Isyyy, isyyyy, isyyyy, makin menjadi pulak dua orang tua ni. Apa hal sampai tak keluar bilik langsung tu!!!!!. Tak malu kat anak-anak ke?
Apa nak malu aih, anak-anak semua pi sekolah, mak balik rumah dia, yang ada bibik saja dok buat kerja kat luar tu. Apa lagi makin menjadi lah tu.
Alahai, korang ni, mesti fikir yang bukan-bukan kan? Atau pun tak tau hujung pangkal. Apa lah yang si auntyN ni dok merapu ni no?...
Actually, kelmarin aku tak pi kerja sebab kurang sihat kan. Hubby pun dia sejak dari Isnin dah memang cuti. Kata dia nak kemas rumah sebab nanti nak kenduri. Lambat lagi? Minggu depan hubby nak pergi outstation seminggu, bila balik mungkin banyak sangat nak buat jadi dia nak kemas lah sikit-sikit mana yang termampu sebelum dia pergi. Dah dia tengok aku pun nak ponteng kerja, dia pun naik malaslah nak pergi kerja jugak tu.
Lepas dia hantar anak-anak ke sekolah, dia masuk balik bilik tidor. Badan dah rasa lemah tu, lepas solat subuh aku tarik balik selimut tu.Dekat pukul 9.30 pagi baru bangun breakfast kami dua orang. Dah tu hubby dok print kad jemputan. PC kat dalam bilik tidor jugak. Aku tolong lah jugak, aku print dia potong, buat simple saja, tak payah keuar banyak belanja, sebab duda kawin janda je kan. Shah mula tu tak nak buat kad pun, tapi kami ingat senang nak buat memanggil jemputan tu, tak payah nak explain banyak-banyak jadi buat jugak lah kad tu. Dah almost siap hubby call abang long, tanya nak kad yang dah siap. Abang Long datang ke rumah. Sambil sembang, sambil print , sambil aku dok chat, sambil hubby dok potong dan lipat kad.
Lepas tu, aku mandi ingat nak keluar pergi klinik, dah ayin called suruh ambik dia kat sekolah. Dia pun dua tiga malam dok sakit kepala, jadi aku tangguhlah nak pergi klinik tu sebab nak bawak Ayin sekali. Lepas ambik dia kat sekolah pukul 2.30 petang baru aku pergilah. Merengkok lagi atas katil, terlelap jugaklah sampai pukul 2.00 baru sedar. Itupun hubby kejutkan tu. Bangun solat zuhur then keluar ambik ayin, terus ke klinik. Aku cakap badan lenguh-lenguh, doktor periksa blood pressure tapi normal je lah katanya. Dia bagi ubat ajelah. Lepas ke klinik, singgah makan kat kedai makan dengan ayin, beli mee kari untuk hubby, balik rumah makan ubat. Masuk balik bilik berlabuh atas katil lagi sambil tunggu azan Asar. Itu je lah kerja aku seharian.
Petang, dah asyik duduk memerap kat dalam bilik tu, aku dan hubby ingat nak keluarkan peluh sikit, kami buat kerja bersihkan laman lah sehingga maghrib tu. Berpeluh jugaklah jadinya. Tak lah mandom sangat dah rasanya. Selepas maghrib, ingat nak online dah kena deny dengan streamyx. Laaa, aku lupa bayar bill rupanya. Esoklah nampak gayanya.
Semasa dok prepare dinner untuk hubby tu, tiba2 loceng pagar berbunyi. Aku suruh Syia tengokkan, dia kata ada orang tanya mama. Aku pergi tengok, ada sorang lelaki dengan 2 anak dia datang. Dia intorduce sapa dia dan kata dia nak pinjam duit kat aku. Katanya ada kematian, mentua dia meninggal di Kuala Kedah sana tu. Nak pinjam dengan taukey tempat kerja, taukey tak nak bagi. (Aku agak dah terlalu banyak dah memnjam, kut). Dia ada kata dia jumpa abang long aku, abang kata dia pun tak ada duit. Jadi dia mai cari aku lah. Aku tak berapa kenal dengan dia, tapi serba salah jugaklah jadinya aku ni. Sebab, kalau tak terdesak tak kan dia sanggup nak cari kami, kan. Orang yang dia tak berapa kenal, tak bagi pun tak boleh jugak (Am I so gullible after all?). Aku cuba call abang long tak dapat. Masa abang long datang, aku tanya dia, dia kata tak ada pun orang tu datang cari dia tu. Apa-apapun, dah kesian aku bagi jugaklah. Dia mintak RM250, tapi aku kata tak adalah (entah dia pun tak percaya tu, biar lah kan). Aku cuma bagi RM100 saja. Dia kata 5hb nanti dia bayar balik. Aku pun tak sure nak dapat balik ke tak, kalau tak ada tu kira sedekah sajalah, dah rezeki dia kan.
