit tu free lah. Mai dari mana aku tak tau lah, kut kena lotteri kut (aku pun tak pernah nak beli lotteri macam mana nak menang tu) Atau pun ada orang kaya mana ka tinggalkan wasiat atau hibah duit tu kat aku no. Apa-apa pun ni nak berangan apa aku nak buat kalau aku ada duit RM1 Juta.

No. 1 sekali aku tulis surat kat boss aku berbunyi begini.

Dear Mr Boss,

Thank you for hiring me for this job since 199X. However the time has come for me to move on. I would like to thank you and the management for trusting me with the responsibility. With effect from (date) I would like to tender my resignation as the (position). I am retiring so as to be able to enjoy my newly acquired fortune.

Thank you,

Yours truly

N.

2. Dah siap tu, kena lah kira berapa zakat kena bagi pulak (2.5% from RM1 million) berapa tu?

3. Check hutang piutang aku la ni ada berapa (rumah, kereta, credit cards, buku 555 (mana ada dah ni !!!)

4. Jom nak pi Tabung Haji masukkan RM50,000, buat tambang nak pi haji untuk hubby and me. Teringin sangat nak pi ni, tadi aku baca blog Kak Safiah cerita dia naik haji, syahdu bukan main, aku terbayang tempat2 yang dia mention tu. Rasa nak nangis sebab rindu sangat.

5. Dah tu tengok pulak lah, apa2 yang rumah aku perlu di persiap atau di perelokkan, tu yang hubby dok teringin nak bubuh "semerok" kat tepi tu, lain-lain yang nak mekap rumah tu. "Semerok" tu apa? Apa orang putih panggei tu? Yang ni macam extention to our house, tapi tak berdinding, cuma roof saja. Hubby nak bagi some vines menjalar kat situ, nampak cantik dan cooling.

6. Kena lah bagi sikit kat anak2, untuk masa depan depa no, beli takaful pelajaran ke apa ka kan, kut-kut jadi apa2 kat kami. Kena beringat jugak lah kan?

7. Dah Ok bab-bab rumah tu kenalah buat kenduri doa selamat kan. Kena jemputlah sedara mara, kawan-kawan seluruh Malaysia, kawan-kawan cyber-cyber ni kan. Karang merajuk pulak semua orang ni kalau tak ajak tu.

8. Lepas dah OK semua tu, la ni boleh kira nak pi jalan-jalan kut no? Nak pi mana aku ni. Dulu dah pi dah UK dengan Italy, tak puas pulak lah sebab banyak tempat yang tak lawat tu. La ni dah ramai kawan ni boleh pi lawat depa kut kat sana tu. Nak start dari mana ni? . Kami pi US dulu lah lepas tu tengok budget kalau ada lebih UK and Europe, sebab dah biasa dah pergi UK and Italy tu kan. Aku mestilah nak pi dengan hubby aku. Tak kan nak pi sorang2, muncung panjang lah kalau aku tak ajak dia. Mula lah dia nak fikir macam2 tu.

Let's see who we can visit:-

There's Ely in San Francisco, Atenah somewhere (t.s.t., sudahlah), Kak Mutiara yang dok "semawa" pi Oklahoma, kalau tak cukup rumah pasang tent kat luaq rumah pun OK kan kak? Omar (di Nashville??) . Best kalau dapat tengok country dance depa tu. Tapinya mesti kena prepare nak masak kat dia ni. Ayam golek, nasi minyak, rendang ayam atau daging, mak oi, lepas tu kena suruh hubby picit lah agaknya. hehehe. Kalau dia tolong aku sama2 masak lepas tu dia bawak aku jalan2, aku sanggup lah (kira contra lah tu).

Si Joe tu mau ka nak jumpa aku ni. Dia nanti kata "aku kerja lah wei, mana ada cuti ni" Kalau dia kata camtu aku cancel je lah kan. Tapi dia mesti nak jumpa kan, kan Joe?. Dulu Tenah pun dia jumpa ni aku mai jauh2 dia tak kan tak nak jumpa. Tapi tak nak lah sampai menyusahkan orang pulak kan. Tapi diorang ni anak2 bujang, malu lah aku nak pergi jumpa pun sebab nanti diorang salah anggap pulak kan.

Aku pun ada sorang anak saudara yang kawin dengan American. Aku pergi wedding dia tu dulu kat sini. Mak dia first cousin aku. Kalau aku pi maybe aku boleh jugak look them up tanya2 khabar tu. Entah-entah aku dah ada cucu sedara dah kut. Kalau tak silap kata nya they are in New Hampshire or somewhere nearby. Entahlah geography aku bukan lah bagus sangat pun.

Lepas tu aku nak pi UK, nak jumpa

2 orang former classmate aku dulu. Ada sorang yang kawin dengan an English man, sorang lagi dengan orang Melayu, husband dia sambung belajar kat sana tu. Then there is the MakCik Blur, CN, Massy Lassy (yang aku tengok dia kata nak bagi free tour, food, lodging kat sedara mara dia yang mai vacation kat sana tu. So aku nak kena mengaku jadi makcik angkat dia lah ni kan MassyLassy, boleh kan, kan? If you come to Penang I'll take you round the Island, deal? Then I do want to go to the Lake District, I do want to see my friend Malcolm again. Ni kira dah round UK habis lah ni.

Lepas tu nak jugak melawat the most romantic capital in the world, i.e Paris. Anak sepupu aku (adik kepada yang duduk USA tu) ada dok belajar kat situ, boleh jumpa jugak tu. Nak look-up jugak my former penpal at Dortmund Germany tu. Dia mai jumpa aku 2 kali, dulu2 sekarang dah lah lost contact, maybe boleh try cari kut. Dah pergi Germany kena kut singgah jumpa Maknenek, bawak lah buah tangan ala kadar kat dia dan binti dia dari Malaysia. Dia berbudi dengan aku aku nak jugaklah kalau boleh balas balik tu. Singgah lah sat kut kat the Hague rumah first cousin aku then also turun ke Geneva to meet a distant cousin but quite close to the family. Ramai jugak rupanya sanak sedara aku kat oversea ni no. Yang baru jadi sedara dan yang memang betul sedara pun ada.

Asyik dok berangan nak pergi jumpa orang itu dan orang ini, aku ni tak ke terfikir apa lah diorang ni akan ingat. Suka ke tak suka ke? Tak kan nak main redah je nak pi rumah orang kan. Aku tak lah nak tumpang tidur rumah diorang kan, tak lah nak menyusahkan diorang kan. Malu lah aku nak buat macam tu. Walaupun diorang ni orang Malaysia, budaya Malaysia masih kuat, tapi tak lah boleh nak ambik kesempatan kan. Jumpa2 setakat minum petang sudahlah. Makcik blurr aku nak ajak pi jalan2 kat Hyde Park, and re-living the places she wrote so beautifully in her blog, yang dekat2 dengan rumah dia je lah ni. All expenses under me lah OK ? But the big question is whether SUDI ke orang-orang ni nak jumpa dengan makcik ni. Nanti jadi dah lah hidung tak mancung pipi dok tersorong-sorong kat orang ni, MALU besar lah pulak ni...

Kalau masih ada sedikit duit tu on the way back boleh kut singgah mana2 tempat lain lagi. Aku pun teringin nak tengok Alhambra di Spain, nak tengok the Blue Mosque in Turkey, nak tengok bunga sakura kat Jepun tu. Pendek kata nak pusing dunia lah ni.

Tapi rasanya baru setengah dunia aku nak pusing, balik2 rasanya duit aku pun dah habis tu, jadi nampak gaya kena retrack lah surat for boss aku tu. Maybe aku mintak cuti tanpa gaji sebulan dua lah kalau bila balik masih boleh makan nasi then aku hantar lah letter tu kan.

Wah, wah seronok nya berangan ni kan. Kuat berangan jugak aku ni kan. It's OK to dream kan mana lah tau kut-kut the dream will come true.Kalau tak jadi pun I still have that sweet dream to remember. The adventure in my mind. Berangan sikit punya elok ni, nanti ada drool jatuh kat keyboard ni, hehehe.

So OK, OK, come on dream on with me, what would you do if you got a tax free, cool RM1 Million?

42 comments:

anedra said...

AuntyN..tolong berangankan sekali that Anedra pun ikut Aunty berjalan-jalan around the world? Boleh lah!

AuntyN said...

Boleh Anedre, lagi ramai lagi meriah ni, hehehe

Lollies said...

pergola ke aunty N?

saya tak tau langsung apa nak buat, tak leh fikir langsung. tergamam aje memanjang

AuntyN said...

Betul Lollies, macam pergola lah tu. Apasal tergamam? Buat macam aunty lah, berangan memanjang hehehe

Anonymous said...

syok jugak berangan ni nih kan? nak berangan jugaklah nih :-)

Ewok said...

dtg UK tak nak jumpa I? merajuk lah gini

Kak Teh said...

tak pa ewok. bila auntyN mai kak teh bawak dia pi makan ice cream ewok. Satu tong besark pun dia boleh beli kalau dia dah duit banyak.
kak teh kalau sakit kaki pun akan bawa auntyN berjalan-jalan - maklumlah orang ada duit. bawa pi harrods, harvey nichols - rata-rata lah..Insyaallah. Ish, lepaih tu kena teman dia pi tengok maknenek di Germany pulak! Nak book cuti awai2 dak, auntyN?

