August 28, 2005

Salah Siapa?

Hari Khamis, malam Jumaat baru ni Angah ada bawak 4 orang kawan dia tidor di rumah kami. Siang-siang dia dah beritahu aku pasal tu. Aku kata OK lah sebab dia dah beritahu awal tu. Sebabnya pada hari Jumaat diorang ada tournament, jadi yang datang tumpang tidor kat rumah ni yang tinggal kat Penang Island sana. Datang training hari Khamis terus tinggal sampai Jumaat. Susah kalau diaorang nak balik rumah dan nak datang pulak pagi-pagi esoknya. Tournament tu kat Stadium di Bertam Kepala Batas (dekat dengan kampung Pak Lah).

Aku tak kisah sangat diorang nak datang menumpang ni. Tapi yang aku tak berapa sedap ni adalah perangai anak2 remaja sekarang ni. Nak kata biadap tak boleh, tapi nak kata tidak pun tak boleh.

Dulu-dulu zaman aku remaja, kalau ada orang datang bertandang, atau kalau kita bertandang ke rumah orang, lebih-lebih kalau kita menumpang tidor kat sana, kita akan berjumpa dengan tuan rumah. Bersalam dan bertanya khabar. Masa nak balik pun sama. Tapi ni tidak, jadi rumah aku ni macam hotel pulak. Aku balik, bukan diorang tak nampak aku masuk rumah, sapa pun tak mai bersalam. Masa aku masak untuk diorang pun tak ada sapa nak mai nak jenguk muka nak tanya khabar. Bukan depa tak biasa datang, walaupun ada yang baru datang. Tapi setiap kali datang aku nampak macam gitu lah gayanya.

Anak2 aku, kami train untuk datang bersalam dengan tetamu especially kalau tetamu tu saudara mara yang datang. Lepas tu diorang nak disappear, it's OK, tetapi semasa tetamu nak balik dipanggil semula untuk bersalam dengan tetamu tadi. Samalah kalau ke rumah kakak ipar atau saudara mana tu kenalah make sure diorang bersalam dengan orang-orang yang lebih tua.

Ia lah aku balik masa diorang dah masuk rumah, mungkin tengah mandi atau solat ke apa. Itu tak kisah, tapi kalau nampak tuan rumah it is only courteous to salam. Ini tidak, buat derk je tu.

Esoknya, pun sama, hanya dua orang je yang keluar tolong buat kerja prepare food untuk diorang tu. Angah bawak balik 10 bungkus bihun untuk di goreng untuk diorang masa tournament tu. Anak-anak dara ni buat sandwich sardin. Aku pun lepas dah goreng bihun, aku pergi mandi dan siap. Aku cakap aku kat Angah aku akan hantar diorang sebab tak sampai hati nak biarkan naik bas dengan barang-barang yang banyak tu. Lepas tu bas bukan sampai ke stadium, kena menapak lebik kurang 1 km lagi dari bus stand ke stadium.

Tapi bila sampai di stadium, cuma anak-anak gadis yang dari kampung aku saja yang tegur dan cakap terimakasih, datang salam cium tangan. Yang lain, yang tidor kat rumah aku, makan dan naik keretaku langsung tak datang salam atau ucap terimakasih. Bukanlah aku mengharap sangat cuma aku rasa agak biadap bagi sesiapa pun yang dalam keadaan macam ni akan terasa kesal dengan sikap anak-anak remaja kita ni.

Salah siapa agaknya ye? Mak bapak diorang ke? Aku ke sebab aku tak tegur diorang ? Atau aku nampak serius sangat sampai diorang takut? Tapi kenapa yang dah biasa tu boleh pulak cakap "terimakasih makcik" ? Kita hanya dapat mendidik anak-anak kita, anak-anak orang lain? Anak-anak aku pun bukan lah perfect tapi, tak lah sampai tak reti nak appreciate budi orang.

24 comments:

Anonymous said...

kak N dah lama tak tegur Kak N wpun dok biasa singgah sini...jadi silent reader gitu. But this entry is really something, cm ada 3 anak dara...ishhh takut gak kalu my anak dara nanti jadi begitu...masa kecik ni memang cm train kena salam bila jumpa orang tua & say TQ bila orang buat baik or give somthing. Harap melekat sampai mereka dewasa.

AuntyN said...

cm : sebenarnya dah lama dok tengok gelagat diorang ni, pernah jugak tegur anak2 suruh tegur kawan2 diorang tapi ada yang melekat ada yang tidak tu. Kalau di train dari kecik Insyaallah melekat kat hati diorang tapi kena selalu make sure diorang buat jugak tu.

Anonymous said...

My mum selalu pesan mcm2 kalo tido umah org. Jgn bangun lewat, jgn liat masuk dapur, dan segala macam do n don't. Masa kecik2 dulu mcm rimas dgn segala pesanan tu tapi ikut la gak, n lama2 baru nampak kebaikkannya.. InsyaAllah, lekat la kot kat hati ni.

AuntyN, kami dok Pmtg Bertam, ex-STFian gak. Bila2 bleh la kita makan2 Mee Udang tu ya..

Anonymous said...

tu la yg sedihnya bila tgk anak remaja masa kini... nur nie lagi la terlibat sepenuhnya ... ngajo sekolah menengah... kalu ditegur ..sering dicebik atau dipermainkan dek anak2 masa kini... sedih... tak tau nak kata... tapi tu semua harus bermula dr rumah...

Ely said...

auntyN, hai samalah my experience dgn my son punya kawan satu nih. . tapikan, dia lain sikit.nak datang jemput anak ely pergi rumah dia, dia tunggu kat bawah tak nak naik atas.

dah gitu suruh anak ely tidur rumah dia, dia tak pernah pulak nak dtg rumah kita, itu pun sekali sekala jer.

bukan tak kenal mak dia, kenal sungguh. tapi takkan nak kasi tau mak dia kan? duk marah pulak org tuh.

tapi si masturah punya kekawan beradab pulak. pandai ketuk pintu tanya khabar org tua. lepas tuh minta izin nak jumpa masturah.

yang lain kawan dia pun beradab jugak. dah kasi makan dia kata 'thank you masturah's mom' pandai, sejuk hati!

mungkin ini semua dari rumah mereka? sebab tuhlah ely selalu ingatkan anak2. pergi rumah org, jgn sekali2 berat mulut. tanya khabar, offer tolong, ajak berbual dan jgn buat bodoh org tua kawan2 kan?

atau lagi satu as our part, tell our kids, when they take their friends over, to introduce their friends to us, to break the ice.

itu satu habit yang wajib bagi suami Ely.

Anonymous said...

ish..

sy sbg antara generasi termuda, rasa 'embarassed' dgn perangai anak dara yg mcm nieh. true, we r not perfect tp klu setakat berbasa-basi takkan tak 'terbuat' kan? setakat salam, sembang, tegur sket.. sejuk gak hati org tua kan..

hhmmm...

Mutiara said...

One thing I observed here is when answering the phone; The caller or receiver would always ask "How are you doing". teringat pulak kat malaysia, kekadang bagi salam, kekadang after hello tu, tak ada tanya khabar..I pun sama lah kot masa tu. Hehe.

Anonymous said...

setakut mana seseorang tetamu berhadapan dgn tuan punya rumah, sebrutal mana pun mukanya, senakal mana pun diri tetamu tu, me or frens around me neva buat keje kuang ajar mcm citer aunty ni.

to me itu specificly sikap kurang ajar aka macam bagus. perlu dihalang tetamu sebegitu dari rumah kita. kamjack depa tu. haram negara sungguh.

atiza said...

to me, kita kena pupuk sikap hormat dari kecik..i was brought up salam-ing and cium-ing tangan orang tua. so i make sure that my kids followed..

macam kata nefertiti above, it all boils down to parents upbringing

Anonymous said...

AN...

Betul tu...adap anak-anak adalah cermin mak bapak...ialah..kalau tak mesti org tak tanya anak siapa tu ekkk...tak sopan langsung...so dah jadi tanggung jawab mak bapak mengajar anak-anak adap sopan terutama bila berhadapan dgn org yg lebih tua...

Budak-budak sekarang lain bebenor perangai depa ni...kalau kengkawan nak berpisah siap peluk..cium pipi bagai..tapi kalau dgn org tua..nak angkat tangan jabat salam pun payah...

Kalau saya dulu buat kelaku lagu ni sure dah lebam peha kena cubit dgn mak...:-)

Itu sebab org kata ..biar miskin harta tapi kaya dgn budi bahasa...:-)

OOD said...

auntyn, banyaknya spam! Mak pak depa tak ajaq adab lah ni!
;o)

AuntyN said...

Isyyy, Sungguh tak beradab ini spammers. Nyah kau dari sini.

OOD tak tau lah mak pak depa ajaq ke ta tak tu.

Ailin : susah sikit no tapi hari2 masa husband nak gi kerja tu ajaq Akif salam dia lah

AuntyN said...

Bilal, betul tu. Kita yang nak kena didik anak2 kita dari rumah.

Atiz : haah orang dulu2 memang particular pasal benda ni tu yang sakit hati nengoknya ni.


Kak M : sini tak macam tu, entah kata kita ni orang yang berbudi bahasa taoi tengok lah macam mana ni.

AuntyN said...

Wan : tak kan kita nak jadi macam diorang jugak, tak nak bagi datang rumah.

lilheaven : yang muda kita hormat yang tua kita muliakan. Itu yang patut jadi amalan.

Nef : Sometimes we thinks these things adab and all for granted, we didn't think it is important to teach our children manners and kita kejar dunia tapi lupa adap sopan.

Ely : Good for you and David!!!

nurdia : betullah, camna nak ngjar yang ni kat sekolah kalau mak bapak pun tak hormat cikgu jugak tu kan. Anak2 ikut je lah.

Syida : chek duduk mana, macam nak contact?

oren said...

apa kata Aunty bagitau ANgah to slow talk ngan kawan2 dia? sebab kalau Aunty direct tegur depa, kut depa segan plak..

Memang betui la macam depa cakap, semua nih start dari rumah..sebab kat skolah, kalaupun depa ajaq, tapi takdak pemantauan..pemantauan paling berkesan ialah bermula dari mak bapak..

hopefully, saya buleh didik anak dara saya macam mana mak saya dok didik kami dari kecik dulu..

Halim Hashim said...

ntah la...bebudak la ni...baik pompuan baik jantan semua sama sajaa...kadang bila dok jumpa ngan geng depa lagi meluat tengok..terkinja-kinja..mau kalu adat sopan ni..abih la..so..yang penting kita kena didik anak-anak kita..dulu kalu nak jalan kot belakang org tua ..jenuh dok bisik cakap nak lalu kot belakang...siap tunduk..la..ni..budak la ni..jangan harap...asuh la anak2 kita..anak kita wajah kita...

Anonymous said...

hai susah jugak nak jaga anak zaman siber ni.. yea AN?

AuntyN said...

orenmanis : Pernah dah cakap dgn anak2 tu tegur kawan2 depa tapi,diorang bukan cakap pun sebab takut "termalu" dgn kawan camtu.

Halim : Itu lah kalau semua orang boleh didik anak2 sendiri ingann adab sopan budaya kita then Insyaallah boleh lah kekal adab2 tu.

cyberdad : memanglah susah banyak cabaran, tapi kalau kita mendidik dari rumah Insyaallah akan menjadi. Mak bapak kena jugak main peranan tu kan?

shidah said...

very strong observation. masa umur saya 17 tahun, pegi rumah kawan kat kelantan, tok sahkan salam, hari2 tolong emak dia masak, menyapu, basuh pinggan. kena la jaga air muka, kitakan anak dara ye tak AN?

AuntieYan said...

N, Memang kurang sopan sungguh bebudak ni. Kalau KY le anak kita tumpang tido rumah kawan, kita akan telifon parents dia ucap terima kasih dulu...dan cakap pulak suruh tegur anak kita kot dia buat silap. Nampak gayanya parents depa pun 2x5 jugak.
Habaq saja kat anak-anak N, lain kali jangan dok bawak balik kenkawan yg. macam tu...kot,kot nanti depa juga terikut perangai tak senonoh tu...isy..isy..isy...!

AuntyN said...

Shidah : dulu2 masa we all ramai2 pegi rumah kawan2 lepas SPM tu pun macam tu jugak lah, kita tolong apa yang boleh. Tapi sekarang dah lain dah our outlook in life ni.

Kak Yan : dah slow talk dah dgn depa semalam jangan dok buat peangai macam tu. Depa pun faham jugak tu. Tak nak bagi bawak balik mai tu tak baik jugak lah, tak kan kita pun nak masuk geng depa. Muga2 dgn kerelaan kita tunjuk yang baik depa akan tersedar atau belajar dari kesalahan depa tu.

Ni said...

tapi cik still rasa yang depa tu perlu di-punish dengan tak bagi mai rumah lagi. Kalau depa nak tau kenapa- sebab depa kurenggg, biaq depa rasa kan

Nanti depa boikot anak aunty pulak

AuntyN said...

cikni : tak kan kita pulak nak jadi tak beradap sopan. Sabar je lah la ni, yang penting anak2 aunty yang tak buat macam tu.

rojakbuah : jadi siap lain kali angah bawah balik depa tu aunty hantar jumpa rojakbuah OK? hehehehe,

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »