Sebelum aku balik dari ofis hari ini, Ayin telefon. Kata dia,"Mama, maktok suruh beli laksa" Aku kata OK lah. Mak memang suka makan laksa. Dari dulu lagi dia suka makan laksa. Masa dia muda dan kuat dulu, rumah kami selalu saja ada laksa yang mak masak. Lepas aku kawin pun dia selalu jugak masak laksa dan ajak kami anak-anak dia makan laksa. Oleh sebab itu jugaklah agaknya aku cuma sekali saja masak laksa kat rumah aku. Selebih masa tu aku makan kat rumah mak sajalah. Sebabnya selalu sangat dan senang sangat dapat makan laksa tu.
Masa dulu2 pun aku selalu jugak tolong mak aku masak laksa tu. Ada jugak dua tiga kali yang adik perempuan aku dan suami dia tu buat laksa beras kat rumah mak. Aku, mak dan arwah ayah lebih sukakan laksa beras (dibuat dari tepung beras) dari laksa (laksa dari tepung ubi kayu rasanya) biasa tu. Sekarang dah senang, samada beli saja laksa dari pasar dan masak sendiri kuahnya, atau beli terus saja laksa dengan kuah sekali. Banyak sangat dah penjual laksa di sana sini, cuma nak kena tahu yang mana satu sedap je lah.
Since mak suruh beli tu, aku pun ingat hari ni ada pasar tani, boleh aku beli kat pasar tani tu saja. Aku terus saja ke sana masa nak balik tu, cari merata, tak ada pulak orang jual laksa hari ni. Apa lah nasib aku agaknya hari ni. Aku beli benda lain lah dulu, ayam 2 ekor, sayur2, mee dan kaoy teow serta barang2 dapur yang lain. Sambil tu aku dok fikir kat mana aku nak cari laksa ni. Nanti kesian pulak mak tak dapat makan laksa malam ni. Sebab dia dah pesan tu.
Naik balik kereta, drive melepasi rumah aku balik terus ke pekan kecil yang berhampiran. Selalu kat kedai kopi kat simpang tu ada jual laksa. Aku try tanya kat situ, dah habis kata orang tu. Mana tak nya dah dekat maghrib dah tu. Isyyy, mana nak cari pulak ni? Tak pa lah since aku belum masuk rumah lagi ni pegi cari jauh sikit lah. Aku drive sampai depan bangunan UMNO tu. Kat situ ada gerai jual makanan. Aku tahu ada satay yang sedap dijual kat situ. Satay Pak Hamdan. Kami selalu beli tu, kadang-kadang kalau ada function kat my ofis atau hubby's office, kami tempahkat dia saja tu. Perniagaan satay dia pun dah makin maju. Dulu kat situ saja dia jual, tapi sekarang dah merata dia hantar satay dia tu. Murah rezeki Pak Hamdan ni. Kami (hubby and I) kenal rapat jugak dengan dia tu.
Satay Pak Hamdan ni sedap, dan besar sikit dari yang selalu dijual kat tempat lain. Secucuk 35 sen dah sekarang ni. Laksa aku tak nampak pun ada di jual kat situ. Jadi aku beli satay 100 cucuk, campur ayam dan daging. Hubby suka makan, yang lain pun suka, melainkan Angah sorang je yang tak suka satay. Angah ni pelik sikit, dia tak makan satay dengan durian. Jadi sapa-sapa yang nak tackle tu kena ingat tu. Jangan pulak nak paksa dia makan, tak menjadi tu, tak mahu dia macam mana pun. Kami pun heran actually macam mana dia boleh sorang yang macam tu, tak suka makan satay dan durian.
Dah tu kena lah beli benda lain untuk angah. Aku telefon kat rumah, Ayin angkat, cakap kat dia kata aku tak jumpa laksa, jadi tak boleh beli, suruh cakap dengan mak aku tu. Tanya apa lain yang maktok nak kalau laksa tak ada? Ayin kata maktok cakap tak apa lah kalau tak ada tu. Tanya angah nak apa, Ayin kata angah belum balik dari training hoki lagi. In the end aku decide untuk beli nasi ayam 2 bungkus untuk angah sajalah. Ayin senyum dengar aku beli satay tu. Agak lama jugak dah tak beli satay tu. Tadi tu Kak Long pun ada cakap suruh beli Yong Tau Foo, aku kata kat pasar tani tu tak ada. Esok sajalah kat pasar malam Desa Murni aku cuba beli. Dia balik seminggu kemaruk lah tu nak makan benda-benda yang susah jumpa kat hostel tu.
Sampai rumah dah maghrib, boleh dengar bilal azan dari masjid, angah pun baru saja sampai balik. I said, "I bought for you 2 packet of chicken rice". She said, "Laa nanti gemuk lah macam ni, hehehe" Dia ni conscious pasal berat badan dia tu. Sebab hari tu dia kata dia turun 10 kg, entah betul ke tidak aku pun tak sure, sebab hari-hari tengok sama je anak dara aku tu.
Masuk saja bilik aku dah dapat bau kuah laksa. Hubby dah beli, tapi dia tak bawak ke dapur, masih kat bilik, sebab dia masuk dari pintu belakang. Tak lalu dapur, dia pun tak beritahu anak-anak yang dia beli laksa. Yang aku ni naik pening cari laksa tak jumpa rupa nya laksa dah ada kat rumah. Nasib lah tak jumpa sebab dia beli 10 packet, kalau aku jumpa tentu aku akan beli sekurang-kurangnya 6 packet. Jenuh nak makan laksa sampai 16 packet tu. Tu pun sebabkan ada satay, jadi banyak jugaklah. Cuma laksa ni boleh lah esok makan lagi kalau simpan elok2 dah kuah dia tu dipanaskan. Yummm, yummmm, bau pun dah sedap kan.
That was our dinner for tonight. Prepare a bowl of laksa and a few stick of satay with nescafe O for hubby for his dinner, then aku dah boleh beronggeng depan PC ni. Malam ni pulak ada lah dua orang dok ajak sembang. Apa lagi, "riuh-rendah" lah aku bercatting tu. Tak menang tangan jugak sebab nak chat dengan dua orang ni, sebab aku tak buat conference pun. Yang sorang tu first time aku chat tu, dia dok nak tahu yang mana satu aku kat dalam gambar muda aku tu. Dia kena teka 2 kali baru betul tu. Nak kasi hint pada sapa2 yang nak tahu tu, yang paling cun kat dalam gambar tu lah aku hehehehe, tak percaya sudah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Ish auntyN ni buat seksa orang saja!
heheh...laksa penang sure sedap la N..oii..u nak tau bab story laksa nihh..byk kisahnye..my wife from pantai timur ..first pekena laksa dia...perghh...tak jalan la...beza sangat..nak komplen takut kecik hati..sO telan je la..kita from utara laksa dia pedas..tapi kalu pantai timur ...kuah lemak la...makan banyak sangat ...tak boleh la..naik temuak..heheh..:)
Mujork I tak minat laksa penang...kalau tidak meleleh...
very terseksa dengar laksa and satay! perut dah lapar dan berbunyi..mouth already watering! Reminds me of the laksa at our kampung in AS. Sedap gila! Aiyo, AUnty..now must go back and find some laksa for dinner too!!
Lo, N...banyaknya beli satay tu.
Laksa penang memang sedap. Pi boh resipi kat blog tu, nak tengok ada apa-apa bahan yg. berbeza.
amboi..dok cerita laksa pulak dah. hishh...
mengidam laksa kuala perlis..
Kak Teh bukan nak balas dendam tau, pasai kak teh cerita pasai coklat tu. Saya pun hantu coklat jugak tu.
Halim : ajaq wife masak masak laksa Penang lah kalau macam tu.
Kak Mutiara, tak suka no?
Adnilsa : jeng, jeng ,jeng...
Jon : Thanks
anedra : Tak balik kampung ka nak makan laksa tu?
Kak Yan : Ramai kak yan, sat saja dah nampak pinggan tu. Sorang je yang tak suka yang lain tu hantu satay semuanya tu. Resipe, nanti saya post kat blog, tapi rasanya tak banyak beza dgn laksa Perak tu.
anne : baru ni balik kampung tak dan makan ka?
satay 100 cucuk ? Mak oi, banyak nya. I pun sama mcm Angah x suka durian and satay. Bukan tak makan langsung, but tak berapa gemar. Kalau makan barang seulas and secucuk ajer.
uwaaaa terliuq la mcm ni Aunty...
makan laksa teluk kechai ja. jaadilah AN. janji laksa.
kat kampung saya pun ada tempat buat laksa beras. saya suka baunya yang masam masam iteww..
MA : 100 cucuk tu standard lah kat rumah kami. Rasanya tak berani dah orang nak ajak we all pi makan kat rumah depa ni hehehe.
Angah tu langsungg tak makan, bau pun tak mau tu.
Ayu : terliuq ka? Pi lah cari sendiri no. :-)
Anne : betui tu, laksa jugak tu. I like laksa beras jugak, sebab kuah dia meresap masuk sikit kat laksa tu.
EH : You are welcome my dear. Hope it will give you the strength to face life in a more positive way.
ni yg nak jaki ni. 5 years of southern laksa makes me sick.mesti pekena laksa penang jugak jugak!
Nazrah, mai sini mai aunty bawak pi pekena laksa penang
uwaaaaa....
dah teringin laksa bila baca entry aunty ni. Lama sangat dah tak makan sedap. Delinn pun suka laksa tepung beras. Kalau kat Kuala Kangsar, memang banyak.
Aduh, dah terasa2 pulak kat ujung lidah ni kuah laksa. Nak kena cari jugak ni jawabnya.
cara nak masak dah dpt ari tuh ye dak? tp geng nak makan takdak. sat gi nak planning2 dulu la ckupkan korum. org sini for sure suka makan laksa sndri i.e laksa s'wak. nak cr yg jual, tak sedaps. heh.
sedey sedey
adoii..!!! auntyn nihh...
buat orang kecur ayaq lior jerr...***drooooooooolllll******
princess
Ailin, nanti suruh Ayu tolong makan kan laksa no? Dah plan dah blind date dengan Ayu, dok tunggu dia balik mai Penang saja ni.
Delinn : sama lah kita suka laksa beras kan. Kat sini pun banyak tu.
lilheaven : belanja anak murid makan lah. Kan dah ada korum tu.
tenah : Jangan sedey, concentrate sturdy nanti balik kita pekena Laksa, Ketam, Satay segalanya.
princess : he he he he, sorry lah nak buat camna memang aunty kaki menyakat ni.
Post a Comment