August 25, 2005

Jumpa-Jumpa, Makan-Makan

Disclaimer : Sapa2 yang dah tak tahan dah nak baca entry pasal makanan ni baik stop sini saja. I won't be responsible for the drool that suddently dropped onto your lap.


Actually, segan jugaklah nak tulis cerita pasal makan ni. Nanti you all kata AuntyN ni tak de cerita lain asyik, makan, makan, makan. Tapi kalau tak cerita tu nak cerita apa lagi kan. Aku ni bukan ada projek-projek besar yang aku buat yang boleh dibanggakan. Itu yang hubby selalu kata aku selalu waste time on the internet. Dari dok chat atau surf tu buat lah projek apa-apa. Tapi kan nak buat projek apa, aku pun tak tau. Dah lah idea tak ada, modal jauh sekali. Kalau mega projek tu mesti nak mega modal jugak kan, kalau mini projek tu, nanti tak berbaloi pulak, buat lekat celah gigi je tu. Mak oi, ambitious nya aku ni. Need to start from small lah kan tak kan terus nak berlari sedangkan nak berjalan pun tak reti lagi..

Jadinya buat hari ni nak cerita pasal makan-makan jugaklah.

As you all know MakAndeh and Brood are in the North. Naturally we did make a date to meet up. When we chat, when she was in Alor Star, I was telling her the Mee Udang I took Ayu Narfy and her mom. I have to use the nicks because there are a few AYUs around the blog. Let me digress a bit OK. There are Puteri Ayu, Ayu Narfy and Ayu (Kawan Delinn), just to name a few. Awat mak pak depa suka sangat nama Ayu aku pun tak tau. Even anak kakak ipar aku pun ada nama Ayu. Sebab nama Ayu tu ayu gitu agaknya, banyak ciri keMelayuannya, nama yang menggambarkan kelembutan seorang wanita. Ladies, betul ke tu?

Anyway, since last Saturday, aku ni dok jumpa-jumpa kawan-kawan dan makan-makan lah. Saturday bawak Ayu Narfy dengan mak dia pi makan mee udang, aku semawa kat MakAndeh and brood bila diorang datang Penang. dah set date dan time nak jumpa dengan MakAndeh, ada pulak another blogger kata nak ikut. Dia YM aku boleh ke ikut, I said no problem kalau MakAndeh kata OK.

Jadinya, malam tu aku bawak anak-anak, MakAndeh dengan Brood, Jiwarasa datang solo, sebab dia kalau weekday dia memang solo. Jiwarasa pun terlambat sampai kami dah habis makan dia baru nampak muka. Itupun pertama kali dia jumpa kami. Terimakasih kerana share belanja malam tu. Dah balik rumah aku baru realise aku tak tanya pun nama sebenar En Jiwarasa ni, jadi kena pakai blogger's nickname sajalah nampaknya.

Mak-mak asyik sembang anak-anak sampai naik boring jugaklah. Kesian depa ni. Tapi tak bawak pun kesian jugaklah sebab cuti sekolah asyik terperuk kat rumah tu. Dalam minggu ni aku dah dua kali makan mee udang tu. I hope it was a good experience for MakAndeh and brood. Untuk anak-anak aku, diorang dah pernah pergi tapi dah lama dah so lupa dah, ada yang kata dah pernah, ada yang kata belum lagi. Kami pun bukan selalu makan kat situ pun. Sekali sekala je tu.

Petang semalam, salah sorang dari my former classmate (Fiscone 76) called aku. Dia kata dia masa tu ada kat the Summit Hotel di BM tu. Since dia duduk overnite saja aku bawak dia pi makan lah. Tak, aku tak bawak dia pi makan mee udang dah. Teruk nanti kolestrol aku naik dek penangan mee udang 2 malam bertutut-turut. Aku bawak dia pi makan di Key's Char Koey Teow di Seberang Jaya. Dulu gerai tepi jalan saja, sekarang dah jadi macam foodcourt dah tu. They are doing really well there, aku rasa bangga jugak tengok kegigihan tauke Char Koay Teow tu sampai ke tahap itu. Bukan Melayu tak boleh berniaga sebenarnya, dia ni aku rasa salah sorang yang berjaya, bertapak dari kecil, sehingga ke tahap sekarang.

Sembang kami pun rancaklah. Zue ni dah kematian suami sejak 3 tahun dulu, anak dia semuanya lelaki 5 orang dari 23 tahun ke 13 tahun yang kecil sekali. Aku tanya dia antara classmate kami sapa yang paling awal kawin. Kata dia si Ras tu lah, sebab anak dia tu dah 24 tahun. Si Ras ni adalah tomboy kelas kami dulu. Gaya saja tomboy tapi wanita sejati. Jadi kami yang "lady-like" ni pun kalah dengan dia ni. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan dia tangan Tuhan. Walau sudah bertudung tapi masih jugak nampak ke"boyishness" dia tu. Hensem tau anak lelaki si Ras tu.

I was telling Zue, that we were so engrossed in reminescing the past we forgot to update ourselves with our current situation. She was also suprised when I told her that I had met a lot of new friends on the internet. I am trying to compile all my friends contact numbers and keep on updating them from time to time.

Since hubby tak ada di rumah this week, Ayin dok teman aku tido malam kat bilik aku. Bukan takut, sajalah suka2, nak manja2 dengan anak pulak. Setiap malam dia diorang datang bilik aku either lepak-lepak tengok TV, chat dengan Kak Long or main computer games.

Image hosted by Photobucket.com
(Ayin & Sya depan PC kat bilik)

Jerebu pun dah OK dah, sebab hujan selalu minggu ini. Aku pun suka sebab tak payah nak siram pokok banyak2 dah. Cuma yang ada kat bawah bumbung saja yang siram tu. Tak penat sangat. Relax memanjang. Nampak gaya nak kena cari hobby yang lebih baik ni. Nak buat apa ekk? Aku ni bukan jenis yang suka buat cross-stitch dan yang sewaktu dengan nya. Masalah jugak tu...

22 comments:

AuntyN said...

Sebab MA belun try makan mee udang tu. Actually, kalau MA terus mai dari Kedah, tempat tu on the way to Penag island. It is for a trip next time.

Nazrah Leopolis said...

ayu narfy dah pun pulang ke msia. ayu yang ini merawat perut yg dah sengkak sbb makan banyaaaaaak skali.

AuntyN said...

nazrah : Lepas ni giliran anedra pulak tu. Nanti aunty pi tgk tembam tak pipidia lepas dia balik dari KL tu hehehe

Mutiara said...

kah kah kah..Narfy, narfy...mr M kata, now we are taking donation to get her an extra seat to fly to LA. Mana lah tau she will need another seat, after all of you there fed her.

AuntyN said...

Kak M : you are to cruel, we are just doing our duties you know? Making her happy that's all. Right Nazrah and anedra?

Anonymous said...

auntyn,

Hopping from PokKu 's blog.Since you are talking about makan2, mind you to send me "resepi wajik".Rindu nak makan wajik.
my e-mail address: mekjarroh@gmail.com

thank you

mekjarroh

atenah said...

laaa tak tanya jiwarasa nama dia, pas tu sembang panggil apa? Jiwa? Rasa? funny betul

he he bosar nye gamba kawin AN atas meja tu...

Unknown said...

AuntyN,

TQ for the mee udang party.

Sedap sangat mee udang tu sampai tak ingat kita nak tanya nama ye...he he

NANI SHAHABUDIN said...

betoi gak yer Tenah...ekeke..

AuntyN said...

mekjarroh : terimakasih sudi datang tu. Wajik ke? Nanti nak kena jumpa cousin sister yang pandai buat dulu lah no. Kena sabar sikit OK. Sebab tak pernah buat pun.

Tenah : Biaq besaq, reminder selalu, so that tak tersasar hehe.
Masa sembang dengan Jiwarasa tu tak pakai nama pulak tu. Kena bagi gelaran JR lah kut...

Narfy : OK biaq settle dulu apa2 dalam perut tu. Kita pi lepas merdeka OK?

JR : Sama2, maybe next time kita buat lagi bila MA turun penang lagi no...

Anne : memang lah hangpa ni, orang tunjuk lain, kat lain yang focus tu hehehe.

Anonymous said...

aiyohh....air liur meleleh....counting the hours to lunch

anedra said...

aunty N: I will go and claim some mee udang from you someday! I will! I will! I will!. Ayu and I have decided on Steamboat next week! Ada sesiapa yang nak ikut?? Jomm!!

AuntyN said...

RojakBuah : Yes to both questions..

minah: Nak makan mee udang ke?

anedra : Wepcome, welcome, mai lah mai. tapi jangan mai tengah bulan no *wink* wink* Steamboat kat mana tu, nak ikut..

OOD said...

semalam pi restoran little penang kat midvalley. teringat kat auntyn.

AuntyN said...

Puteri : syyyyy,jgn kuat2 cakap tu, hehehe

OOD : Nanti kita pi boleh?

Nazrah Leopolis said...

betul auntyN, sian ayu makan kari dgn sambal belacan excited macam kena loteri. abih saja makan ayam...dia gelak besar, "HAHAHAH" ,pasai apa tak tau.

We are just here to make her happy and makin tumbam....>:)

kak mutiara: nant ukur pipi ayu atasa dan bawah.hahahaha

ayu: sorry aa melawak saja.

Nazrah Leopolis said...

correction: nanti ukur pipi ayu atas dan bawah.

AuntyN said...

Nazrah : Nanti aunty bawak ruler yang terpanjang yang ada kat rumah tu hahaha.

Anonymous said...

AuntyN, I've read your disclaimer with caution and cautiously prevent myself form drooling, tp FAILED! eheheheh..

ni nak kena pi penang nih..

err, btw, tol bridge bila naik harga ek AuntyN?

AuntyN said...

Cyberdad : In that case lepaslah my responsibility, dah warning masih drool jugak tu, hehehe

Katanya October. Tapi kalau nak gi makan Mee Udang tak payah kena toll.

MA said...

Kak N : thanks for the treat - nanti bleh gi makan lagi yer !

cyberdad : toll naik 10% since last I came. Dulu RM 7, now RM 7.70.

Unknown said...

AuntyN,

Key's Char Koey Teow tu kat mana ye? Boleh stori sikit?