Aku ni tak ada tajuk nak letak sini. Cerita pun rasanya bercampur baur, bercelaru gitu. Entah apa2 aku nak cerita pun tak tau. Rasa banyak nak tulis tapi at the same time rasa macam tak sempat nak tulis apa2. Berkecamuk sangat kepala aku ni.
Semalam, masa tengahari Abang Long aku telefon kata nak mai berbuka puasa di rumah aku. Hujung-hujung bulan ni belum dapat gaji, kering lah sikit. Tapi tak sampai hati nak menolak. Aku tanya dia berapa orang dia nak mai, kata dia, dia (abang long), kakak ipar dan anak perempuan dia yang sulong F. Nanti satu hari aku akan ceritakan kisah si F ni. Kesian pun ada, nak marah pun ada aku dengan anak sedara aku ni. Lain kali aku cerita buat iktibar semua orang.
Sejak emak duduk di rumah aku memang lah rumah kami ni jadi tumpuan. Abang Long dari dulu pun agak rapat dengan aku dari adik beradik aku yang lain. Agaknya sebab aku dan hubby tak pernah beri dia apa2 masalah. Hubby pun kalau abang long ajak pi mana pun dia OK saja. Lain pulak dengan adik/abang ipar lelaki yang lain. Langsung tak pernah keluar makan atau ke mana2 dengan abang2 aku. Itu satu kelebihan hubby aku ni, dia hormati adik beradik aku macam keluarga dia sendiri.
Hubby tanya apa nak masak, aku cakap ada dah ikan siakap aku beli seekor, boleh di buat kari ikan. Hubby siap pesan jangan pekat etc, etc. Dia tak yakin dengan masakan aku, tak consistent kata dia. Yang lain tu tambah lah, ada daging sikit aku masak kicap dengan ubi kentang, ada ulam kacang botol, jadi kena buat sambal belacan. Masih ada gulai parpu dengan telur, abang long suka sangat. Bila petang diorang datang 3 beranak, siap bawak mee kuah yang diorang beli, kak long (SIL) buat kerabu daun ulam raja. Cucuq udang pun ada, jadi banyak jugak hidangan kemarin tu. Best jugak berbuka ramai2 ni. Selera habis.
Malam, dah tak pi mesjid apa lagi dok bertenet lah aku, lepas dah siap gosok baju hubby etc tu. Dah di ajak beronggeng kat radio pencen Pokku. Pokku jenuh dok layan permintaan kami dengan lagu berbagai2. Siap zapin, joget, lagu Alleycats. Seronok lah kami ni dok dengar lagu2 yang di mainkan oleh Pokku tu. Bila dia pasang lagu Allyectas teringat kat Kak Teh, sebab Kak Teh memang suka lagu Alleycats.
Oleh kerana streamyx aku masih tak OK, aku pakai laptop Kak Long (anak aku ni), dial-up thru TMnet. Diorang pun dengar lagu jugak, tapi asyik komplain, "mama lagu tak best la, boring lagu lama" Sorry lah anak2 oi, ni masa mama nak beronggeng ni, hehehe. Nostalgia zaman dulu2 tu hehehe. Tak terkata apa lah budak2 tu, mana boleh lawan cakap mama depa kan? hehehe, nanti tak cium syurga no? hehehe
Pasai streamyx tu, aku ingat mungkin modem yang rosak. Aku call 1-300 number sekali lagi. Dia check account aku, dia kata, modem dah out of warranty, aku punya scheme tu yang dulu free modem, so kalau rosak either aku repair sendiri, atau beli baru. Beli baru RM150 kata dia. OK sajalah aku ni. Lepas tu teringat nak bawak pi kilang suruh technician aku troubleshoot. Baru teringat yang aku ni kerja kilang electronic, sure techinician aku boleh tolong tengok-tengok kan. So tadi aku bawak, tunjuk kat one of them, he said that the modem is OK. Sebelum tu hubby dah siap call to ask dah OK ke modem tu. Bila aku cakap modem no problem dia pun kata dia akan bawak CPU pi kedai komputer esok. Nak suruh check network card lah. Save aku RM150. Network card mungkin RM50 saja, cost repair + workmanship tu.
Yang aku pelik tu, hubby ni, walaupun dia selalu tegur aku buang masa memanjang berinternet, bila jadi macam ni dia concern pulak. Agaknya sebab, selalu masa aku dok pakai streamyx berinternet tu, PC kat dalam bilik tidor. Dia nampak aku, aku nampak dia tidor, berdengkur atas katil. Ni bila aku pakai dial-up, aku duduk kat bilik anak2, dia rasa sunyi lah kut no? Hehehe
Mulai sekarang aku dah susah nak berintenet dari ofis. Jadi dah tak ada luxury to surf the net macam dulu. Walaupun still boleh, tapi not as before. So semua blogging activity terpaksa di jalankan di rumah saja. Sabaq je lah korang dengan makcik ni OK.
Dah lambat ni, aku pun masuk tadi pun dah lambat, lepas berteraweh dengan hubby tadi tu. Tahun ni ada peluang berteraweh dengan hubby sebagai imam, I like it very much. Need still to improve but we are getting there.
That's all for tonite. Have a GOOD DAY EVRYONE.