August 09, 2005

Tawassul

Nazrah tanya apa itu tawassul dan macam mana nak buat. Kat sini aku explain sikit apa yang aku faham darii kaset Ustazah Siti Nor Bahyah tu.

Tawassul bererti perantaraan. Ini bukan bermakna kita meminta atau berdoa kepada ulamak atau nabi-nabi dan rasul-rasul. Doa dan permintaan adalah kepada Allah.

Ada 2 jenis tawassul.
1) Menggunakan alim ulamak atau para nabi/rasul. Kerana kesempurnaan sifat mereka, dan ketakwaan mereka, kita menggunakan "perantaraan" mereka untuk menguatkan permintaan kita semasa berdoa. Di sebabkan kita mungkin tidak se alim mereka, jadi kita dibenarkan mentawassulkan doa kita kepada mereka.

2) Menggunakan amal saleh yang kita pernah buat sebelum ini untuk mengukuhkan doa kita. Misalnya, kita pernah membela seorang anak yatim, dengan sebaik-baik mungkin. Mungkin lebih baik dari anak kita sendiri. Segala haknya kita jaga. Tiba-tiba terjadi satu kecemasan kepada diri kita. Kita boleh berdoa, menggunakan tawassul kepada amal saleh yang kita telah buat (membela anak yatim itu). Jika Allah redha akan amal saleh itu, pinta dia makbulkan doa kita.

Lilheaven ada bagi link untuk tawassul ni.
http://www.alinaam.org.za/dhadith/qna/tawassul.htm
http://www.calgaryislam.com/imembers/pdf/manhaj/15.pdf#search='tawassul'
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic82_2001.htm

Cara untuk berdoa menggunakan tawassul ini seperti berikut.

http://www.duas.org/tawasul.htm

Terimakasih kepada lilheaven kerana telah berusaha mendapatkan banyak maklumat di atas. Sesiapa yang lebih arif di harap dapat berkongsi lebih banyak maklumat. Sama-sama kita ingat memperingati sesama kita ni.

16 comments:

Nazrah Leopolis said...

MasyaAllah, terima kasih Aunty dan lilheaven. I learn something positive today. Alhamdulillah.

JZKK

Anonymous said...

thanks to you for bringing the matter up too kak naz.

kiter berkongsi mana yg ada kan aunty?.. =)

hv a nice day!

AuntyN said...

Thanks for asking Nazrah.

lilheaven, Insyaallah untuk kebaikan semua. Thanks to u too.

Anonymous said...

Aunty, nak share something pasal tawassul no.2 tuh..

masa raya puasa yg lepas, kitaorg pegi hantar rombongan adik ipaq kawen kat sg siput..after that we decided to leave anak kat opah dia, since nurseri masih bercuti lagi..nanti takde sapa nak jaga dia time kitaorg keja..masa dok asingkan baju dia dan baju saya, kitaorg dah terlupa nak masukkan kunci rumah dlm beg yg kitaorg bawak..kunci tuh tertinggal dlm beg anak..

dah sampai depan pintu umah, baru la teringat..masa tuh tak tau nak buat camana..kalau nak patah balik, fuh..makan masa 5 jam (pegi-balik)..another way is to pecahkan pintu umah..(this is the 3rd time pecah umah sendiri :)

so, masa depa (hubby dan jiran) dok usaha nak pecahkan grill dan pintu umah, saya duduk sorang2, tenangkan hati dan pikir about something good yg kitaorg dah buat as a way of tasawwul..

teringat masa nak balik raya hari tuh from KL, kitaorg naik bas ekspress, trip malam ke penang..on the same bus, ada sorang abang nih (buta)..masa bas berenti untuk sahur, dia tak turun pun...kebetulan hubby beli 2 bijik berger..so, kami sedekah satu utk dia, kami share another burger..mungkin that 'blind' abang segan sbb takde sapa nak pimpin dia pegi beli makanan and so on..then after makan, tanya dia, ada air tak? dia cakap takde..so, sacrifice another mineral bottle for him (lagipun, saya dah bawak satu botol from home)..

berbalik pada kisah nak pecahkan grill dan pintu, at last dpt jugak pecahkan tanpa sebarang kerosakan kritikal..pintu grill tuh siap boleh pasang semula..

saya teringat nak buat semua tuh bila teringat satu kisah dulu, yg menceritakan 3 org pemuda terperangkap dlm gua..in order to lepaskan diri, seorg demi seorg menceritakan amal kebaikan yg pernah depa buat, semata2 mengharapkan keredhaan Allah..

tu je lah..panjang plak komen saya hari nih..

Ely said...

wow, very good. thanks auntyN

Ely said...

nak tambah satu lagi. its always between Allah and us kan? its the magical link dgn hati kita yang kuat kepadaNya.

AuntyN said...

oren : betul tu. Cerita pasal 3 orang terperangkap kat dalam gua tu. Cuma I wanted to use a different example. Yang oren cerita pun bagus tu pengalaman sendiri.

Ely : ALLAH dekat dengan kita, cuma kita kadang2 tak nak dekatkan hati kepada DIA.

Kak Teh said...

thanks for sharing! sejak berblog ni, memang banyak yang dapat kita mengongsi. ada yang hantar buku ( tak sampai) ada yang memberi tunjuk ajar melalui YM, semuanya di hanragai. Terima kasih.

AuntyN said...

Kak Teh : the magic of blogging and technology.. Kita share apa yang patut, jangan ada yang ingat nak memandai sudah lah :-)

Sunfloraa said...

AuntyN Thanks for sharing and the further explanation. Ni pun kira ibadah ni. (To lil leaven as well) insyallah jasa baik anda Allah yang balas budi baik nya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

Sunflora : thanks for dropping by. Nak ingat kan anak2 jugak ni. They read my blog too.

Anonymous said...

banyak saya belajar dari AuntyN hari ni. Tima kasih bebanyak.

AuntyN said...

cyberdad : Sama2, kalau ada apa2 ilmu perturunkan untuk sapa2 yang nak. Kalau di simpan tak berkembang pun. Yang baik dari Allah tu..

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » » »