Ni nak habaq ni, nampak gaya sibuk lah dua tiga hari ni. Jadi sapa-sapa yang tak nampak kelibat aunty kat blog ni, jangan lah risau. Tak payah hantaq search party lah. Bukan nak lari atau nak tutup blog. Cuma tak berapa senang saja ni.
Nak ceghita sikit ni, dari semalam dah sibuk sangat ni.
Malam Jumaat (Khamis) - Jadi the wedding planner
Jumaat - Ada customer visit kat factory (ni dok curi masa sebab depa tak mai sampai lagi ni. Blog nak kena update dulu - dah jadi macam top priority pulak dah tu, isy, isy, isy!!!!!)
Sabtu - Subuh-subuh dah nak bertolak ke KL nak hantaq Kak Long balik MMU.
Sabtu petang - ada 5 Science 1 (5T 76) reunion. Berdebaq jugak lah nak jumpa balik kawan-kawan lama ni. Ada yang dah femes (besa masuk TV tu, dah jadi isteri Dr yang terkenai pun ada, kita ni orang kampung jer ni kan). Baju apa nak pakai pun tak pikiaq lagi ni. Tak kan nak pakai jeans & t-shirt saja kut no.
Sabtu malam - nak tengok konsert akhir AF3 (Dah makin cayaq aku ni dengan MAWI. Depa kata la ni Felix duduk tangga terataih).
Ahad - nak travel balik kampung.
Isnin - nak ponteng ka dak??? (Tengok keadaan lah).
Jadi, kalau mai jenguk-jenguk, intai-intai kat blog ni, terimakasih lah aku ucapkan ataih kesudian cek-cek semua no. Kan banyak nak jadi cerita tu untuk minggu depan. Ada jugak draft pasai Doa yang dah sekerat jalan ditulis, masih tak habih-habih. Ni nak pi melilau dulu ni, OK.
Aku bekalkan dengan pantun ni, kalau sapa-sapa nak balaih dengan pantun sila kan lah.
Melangkah mula dengan kalimah Allah
Ayatul Kursi pelindung diri
Mula perjalanan dengan Bismillah
Agar mendapat berkat Ilahi
Maaf di pinta sebelum pergi
Agar tiada terasa di hati
Dipanjangkan umur berjumpa lagi
Di blogsphere kita bermesra kembali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
N, siap pantun tu, macam nak tinggai pi Mekah le pulak, berpesan-pesan.Nak balas tak dan dah...tak de idea jugak...malas nak pikiaq.
Oh...nak pi berparty jumpa kawan lama?...kot,kot ada yg ingat kat kita tolong sampaikan salam ye.
N, yg. jadi isteri doktor tu Syafikah ke?...yg. kawin dengan doktor pakar sakit tuan/puan..Dr. Ismail Thamby...?
Ada sorang lagi, doktor sakit puan, tapi dia nih rasanya senior setahun je kot dari N...nama dia Dr. Fauziah Hassan...dia ada column sendiri kat s/khabar setiap Ahad...Ha, tengok Medik TV(TV 3 jam 5.00ptg) hari Sabtu petang nanti...dia lah tu yg. buat operation kat patient nak buang fibroid.
p/s : selamat 'beronggeng'
N, siap pantun tu, macam nak tinggai pi Mekah le pulak, berpesan-pesan.Nak balas tak dan dah...tak de idea jugak...malas nak pikiaq.
Oh...nak pi berparty jumpa kawan lama?...kot,kot ada yg ingat kat kita tolong sampaikan salam ye.
N, yg. jadi isteri doktor tu Syafikah ke?...yg. kawin dengan doktor pakar sakit tuan/puan..Dr. Ismail Thamby...?
Ada sorang lagi, doktor sakit puan, tapi dia nih rasanya senior setahun je kot dari N...nama dia Dr. Fauziah Hassan...dia ada column sendiri kat s/khabar setiap Ahad...Ha, tengok Medik TV(TV 3 jam 5.00ptg) hari Sabtu petang nanti...dia lah tu yg. buat operation kat patient nak buang fibroid.
p/s : selamat 'beronggeng'
Lo...awat keluaq dua kali nih....?
selamat berhujung minggu pada semua
bersama yang tersayang pula dihabiskan masa
jaga diri jaga segala
tibanya Isnin update lah cerita
*hugs* enjoy yrself aunty!
Tertambat hati Suara Amylea
Marsya Menyanyi Felix Menari
Berhati hati di Jalanraya
Selamat Pergi Selamat Kembali
Have a nice wiken Aunty..
oh nak gi tengok concert live AF ye? sakan sakan
so how? mawi sapu habih
wow.. have a nice weekend auntyN!
hope u had a great weekend auntyN. busy benor nampak tuh :)
Kak Yan, nanti saya cite kat blog OK.
Thanks lilheaven and Tj.
lana : yes, I was.
Tenah : Tak tengok live, tgk TV je kat rumah sister in law.
Atiz : MAWI WORLD hehehe. All the best to him!!!.
wan :penat bukan main ni, tapi enjoy lah jugak.
Ely : betul, sibuk bebenor lah pulak ni. :-)
Lana : Ye, I am a srikandi. batch MCE 76
amboii...mukalu blog ..suruh pi intai-intai...jangan buat masa keluag rumah sudah laaa...satgi depa mai intai semua barang abihh...tudia punya nak cepat..check dulu..apa yang patut heheh..tengok sat chek abang kita..kot pulun hat depa...abang tak tengok dahh....:)
What a great site dr murads acne solution
Post a Comment