Dah asyik memerap memanjang kat dalam bilik seharian siang tadi tu, hubby dok gelak sambil kata yang kami ni cuti, honeymoon kat dalam bilik. Honeymoon apa nya dah tua-tua gini ni kan? Kalau muda-muda dulu tu asyik cari peluang je lah nak berhoneymoon macam tu kan.Hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
ishh..
orang tuh macam nak tipu saja??
orenmanis : tak tahu lah nak tipu ke tak. 5 Sept baru tahu hati budi orang tu.
lana : kalau muda honeymoon tu OK, dah tua orang kata lain pulak tu hehehe. But it's true, jerebu2 ni bilik is the best option.
tak pe lah kot no, kalau betoi dia kesusahan, niat je lah tolong
kalau dia tipu, dia yang rugi
macam dulu cik selalu usik officemate kata tak bayag duit barang cosway dia, tapi dia kata 'kalau hang tak bayag pun, aku tak akan jatuh miskin, hangpun tak akan jadi kaya'
Agak, agak, ni honeymoon yang ke berapa yek, auntyN? ;)
p/s: hope you're feeling better.
princess
I hope I'll be like that jugak nanti after some kids! So loving reading about the 2 of you print, potong and lipat the kad kahwin sama-sama. :)
I pun rasa that fella tipu, tapi AuntyN baik, so ikhlas! Eh, just wondering though, hubby tau tak pasal orang tu? Aiyo, if my hubs, he'll have my HEAD!!
looking at yr entries, morning sickness followed by honeymoon, kang berjangkit penyakit maam si Tj kang
ada sorang kwn opis ni selalu pesan kat saya kalau org dtg mintak tolong..kalau boleh tlg la..kalau tak nak beli barang dia or bg amaount yg dia nak pinjam ,bg le setakat yg kita mampu...mana tau kot-kot org tu malaikat...so sejak dari tu saya mmg berpegang kt kata2 tu..kalau tipu itu antara dia ngan tuhan..kita anggap je le sedekah...syabas auntyn..
cikni : Betoi tu, tak kaya dik duit seratus tu kan.!!!
princess : dah lost count, hehehe.
tenah : it should be the other way around lah, kalau nak berjangkit i.e honeymoon dulu baru morning sickness tu. :-)
Blab : Insyaallah, you can too. We try to do things together as much as possible. About the man who came to borrow, my hubby is fully aware. Hubby is even more softhearted than me lah Blab.
meanbaby : pasal ingat camtu lah yang bagi jugak tu. Kalau dia nak tipu antara dia dengan Allah. I didn't give the amount he asked sbb tak nak dia rasa senang sangat nak mintak duit dengan orang, mintak je dapat gitulah. Terimakasih lah.
N - lama tak dengark perkataan mandom!! hahaha! thanks for reminding me..and nasihat penaja..jangan dok berkurung berdua-duan lama sangat - nanti morning sickness jadi satu realiti!
ailin : excuse, excuse aje lah tu hehehehe.
Kak Teh : hahahaha, dok dah kut!!!
AuntyN,
silap2 hb, saya yg plan nak dpt morning sickness tuh hehehe tp aunty plak yg dapat :P
ayu : hahaha, isyyy, my morning sickness tu hanya sakit di pagi hari je tu, tidak kena mengena dengan penyakit "buatan orang" tu. Aunty doakan cepat2 lah Ayu dapat morning sickness tu OK.
Kak N :
"....buat simple saja, tak payah keuar banyak belanja, sebab duda kawin janda je kan...."
sampai hati....hehehhehe
MA, simple2 pun dah 500 orang jemputan tu. Siap dengan khemah2 tu. Nanti kita bubuh gambar OK!!!
wah dah tak lama ek nak berkenduri..
ada jemput blogger2 tak aunty?
cn : ber iya2 nak di jemput macam dia boleh datang tu. :-)
Sapa2 kalau lalu kut depan rumah tu singgah lah. Kalau nak hantar kad tak terhantar dah tu.
AuntyN,
This is my first time reading your blog. Hop dr Ayu nyer blog. Noticed dlm blog ni AuntyN ada citer pasal Pak Ya (urut kaki). Mind if I asked his contact no and kat mana dia ni. Saya ni kat Penang, Perai.
-Yusmi-
Yusmi, give me ur email add. I don't want to publisize it here because I am scared that someone may have intention OK.
auntyN,
My email add yusmi@goldenhope.com
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »
Post a Comment