Anonymous said...

AuntyN,

Yeah! Ni macam la nak start weekend niii.. Best!!

Semerok tuu nak pasang ngan kayu apa? Chengaii ka rasak ka?


Ada sapa sapa dalam loop nih yang dok kat Cina / Korea / Jepun ka ?

OOD said...

AuntyN,
kalau ada duit banyak macam tu, kot auntie tak sempat nak pi oversea ziarah member dan sedara. Depa yang mai turun jumpa auntie. Tak kenai pon ngaku kenai, tak sedagha pon ngaku sedarahdaging!

Saya pon cari auntie, macam-macam nak ngadu susah; mekap dah habis (sob sob), jeans dah koyak (sob sob), tv rumah kecik sangat (oh tidak.. tidak, sob sob), mengidam nak pi korea cari jun sang, nak buat liposuction, etc etc..

Anonymous said...

hahahahaha...dasat jugak seorang Aunty berangan...

Kalau macam nih punya cerita, Aunty tak boleh dapat 1 juta jer..tak cukup..amik la dalam 10 juta ke?

MA said...

Kak N : Kalau nak jenjalan ke sana ke mari - kalau rasa takut sesat ke, tak jumpa jalan ke - I boleh temankan. Kak Yan pun boleh tolong tunjuk jalan , kan Kak Yan ?

*nak ikut part jalan-jalan tu*

Anonymous said...

nak bayar hutang.......borrrrrring

Anonymous said...

Kak N, kalau kira, campur, tolak sumer2 yang dah di berangankan tu... I guess when you are back you got to write another letter to your boss: Dear Mr. Boss, Can i get back my previous job, as the fortune I acquired is now ZERO..
hehehe nasib baik berangan tu tak kena bayar...

Teruskan laa angan2 anda :-)

Mutiara said...

AN: Toksah dok nanti dapat satu juta tu..mailah bila2 masa pun...pintu rumah sentiasa terbuka. Tak cukup rumah kita bukak tents kat luar tu...lagi best.
Semerok tu kalau tak silap macam patio lah...

NANI SHAHABUDIN said...

amboi berangan kemain yer AN. hahaha! insyaallah...

Ely said...

auntyN, kalau dah kaya tuh, tak payahlah nak tulis surat kat boss. hang talipon kasi tau nak quit sudahlah! hehehe

dan jgn lupa sedekah kan duit tuh kat kami di san francisco ok? nak datang sini, jgn kata dapat $1 juta, takder $1 juta pun auntyN tetap kami sambut :)

AuntyN said...

Phantom : Keep On Dreaming. It keeps you alive. :-)

Ewok : sorry lah sayang, terlupa tu, tak pa, Kak Teh dah kata nak tolong bawak tu.

Kak Teh : set kak teh kita ronda2 OK.? Jgn risau tambang tanggung beres tu. Macam betui2 pulak ni hehehe.

Tj : Just to have some fun. Glad u like it. Kat Jepun ada, Korea tak tak pulak sapa2 yang kenal tu.

AuntyN said...

OOD : Kalau dapat betui kena duduk diam2 lah tak lah nak publish dalam paper kut. Dak pun lari2 cepat2 pi oversea tu hehehe.

Oren : Just for fun saja tu. Sapa lah nak bagi senang2 RM1 Juta tu. 1 Juta pun susah, RM10 Juta, tu lagi mustahil tu. Sat nak pi gali belakang rumah kut ada harta karun...hehehe

MA : Kita round Malaysia lah OK, convoi ramai2 tu. MA expert pi jalan2 ni kan?

Tenah : Betui Tenah hutang kena bayaq dulu.

Easter : Betul tu,dah tau dah kena retract surat tu hehehehe.

AuntyN said...

Kak Mutiara : Terimakasih, Insyaallah nak try pi jugak ni. Mula pasang niat dgn berangan dulu ni hehehe.

Anne : What is Life without A Dream...

Ely : Tak boleh main telefon je tu , kut sat ni kena retrack hehehe. Thanks for the invite, Insyaallah, kalau ada rezeki sampai lah kami to ur doorstep.

Puteri : Amal jariah tu bagi biasiswa kat Puteri tu. Saham akhirat.

Nong said...

Lama tak datang kat sini. Wah... banyak nye duit... Dah plan gi rata2 ye. Nak ikut, nak ikut.

AuntyN said...

Nong : nak ikut boleh, tambang bayar sendiri OK.

Anonymous said...

ya allah - Verangan sakan nih!!!

huhu...kita nak pi Swiss..auntyN nak ikut tak?

AuntieYan said...

N, pagi tadi dah buat komen...tapi tak tahu apahal dengan PC K.Yan tu, asyik buat perangai je...so, komen tak keluar..

Ha N, list tu lebih kurang sama le dengan K.Yan. Isy...kalau sungguh la...memang seronok tu macam kata MA.

p/s : selalu jugak bearangan macam tu...terutamanya time-time mata tak boleh lena....jauhhh mengembara!..sampai padang pasir!!

AuntyN said...

Onde2: Berangan tu kan free, apa salahnya kan hahaha.
Kalau boleh masuk dalam kocek ke bag ke, tak payah bayar tambang tu nak lah ikut sama pergi Swiss tu ...

Kak Yan : Adoi, great minds think alike. Keep On Dreaming OK?

Massy : Oh Anak sedara angkat ku yang dah lama tak jumpa *blink* Blink* Hehehe. Insyaallah, nanti nak baca doa seribu dinar banyak2 supaya mimpi jadi kenyataan cewah!!

superunknown said...

nak beli spine baru! spinal chord baru! then kawin! hooorayyyyy!

AuntyN said...

Wan : Boleh ke beli spine baru tu? Kawin sure boleh tu.

Anonymous said...

tu dia makcik ni punya angan2 ..seronok laa pulak...kita boleh berangan byk mana pun..bukan nak kena bayar apa2 pun ye dak? kalau AN dpt duit byk tu jgn lupa laa kat makcik2 ni semua ye..travel berdua dgn hubby jer mana seronok AN, kena bawak satu troop baru meriah

k.safiah

AuntyN said...

Kak Safiah : Kita nak gi honeymoon lah, hehehe. betul, berangan tu free.

Anonymous said...

bestnya berangan dapat RM1 juta. :) Tak dapat bebetul, berangan pun jadilah kan Aunty. Nak verangans jugak le..

Anonymous said...

AN, kecil tapak tangan, Bandar Nashville saya offer utk dilawati. Marilah. Kalau dah confirm bagi tau.

Anonymous said...

dtg sini, bawak duit lebih2 skit, kang nak bawak aunty ngangkut pyrex, wedgewood, queen anne, portmeirion, royal doulton etc etc etc ... hehehe

almaklumlah skrg kan summer sale!!!

AuntyN said...

Delin, hehehe. jom sama2 berangan ni OK..

Om : Baru dok berangan lah ni. Entah bila lah nak sampai tu entah lah *sigh*

cn : kalau macam tu kena balik naik kapal kut, nanti MAS tak nak terima, overload tu hehehe

shidah said...

auntyn,
uih...dok nak lawat yang jauh jauh je..... yang dekat sini tak ingat dah no....

AuntyN said...

Shidah, sapa kata tak ingat, kan dah kata nak buat kenduri panngil semua kawan2 cyber tu apa nye? Ni baru berangan ni kalau betul susah ni hehehe

icam said...

Assalamualaikum Kak N. Syoknya kalau dapat RM 1 juta. Boleh tender resignation kan. Tak payah lah berada di rantau konflik ni...

AuntyN said...

Waalaikumussalam icam, berangan je lah buat masa ni nih hehehe.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak N.
Duit 1juta hilang dari Kenderaan Security di Kulim selepas kemalangan dengan Bas.

AuntyN said...

Bonzainal : Not me hehehe. Walaupun terlalu lah dekat tu, I wish I was there, hehehe

Anonymous said...

Enjoyed a lot! history of fairfax vacuum cleaners Internal revenue service and easy tax forms Cold laser stop smoking Mortgage 1st loan refinancing

Anonymous said...

Hola auntyn....
tgh sekodeng blog org pastue lalu kat blog auntyn nie...bestlah baca blog auntyn nie....salam perkenalan dr Barcelona...

Unknown said...

kenapa bila sebut harta karun. ..@durian runtuh. ..mesti pk blakang ghumah. .. (aku pon).cuba kita tkr position plak. ..kot slalu dok pk reta blkg ghumah. ..gali2 x jumpe. ..ropenyer dok dpn ghumah. ...kikiki. .syok betol brangan. ..yg xsyok bila dh end angan2. ..habuk tarak. .tpi best brangan nii. ..ubat senang nak tidorrrr. .

Unknown said...

kenapa bila sebut harta karun. ..@durian runtuh. ..mesti pk blakang ghumah. .. (aku pon).cuba kita tkr position plak. ..kot slalu dok pk reta blkg ghumah. ..gali2 x jumpe. ..ropenyer dok dpn ghumah. ...kikiki. .syok betol brangan. ..yg xsyok bila dh end angan2. ..habuk tarak. .tpi best brangan nii. ..ubat senang nak tidorrrr. .