August 23, 2005

Syaer Si Isteri Di Kampung

Ni tempias dari Kak Teh's syaer mode lah ni....

Tercetus kisah si isteri yang walang,
Merindu suami bernama Awang
Dua purnama sang suami pulang
Namun rindu sang isteri tidak berkurang

Lain pulak cerita di seberang benua
Isteri ditinggal seminggu sahaja
Pergi ke kota kerana bekerja
Isteri terasa lega adanya

Ciuman di beri di kedua pipi
Sambil berpesan menjaga diri
Semua tanaman jangan dibiar mati
Perlu disiram petang dan pagi

Hati isteri mulanya gembira
Dapat bersenang sekeringat dua
Namun bila malamnya tiba
Kamar menjadi kurang ceria

Mula isteri menghitung hari
Rindu sudah dapat dirasai
Guling di peluk dingin sekali
Tiada dengkuran menghibur hati

Tiada lah lama suaminya pergi
Bukanlah pulak jauh sekali
Tak perlu merintih berperi-peri
Habis tugas dia kembali

Doa buat para suami
Agar tugas selamat dijalani
Seperti apa yang di kehendaki
Allah sentiasa memberkati

Rindu isteri sentiasa membara
Menunggu suami pulang segera
Pastikan di sambut dengan mesra
Agar kasih bertaut semula


Isyy, isyyy, isyyy, jiwang sungguh aku ni no?...

26 comments:

AuntyN said...

Lana : hahaha, jadi bila pulak nak bersyaer? Mai kita syaer sama2 tu. Btw, abang duduk mana?

Anonymous said...

Whoa AuntyN,

Baguih sungguh ! Ni baru Tempias Kak Teh jer. Syiok baca noo. Kita nih yang nak tokoktambahbalas untok syaer ni tidaklah termampu.

Hanya mampu membaca sajaa.

Anonymous said...

bravo no auntyn, tak leh nak lawan lah kami-kami ni (excluding kak teh, and few others tokeh syaer)

Ni said...

auntyn, kami bukan anonymous, silap tekan lah pulak

Ni said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

Lana : alah kesian nya, abang duduk jauh sangat tu. Bila nak join abag tu?

Tj : timakasih, Kak Teh tu lagi terrer tu. Cuba2 try saja ni..

Puteri : Laaa, fuyoooo apa nya tu ? hehehe

cikni : Kalau nak lawan kena lah berguru dgn Kak Teh di Londra tu.

Anonymous said...

sayup bangsi beralun indah
pawana bagai mencipta cerita
ibarat musim merindu kekasih
berjauhan namun ingatan tak alpa

wahai isteri-isteri tersayang
aduhai suami-suami tercinta
sebentar cuma ditinggalkan orang
usai tugas kembalilah dia

yang turut berpunya mengenangkan nasib diri
yang single senyum tersimpul seorang diri
bahagianya diri punyai kekasih hati
dianjak usia kasih semakin sali

teruskan setia iringan doa
si dia semoga selamat sentiasa
kalau dah sarat rindu di di dada
harapnya diulit mimpi si dia

=)) *hugs*

AuntyN said...

lilheaven : terimakasih bebanyak lah ni :-), Hugs you back.

Anonymous said...

jiwang-jiwang....
teringatkan orang
dekat disongsang
jauh disayang.

AuntyN said...

po : hehehe

Leyla Shuri said...

wah, macam peraduan syaer jadinya...bagus-bagus kita semua boleh ambil tip dan belajar bersyaer sekali.

AuntyN said...

Lela : bukan peraduan ni, cuma nak meriahkan blogsphere dgn budaya kita je. Kalau peraduan saya kalah lah sebab lagi ramai yang terrer tu, yang belum tunjuk bakat lagi tu...

Anonymous said...

*sigh*

Mutiara said...

Lenguh tengkok dok berlagu syaer hangpa nih! I kalau baca syaer ni, kena dgn lagu dan dengung tarik dia sekali.

AuntyN said...

atn : awat dok mengeluh tu ? :-)

Kak M : LOL, tak pa dok syaer berkasih sayang, jgn dok merban nak cari lain lain dah lah, hehehe

Anonymous said...

Wah...AN..

Tak sangka cek noooooo....pandainye AN bersyair....lemak-lemak masin suara tuuuu....:-)

AuntyN said...

Rojakbuoh :
Wahai abang bijak bistari
Terimakasih tidak terperi
Bukanlah bimbang rasa dihati
Cuma terasa rindu dan sunyi

:-)

Bilal : Belum keluar habis lagi ni bakat-bakat yang terpendam ni...
Hehehe

AuntyN said...

EH : Insyaallah you will find your happiness. If not in spouse, maybe in your child.
*Hugs* Take care.

Anonymous said...

uwaaaa aunty...
buat saya makin wendu pada cik abg yg jauh di perak nun uwaaa...
looking fwd for Friday..nak balik sana jumpa cik abg...isk isk.. sayu sungguh hati...

AuntyN said...

Ayu, nanti jumpa cik abg bacakan syaer ni kat dia OK? :-)

OOD said...

auntyn,
entah apa yang kurang,
entah saya yang malang,
dah tulih berkajang kajang,
sat sat publish dia hilang.

oh (ooooh teh tarik), auntieN tengah rindu-rindu,
tahan napas sampai the face dah turn blue,
sabar sabar jangan dok haru,
nanti uncleN jadi celaru.

i like to hear cinta dan bahagia,
couples dok bersayang rindu walau dah lama,
contoh molek untuk anak muda,
moga rumahtangga kekal selama2nya.


auntyN, semua entry auntyN yang sebelum ni, komen saya hilang di awangawangan.. :o(

AuntyN said...

OOD, no wonder I don't see you come, I thought you have merajuk or something. Baru nak tanya apa I dah buat. Agaknya spmmers lah punya hal ni. Lain kali mai jampi lah sikit no.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
peugeot interior styling jenna jameson free xxx hardcore clips jenna jameson sites Adult spanking stories m f medicare advocates against doctors committing fraud Mature sexy moms http://www.web-conferencing-2.info/bluetoothapplicationsconferencing.html Chicas+latinas international travel insurance ambien sleep sex eyewear us radar detectors 2005 subaru review Imagenes de jenna jameson quiksilver backpacks http://www.xxx-cartoons-6.info/Jenna_jameson_free_video_trailer.html

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Dallas facelift Linking laptops to pc Windows pda Information on prescription drug fluoxetine and lorazepam Wholesale bride jewelry drip coffee makers reviews corporations + discrimination + gays and lesbians Pda hard case Blue book value 1995 oldsmobile cutlass cierra forex trader free gay picture Epson 925 photo printer

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »